• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, April 27, 2009

Impian Akuatik 3

Monday, April 27, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

TRUMPET MAUT

MEMANG sukar bagi Lequ, si ikan juara jantan
Harlequin tusk-wrasse itu untuk menentukan
tujuan sebenar meloloskan diri di sela-sela rumpai
yang menabiri jendelanya. Kini bunyi tiupan trumpet
daripada tikus-tikus laut semakin jarang didengari.
Kalau ada pun, ia sayup-sayup kedengaran. Seolah-
olah keadaan itu mengingatkan Lequ tentang masa
yang bergerak pantas.

Amat sulit dimengertikan mengapa ia harus
menyusahkan dirinya serta mendedahkan dirinya
dalam putaran arus gelombang yang membawa
petang menjadi teram-temaram senja, di luar sana; berpusar
-pusar kencang bersama-sama perkhabaran tentang malapetaka
yang maha dahsyat itu.



Padahal, hingga tercungap-cungap ia meniup
gelembung udara yang diperbuat daripada campuran
rerumpai terpilih itu, sebentar tadi. Gelembung khas
yang bagaikan kulit atau sisik keduanya itu, berupaya
nelindungi badannya daripada radiasi. Kemudian ia
keluar dari rumahnya yang selesa itu. Sesungguhnya ia tidak
mengerti mengapa ia harus merasa terhimpit
di dalam rumahnya sejak pulang dari Pusat Pengajiannya tadi.

Ada kalanya Lequ terasa seolah-olah semangat-
nya menggebu tidak menentu. Semangat itulah yang
secara tidak langsung mendorongnya bertindak se-
perti itu.

(Apabila menuruti kata hati ...)



Saya pergi sekejap sahaja! Sekejap sahaja!

tegasnya di dalam hati, dan merasa tersindir dan
kurang senang oleh suara dari otaknya. Tambahan pula, jika
tadi, ikan juvana betina angelfish itu mengambil berat
tentang keselamatannya, maka tibalah masanya bagi Lequ mem-
balas budi ikan angelfish itu. Begitulah harapan Lequ.
Saya akan pulang sebelum mereka bangun tidur.

Lequ mengeluh singkat, lalu mengerut kening.
Renangnya terhenti. Ada semacam perasaan bersalah
yang sempat menjalar dalam otot-ototnya; perasaan
bersalah yang mulanya terbit hanya sebesar zooplank-
ton yang tidak boleh dilihat kemudian membesar
menjadi jerung-jerung yang berkeliaran liar di permu-
kaan laut itu. Nudibranch yang dikurung di luar
rumah itu kelihatan berenang meliang-lintuk ke-
riangan dan menuju ke arahnya.

Lantas, Lequ mengepit sebahagian besar rumpai terpilih itu
di celah sebelah kiri sirip tepinya. Sebahagian yang tinggal
dalam mulutnya, segera dikunyah dan dijadikan gelembung
udara yang sederhana besar. Begitu nudibranch itu
sampai di sisinya, dihembuskan gelembung udara itu
ke arah haiwan akuatik peliharaan mereka itu. Serta-merta,
gelembung udara itu melekat dan melindungi
keseluruhan tubuh nudibranch. Macam kulit kedua
yang berkedut-kedut apabila ia bergerak. Haiwan
peliharaan mereka itu tergamam, kehairanan kerana
itulah pertarna kali ia merasa dirinya disaluti oleh
sesuatu yang asing. Puas ia meronta-ronta cuba
menanggalkan gelembung udara yang kini bagaikan
kulit keduanya itu, tetapi gagal. Air di hadapannya
berkocak-kocak. Kemudian, bagaikan tersinggung
dengan tindakan Lequ, nudibranch itu menarik muka
masam dan langsung bergegas lalu menghilang di
sebalik batu-batu karang.


