• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, June 29, 2009

Nor Mazzuin

Monday, June 29, 2009 // by Azmah Nordin // 25 comments

mazzuin :) sprt biasa, sila baca `Dari Sifu' di dlm kotak bengkel novel ni, lps tu buat satu ringkasan cerita yg anda nak angkat sebagai novel k


.

Saturday, June 27, 2009

Batu Hidup Di Kampung Brunei Kimanis, Sabah

Saturday, June 27, 2009 // by H2O // 4 comments

( Cerita Rakyat yang Uncle ceritakan semula. Gambar batu hidup itu adalah gambar yang Uncle ambil sendiri) - H2O.




“Apakah sebabnya batu itu dinamakan Batu Hidup, Pak Cik Mali?” Begitulah soalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat luar yang datang melawat atau membuat kajian asal usul di Kimanis.

Pak Cik Mali bin Haji Mokti, Pencerita utama lahir pada 26.06.1931, di kampung Kimanis. Moyangnya adalah merupakan orang pertama dan berkuasa di daerah Kimanis. Sebelum tahun 1900 moyangnya telah dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Kimanis. Moyangnya bernama Badar dan mendapat gelaran “Penyurat” daripada Sultan Brunei. Pak Cik Mali menjemput mereka duduk di serambi rumah papannya. Dari situ mereka semua boleh melihat sungai dan bukit bukau nun jauh.



“Peristiwa ini berlaku jauh pada zaman lampau, sebelum ada pemerintah apatah
lagi undang-undang. Setiap kampung mempunyai puaknya sendiri. Mereka, antara
puak-puak itu tidak habis-habis bermusuhan sehingga banyak nyawa menjadi korban. Namun mereka hidup sebagai petani dan nelayan.” Pak Cik Mali mengajak pendengarnya untuk membayangkan suasana zaman lampau. Zaman arwah moyangnya. Pak Cik Mali dengan penuh semangat hendak meneruskan ceritanya. Tiba-tiba...


“Sekejap, Pak Cik... terlupa saya sediakan alat perakam suara yang saya bawa,” ujar seorang anak muda ketua rombongan, sambil mengeluarkan alat perakam suara itu dari dalam beg gendongnya. Sementara menanti Pak Cik Mali bersuara kembali, anak muda itu merenung ke arah sungai dan bukit bukau di hulu sungai tanpa berkata-kata.


Pak Cik Mali senyum mengerti lakuan anak muda itu. “Biarlah Pak Cik mulakan kisah itu dari sungai dan persekitrannya , sebab setiap kehidupan bermula dari air,“ ujar Pak Cik Mali, tertawa kecil sambil membetulkan punggungnya sehingga dia dapat duduk di atas kerusi rotannya dengan nyaman. Kemudian Pak Cik Mali melanjutkan kisah “Batu Hidup” dengan kalimat pembukaannya.

Telah diceritakan oleh nenek moyangnya bahawa, ketika itu sungai Kimanis jauh lebih lebar dan dalam airnya. Airnya mengalir turun dari muncung gunung ganang dan bukit bukau yang diseliputi kabus putih bersih, lembah dan lurah, jurang tirus dan pepohon yang menghijau. Ianya terbentang di depan mata. itulah dia banjaran Crocker. Air jernihnya mengalir turun lancar ke hulu sungai mengalir ke Laut China Selatan, dimana matahari terbenam.

Maka bermulalah pembinaan beberapa buah kampung di sepanjang sungai tersebut. Setiap kampung mempunyai puaknya tersendiri. Kehidupan mereka selain bercucuk tanam adalah menjadi nelayan tepi pantai dan sungai. Namun, puak-puak ini sering bergaduh diantara mereka, sehingga ada mereka yang menjadi musuh berpanjangan.

Manakala, di sebuah perkampungan bernama kampung Darat (sekarang dikenali
dengan nama kampung Brunei Kimanis) puak ini diketuai oleh seorang penghulu
bernama Datuk Pulang bersama-sama dengan rakan karibnya bergelar Datuk Pelompong. Datuk Pulang membina rumah panjang untuk puaknya dan semua penghuni tinggal bersama berkongsi semua yang ada di dalam rumah panjang tersebut. Namun Datuk Pelompong membina rumah-rumah berasingan sebuah-sekeluarga, bersama puaknya di kampung yang sama. Puak Datuk Pulang dan puak Datuk Pelompong adalah jiran sekampung di kampung Darat tersebut. Puak-puak sekampung ini saling berkerjasama dan bantu membantu. Semua penghuni patuh terhadap penghulu mereka, hatta mereka hidup sentosa, tenteram dan bahagia.

Puak-puak kampung Darat ini terdidik dengan sikap tidak mengemari mencetus
permusuhan dengan puak berlainan kampung, kecuali orang asing, atau puak lain
mendahului menggangu atau mencabar kedaulatan kampung atau menguji kesabaran
mereka. Selain dari itu, adab laluan masuk kampung bagi pendatang, yang tertib,
mestilah dari pintu hadapan. Bagi yang lalu di belakang rumah adalah dianggap berniat jahat atau penceroboh.


Suatu hari menjelang pagi, Datuk Pulang dan mereka yang dewasa tidak turun
ke dusun. Mereka berhasrat hendak menangkap ikan di paya atau di tasik jauh di pinggiran kampung. Seperti biasa sebelum mereka meninggalkan rumah panjang, barang-barang bernilai seperti emas dan perak disembunyikan. Ini dilakukan supaya barang-barang tersebut tidak dicuri oleh puak-puak penyerobot dari kampung lain. Mereka yang ditinggalkan di rumah panjang semuanya kanak-kanak.

Manakala pada pagi yang sama Datuk Pelompong dan puaknya yang dewasa sudah lebih awal mengayuh sampan mereka menyusur perlahan meredah sungai Kimanis ke arah muara sungai ke tepi pantai laut. Mereka mencari ikan, ketam, sotong , kerang di kawasan celah hutan pokok bakau dan di terumbu karang masa air laut surut. Seperti sudah jadi satu kebiasaan, puak Datuk Pelompong dan puak Datuk Pulang akan bertukar-tukar hasil pencarian mereka di kampung Darat.

Kumpulan Datuk Pulang mula bertolak menyusur semak samun. Semuanya berhati- hati supaya tidak terkena calar balar, tercakar duri dan miang atau rumput lalang ketika mereka merentasi belukar. Tidak lama kemudian mereka sudah menghampiri hutan. Terasa bau harum amat bila deru terbang dari setiap penjuru hutan membawa bauan pelbagai bunga, dari hujung paya. Mulalah mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara, mereka dapat ikan sepat, jelawat, haruan, keli dan talapia. Setelah hari hampir petang, cuaca beralih menjadi redup. Mereka pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah panjang.

Dengan tidak sekali terduga, di sebalik peninggalan puak Datuk Pulang, segerombolan ayau (lanun) yang baru habis berpesta minum-minuman memabukkan, telah menceroboh rumah panjang dengan niat untuk menyamun. Oleh sebab tiada seorang pun penghuni dewasa, maka mudahlah penyamun-penyamun itu menyelongkar untuk mendapatkan harta benda yang bernilai di setiap ruang dan sudut rumah panjang itu. Peralatan rumah habis berselerak di atas lantai.

Mereka amat marah dan kecewa sebab tidak mendapat satu pun barang bernilai tinggi dari rumah panjang yang mereka cerobohi itu. Penghuni yang ada pada ketika itu adalah anak-anak puak Datuk Pulang. Ketua lanun itu mengarah pengikut-pengikutnya supaya membunuh semua kanak-kanak itu supaya tiada sesiapa boleh memberi keterangan dan mengenali mereka. Kemudian lanun-lanun itu pantas meninggalkan rumah panjang tersebut. Tanpa mereka sedari ada seorang budak perempuan penghuni bersembunyi di dapur dan menyaksikan perbuatan kejam lanun-lanun itu.

Menjelang petang hari, Datuk Pulang dan kumpulan puaknya yang lain pun pulang. Setiba mereka di rumah panjang, mereka menjadi hairan. Tidak kelihatan seorang pun anak-anak mereka. Alangkah terperanjatnya mereka apabila sampai di pintu hadapan melihat ke dalam rumah mereka yang berselerak. Suasana di rumah panjang itu begitu hening. Datuk Pulang terkilan bercampur baran.

