• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, April 17, 2009

Impian Akuatik 2

Friday, April 17, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments



 * * *

Sebaik sahaja berjaya memaksa adik-adiknya memasuki rumah mereka, Lequ,
si ikan Harlequin tusk-wrasse juvana jantan itu, beristighfar panjang. Suara
Rass, dan Quin, adik-adiknya itu dan suara ibu mereka yang riuh-rendah,
kedengaran sayup-sayup dari jauh; dari jauh. Dengan tercungap-cungap, dengan rasa
rusuh mencengkam, Lequ memejamkan matanya rapat-rapat. Namun, fikirannya
berusaha melihat  cahaya matahari yang menerobosi permukaan laut. la
cuba melihat rumpai air dan batu-batu karang yang berwarna warni, kawasan-
kawasan perumahan dan susuk-susuk tubuh penghuni akuatik itu. la bergetar
dan terpesona dengan gambaran yang berjaya digapainya itu. Semua keindahan itu
cuba diterapkan agardapat kekal dalam fikirannya, buat selama-lamanya.
la perlu mengingatinya.


Perlu ...!



Terbayang suasana di pusat pengajian menengahnya di gua besar, di pinggir bandar
Wilayah Impi'u, beberapa ketika tadi. Ketika itu, Lequ dan penuntut lain mengikuti
pelajaran tentang etika dan undang-undang keikanan, belajar tentang cara-cara menghin-
dari haiwan-haiwan akuatik yang tidak siuman yang mungkin bersedia menunggu dari
celah lekukan-lekukan batu karang untuk membaham sesiapa sahajayang lalu di depannya.
Sewaktu cikgunya sibuk menyampaikan ilmu, Lequ si ikan Harlequin tusk-wrasse juvana
jantan itu, teringatkan mimpinya; mimpi akan sebuah wajah ikan juvana betina yang
bersembunyi di celah-celah ganggang yang merimbun lebat, di bahagian teratas, di tingkat
empat di apartmen yang bertingkat-tingkat itu. Juvana betina yang terkurung sendirian itu,
memang sering dilihatnya dalam alam nyata; dilihat sepintas lalu. Dalam mimpinya, Lequ
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan memasuki tempat kurungan juvana betina
yang dirundung malang itu.

Tetapi, malangnya, belum apa-apa, Lequ terjaga dan mimpinya pun lenyap terus. la mengerling
ke luar jendela sejenak. Cahaya matahari yang menerobosi permukaan laut, nun jauh
di atas sana, terasa seperti sengaja hendak merebus jasad dan jiwanya. Cahaya matahari
itu menyentuh anak-anak kuih kuda laut yang sedang bertengger pada kelopak terumbu-terumbu
karang, berhampiran dengan ambang pintu gua. Seekor demi seekor anak kuda laut menyelam
antara rumpair liar sambil bergurau senda dan lalu berkumpul di bawah periindungan
kuda laut. Lequ terbayang adik-diknya yang masih  kecil. Adik-adiknya macam anak-anak kuda
laut juga, comel tetapi nakal.

Lequ termangu sejenak. Suara cikgunya masih  kedengaran di telinganya. Riak dan getaran
arus gelombang pagi yang berpusar-pusar di luar sana,  menderu-deru kencang bagaikan cuba
menyampaikan  sesuatu perutusan atau maklumat penting kepada  seluruh penghuni akuatik. Secara
mendadak, semacam suatu perasaan aneh meresap ke dalam dirinya. Tiba-tiba, cacing-cacing
trumpet laut mulai 'meniup trumpet' dengan nada yang mengandung ancaman. Semua penuntut,
guru dan kakitangan di pusat pengajian menengah itu bergegas ke arah terowong yang menuju ke
dewan perhimpunan yang terletak di bahagian gua lain. Setiba mereka di situ, Lequ dapati anak-anak
ikan dari Taman Didikan Anak-anak Ikan dan Pusat Pengajian Rendah yang bersebelahan turut
berkumpul di dewan itu. Termasuk Quin, adik betinanya yang berada diambang juvana dan baru
menjejaki Pusat Pengajian Menengah musim bersamanya itu. Juga kelihatan Rass, adik jantannya yang
berada di ambang juvana dan belajar di Pusat Pengajian Rendah itu.

Lequ mengeluh singkat. Semasa Lequ menghampiri adik-adiknya yang hanya terkinja-kinja kese-
ronokan itu, Puan Pengetua Pusat Pengajian Menengah sedang membuat pengumuman. Dia memberi-
tahu tentang ketibaan beberapa ekor ikan terbang di ambang gua, membawa perkhabaran tentang mala-
petaka itu.