(Merajuk)


Tak mengapalah, asal saja ia selamat, bisik
Lequ dalam hatinya. Tetapi, dengan tidak semena-mena, Lequ
tersenyum sekilas. Mujur juga ibunya, Quin dan Rass
masih terlentok dalam tidur yang lena di rumah itu.
Lagipun, ibunya yang sedang sarat itu, sejak mene-
rima perkhabaran tentang malapetaka tadi - bukan
boleh diramal-ramalkan perwatakannya lagi. Dalam
masa yang amat singkat, sikap ibunya berubah.
Macam sikap pemangsa yang bersedia menerkam
mangsanya. Ini membuatkan Lequ cemas dan bim-
bang memikirkannya.

Anehnya, dalam tidur itu pun wajah ibunya
memberengut-berengut, seperti sedang memarahi
sesekor ikan. Buih-buih udara melecut dari mulutnya
yang tertarik-tarik kaku. Seperti ibunya sedang ber-
mimpi, kedua-dua sirip tepinya mengusap-usap perutnya berulang
kali; mimpi ngeri.Yang pasti, andainya ibunya tahu yang Lequ
keluar senyap-senyap meninggalkan mereka, ibunya
akan menyoalsiasatnya macam menyoal siasat penjenayah berat. Atau
mungkin sahaja ibunya akan membuat ragam. Andainya ibunya meragam,
semua rancangan akan tergendala. Berbahaya itu! Terasa sekaJi
seolah-olah ibunya sengaja memasang duri-duri halimunan yang
meruncing tajam di sekelilingnya, bagi
mengelakkan daripada dihampiri oleh anak-anaknya.

(Ataupun sebaliknya)


Ya, mungkin sebaliknya ... getus hatinya, ke-
insafan. Mungkin duri-duri hah'munan itu terpasang
dengan sendirinya di sekeliling jasad ibunya; meng-
ancam untuk menusuk telur-teiur yang sedang bermu-
kim di dalam kandungan ibunya. Mungkin ibunya
juga merasa terhimpit kerana terpaksa melahirkan
telur-telurnya dalam suasana yang dipengaruhi ra-
diasi.

Namun begitu, Lequ bukan sengaja hendak
membelakangi ibunya. Bukan ia sengaja hendak
mengambil sebahagian kecil daripada rumpai terpilih
itu untuk dibawa bersamanya di dalam mulutnya. Biar-
pun rumpai itu boleh menghasilkan gelembung udara
untuk tiga empat ekor haiwan akuatik yang lain.
Sebenarnya, Lequ lebih suka berterus-terang. Tetapi ia tidak
mampu menjelaskan bagaimana terhimpitnya per-
nafasannya. Tidak diketemukan kata-kata tepat untuk
menjelaskan mengapa ia haru. ke rumah yang dihuni
oleh pemilik sebuah wjah yang sering bermain di fikirannya itu.
Sama seperti ia tidak mempunyai pilih-
an lain, kecuali melaksanakan hasratnya. Sungguh!

Dalam cemas dan bimbang yang teramat sangat
itu, Lequ menengadah dan memerhatikan permukaan
laut, nun jauh di atas sana. Ternyata, debu perang
hasil daripada serangan nuklear di antara dua perairan
besar yang akan mewarnai air laut belum sampai ke
wilayah itu. Tetapi, Lequ percaya, lambat-laun, laut di
persekitarannya akan berubah juga. Mungkin malape-
taka itu sudah semakin hampir kini, hatinya mende-
sis, sayu.