Seketika kemudian muncul seorang budak perempuan yang tadi bersembunyi di dapur. Maka diterangkan oleh budak perempuan bentuk rupa ketua lanun yang mabuk itu dan beberapa orang pengikutnya. “Lanun-lanun yang mabuk itu turun dari rumah panjang dan berlari ke arah hulu,” terang kanak-kanak yang terselamat itu dengan nada tersekat sekat, terketar- ketar sambil meratap kepiluan, tersedu-sedu.


Datuk Pulang terkejut. Dia dan orang-orangnya mensyaki puak di sebelah hulu itulah yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang kejam itu. Penghuni rumah panjang kampung Darat kemudian bersumpah yang mereka akan membalas dendam ke atas mereka terutama puak-puak yang tinggal di sebelah hulu. Mereka terus berunding dan merancang untuk mencari mereka yang bertanggungjawab.

Ketika itu juga Datuk Pelompong dan kumpulan puaknya mendarat di tebing
sungai. Apabila mereka melintas rumah panjang, Datuk Pulang terus memberitahu
Datuk Pelompong bahawa rumah panjang mereka telah diserang lanun dan kanak-kanak mereka telah dibunuh. Alangkah terkejutnya Datuk Pelompong dan amat sedih melihat kejadian tersebut. Datuk Pelompong menyatakan hasratnya untuk membantu Datuk Pulang mencari lanun-lanun tersebut.

“Jangan kita pergi beramai-ramai, biar aku seorang sahaja yang pergi mencari
lanun-lanun laknat itu. Kamu semua tunggu sahaja disini!” tegah Datuk Pulang dengan
tegas kepada Datuk Pelompong dan pengikut-pengikutnya.

“Mengapa pula kami tidak boleh ikut Tuk? Kan lebih baik kalau kita beramai-ramai mencari lanun-lanun laknat itu?” tanya ketua Pelombong degan perasaan berkobar-kobar marah.

“Ya Tuk, kami juga hendak ikut!” laung anak-anak buahnya yang lain. Seperti tidak sabar untuk menuntut bela.

“Kamu sekalian berjaga sahaja di sini. Kamu semua mesti berkelakuan seperti biasa, supaya orang tidak menyedari apa yang aku akan lakukan nanti. Aku tidak mahu membahyakan orang-orang kita. Kalau kita berramai-ramai pergi nanti banyak pula antara orang kita terkorban. Kamu kemaskan pentas lansaran untuk upacara kukui.” sambung Datuk Pulang kepada puak rumah panjangnya.. Akhir kata, mereka yang lain pun terpaksa akur dan bersetuju dengan keputusan dan cadangan Datuk Pulang.

Saatnya sudah tiba, Datuk Pulang melangkah dengan seribu kekuatan semangat untuk membongkar kepincangan. Dia memilih waktu awal pagi apabila hari hampir siang. Sasarannya yang pertama adalah kampung Hulu. Apabila sahaja Datuk Pulang menemui orang sedang mabuk keluar dari rumahnya berjalan seorang, dan cuba lari apabila ternampak Datuk Pulang menghampirinya, maka tahulah Datuk Pulang bahawa itulah lanun yang dicarinya. Datuk Pulang lebih pantas menerkam mangsanya dan membunuhnya. Hari itu tiga orang mabuk terkorban oleh Datuk Pulang. Kepala-kepala mangsa itu dibawanya pulang dan digantung di atas pentas rumah panjang.

Datuk Pulang mengulangi tradisi nenek moyangnya di daerah pedalaman zaman
itu, setiap kali seseorang berjaya membawa pulang tengkorak kepala orang, pada
malamnya diadakan keramaian secara besar-besaran. Maka pada malam itu ada upacara
kukui dan pemujaan oleh puak Datuk Pulang di hadapan tengkorak-tengkorak tersebut. Paluan kulintangan agung, berdengungan di udara, mengiringi tarian tagunggak dan lain-lain. Menurut kepercayaan mereka, berbuat demikian adalah supaya roh si mati tidak akan menggangu.

Selanjutnya Datuk Pulang hanya keluar mencari mangsanya dua atau tiga hari sahaja dalam seminggu. Hari-hari lain dia berehat supaya perbuatannya tidak diketahui penghuni kampung-kampung tersebut. Setelah beberapa lama penggal memenggal kepala ini dilakukan di kampung-kampung Hulu, suasana kehidupan harian mereka sentiasa dalam ketakutan. Mulalah penduduk kampung-kampung Hulu itu sentiasa berjaga-jaga.

Maka sampailah giliran sebuah lagi kampung yang kenali sebagai kampung Kelatuan, menjadi sasaran Datuk Pulang. Ketika itu kampung Kelatuan juga mempunyai sebatang sungai yang besar dan lebar. Berhampiran ada bukit yang tinggi dan curam. Semasa Datuk Pulang dapat memenggal kepala mangsanya, ada seorang yang terlihat kejadian tersebut dari jauh. Maka dia pun menjerit memanggil orang-orang kampung. Mereka cuba mengepung Datuk Pulang dari tiga penjuru.

Tiada siapa menduga sebelum ini, bahawa Datu Pulang bukan sebarang orang. Dengan sekali lompatan, dia sudah berada di seberang sungai yang lebar itu. Kemudian dengan sekelip mata memandang, dia dilihat sedang mendaki dan memanjat bukit yang curam itu. Orang-orang kampung Kelatuan itu mengejarnya, mengunakan perahu untuk menyerbang sungai. Dalam masa mereka dalam kesulitan memanjat bukit Kelatuan itu sehingga sampai ke puncaknya, Datuk Pulang sudah lama beristirehat di kampungnya.

Setelah berehat beberapa hari selepas kampung Kelatuan, Datuk Pulang meneruskan sasaran barunya, kampung Pengalat. Minggu seterusnya, kampung Beringgis dan kampung Pendawan. Kemudian akhirnya sampai ke kampung Putatan. Huru hara yang dilakukan Datuk Pulang itu memaksa Penghulu kampung Putatan memanggil tiga orang lelaki yang dikenali sangat kuat dan gagah perkasa. Datu Penghulu Putatan mengarah mereka bertiga untuk mencari Datuk Pulang, jika boleh terus saja tamatkan riwayatnya!

Ketiga-tiga orang lelaki jaguh kampung lagi gagah perkasa tersebut pun mulalah pergi mencari dan terus mencari Datuk Pulang, dari satu kampung ke satu kampung yang lain, ke arah selatan. Mereka bertanya nama Datuk Pulang, dengan harapan ada orang yang mengenalinya, di setiap perkampungan yang di singgahi mereka. Syahadan, akhirnya tiga lelaki kampung Putatan pun tiba di kampung Darat. Mereka terlihat seorang tua yang sedang mengasah sebilah parang. Kemudian secara serempak mereka menuju ke hadapan orang tua itu. Dengan suara garau, kasar dan garang seorang daripada mereka bertanya kepada orang tua itu.

“Liau! Adakah kau kenal orang yang namanya Datuk Pulang di kampung ini?”

Sergah salah seorang lelaki Putatan itu.

“Ya! aku kenal Datuk Pulang, apa hajat kamu mahu berjumpa dengannya?” jawab orang tua itu dengan nada lembut.

Ketiga–tiga lelaki kampung Putatan itu pun memberitahu orang tua itu, bahawa mereka telah diarah oleh Datuk Penghulu Putatan mereka, untuk menguji kekuatan Datuk Pulang. Mereka telah banyak mendengar cerita tentang kegagahan Datuk Pulang. Mereka mahu bertarung dengannya dan membunuh Datuk Pulang jika perlu.

Setelah Orang tua itu mengetahui hajat mereka dia pun teringin untuk menguji kegagahan mereka. Orang tua itu segera berhenti mengasah parangnya, dan langsung mendongak ke arah ketiga orang lelaki dari kampung Putatan itu yang berdiri di hadapannya. Orang tua itu, dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah pokok kelapa yang tinggi.


“Baiklah! Jikalau kamu boleh lakukan dengan sekali lompat saja dan berjaya mengambil pucuk daun Kelapa itu, baru aku memberitahu kamu dimana kamu boleh berjumpa dengan Datuk Pulang.” ujar orang tua itu sambil bangun dari duduknya.