"Mereka yang tinggal tidak jauh dari sini, bolehlah terus pulang," tegas Puan Pengetua, si landak laut
itu dengan cahaya matanya berkaca-kaca setajam duri landaknya. "Yang lain, tunggu sahaja di dewan ini ...
hingga diberitahu segala-galanya selamat."

Waktu itu, tanpa menunggu arahan ulangan,  Lequ membawa adik-adiknya meluru keluar, menuju
ke arah kawasan kediaman mereka yang agak jauh dari situ. Pada fikirannya hanya satu; ibunya yang
sarat hamil itu, sendirian di rumah. Namun Lequ mengarahkan adik-adiknya yang menganggap segala-
galanya adalah tersedia sebagai 'permainan' untuk mereka.  Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Lequ
sempat melihat keadaan Wilayah Impi itu yang huru-hara. Ikan-ikan pari dan ikan-ikan paus yang bertugas
sebagai 'kenderaan' tidak lagi mampu bertugas seperti biasa. Masing-masing memecut mencari tem-
pat periindungan. Haiwan-haiwan akuatik jantan betina, kelihatan mengganas di sana sini. Mereka 'me-
rompak' kedai-kedai yang menjual fitoplankton dan zoo plankton untuk disimpan sebagai makanan.
Tikus-tikus trumpet laut yang menurut perintah ikan-ikan hantu laut yang bertindak sebagai pengawal
keselamatan Wilayah Impi, terus-menerus 'meniup trumpet' mereka. Tikus-tikus laut itu berdecit-decit
langsing. Tetapi mereka gagal mengawal keadaan kelam-kabut itu. Di sana sini, para ikan daripada pel-
bagai spesies berkumpul dan memberi periindungan  kepada keluarga mereka, dengan menutup pintu-
pintu rumah masing-masing dengan batu-batu kecil ataupun rumpai laut.

"Cepat! Jangan buang masa lagi ...!"jerit Lequ kepada adik-adiknya yang ternganga memerhatikan
sesuatu yang luar biasa yang berlaku di kawasan itu tadi. Lequ menegang rahang, memikirkan dirinya
yang lebih besar dan panjang jika dibandingkan dengan adik-adiknya.

Quin, adik betinanya tersentak nafas. la bagaikan tersedar bangun dari mimpi ngeri, segera mengham-
piri Lequ - apabila mendapati mimpi ngeri itu menjadi kenyataan.

(Tetapi, tidak cukup besar dan panjang untuk menangani malapetaka itu, tentunya'.)

"Rass! Cepat! Kenapa berhenti, hah?" Lequ  cuba memintas suara yang terbit sinis dari dalam
kepalanya itu.

"Abang jahat! Abang jahat ...! Abang marah saya depan khalayak ramai ...!" rungut Rass, adik
jantannya yang nakal,  yang bagaikan terpukau dan  teringin menyertai mereka yang 'merompak' kedai-
kedai makanan itu. "Hmm, nanti saya adukan kepada ibu ...!"

Kini, sekali lagi Lequ beristighfar panjang sambil menolak lamunannya jauh-jauh seketika. Lambat-
laun, ia yang menyandar di dinding rumahnya itu  mencelikkan matanya semula. Pertelingkahan antara
adik-adiknya yang enggan menurut kata ibunya, semakin menusuk pendengarannya. Lequ dipanggil
membantu ibunya menolak batu-batu kecil menutupi pintu rumah mereka, bagi menghalang rempuhan
gelombang ganas dan pemangsa liar. Jendela rumah itu tidak perlu ditutup dengan batu kerana tersedia
ditabiri oleh rumpai-rumpai laut yang lebat. Macam di jendela di tingkat empat itu ... bisik hati Lequ.
Hatinya tidak enak, tiba-tiba. Namun, Lequ kembali menumpukan perhatian kepada ganggang di
jendela rumahnya sendiri. Yang pasti, udara yang keluar masuk melalui jendela itu perlu ditapis dahulu.
Begitulah yang ayahnya jelaskannya kepadanya dahulu, sewaktu menunjukkan cara-cara menggunakan
rerumpai terpilih yang mereka tanam di bahagian belakang rumah itu. Rerumpai seperti itu jugalah
yang digunakan di reaktor nuklear, di tempat ayahnya bekerja itu. Lalu, tanpa berlengah, dipetik dan diku-
nyahnya batang beberapa rerumpai terpilih yang disediakan oleh ayahnya dan sejurus kemudian ditiupnya
dengan sekuat tenaganya hingga jadi macam gelembung udara yang besar. Gelembung udara yang lut
sinar itu dilekatkan di pintu dan jendela itu, sebagai penapis dan pelindung daripada air yang mungkin
sudah tercemar radioaktif di luar sana.