Lantas, ia menyoroti beberapa rumah jiran-
jirannya. Sebahagian daripada rumah di terumbu
karang bertingkat-tingkat itu dihuni oleh anak-anak
jirannya itu, yang juga teman-temannya di Pusat
Pengajian Menengah dan teman-teman adik-adiknya.
Kelihatan seperti ada cahaya dari dalam rumah yang
dihuni oleh keluarga Riyam, si ikan ayam laut, juvana
jantan yang seusia dengan Lequ itu. Juga terdengar
seperti keluhan Eli, si belut elektrik jantan yang
semusim tua daripadanya itu - dari rumah yang satu
lagi. Malah, biarpun tidak berada berhampiran dengan
Eli, Lequ dapat merasakan arus elektrik yang me-
mercik-mercik dari badan belut juvana jantan itu yang
sama menggerunkan dengan pertelingkahan keluarga
si singa laut yang tinggal di rumah di tingkat tiga itu.

Yang turut terdengar suara beberapa haiwan
akuatik lain yang terkelintar meraung kepiluan dari
beberapa rumah lain; suara mereka tenggelam timbul
lengan bunyi deruan arus gelombang yang menggila.
Lequ mengeluh panjang. Kemudian, matanya
liar memerhatikan suasana persekitarannya yang
kabut itu. Udara hangat menyengat. Kemudian ia
seolah-olah sempat memutari pandangannya di liku-
bucu Wilayah Impi yang kini diserkupi keseraman
senja yang suram itu. Seolah-olah ia dapat menyaksi-
kan seluruh penempatan awam yang pelbagai bentuk
rupa terbina daripada batu karang hingga ke lubang-
lubang gua bertingkat yang terbiar, bersama pagar
yang merupakan ganggang merimbun yang menem-
bok - menanjak melindungi ruang-ruang rumah yang
agak selesa itu.

Lequ bagaikan dapat melihat dengan jelas akan
kedudukan pelbagai kilang pemprosesan rumpai sar-
gasum untuk mendapatkan kantung udara bagi kegu-
naan haiwan akuatik yang kehilangan daya meng-
apung. la seperti dapat melihat kilang-kilang per-
usahaan padma danfukas yang dijadikan ubatan bagi
ikan yang berpenyakit kulit.

Dalam suasana yang berbalam-balam itu, Lequ
seolah-olah dapat Terlihat pelbagai bangunan penca-
kar permukaan laut yang sudah siap dan separa siap
atau dalam proses pembinaan yang berceratuk di sana
sini - yang dibina daripada kulit-kulit kepah, kulit
tiram, kulit teritip, kulit kupang. kulit siput timba,
kulit unam dan sebagainya. Juga kandang-kandang
tempat pemeliharaan zooplankton serta ladang-ladang
fitoplankton, yang giat diusahakan hasil bimbingan
para haiwan akuatik yang maha bijak pandai tentang
alam dan haiwan akuatik itu.

(Dan ... reaktor nuklear yang berada di pinggir
bandar itu7)


" ... reaktor nuklear itu ...," bisik Lequ tanpa
sedar. Lequ terlupa bahawa dirinya dan adik-adiknya
membesar hasil pendapatan ayahnya yang bekerja di
reaktor nuklear itu. Ayahnya salah seekor haiwan aku-
atik yang bertugas sebagai operator reaktor itu. Biar-
pun bukan reaktor tempat kerja bapanya yang men-
jadi punca malapetaka itu, sebaliknya reaktor di
perairan lain dan di wilayah lain lagi, tidak dapat
tidak ia tetap terkilan. Malah, keliru dengan tujuan
sebenar reaktor-reaktor itu didirikan. Suaranya berge-
tar bersama buih-buih udara yang meniti keluar di
celah-celah rerumpai terpilih, di mulutnya. "Reaktor
itu ... hasil ilham maha hebat daripada para ilmuan
yang ..."

(Ilmu yang digunakan unluk memusnahkan
segala kehidupan!)