“Senang saja itu bah!” jawab seorang daripada lelaki kampung Putatan itu.

Memang pada permulannya ketiga lelaki kampung Putatan itu menyatakan mudah saja untuk menunaikan permintaan orang tua itu. Mereka pun cuba melompat, seorang demi seorang. Tetapi tidak seorang pun yang terdaya melompat setinggi pohon kelapa itu. Paling tinggi pun, setakat seperti kijang apabila terkejut melompat! Itu pun boleh dikira handal daripada orang kebanyakan. Mana boleh orang tua seperti itu menyamai kudrat melompat setinggi itu seperti mereka, fikir ketiga-tiga lelaki itu.

Sekarang sampai giliran orang tua itu pula untuk menunjukan kehandalannya. Dengan sekali melompat seperti layang-layang badannya naik ke udara dan berjaya mengambil pucuk daun kelapa tersebut. Kini, mereka bertiga bagai kijang terjerat, tercenggang bodoh mereka menyaksikannya, tunduk malu ketiga-tiga lelaki tersebut.

“Masih kah kamu mahu berjumpa Datuk Pulang?” tanya orang tua itu kepada ketiga orang lelaki dari Putatan yang dikatakan jaguh lagi gagah perkasa itu.

Ketiga-tiga lelaki itu senyap bisu seketika, umpama kijang berhadapan dengan harimau.


“Sayalah Datuk Pulang, Penghulu di kampung Darat ini “ sambung orang tua tadi, nada suaranya mula meninggi, amarah yang disembunyikan di dalam dadanya sejak tadi sudah meruap keluar melalui mulutnya.

Namun apabila melihat ketiga-tiga lelaki itu ketakutan dan memohon ampun dan maaf, timbul pula rasa simpati di hati Datuk Pulang. Setelah itu, Datuk Pulang pun menyuruh ketiga-tiga lelaki itu beredar dan meminta mereka menyampaikan kepada Datuk Penghulu Putatan, bahawa Datuk Pulang masih hidup dan berada di kampung Darat Kimanis.


Sejurus kemudian ketiga-tiga lelaki itu pun mengorak langkah untuk pulang ke kampung mereka. Setiba sahaja mereka bertiga di Putatan, mereka terus menceritakan apa yang telah berlaku, kepada Penghulu Putatan. Penghulu Putatan merasa amat gelisah setelah mendengar keterangan tiga lelaki itu. Mereka mengakui bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan kehandalan Datu Pulang. Hanya satu saja jalan untuk menjamin keselamatan penduduk kampung Putatan. Iaitu memohon pendamaian kepada Datuk Pulang. Penghulu Putatan pun mengatur anak buahnya untuk membuat satu rombongan bersamanya menemui Datuk Pulang di kampung Darat Kimanis.


Apabila rombongan Penghulu Putatan tiba di kampung Darat, mereka terus

berjumpa Datuk Pulang untuk berunding tentang pendamaian antara kampung-kampung.

Datuk Pulang bersedia untuk berdamai tetapi dengan syarat, iaitu Penghulu Putatan

hendaklah membawa satu bongkah batu untuk di tanam di satu kawasan kampung Brunei Kimanis. Kemudian di situ akan mereka adakan satu upacara persumpahan perdamaian.



Datuk Penghulu Putatan sangat bersetuju dengan syarat yang dipinta oleh Datuk

Pulang. Semua penduduk kampung, terutamanya ketua-ketua puak serta ketua ketua

kampung yang berada di sekitar daerah Papar dan yang melingkupi kampung Darat,

kampung Brunei Kimanis hinggalah ke putatan.



Maka hari yang telah ditetapkan pun tiba. Bongkah batu tunggal yang tegak,

lilitan sekelilingnya sepemeluk orang dewasa. Tingginya lebih kurang 180 sentimeter,
menyerupai tugu, telah dapat dibawa dari Putatan. Bongkah batu itu dibawa dengan
perahu melalui jalan laut, sebab belum ada jalan yang baik jika melalui daratan. Batu yang sangat berat itu dibaluti dengan kain bercorak bunga-bunga, tanda penghargaan dan pendamaian. Kemudian baru dimuatkan ke dalam perahu yang dilayarkan supaya tidak penat berkayuh di lautan. Perahu pembawa bongkah batu itu diarak masuk sungai Kimanis. Sampai di tebing sungai, bongkah batu itu diturunkan ke daratan dan ditarik oleh seekor kerbau terpilih yang mempunyai tenaga luar biasa kuatnya, namanya “ Si Gendang Perang “


Setelah tiba di sebuah kaki bukit, bongkah batu itu terus dipacakkan ke tanah
beramai-ramai. Setelah tegak berdiri maka acara selanjutnya dijalankan, dan secara
kebetulan pada masa itu seorang yang telah ditangkap kerana melakukan kekejaman,
diikat kedua belah tangannya pada bongkah batu tersebut. Ketika itu kesemua orang-orang kampung sudah berhimpun. Panghulu-Penghulu kampung, ketua-ketua puak, orang-orang yang terkenal kegagahannya, ketua-ketua kampung, sudah pun hadir. Upacra bersumpah pun dijalankan. Persumpahan itu diketuai oleh Datuk Pulang sendiri.


Mereka bersumpah akan tidak melakukan perbuatan ganggu menggangu dan

bunuh membunuh antara satu puak dengan puak yang lain. Barang siapa yang melanggar

sumpah, maka orang itu akan ditangkap dan diikat pada bongkah batu itu dan mesti

dihukum dengan mengalirkan darahnya pada bongkah batu tersebut. Orang itu akan

ditikam bergilir-gilir oleh setiap ketua puak hingga mati.



Setelah selesai sahaja lafaz sumpah, Datuk Pulang pun mengatakan yang bongkah

batu itu mesti terus dimandikan dengan darah manusia yang berdosa. Datuk pulang terus

mencabut kerisnya dan menikam orang yang tadi diikat kepada bongkah batu itu. Sejurus

kemudian diikuti oleh ketua-ketua puak, ketua-ketua kampung dan orang-orang yang

gagah secara bergilir-gilir. Mereka hanya berhenti menikam setelah orang yang bersalah

itu sudah tidak bernyawa.


Semenjak hari persumpahan itu, apabila orang yang tertangkap kerana melakukan

kesalahan yang diakui oleh masyarakat, maka hukuman akan dijatuhkan di tempat itu

juga. Peristiwa perjanjian persumpahan itu mengakibatkan, lama kelamaan kegiatan

menghuru-harakan ketenterman orang ramai, dan bunuh membunuh yang dahulu sering

berlaku, tidak lagi berlaku sewenang-wenangnya. Secara langsung atau tidak kekacauan

yang sering berlaku sebelumnya dapat diatasi.


Diringkaskan cerita, sampailah penghujung riwayat Penghulu Datuk Pulang, dia

pun meninggal dunia. Sebelum itu Datuk Pulang telah meninggalkan pesanan, bahawa

apabila dia mati, dia ingin dikuburkan di kawasan berhampiran batu tersebut. Lalu

ditunaikan hajatnya oleh anak-anak buahnya. Mayatnya dimasukan kedalam tempayan

besar sebelum dikubur ke dalam tanah. Datuk Pelompong dengan puaknya walaupun berlainan budaya dengan Datuk Pulang, turut serta menghadiri pengkebumian sahabat baiknya dan jiran sekampung.

Kurun demi kurun telah berlalu. Sejak Datuk Pulang dikebumikan di pohon batu

sumpahan itu, ramai penduduk kampung Brunei Kimanis, dari satu keturunan ke satu keturunan menyedari bahawa batu berkenaan memang hidup. Bukti yang dapat dilihat, batu itu semakin lama semakin meninggi. Sehingga beberapa kurun kebelakang, ketinggiannya mencapai lebih kurang tiga ratus tiga puluh sentimeter atau bersamaan sebelas kaki lebih. Dua kali ganda dari ketinggian asalnya.


