.

Photobucket

.

.

Apa Itu Cerpen

Thursday, November 10, 2011 Posted by Azmah Nordin
Semua orang tau, cerpen adalah sebuah cerita yg jauh lebih pendek drpd sebuah novel. Cara menghasilkannya, antaranya;




1. Tersangat terhad jumlah watak dan episod di dalamnya.

2. Dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.

3. Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

4. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.

5. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

6. Dan, yg paling penting, nawaitu semasa menghasilkan cerpen ini, perlu bersih dan jernih, tentunya k :)



Perkara Penting Yg Perlu Ada Dlm Cerpen;

Terdapat beberapa perkara penting yg boleh mengangkat cerpen anda sebagai karya yg bermutu tinggi. Membiasakan diri dgn petua menulis cerpen ini, mampu membantu anda mempelajari cerpen2 lain yg anda baca dan hayati, mampu membantu anda membezakan antara cerpen bermutu dgn yg tidak, dan membantu anda memperbaik-kukuhkan lagi karya anda sendiri.

1. Cerpen harus dicerita dari sudut pandangan watak (watak2) utamanya. Watak utamanya mungkin hanya seorang, tp boleh juga dua orang, bagi menghidupkan karya dan membolehkan pembaca mengenali dan berasa hampir dengan pergolakan jiwa watak2 dlm karya anda. Jika anda mahu ada dua watak utama dlm cerpen anda, boleh saja dngan menggunakan tanda pemisah (* * *) bagi memudahkan anda menguasai jalan ceritan dan fokus fokus kpd pergolakan jiwa satu2 watak dgn lebih teratur, konsisten dan tidak bercelaru.

2. Unsur2 konflik haruslah, diperkenalkan pada paragraf pertama lagi, seboleh mungkin; cuba gambarkan ttg
suasana, waktu dan latar, secara tidak langsung, pada paragraf2 pertama. Elakkan drpd membuat ayat `memberitahu', sebaliknya ayat `tunjuk' (sila baca ttg ini di Senarai Pos kat sebelah kanan anda tu k) Mulakan dgn pergolakan jiwa watak utama yg berkaitan dgn tema (ada artikel ttg tema, di Senarai Pos itu) cerita anda. Elakkan menggambarkan pemandangan latar pada paragraf pertama.

3. Unsur2 suspen juga harus seboleh mungkin diwujudkan pada paragraf pertama atau kedua cerpen anda, supaya pembaca akan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya kpd watak2 yg menghadapi konflik itu dan bagaimana kekusutan fikiran watak utama dlm cerpen itu diungkaikan.

4. Pada klimak cerita, yg berhampiran atau akhir cerita, seharusnya menjadi tempat di mana konflik itu dileraikan.

5. Ceritanya harus difokuskan pada satu peristiwa, pada pusat segala masalah hidup yg dihadapi oleh watak utamanya. Interaksi antara watak2 utama, adalah antara nadi dlm karya cerpen anda - jadi pastikan prwatakan watak utama ini sentiasa ditonjolkan, dan hanya `menunjukkankan' latar belakang yg diperlukan saja. untuk menggerakkan plot (jalan cerita). Cuba memulakan setiap paragraf dgn aksi fizikal atau luahan perasaan, utk menarik minat pembaca.

6. Cerita digambarkan lewat sudut pandangan watak utama, tanpa campur tangan pengarang. Maksudnya, sudut pandang itu harus bersesuaian dgn perwatakan watak utama, Agama, pemikiran, pembawaan diri, fahaman politik, ideologi, dn sebagainya - bukan pengarangnya. Ini boleh dipelajari, jika anda berbengkel dgn saya di blog ini k

8. Lazimnya, akhbar2 tempatan menerima karya yg berjumlah 8 - 10 mukasurat, sementara majalah pula antara 10 - 14 mukasurat saja. Jadi, pastikan anda tidak melangkau jumlah itu. Pastikan karya yg dihantar, mengandungi nilai2 murni, misalnya, perjuangan, kasih sayang sesama insan, pengorbanan, keinsafan dan sebagainya.

7. sebelum hantar karya yg sudah siap kpd pihak penerbit, perlu disemak-edit dahulu buat beberapa kali, utk mempastikan ceritanya cukup kuat, padat dan menarik. Mungkin lebih baik jika dibiarkan karya anda itu buat sehari dua selepas siap ditulis, sebelum anda kembali kpdnya untuk menyemak-editnya semula dgn fikiran yg lebih segar, dan mungkin juga dgn tambahan/penukaran idea yg baru tiba dan lebih menarik drpd sebelumnya.

9. Judul karya; bagi saya, ljika anda memberikan judul awal2 sebelum karya anda siap, anda akan terikat pada judul itu. Padahal, di sepanjang berkarya, plot cerita akan berkembang, hidup dan berubah dgn sendirinya, bersesuaian dgn cerita anda. Jadi, lebih mudah memberi judul setelah karya anda siap, kerana judul itu nanti akan merangkumi ke seluruhan cerita anda, tp biar suspen. Judul yg baik, biasanya, memiliki 1, 2 dan 3 perkataan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Response to "Apa Itu Cerpen"

  1. najibah Said,

    Salam Sifu... nampaknya saya telah digugurkan sifu dari menjadi murid... sebab nama saya sudah tiada di bawah para pelajar bengkel cerpen... Mohon maaf sekiranya telah menyinggung hati sifu dan gagal memberi komitmen yang sewajarnya...

    Najibah

    Posted on July 19, 2009 at 7:34 PM

     
  2. azmah nordin Said,

    Najibah :)

    Harap maaf kerana saya terlepas pandang. Sebenarnya, anda bukan org pertama berada dirinya digugurkan. Padahal, ia adalah sesuatu yg tak disengajakan. Entah siapa lagi yg tak punya cukup keberanian seperti anda dan jamilah, utk bertanya kpd saya ttg status di bengkel online ni. Saya harap, mereka muncul semula dan beritau saya. Penting tu.

    Apa2 pun, andainya saya tergerak utk menukar template lagi (masa mendatang) dan andainya nama anda `hilang' lagi, segeralah beritau saya di shoutbox, supaya saya segera ingat dan cari k...

    saya sayang semua anak2 siber saya yg baik2 belaka, tak mungkin saya gugurkan, percayalah :)

    Posted on July 19, 2009 at 8:10 PM

     
  3. Said,

    Salam,
    saya nak minta izin copy & paste untuk blog saya yea... thanks. :)

    Posted on December 11, 2010 at 10:32 AM

     
  4. H2O Said,

    hello

    Posted on May 25, 2011 at 8:59 PM

     
  5. Hawahashima Said,

    salam..alhamdulillah info di sini sangat berguna buat sy..

    Posted on May 27, 2011 at 10:13 PM

     
  6. siti Said,

    saya ingin mendapat bimbingan sifu cara menulis cerpen . saya mendapat maklumat ini dari kawan saya iaitu mass yang menulis cepen mawar unggu

    Posted on June 5, 2011 at 8:11 PM

     
  7. Rusydan Said,

    Salam...
    Bolehkah K.azmah mengajar sy, sehingga sy boleyh menjadi seperti J.K.Rowling (penulis cerita Harry Potter).... Sy mempunyai sebuah cerita yg amat menarik untuk di tulis...cuma tidak tahu bgaimana cara menulis... jadi, mohon akak boleh bimbingkan sy...

    Posted on July 21, 2011 at 11:16 AM

     
  8. yustie81 Said,

    saya juga,yustie81@yahoo.com

    Posted on April 8, 2013 at 2:55 AM

     

Post a Comment

featured-video