Sejurus kemudian, tatkala Lequ cuba menente-
ramkan perasaannya sambil mentafsirkan risiko keka-
butan keremangan senja di kawasan terumbu karang
itu, ia membiarkan dirinya 'dihanyutkan' ke tingkat
empat rumah bertingkat-tingkat itu.
Sesekali, Lequ menghembuskan buih-buih udara
melalui rerumpai terpilih yang terkepit di celah
mulutnya. Sejurus, ia langsung menghentikan dirinya
daripada 'dihanyutkan' arus gelombang. Kecuali pada
penutup insang yang mengembang-kempis dan sirip
ekornya yang melibas-libas perlahan-lahan untuk
mengimbangi diri, tubuh Lequ terdiam kaku.
Terasa sangat betapa badai kabut di persekitarannya, turut
menerjang-nerjang dalam dadanya. Badan Lequ yang
kuat dan kekar terus mengapung di tepi salah sebuah
pintu rumah yang terdedah luas, di tingkat empat itu.
Arus gelombang berhembus keluar masuk di pintu
itu. Semacam bau aneh berkisar keluar dari ruang
rumah itu. Bau pelbagai jenis akar rerumpai laut. Bau
ubat!


Sekelip lintasan menjelma. Lequ teringatkan per-
bincangan seperti 'ikan dewasa' dengan Quin, adik-
nya si ikan Harlequin tusk-wrasse betina, di rumah
mereka itu tadi.

"Andainya debu perang yang mewarnai perairan
kita nanti, apakah Si Nudi akan mati?" tanya Quin
secara berbisik tadi. Ternyata ia amat berhati-hati
kerana tidak mahu mengejutkan ibunya yang sedang
nyenyak tidur.

"Ya," bisik Lequ kembali. la perlu berterus
terang, agar memudahkan adiknya menghadapi
kenyataan itu apabila ia berlaku. la sedar tentang per-
kara itu.

"Kasihan Si Nudiii ...," rintih Quin, kesayuan.
"Ah, kita pun tak mungkin boleh bertahan terus jika
begini, Bang Lequ. Kita perlu buat perancangan ..."

"Ada cadangan?" tanya Lequ. la sedar, betapa
perancangan tentang pemakanan mereka perlu diatur
segera. Makanan harus dicatu, kerana andainya debu
perang hasil ledakan nuklear itu menjengah wilayah
mereka, segala-gala yang terdedah di luar sana akan
tercemar radioaktif.

"Tak adalah ..."

"Kalau begitu, kita perlu berusaha menangani
masalah ini sebaik mungkin. Hidup dari hari ke hari,
danjangan terlalu memikirkan malapetaka itu!" Lequ
berkata dengan tegas walaupun hatinya sendiri ragu-
ragu.

"Bagaimana kalau kita dapatkan rerumpai yang
beracun ..." Quin membuat cadangan, di antara kede-
ngaran dengan tidak.

"Mahu bunuh diri? Mahu murtad?" pintas Lequ,
sambil mengertapkan taringnya atas bawah. Kata-kata
adik betinanya itu bagaikan bunyi tiupan 'trumpet
maut', dari dalam dirinya sendiri. Namun, Lequ tidak
tergamak. Lequ perlu memikirkan ibunya dan adik-
adiknya yang memerlukan kehadirannya, andainya
sesuatu yang buruk berlaku pada ayah mereka.

"Apa ertinya kalau kita terus hidup? Apa faedah-
nya, kalau segala-galanya sudah musnah nanti?" Quin
yang suka memberontak itu, mencabar.

"Jangan cakap macam tu!" tingkah Lequ, bim-
bang suara mereka mengganggu ibunya dan adik jan-
tannya yang sedang tidur.

Biarpun ia percaya, bahawa apa yang lebih buruk daripada
serangan nuklear - adalah kesannya; cara bagaimana hendak
meneruskan kelangsungan hidup. Kerana waktu itu, segala-
galanya akan musnah dan banyak haiwan akuatik yang akan diserang
penyakit radiasi. Tumbuhan, haiwan, zooplankton, udara, air dan
bermacam-macam lagi akan tercemar radioaktif. Begitulah yang dijelas-
kan oleh gurunya di Pusat Pengajian Menengah itu
kepada Lequ, suatu ketika yang lalu.