Namun di antara tahun 1945 hingga 1946 bahagian atas batu itu telah patah

dengan sendirinya dan gugur ke bumi. Sesuatu yang pelik berlaku, keratan batu yang

jatuh kebawah itu kemudiannya ghaib dengan sendirinya. Kemudian dipercayai telah

timbul berhampiran dengan sebuah rumah di kampung Kabang. Bentuknya juga

menyerupai seperti batu sumpahan yang berada di kampung Brunei Kimanis. Didapati ia

juga tumbuh dan membesar dari semasa ke semasa.


Batu sumpahan atau batu hidup ada juga memanggilnya batu pembunuhan,

bersama-sama tempayan yang besar, masih boleh dilihat di kampung Brunei Kimanis.

Kawasan tersebut, telah diperbaiki dan dipelihara oleh penduduk-penduduk kampung.

“Pak Cik Mali, mengapa ada sesetengah orang datang dan menjadikan kawasan kubur itu sebagai keramat, minta pelbagai hajat dan menilik nasib.? Tanya seorang anak muda dengan penuh minat.


“Penduduk kampung Brunei Islam tidak berbuat demikian. Syirik. Berdosa

besar menyekutukan Tuhan !” tegas Pakcik Mali menamatkan ceritanya.

Thursday, June 25, 2009

AKU DATANG

Thursday, June 25, 2009 // by Noraini Eslah // 11 comments

Puisi Percubaan
Ummu Anas


Tuhan
Rabbi Rabbul Izzati
Engkau anugerahkan aku kelahiran
aku menangis mencari erti kehidupan
sujud mengharap belas kasihMu
tengadah mengharap hidayahMu

Tuhan
Engkau namakan aku insan
menjawat khalifah di persada bumi
bergelar abdi terikat ibadah
termetri janji beroleh syurga abadi
bersyarat takwa dilengkapi ikhsan

Tuhan
Engkau tunjuki aku jalan
lurus ke kanan bukan ke kiri
jalan orang-orang berjaya
bukan jalan orang-orang gagal
aku pasrah lagi patuh
tanpa ingkar lagi mungkar
aku datang kepadaMu
Allahuakhbar!

10.20 mlm 25/06/10

Wednesday, June 24, 2009

MENERAP NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Wednesday, June 24, 2009 // by Noraini Eslah // 7 comments



oleh: Noraini Eslah/Ummu Anas

Pembaca budiman yang dimuliakan,

Saban hari sepanjang kita melalui kehidupan yang masih berjalan, kita sentiasa melihat berbagai fenomena yang berlaku. Samaada fenomena alam semulajadi, maupun rentetan peristiwa yang diangkat sebagai isu besar untuk dihebahkan.Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah peranan kita dalam setiap fenomena yang kita lihat? Adakah kita menyedari, sebenarnya kita adalah sebahagian dari fenomena yang berlaku itu? Dengan lain perkataan kita turut bertanggungjawab terhadap apa jua perkara berlaku dalam kehidupan harian insan.


MARI KITA MULAKAN PENELITIAN DARI DIRI KITA SEBAGAI PENULIS.

Apakah sebenarnya peranan kita dalam kehidupan insan yang seterusnya dikaitkan ke dalam semua fenomena yang berlaku? Rumitkah penelitian ini? Bagi diri saya, secara peribadi, tidak rumit! Malah saya merasa bahagia jika saya berupaya menyumbang peranan untuk bertanggungjawab dalam apa jua sudut kehidupan insan. Justru saya sendiri juga tergolong insan. Bukankah begitu juga hakikatnya kepada diri anda semua?


Ya, tepat sekali, selaku insan penulis kita sangat wajar menyedari kita punya peranan besar dalam mencorakkan kehidupan insan sejagat.

Sering benar kita mendengar orang menyebut; kita adalah apa yang kita fikir, kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita makan....,dan banyak lagi kita menjadi apa yang kita terapkan kepada diri kita. Sebutan sedemikian seolah-olahnya menjelaskan bahawa kita akan terbentuk mengikut nilai yang kita terapkan ke dalam diri. 

Ini bermakna jika nilai yang baik diterapkan, kesan yang akan diperolehi juga semestinya baik. Begitu juga jika sebaliknya yang diterapkan, akan berlakulah begitu juga.


Berdasarkan hakikat hal yang baik menerbitkan perkara yang baik, semestinya kita menerapkan nilai baik dalam penulisan kita. Bermakna kita hanya menulis hal-hal yang baik sahaja kerana kita mahu orang yang membacanya menjadi baik. Atau sekurang-kurangnya membina fikiran yang baik kepada semua orang. Begitulah sepatutnya dasar kerja tulis dan sikap kita sebagai penulis. Kita mesti sentiasa menerapan nilai-nilai murni dalam semua bahan dan bentuk penulisan kita. Fikirkanlah dengan teliti, apa kesan dan akibatnya jika kita memasukkan unsur tidak sihat ke dalam penulisan kita?


Seperkara lagi, di samping menerapkan nilai murni dalam masa yang sama kita mesti membenteras/membasmi nilai buruk dan negatif. Kita ambil contoh begini; kita ingin menyubang peranan dalam mengurangkan kadar merokok di kalangan remaja. Ini bermakna selain kita mengemukakan teguran supaya tidak merokok, dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya mencipta watak merokok dalam penulisan kita. Dengan lain perkataan kita mencadangkan sikap juga aktiviti gantian kepada rokok seiring dengan tidak menyebut langsung tabiat buruk itu. 


Kaedah demikian bersamaan dengan kita cegah sesuatu penyakit sebelum penyakit itu muncul. Kita telah sedia setuju dengan ungkapan; 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Bertitik tolak dari situ, sangat wajar kita membina satu sikap yang lebih jelas; 'menghindari lebih baik dari melarang'. Bagaimana pandangan anda semua kepada saranan saya ini...,setuju? Saya sangat menunggu-nunggu maklum balas anda semua! Diharapkan hal ini akan memberi kesan positif kepada kita semua.


Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya ingin mengajak anda meneliti satu gejala lumrah dan berleluasa berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, khasnya golongan remaja; gejala sosial dan pergaulan bebas. Kita semua maklum gejala ini membawa kesan sangat besar dan sensitif dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita, malah sangat pula menyedihkan dan membimbangkan. 


Dalam ruang serba terbatas ini saya hanya ingin menyentuh peranan kita sebagai penulis. Di sinilah sepatutnya kita bawa penerapan nilai murni dengan memaparkan bahan tulis berakhlak mulia. Sedapatnya kita elakkan dari membesarkan malah tidak perlu sama sekali mendedahkan tingkah laku buruk yang berkaitan. Hal ini hanya akan meransang remaja yang semulajadinya angresif untuk melakukan hal yang kita sebut. 

Hakikat larangan yang ingin kita kemukakan tidak meresap ke hati remaja, tetapi mereka hanya mencedok yang keroh dan kotor saja. Kerana itulah kita perlu masuk terus kepada pokok nilai yang wajar; kita mahu remaja berakhlak mulia, jadi kita hanya perbesarkan dan sebut hal-hal yang baik. Dengan itu secara tabii akan membina sikap positif yang mulia dalam fikiran dan tingkah laku golongan remaja. Ketahuilah hal ini perlu kita halusi dengan lebih mendalam lagi, dari masa ke semasa.


Akhirnya ingin saya tegaskan, sepanjang kita menulis kita mesti peka apa saja yang kita tulis memberi kesan kepada orang yang membacanya. Tanya kepada hati kita, sukakah kita melihat orang yang membaca tulisan kita mengalami/melakukan keburukan?
Tentu kita tidak mahu begitu yang terjadi. Hati kita yang sedia baik ini sangat ingin orang lain beroleh kebaikan dari hasil tulisan kita. Kita akan rasa bahagia jika orang lain menjadi baik setelah membaca bahan penulisan kita. Begitulah sepatutnya yang kita harapkan dan semestinya yang kita lakukan.



SELAMAT MENULISKAN SEGALA KEBAIKAN.