"Mengapa ibu tutup pintu rumah macam itu?"tanya Quin, adik betinanya yang cornel itu.

Dikerlingnya Rass, adik jantannya yang sedang bermain dengan seekor nudibramch yang berwarna
merah kuning keemasan itu. Nudibranch yang macamrupa satu kelopak bunga mawar itu adalah haiwan
peliharaan mereka, meliang-lintuk manja menarikan sebuah tarian indah. Rass, adik jantan Lequ terkekeh-
kekeh keseronokan.

"Gunakan akal kamu!" tingkah ibunya, kasar.

"Ka ... kalau ayah balik nanti ... macam  mana?" tanya Quin lagi, sambil memuncungkan
mulutnya.

"Ayah tahulah menjaga diri. Ayah bukan  anak ikan yang baru menetas, bukan?" Lequ pasti ibunya juga risau memikirkan ayahnya yang bekerja sebagai kakitangan bawahan direaktor nuklear yang membuat gelembung-gelembung udara raksasa yang diisi penuh dengan plutonium; gelembung udara itu mereka gelar bom nuklear. Bom
nuklear itu dicipta oleh ahli sains nuklear yang terdiri daripada sekumpulan haiwan akuatik yang maha bijak
pandai.


(Ah, bijak pandai konon! Hei, kalau taring tak setajam deria rasa dalam ilmu kehidupan keikanan,
buat apa?)

Serentak dengan itu, Lequ sedar. Rupa-rupanya, selama ini, ayahnya memang tahu akan bahaya tem-
pat kerjanya itu. Jika tidak, tidak mungkin dari dahulu  hingga sekarang, ayahnya sentiasa memastikan bekal-
an makanan yang terdiri daripada fitoplankton dan zooplankton disimpan dengan banyak dalam rumah
itu. Itu yang pasti.

"Keluarkan nudibranch itu dari sini!" perintah  ibunya yang ternyata masih belum dapat mengawal
perasaannya yang tertekan.

Mendengar arahan ibu mereka, Rass, adik jantannya meraung dan merangkul nudibranch itu dengan sirip
tepinya. Namun, Lequ mengerti mengapa, ibunya membuat arahan seperti itii. la sedar, nudibrunch itu
harus dikeluarkan daripada rumah mereka yang sempit itu. Kerana, kemungkinan makanan simpanan mereka tidak mencukupi jika dikongsi bersama haiwan peliharaan mereka itu.

(Mungkin nudibranch itu yang akan dijadikan makanan, akhirnya nanti!)

"Jangan bimbang tentang Nudi ..., dik. la tak apa-apa," pujuk Lequ, dan ia segera memindahkan sedikit
batu-batu kecil daripada pintu itu. Sambil menolak tubuh nudibranch yang meronta-ronta, ternyata sama-
sama keberatan meninggalkan adik-adiknya itu ke arah lubang kecil di pintu, ia menambah, "Ibu kita tak
mahu mengurung Nudi bersama  kita, dik. Kerana, ibu tahu, seekor nudibranch tidak suka kena kurung. Lagipun, kalau di luar sana, lebih mudah ia mendapatkan makanan. Banyak zooplankton yang dapat diperoleh di sana ... berbagai-bagai  jenis dan rasa ... untuknya."

"Saya pun suka makan zooplankton ...," kata Rass. adik jantannya yang nakal itu.

"Saya pun tak suka kena kurung ..." Quin, adik betinanya mula memberontak, seperti lazimnya. “Saya
pun nak bebas keluar macam …”

“Tiada siapa pun boleh keluar, hingga semuanya dipastikan selamat!” pintas ibunya, tetapi dengan tak
semena-mena, ia langsung meratap kehibaan. “Itulah ... ayah kamu ... dari dulu lagi aku dah ingatkan.
Tak selamat kalau bekerja di tempat seperti itu ... tak selamat ... tapi ..."

Sejurus kemudian, Lequ kembali menutup lubang pada pintu itu. Segala-gala di dalam rumah itu
menjadi kelam dan suram. Udaranya juga pengap.  Sesekali, sayup-sayup terdengar lagi bunyi 'tiupan
trumpet', jerit-pekik haiwan akuatik yang malang. Beberapa ketika kemudian, terasa sirip tepi seseekor
ikan menyentuh kepalanya. Biarpun tidak dapat melihat dengan jelas, deria rasa Lequ memberitahu
bahawa sirip yang menyentuh kepalanya itu adalah sirip Rass.