"Jangan fikirkan tentang kepentingan diri sendiri sahaja.
Fikirjuga tentang keluarga kita! Fikirkan juga tentang dosa ..."

Lequ mengeluh kasar dan menepis lamunannya
ke tepi. Kini, di luar pintu rumah di tingkat empat itu,
ia terus resah gelisah. Dikerlingnya desir arus gelom-
bang yang berkisar resah di antara pepohon rumpair
dengan penuh kepekaan. Di sana sini kelihatan
cahaya dari ikan-ikan lentera, ikan-ikan stomiatoid,
udang-udang sepai dan sebagainya yang bergemer-
lapan, menerangi laut dalam. Cahaya itu menyaksi-
kan Lequ yang teragak-agak di tepi pintu itu. Lequ
memang serba salah.

Buat apa aku mengelamun lama-lama di hadapan pintu rumah ini? tanya
hati Lequ, tiba-tiba. Kemudian, disedari juga, sekarang bukannya
masa untuk banyak tanya - tetapi untuk bertindak. Apa yang hen-
dak saya katakan kepadanya? Kenapa saya harus
terus ...

(Takut)

Tiada apa yang perlu saya takutkan! tingkah
Lequ, dengan perasaan yang membuak ganas.

(Huh, Konon!)

Hei, Tiada apa yang ...ah diamlah! Diamlah ...!
Begitu menyedari dirinya 'bertekak' dengan suara
yang terbit daripada dalam kepala sendiri, ia me-
ngeluh singkat. Lequ mengertapkan taringnya atas
bawah, dilambung gelombang dalam dirinya. Buih-
buih udara meletup-letup. sebelum sempat meniti
keluar dari mulutnya. Kemudian. ia menjenguk ke dalam
rumah yang terbuka luas pintunya itu.

(Apa lagi?}

Yalah, yalah, yalaaah ...! Lequ menggerutu
dalam hati. la terus memberi salam. Suara yang terbit
di sela-sela rerumpai terpilih yang terkepit di celah
mulutnya itu, kedengaran mengumam di antara garis-
garis arus gelombang. Tetapi tiada jawapan. la
mengulangi ucapan salamnya berkali-kali, sekali gus
merangka madah yang akan diucapkannya kepada
juvana betina itu kelak. Malangnya, sekali lagi ucap-
an salamnya tidak disambut oleh sesiapa.

Tiba-tiba Lequ merasakan dadanya bergelom-
bang tidak keruan. Deria rasanya dapat mengesan
kehadiran seekor ikan angelfish juvana betina, dari
dalam rumah itu. Tanpa sedar, didorong oleh naluri
ingin tahu yang kuat, dibebani oleh perasaan tang-
gungjawab yang amat berat, ia menjenguk ke dalam
rumah itu sekali lagi. la tersentak nafas.
Dari salah sebuah kamar di rumah itu, terdengar
desiran air laut yang semakin kuat. Perlahan-lahan,
dalam suasana yang berbalam-balam itu, muncul
sesungut halus dan sirip yang berwarna-warni bak
pelangi yang bergeparan indah dari kamar itu. Seekor
ikan angelfish juvana betina menjongolkan kepala-
nya, menatapi wajah Lequ dengan pandangan yang
lembut.

Entah mengapa, segala kata-kata yang telah
dirangka dalam kepalanya, untuk diucapkan kepada
juvana betina itu, lenyap dari ingatannya; macam
dilarikan arus gelombang. Ataupun macam dikejar pemangsa.
Sedetik itu, matanya melongo melihatkann ikan juvana betina
itu. Biarpun pucat. (pemilik wajah itu lebih ayu dan cantik
daripada dibayangkan apabila melihatnya dari jauh. Mulutnya
merah, mata bundarnya tampak kuyu. Lequ ingin menghafal wajah itu.
Lequ ingin menghafal segala keindahan di alam akuatik itu,
sebelum segala-galanya musnah ditelan radiasi. Mesti!