Friday, June 19, 2009

Kuntum Perdamaian

Friday, June 19, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

(Tujuan saya menyiarkannya kembali cerpen yg telah diterbitkan dlm antologi persendirian Wizurai terbitan DBP ini di sini, adalah untuk mengongsikannya dgn pengunjung yg berada di luar negara dan tak dpt membelinya. Saya mendapat idea utk cerpen ini, setelah menyaksikan Presiden Arafat memberikan ucapan ttg perdamaian sambil memegang sekuntum bunga mawar merah, lewat kaca tv :))


Kuntum Perdamaian


Dari jauh kedengaran bunyi beberapa ledakan bom, berdentum hingga ke bumbung bangun-
an hospital. Namun begitu, hatinya tidak tergerak untuk menjenguk ke luar melihat bangunan hospital yang rosak teruk dibom sepanjang malam itu. Tiada apa-apa keistimewaan yang dapat dilihat di luar sana. Tiada kecerahan dan kejernihan lagi. Di sana sini, suasana langit begitu kabut dengan kepulan asap hitam bercampur merah, yang menabun mengitari bumi Teluk. Malah, dinding hospital itu
kerap digegarkan oleh ledakan bom yang menggila, terus-terusan menjunam di bumi yang malang.

Suara esak tangis dan teriak kanak-kanak, suara orang dewasa yang melenting marah pada sesuatu yang di luar keupayaan mereka untuk menentang, suara helang laut yang riuh-rendah cuba menyambar ikan mati di permukaan laut yang berminyak pekat, semuanya tidak berjaya menahan Khadijah daripada terus-terusan mencuci tangannya di sinki usang itu.



Sinki yang usang itu telah dikunjunginya, entah berapa kali, sejak satu jam yang lalu. Sambil mencuci tangan dengan sabun antiseptik berulang-ulang kali, matanya mengerling ke bilik bedah. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi tapak
selipar yang bergerak resah di lantai bilik bedah itu. Dia juga turut mengeluh resah. Bunyi itu seperti mengingatkan dia pada perjalanan masa yang ber-
gerak pantas. Kian lama kian jelas. Kian lama kian mendesak. Aduhai! rintih hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alang-
kah letihnya jiwa ini!

Dengan mata yang terkedip-kedip, dengan tubuh yang dibaluti pakaian seragam berwarna
hijau muda yang lusuh, dia tcrus mencuci tangannya. Sengaja dia tidak menutup paip, biarpun dia sedar catuan air perlu diambil kira. Biarpun kulit jari-jemarinya scmakin kembang kini. Sengaja dia tidak menutupnya, kerana dia tidak mahu mende-
ngar suara mereka di bilik bedah itu, menyentuh pendengarannya. Dia tidak sanggup mendengar perbualan mereka tentang tubuh kecil di meja bedah itu. Dia tidak sanggup lagi. Sungguh!

Entah mengapa, biarpun dia cuba memujuk hatinya agar menjalankan tugasnya seperti biasa, lebih-lebih lagi apabila mengenang betapa kes serupa itu telah acap kali dilaluinya; dia tidak berupaya menggesa kakinya melangkah ke bilik bedah
itu lagi, buat kali ini. Dia tidak dapat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hatinya!

Entah mengapa, sejak lima bulan yang lalu, sejak menjejakkan kaki ke bumi Teluk ini, dia berasa seperti berada dalam mimpi ngeri. Tanpa sedar, dia cuba menggapai semula kenangan manis di tanah airnya yang aman permai, yang amat dirinduinya. Dia begitu teringin berada dalam suasana yang melingkari damai dalam jiwanya, yang tidak
mampu dihulurkan oleh bumi Teluk ini. Apakah dia menyesal mendaftarkan dirinya
sebagai sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah dahulu? Apakah sia-sia sahaja dia bertungkus-lumus belajar bahasa Arab dahulu? Ah, sesungguhnya, dia sudah tidak tahu lagi!

Pada saat melihat tubuh gadis kccil itu disorong ke bilik bedah, keinginannya untuk kembali ke bumi Malaysia, semakin mendesak. Meledak-ledak, membakar urat-urat sarathya. Tersengguk dia di sinki usang itu tiba-tiba.

"Siapa nama gadis kecil itu?" tanya Khadijah, pada suatu ketika dahulu. Dia menyoroti wajah gadis kecil yang memegang sekuntum bunga merah.

"Atiqah," ujar jururawat terlatih di sisinya.

Lantas Khadijah, terus memerhatikan gadis kccil yang bernama Atiqah itu yang sedang bergegas ke bilik rawatan ccmas. Pada ketika itu, semua petugas di hospital itu, berpura-pura tidak melihat akan gadis itu, biarpun kehadirannya di bilik rawat-
an cemas itu, melanggar peraturan hospital. Sedetik, kelihatan gadis kecil itu meneliti tangan ibunya yang lebam-lebam akibat disuntik dengan jarum. Biarpun ditambah dengan pelbagai jenis dadah, silih berganti botol saban hari, yang mengalir terus ke dalam pembuluh darah ibu gadis kecil itu; ibunya tetap terus nazak. Ibunya yang terhumban ke tanah dari lori minyak yang dipandu oleh ayahnya,
terus diam membisu. Dan lori itu terbakar rentung bersama-sama ayahnya.

Dari meja tulisnya, Khadijah nampak gadis kecil itu mengeluh panjang. Sejurus kemudian gadis kecil itu kelihatan memanjat ke pinggir katil lalu menyematkan bunga berwarna merah itu, di celah-celah rambut ibunya yang sedang nazak.

"Ibu, bangunlah ibu," rayu gadis kecil itu seraya mengucup ibunya, bertubi-tubi. "Bercakap-lah dengan saya, bu. Bercakaplah!"

Khadijah segera melarikan pandangannya ke arah pesakit lain. Terasa kelopak matanya berat dengan takungan air jernih. Entah mengapa, memerhatikan Atiqah terbongkok-bongkok di pinggir katil ibunya yang nazak, terbayang pula dia akan wajah arwah ibunya sendiri. Dia terbayang ibunya yang beruban rambutnya, tenang menerus-
kan tradisi kaum asalnya; kaum Idaan. Dia seperti melihat ibunya amat tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam bakul raga dan sebagainya. Kadang-kadang, ibunya yang sentiasa menguntum senyuman manis itu, kelihatan terbongkok-bongkok menuai padi di sawah yang luas terbentang. Ah, betapa dia merindui ibunya!

Khadijah terus tercegat di sinki usang itu. Nafasnya dihela panjang-panjang. Dan serta-merta, gambaran wajah arwah ibunya menerjah tiba lagi. Lantas, dengan pandangan mata yang berpinar-pinar, dengan wajah sayu yang tersirat dengan ber-
juta rasa pilu, diamat-amarinya keadaan di bilik bedah itu, meresap dan membawa ingatannya kepada cerita ibunya yang berketurunan Idaan, tentang kepercayaan nenek moyang mereka yang berasal daripada Nunuk Ragang. Tempat yang terletak di Tampias, di suatu kawasan di hulu Labuk dalam daerah Ranau itu, terdapat Sungai Liwagu dan
Sungai Gelibang yang mengalir ke arah timur Ranau dan Tambunan. Alangkah gementar hatinya apabila terbayangkan bentuk pohon ara yang sebesar enam pemeluk dan daun-daun yang merimbun, berdiri teguh di tebing sungai!

Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang Dusun Idaan yang membina tujuh buah pondok
berukuran 185 meter persegi setiap satu, di bawah pohon ara merah atau Nunuk Ragang itu, bagaikan hanya wujud dalam impiannya. Saban hari orang Dusun Idaan ermandi-manda di sungai itu, sebelum memanjat pohon itu bagi menjemurkan diri
mereka di dahan-dahannya. Benarkah akar-akar pohon ara yang berbunga merah itu, mampu menyembuhkan pelbagai penyakit? tanya hatinya, kerusuhan.

"Ah ...!" rintih Khadijah. Kalaulah cerita tentang pohon ara yang berbunga merah dan mempunyai keajaiban pada akarnya itu, bukan legenda semata-mata, alangkah mudahnya kerja menyembuhkan sesuatu penyakit dilakukan? Contohnya, penyakit ibuku. Sayang sekali ibuku tidak dapat diselamatkan. Ibuku meninggalkanku juga, akhir-
nya. Entah mengapa, serta-merta seluruh hatinya terasa amat sepi. Kesepian vang begitu menguasai dirinya, dan dia berasakan lorong hidupnya bagaikan sentiasa terpencil di sudut suram, sejak kematian ibunya. Tertaut kabus berbau amunasi yang berpanjangan. Justeru itu dia berkejaran terus-terusan, menghela nafas yang tersepit, pada batas-batas telaga hati, menyongsong sinar matahari yang ter-
sembunyi. Terasa bagai menyongsong kelangsungan hidup insan lain yang tanpa tempat mengadu, untuk survival; biar apa pun yang datang melanda.