"Bang Lequ ... bilakah malapetaka ini akan berakhir?" tanya Quin, tiba-tiba. Suaranya bergetar
dalam air masin dalam rumah itu.

"Hisy, ia baru bermula!" Ibunya meningkah kasar. "Mengarut saja!"

"Apakah kita akan. ..." Suara Quin semakin  bergetar, bagaikan berjangkit dengan emosi ibunya.

"Ya, kita semua akan mati! Segala-galanya akan mati! Matiii ...!" ratap ibunya dengan ngongoi yang
panjang, sayu. Ibunya mengapuk perutnya yang sarat berisi telur itu dengan kedua-dua sirip tepinya.
"Bertenang, bu. Bertenang ...!" ujar Lequ dengan tegas.

"A ... apakah ayah kita juga sudah mati. Bang Lequ?" tanya Quin, mula mengesak kepiluan. la segera
menjauhi ibunya yang berkelakuan aneh dan luar biasa itu.

"Shhh ...! Jangan fikir yang bukan-bukan berdoa sahaja, agar ayah selamat. Agar segalanya selamat."
Lequ memujuk lagi. la sendiri rimas dengan perubahan sikap ibunya itu. "Biar apa pun yang berlaku, biar
buruk bagaimana sekalipun keadaannya, kita masih hidup bersama dalam rumah ini. Kita masih boleh bergantung antara satu lain ..."

  "Tetapi, kita tak suka pun antara satu sama lain!" getus Quin yang mengelak daripada sentuhan
sirip Lequ.

"Siapa kata?" soal Lequ, terkejut.

"Ah, macamlah saya tak tahulah!" tepis Quin, merajuk.

"Hah, kalau begitu, mengapa tidak mahu mulakan dari sekarang?" sampuk ibunya yang tiba-tiba mendingin dan bengis. "Kerana, itu saja yang kamu tiga yang ada sekarang!"

Bagaikan terpukul, Lequ dan Quin terdiam tiba-tiba. Lambat-lambat, Quin berenang ke sudut rumah dan
merebahkan perutnya di atas rumpair, di sisi adik jantannya yang baru tertidur lena tadi. Tetapi, sebaik
sahaja melihat ibunya sudah terlelap dalam tidur yang resah, sekali lagi Quin menghampiri Lequ. Buat
beberapa ketika pula mereka membincang secara serius, seperti ikan dewasa - perkhabaran tentang
malapetaka itu dan kesannya kepada mereka. Setelah letih, beberapa ketika kemudian, Quin kembali ke
sisi adiknya dan mengizinkan dirinya terlena dalam resah

Lequ mengeluh panjang. Terasa masa bergerak  terlalu lambat bagi Lequ. Dalam keadaan letih, me-
nanti malapetaka itu beredar pergi yang entah bila, Lequ terangguk-angguk di tepi pintu rumah yang ter-
tutup rapat dengan batu-batu kecil itu. Rumpair lebat yang meliang-liuk di jendela itu, mengizinkan sedikit
udara memasuki ruang rumah mereka.  Udara itu hangat menggigit membawa terang-benderang petang
menjadi taram-temaram senja. Lequ pula semakin lama semakin mengantuk. Sebelum Lequ terlena dalam
kerusuhan dan keletihan itu, ia terbayang sebuah wajah ikan juvana betina angelfish, di jendela tingkat
empat rumah bertingkat itu.  Suara ikan juvana betina angelfish yang bergema dalam pusaran arus
gelombang mengingatkannya tentang malapetaka itu tadi, masih tengiang-ngiangdalam kepalanya. Tiba-
tiba Lequ tersenyum.

Penyewa rumah baru itu ... ah! Getusnya.  Kemudian, terdengar suara tinggi rendah jiran-jiran
mereka di kawasan perumahan bertingkat-tingkat itu.  Terdengar suara anak-anak ikan merengek
kemanja-manjaan yang meniti di pusaran arus gelombang yang  terus resah di luar sana. Setelah Lequ terlena
dalam resah itu, ia bermimpi lagi akan wajah yang sama yang tersembunyi di sebalik rimbunan ganggang
yang lebat itu.

(Terkurung sendirian ... mengurung dm sendirian?)

Lequ tersentak dari tidurnya. Kemudian, tercetus suatu keinginan yang amat kuat untuknya ke rumah di
tingkat empat itu; untuk bertemu dengan pemilik wajah yang bermain dalam tidur dan jaganya. Tidak
dapat tidak, mesti ...! la membulat tekad, tiba-tiba.

0 comments:

Post a Comment