Kini, badannya teriambung-lambung dipuki
arus, sirip dorsalnya tertegak-tegak tidak menentu
ekornya terumbai-umbai, sisiknya terangkat-angkat
dan nafasnya terengah-rengah tidak keruan. Dadanya
berdebar cemas. Sesungguhnya, Lequ sendiri pun tidak tahu
apa yang hendak diucapkan selepas itu. la tidak tahu
bagaimana hendak menjelaskan tujuan sebenar akan 'lawatannya'
itu. la berasa malu.

Kenapa sebenarnya saya ke sini?
tanya hatinya tiba-tiba. Jika dikurniai sayap macam ikan terbang, mahu
saja ia terbang meninggalkan alam laut, saat itu juga.

(Ya, kenapa?)

Dikerling lagi ke arah juvana betina itu. Dengan
tidak semena-mena, darah menyirip ke wajah Lequ.
la tersipu malu pula. Terutama sekali apabila menye-
dari dirinya direnung tajam oleh juvana betina itu. la
merasakan seolah-olah rahsia hatinya terdedah untuk
tatapan juvana betina yang penuh misteri itu. la tidak
tahu bagaimana hendak melarikan pandangannya. la
tidak tahu yang harus diucapkan kepada juvana betina
itu.

( ... yang kulit dan sisiknya pucat macam ikan
mati itu!)


"Kenapa tercegat dalam udara yang mungkin
tercemar dengan debu perang itu?" ujar Dewi, si ikan
angelfish juvana betina itu. "Apakah awak memang
suka bermain dalam udara yang sudah tercemar
dengan radiasi? Seronok lebih, barangkali?"

Serta-merta Lequ tersentak nafas. Andaian-
andaian yang dibuat oleh juvana betina itu amat
kejam. Lequ tidak tahu mengapa juvana betina itu
harus marah-marah kepadanya. la tidak tahu, sesung-
guhnya!

"Sa ... saya hanya ingin memastikan awak sela-
mat di sini ..." Lequ membela diri. "Yalah, manalah
tahu ..."

"Oh!" Buat seketika terbayang penyesalan di
wajah juvana betina yang jelita itu. Tetapi seketika
cuma. "Kenapa pula saya tidak boleh selamat?"

"Bukan tak boleh ...," sela Lequ, tergagap-
gagap. Beberapa batang rerumpai terpilih itu terlepas
dari gigitan mulutnya dan terayun-ayun dibawa lari
arus gelombang. "Tapi ...ya, lihatlah. Mujur juga
debu perang itu belum sampai mewarnai perairan di
wilayah kita ini ... Pintu rumah ini masih terdedah
luas. Masih belum ditutup seperti seharusnya. Awak
sendiri pun tidak memakai gelembung udara pelin-
dung diri daripada ..."

(Apakah semua ayah haiwan akuatik yang
bekerja di reaktor nuklear itu, wahai Lequku
sayang^)

Serta-merta Lequ menutup mulutnya, menyedari akan ketelanjurannya.
Suasana bagai tergantung sejenak, sunyi sepi segala-gala baginya.
Hisy, bodohnya kau, bodoh aku, bodoooh...! Namun,
ia segera mengawal perasaan.

"Lebih baik awak berlindung dulu di rumah ini," ujar Dewi, si ikan
angelfish betina itu. “Kecualilah kalau awak memang suka
bertemu dengan pemangsa-pemangsa yang mungkin berkeliaran liar di
luar sana. Hmm, saya dengar banyak akuatik yang menjerit kerana
terserempak dengan mereka tadi ..."

Tanpa menunggu peiawaan yang kedua. dengan
perasaan gementar, Lequ terus bergegas memasuki
rumah itu.

0 comments:

Post a Comment