Kelopak mata kuyu Khadijah terus merenung tajam jari-jemarinya yang kian kembang berendam dalam air. Tubuhnya yang berusia awal tiga puluhan itu, masih terkaku di sinki usang. Bintik-bintik peluh, memercik di seluruh garis wajahnya yang
ketegangan. Suara kanak-kanak dan orang dewasa yang hingar-bingar berbaur dengan deruman enjin kenderaan yang bersimpang-siur di luar sana, tidak berupaya melenyapkan kesepiannya. Digagahi dirinya untuk tidak mengizinkan matanya meliar memerhatikan sekujur tubuh kecil yang terbaring di meja bedah. Sedaya upaya dia
bergelut dengan perasaannya untuk tidak mengizinkan pintu hatinya tcrbuka sehingga memboleh kan wajah cornel yang bernama Atiqah itu, menggugah perasaannya. Scdaya upaya dia mencuba.

"Doktor Khadijah, boleh kita mulakan sekarang?" tegur seorang jururawat dengan logha
Timur Tengah yang pekat.

"Dah siap semuanya?" tanya Khadijah, biarpuh, sesungguhnya, dia lebih arif dengan jawapannya. Bukankah dia sendiri yang menyaksikan bagaimana jururawat hospital itu memeriksa darah Atiqah bagi memastikan jenis tisu yang dimiliki olehnya? Hisy! Bukan mudah untuk melakukannya. Semuanya perlu dikenal pasti melalui protein yang
tertentu - antigen - yang terdapat pada tubuh kecil yang terbaring kaku di meja bedah itu.

"Sudah, puan doktor," ujar jururawat itu. "Malah, pesakit yang akan menerima organ itu pun, sudah siap menanti. Doktor Syeikh Abdullah El-Ahmad juga sudah berada di bilik bedah, puan doktor."

"Baiklah, beri saya beberapa minit lagi."

Khadijah memerhatikan jururawat itu beredar pergi dengan ekor matanya. Lantas, dengan tangan yang terketar-ketar, dia menutup paip yang menjadi tumpuannya tadi. Setelah mengesat tangan dan memakai sarung tangan, pandangannya terus ter-
tumpu kepada jari-jemarinya yang kembang itu. Mata dan fikirannya tertuju terus kepada pesakit yang bakal menjalani pemindahan buah pinggang - menerimanya daripada gadis kecil bernama Atiqah.

Khadijah sedar, buah pinggang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, mengalami jangkitan kuman berterusan sejak kecil lagi. Dia tahu, kanak-kanak itu diberikan ubat immune suppression, menanti sehingga mendapat organ buah pinggang yang sesuai dengannya. Namun begitu, kemungkinan kegagalan itu, amat tinggi dan lebih cende-
rung membawa kesan mudarat kepada pesakit yang melalui pembedahan organ tersebut.
Tetapi, bukankah wajar pesakit itu diberi cahaya untuk terus hidup? tanya harinya, keresahan. Tambahan lagi, buah pinggang kanak-kanak lelaki itu, telah kecut dan bertompok-tompok dengan kesan jangkitan kuman.

Khadijah mengeluh lagi. Matanya tergenang dengan air jernih. Perlahan-lahan, pandangannya bergerak ke arah tubuh kecil yang bernama Atiqah. Dia tersedak pilu. Memang, sejak pertama kali dia melihat wajah gadis cornel itu, empat bulan yang
lalu, hatinya sudah tersentuh.

"Apa yang berlaku?" tanya Khadijah, ketika itu. "Mengapa gadis kecil itu menjerit-jerit?"

"Dia membuat ragam, puan doktor," jawab jururawat yang bertugas mengikut giliran itu. "Dia terpaksa dihalang oleh dua orang pembantu hospital daripada terus-terusan menyerang Dr. Abdullah dengan penumbuk kecilnya."

"His! Saya bukan tak kasihan kepadanya. Tapi, ibunya sudah nazak hampir satu minggu. Dan tak punya harapan untuk hidup lagi. Apabila saya jelaskan kepadanya mengapa mesin bantuan pernafasan itu perlu ditanggalkan daripada ibunya, dia menga-
muk," jelas Dr. Abdullah, lelaki Timur Tengah itu. "Lagipun, ramai lagi pesakit yang memerlukan katil itu."

Hati Khadijah tersentuh pilu. Dia berpaling ke arah gadis kecil itu. Setiap kali gadis itu datang melawat ibunya, dia pasti membawa sekuntum bunga berwarna mcrah, yang semerah bunga dari pohon Nunuk Ragang itu. Bunga itu diselitkan di celah rambut ibunya, seraya merayu-rayu agar ibunya sedar daripada keadaan nazaknya. Sesungguhnya, bukan Khadijah tidak bcrsimpati dengan nasib gadis kecil itu. Masalahnya, seperti kata Dr. Abdullah El-Ahmed, berapa ramai lagi pesakit lain yang
memerlukan perhatian. Ah, serba salah dia! Lantas, dia cuba memujuk gadis itu pula.

"Atiqah, tentu engkau mengerti, bukan,"
pujuknya, lagi.

"Jangan! Jangan biarkan ibuku mati!" jerit gadis kecil itu, seraya menangis teresak-esak. Dia berundur ke tepi katil ibunya seraya merenung muka Khadijah seperti' merenung musuh ketatnya. "Huh! Kalau siapa berani mcnanggalkan mcsin
bantuan pernafasan itu, saya bunuh!"

Tersentak nafas Khadijah. Dia hampir tergelak. Gadis sekecil itu, mahu mengugut orang dewasa yang dua kali lebih besar daripadanya? tanya hatinya. Tetapi, setelah diamat-amati wajah bengis gadis kecil itu, dia dapati ada sinar yang tersirat, tetapi tidak tersurat di mata yang galak itu; sinar harapan yang tidak pernah padam. Sinar mata yang berjaya menarik Khadijah menyebelahinya.

Buat seketika, dia menyoroti wajah wanita yang terlantar dalam keadaan nazak itu. Apabila memerhatikan wajah wanita itu, mengingatkannya lagi kepada wajah ibunya sendiri yang terbujur di katil wad kelas tiga, hospital kerajaan di Malaysia.
Dia melihat gadis sunti yang berusia sepuluh tahun itu, dengan wajahnya yang sedang sayu, menatap wajah ibunya yang tidak bernafas lagi. Ibunya yang menjanda sejak ayahnya yang bertugas sebagai tentera itu terkorban di perbatasan, menderita demam
panas yang parah. Gadis sunti itu ialah dirinya, dua puluh tahun yang lalu. Lantas, dia mengeluh panjang dan langsung mendesak Dr. Abdullah El-Ahmed untuk mempertimbangkan keputusannya.

"Baiklah, saya beri dia satu minggu saja lagi,"tegas Dr. Abdullah El-Ahmed, sebelum beredar pergi. "Selepas itu, ah... Khadijah, bukan awak tak lihat berapa ramai pesakit yang memerlukan rawatan di katil itu!"

Khadijah mengeluh lega. Ketika Dr. Abdullah dan pembantu-pcmbantu hospital itu beredar pergi, dia melangkah ke meja tulisnya. Dengan ekor matanya, dia melihat gadis kecil yang bernama Atiqah itu memanjat naik ke pinggir katil ibunya. Dia
lihat gadis kecil itu mcnyematkan sekuntum bunga berwarna merah di rambut ibunya, sebelum merayu-rayu dan mencium ibunya bertalu-tali. Suara gadis kecil itu kedengaran jelas kepada Khadijah.

"Ibu, jangan bimbang. Saya takkan biarkan mereka putuskan mesin banrnan pernafasan itu bu," ujar gadis kecil itu seraya melemparkan sebuah jelingan tajam ke arah Khadijah. "Saya tak kan benarkan. Saya tahu, ibu masih ada harapan untuk pulih. Saya tahu. Oh, ibu! Buktikanlah kepada mereka. Buktikanlah yang ibu boleh pulih
Ibu mesti cepat pulih, tahu! Mesti! Kerana, saya sayang ibu!"

Sejenak Khadijah termangu. Dia memandang wajah wanita yang sedang nazak itu, seolah-olah turut mengharapkan sesuatu perubahan berlaku Namun, tiada sebarang pergerakan sebagai tindak balas kepada rayuan anaknya. Setiap malam, gadis itu masuk ke bilik rawatan ibunya. Setiap kali dia datang, dia tidak lupa membawa sekuntum bunga berwarna merah yang diselitkan di rambut ibunya bagi menggantikan bunga yang sudah layu. Dia terus merayu-rayu. Sehinggalah seminggu kemudian, sehari sebelum tarikh terakhir yang diberikan oleh Dr. Abdullah El-Ahmed untuk menanggalkan
mesin bantuan pernafasan itu, gadis itu terus datang dengan sekuntum bunga berwarna merah. Dia terus merayu dan merayu ibunya yang sedang nazak itu. Seperti biasa, tiada sebarang tindak balas daripada wanita yang terkujur nazak itu. Gadis kecil itu seperti dapat merasakan saat untuk ibunya hidup sudah hampir ke hujung jalan. Tanpa sedar, dengan suara yang sedikit keras, gadis itu memerintahkan ibunya supaya memberikan tindak balas.

"Ibu, bangunlah! Buktikan kepada mereka, bu!" gesa gadis kecil bernama Atiqah itu. "Saya sayang ibu, dan kalau ibu juga sayang saya, gerak-kanlah jari relunjuk ibu. Gerakkanlah! Cepat!"

Sesungguhnya, Khadijah scndiri hampir tidak percaya apabila menyaksikan jari telunjuk wanita yang terkujur nazak itu, bergerak perlahan-lahan. Seolah-olah mengikut perintah anak kesayangannya itu. Gadis kecil itu terus melonjak keriangan dan memanggil Khadijah menghampiri katil ibunya.

"Lihatlah! Ibu saya sudah pulih!"

Peristiwa yang di luar jangkaan itu, menarik perhatian semua doktor dan kakitangan hospital itu. Masing-masing cuba memberikan bantuan. Biarpun dalam keadaan letih, mereka datang memeriksa tekanan darah, memeriksa IV tubes, suction fluid daripada jantungnya dan sebagainya. Namun begitu wanita itu kadang-kadang sedar dan kadang-
kadang kembali tidak sedarkan diri, tetapi seperti gadis kecil bernama Atiqah itu juga, mereka tidak mahu menyerah kalah. Mereka turut memberikan antibiotik untuk melawan fenomena yang mencengkam jantung wanita itu. Sementara itu, Khadi-
jah turut memastikan agar wanita itu mendapat terapi fizikal.

Pada keesokan malamnya, setelah ibunya memberikan tindak balas dengan menggerak-gerakkan jari telunjuknya, Atiqah terus datang. Dengan mata yang bersinar-sinar, dengan terkinja-kinja keriangan, dia membawa dua kuntum bunga. Sekuntum diselitkan di celah rambut ibunya dan sekuntum lagi diletakkan dalam botol berisi air lalu
diletakkan di meja tulis Khadijah. Khadijah terkejut, kehairanan. Harinya berde-
sis, apakah bunga berwarna merah itu, bererti gadis kecil itu dan aku, sudah berdamai kini? Apakah bunga ini, kuntum perdamaian buat kami? Lalu, dia terbayang akan pohon Nunuk Ragang yang berbunga merah itu. Serta-merta, dia menjadi ter-
haru. Khadijah memerhatikan gadis kecil itu terus berulang-alik ke hospital itu dengan dua kuntum bunga berwarna merah, setiap hari sehinggalah ibunya cukup kuat untuk dihantar pulang.

"Siapalah yang akan meletakkan bunga berwarna merah di dalam botol itu nanti, ya?" usik Khadijah, sewaktu gadis kecil itu menyorong kerusi roda ibunya ke arah kereta ambulans yang akan menghantar mereka pulang. Gadis kecil itu tersenyum kesipu-sipuan.

Sesungguhnya, sedikit pun dia tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan
gadis kecil bernama Atiqah itu. Setelah beberapa bulan berlalu, setelah dia hampir lupa akan gadis kecil itu, dalam keadaan sibuk merawat para pesakit yang bertali arus, tiba-tiba gadis kecil itu muncul kembali dalam hidupnya. Tetapi dalam keadaan
yang sama sekali berbeza. Gadis kecil itu tidak seperti dahulu lagi. Tidak lagi terkinja-kinja keriangan. Ketibaan gadis itu, pada kali ini, dalam keadaan terlantar di atas usungan, terbujur lesu dengan bernafas nyawa-nyawa ikan!

"Gadis kecil ini mengalami kecederaan teruk di kepalanya," jelas Dr. Abdullah El-Ahmed, perlahan. "Serpihan peluru berpandu yang meledak di kawasan penempatan awam itu, masih terdapat di dalam otaknya. Maafkan kami, tiada apa pun yang
dapat kami lakukan untuk membantunya."

Ramai antara petugas di hospital yang mengenali gadis kecil itu, menangis teresak-esak bersama-sama ibu gadis kecil itu. Ibu gadis kecil yang masih
berkerusi roda itu, tidak putus-putus menyebut nama Tuhan dan menvesali perbuatan kejam mereka yang gila kuasa itu. Khadijah turut terseret dalam emosi wanita yang terseksa jiwanya itu. Khadijah terikut-ikut marah.

"Jika boleh, ingin saya katakan bahawa gadis kecil ini mempunyai harapan. Tapi, saya tak boleh," tambah Dr. Abdullah, kesayuan. "Err ...bagaimana kalau saya cadangkan agar puan pertimbangkan untuk menderma organ buah pinggang gadis kecil ini. Saya mahu, puan pertimbangkan untuk kepentingan diri puan sendiri. Percayalah,
setelah masa berlalu, suatu ketika nanti, ia akan memberi erti yang besar kepada puan."

Serta-merta, suara halus naluri Khadijah membantah. Dia ingin menjerit: Sudahlah! Sudahlah! Jangan disakiti jasad gadis kecil itu lagi. Biarkanlah dia sendiri! Begitulah yang ingin dijeritkan oleh Khadijah. Tetapi suaranya tersekat di kerongkongnya.

"Alhamdulillah," ujar wanita, ibu kepada gadis kecil itu. "Saya fikir, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan. Anak saya, Atiqah, memang penyayang orangnya. Dia sentiasa mahu memberi kasihnya kepada orang lain. Saya percaya, jika Atiqah masih boleh bercakap, pasti dia juga akan memberikan persetujuannya."

Jasad gadis kecil itu segera disorong ke bilik bedah. Biarpun didapati otaknya mati atau tidak berfungsi lagi, mereka dapati buah pinggang gadis kecil itu berada dalam keadaan baik. Semua bantuan pernafasan diteruskan bagi membantu denyutan jantung gadis kecil yang kian lemah itu. Pesakit lain yang bakal menerima organ buah pinggangnya dihubungi dan dipersiapkan untuk menjalani pembedahan. Masa kian suntuk. Mereka cuma mempunyai 48 jam sahaja. Kalau tidak, buah pinggang
yang dikeluarkan dari tubuh gadis kecil itu, tidak boleh digunakan lagi.

Aduhai! rintih hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alangkah letihnya jiwa ini!

"Boleh kita mulakan sekarang, Khadijah?"

Khadijah tersentak. Dia berpaling dan tersua wajah Dr. Abdullah El-Ahmed, reman seperjuangannya. Dia mengeluh lagi. Matanya yang bergenang air jernih, terkedip-kedip merenung Dr. Abdullah. Bagaikan ada suatu daya tarikan yang
halus berseni, cepat telinganya menangkap suara kanak-kanak yang sedang menyanyi - sayup-sayup dari jauh. Menyanyi di kalangan pejuang bangsanya. Terdengar juga kicau burung layang-layang yang pulang ke sarangnya, di celah bumbung bangunan hospital itu. Seterusnya dia terdengar bunyi tapak kaki yang cornel, berkejaran di sana
sini, menambahriuhkan keadaan di koridor hospital. Kanak-kanak yang berkeliaran bebas dari kawasan penempatan yang kerap dihujani bom itu, bergaul mesra bagaikan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Seolah-olah mereka sudah lali dcngan keadaan
kacau-bilau itu.

"Khadijah?" ulang Dr. Abdullah, lembut.

Khadijah mengangguk Iemah. Lambat-lambat, dia melangkah ke bilik bedah. Sedetik itu, dia memegang pisau bedah. Lantas, dengan himpunan seluruh kekuatan luaran dan dalaman, biarpun dalam kengiluan apabila mcngenang wajah comel yang bercahaya dan berseri-seri itu, dalam suasana bumi Teluk yang meledak di sana sini, dia meng-
hela nafas seraya membaca sepotong ayat suci.

Sejurus, dengan tangan yang terketar-ketar, dia menghiris kulit halus gadis kecil itu, sepanjang perutnya. Dengan segala kemahiran yang ada padanya, dibantu oleh Dr. Abdullah El-Ahmcd, Khadijah mengeluarkan organ buah pinggang daripada tubuh gadis kecil yang malang itu. Organ itu diletakkan di dalam sterile plastic containers dan kemudian diletakkan di dalam chloroform chest yang dipenuhi ketulan ais – sebelum dipindahkan kepada pesakit lain yang sedang menanti.
* * *
Pada suatu senja yang tenang, ketika Khadijah sedang berehat setelah keletihan menjalankan tugas sehariannya tadi, tiba-tiba terdengar pintu bilik rehat itu diketuk orang.

“Ada orang nak jumpa awak, Khadijah.”ujar Dr. Abdullah, tersenyum penuh rahsia. “Tetamu istimewa.”

Khadijah mengerut kening. Sebaik saja Doktor Abdullah membuka pintu bilik rehat itu lebar-lebar, seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam bilik rehat itu. Kanak-kanak lelaki itu menguntum senyuman manis sambil menghulurkan sekuntum bunga berwarna merah yang disembunyikan di belakangnya tadi.

“Terima kasih, puan doktor,” bisik kanak-kanak itu, tersipu malu.

Khadijah yan gmasih kebingungan itu, sedikit teragak-agak, membongkok lalu menyambut huluran bunga itu. sebelum sempat dia bertanya apa-apa, kanak-kanak itu melonjak dan terus mencium pipinya. Dan kemudian, kanak-kanak itu
terus berlari pergi.

"Siapa budak itu?" tanya Khadijah, kehairanan.

"Mahrnoud Noor, budak yang menerima buah pinggang daripada Atiqah dulu," jelas Dr.
Abdullah, tersenyum lembut. "Ingat Atiqah lagi?"

Atiqah? desis Khadijah dalam hati. Ah, ingatkah dia akan gadis kecil yang bernama Atiqah itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang berupaya memberikan cahaya kehidupan kepada ibunya yang sedang nazak itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang memberikan cahaya kehidupan kepada kanak-kanak lelaki yang menanggung sakit buah pinggang
itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang membawa sekuntum bunga berwarna merah yang diletakkan di dalam botol di atas meja tulisnya? Ingatkah dia lagi?

"Soalan itu tidak melucukan," desisnva, tersendu keharuan.

Dengan terketar-ketar, dia terus memegang kuntum bunga berwarna merah itu. Nafasnya sesak. Dadanyakian sebak. Aneh, bunga berwarna merah itu mengingatkan dia kepada pohon Nunuk Ragang yangg bcrbunga merah; pohon yang boleh dibuat ubat untuk pcibagai jenis penyakit - dari akar hingga ke pucuknya.

Sejurus kemudian, Khadijah meletakkan tangkai bunga itu ke dalam botol berisi air. Dia terus merenung bunga berwarna merah itu, tanpa mem pedulikan Dr. Abdullah yang ternyata ingin sekali mengubat hatinya. Dia terus merenung bunga itu. Aneh, pada bunga yang kembang mekar itu, dia seperti mclihat raut wajah gadis kecil yang bernama Atiqah itu. Wajah itu, seperti sebutir bintang pada tengah malam yang gelap pekat, bercahaya-cahaya dalam suasana yang penuh damai - sedamai sekuntum perdamaian antara dia dengan gadis kecil itu dahulu.

Tiba-tiba, Khadijah merasakan perjuangannya di bumi Teluk ini, sesungguhnya, tidak sia-sia! Dan, alangkah baiknya kuntum perdamaian seperti itu diwujudkan untuk mereka yang gila kuasa itu?

Alangkah!

Friday, June 12, 2009

CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

Friday, June 12, 2009 // by Noraini Eslah // 6 comments


oleh: Ummu Anas

Semua pengunjung budiman!

Saya tertunduk malu dengan mata terkedip-kedip bila menatap tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA.



Pada hakikatnya, hal itu belum wujud dalam diri saya, hanya sebagai impian yang seindah mimpi... Oh! Bilakah akan dapat saya capai dan garap? Pernah saya tanyakan seorang teman penulis yang dalam masa yang sama tenaga pengajar dalam bidang kewartawanan, kata-kata yang diajukan kepada saya benar-benar telah menggugah hati saya. demikian bunyinya:


"Seorang penulis persuasif yang berjaya sentiasa memperkayakan dirinya dengan ilmu dan istilah-istilah baru. Dia tidak hanya berpuas hati dengan hanya pandai membina ayat, tetapi dia menghiasi ayat-ayat yang dibina dengan elemen-elemen daya penarik dan istilah yang boleh memerangkap jiwa dan emosi pembaca."



Aduh!...Terlongo saya mendengarnya dan terkedip-kedip lagi mata saya merenung matanya yang tampak serius dalam bicaranya itu.


Saya beranikan diri bertanya lagi...

Bagaimana cara sebaiknya membina diri dan keupayaan ke arah itu?

Jawapannya:

1. SUKA KEPADA BAHASA
Penulis yang berkesan mesti suka kepada bahasa. Ini bermakna suka kepada pengucapan atau ungkapan-ungkapan yang segar dan meyakinan. Menguasai pertuturan dan sentiasa bertutur dalam sususan bahasa yang betul.

2. SUKA MEMBACA
Penulis tidak boleh terpisah dari bahan bacaan, setiap detik diisikan dengan aktiviti membaca. Baca apa saja bahan bacaan terbaik yang mengukuhkan kecenderungan menulis yang sesuai dengan tabiat dan bentuk penulisan yang kita pilih.


Wah! Setelah mendengar katanya itu, saya bangun berdiri lalu mahu bergerak dan bertindak menepati apa yang sahabat saya sarankan itu..., tiba-tiba beliau menahan saya; ada lagi beberapa perkara yang perlu saya semak selalu dalam diri saya.

Apa dia perkara penting itu....?

* Menulis bererti berkomunikasi, iaitu menyampaikan mesej kepada khalayak sasar/pembaca. Tuliskan perkongsian maklumat dan ilmu bermanfaat, supaya khalayak pembaca terdidik menjadi baik.

* Penulis yang berjaya akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan bahasanya dengan laras dan lenggok yang sesuai untuk pelbagai kumpulan sasar, kanak-kanak, remaja dan dewasa.




Wow! Saya rasa sungguh banyak yang mesti saya lakukan segera untuk melengkapkan diri ke arah impian saya; menjadi PENULIS YANG BERJAYA!

Saya pun bingkas bangun untuk segera bertindak..., sempat juga saya kerling senyum simpul sahabat saya itu seiring dengan kata-katanya mengakhir sesi pertemuan kami; Anda adalah diri anda, serlahkan keistimewaan bakat dan gaya tersendiri anda. Cungkil dan pupuk bakat berkenaan. Segeralah maju untuk menzahirkannya supaya manusia sejagat akan terdidik berwibawa!

Saya pun ketika itu, tidak lagi menoleh ke belakang..., terus maju laju... menggarap dan mengolah apa yang saya termampu. Kini di mana saya berada??? Sayu hati saya bila merenungi tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

Mari bantu saya,...dan seharusnya kita saling bantu-membantu demi kelangsungan bidang penulisan yang sangat berkesan mendidik insan lain kepada kebaikan.