• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, February 2, 2010

Sastera; Karya Berlian?

Tuesday, February 02, 2010 // by Azmah Nordin // // 3 comments




Mungkin ramai yg tahu, galian berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia terbentuk antara 120-200 kilometers or 75-120 batu di bawah permukaan bumi. Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (`mustahil untuk dimusnahkan')— dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya yg indah.




Khabarnya, ada juga berlian sintetik/tiruan yang diperbuat drpd abu mayat. Cantik, mmg ttp cantik. Dr segi mutu? Anda tau jawapannya. Apakah anda mau menghasilkan karya berlian sintetik yang dihasilkan drpda `abu mayat' - atau karya berlian asli, yg dihasilkan dgn pelbagai jerih payah hingga terbentuk indah sprt gambar2 di atas dan di bawah ini? Terserah pd anda, tentunya.


Tapi, berapa ramaikah yang tahu, bahawa karya sastera juga merupakan berlian dlm bentuk penulisan?





Sastera atau penulisan berlian merupakan karya paling terhormat dan berguna di antara ribuan bentuk karya lain yang diketahui. Ia terkenal kerana mutu karyanya yang hebat, terutama sekali keindahan bahasa dan keteguhan nilai-nilai murni di dalamnya. Seperti berlian, sedikit sebyk, Sastera juga berkeupayaan menyelerakkan cahaya kehidupan kepada para pembacanya.

Andainya oleh ciri-ciri penyerakan cahaya yg indah bak pelangi ini (antaranya) yg menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan; maka dalam karya sastera pula, ciri-ciri keindahan bahasa, kekuatan nilai-nilai murni dan plot ceritanya dijalinkan dgn daya kreatif yg tinggi hingga mampu menimbulkan keindahan bak pelangi juga itu, dgn sendiri ia digemar dibaca utk perhiasan jiwa pembaca, sekali gus pelbagai kegunaan `pengilangan' dlm pembentukan manusia dan kemanusiaan itu sendiri.

Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal jauh ke dalam di perut bumi, di mana TEKANAN dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian. Sementara kebayakan karya berlian `dilombong' daripada saluran perasaan yang menanjak ke ubun2 anda sebagai penulis, dan gelojak perasaan itu mungkin saya berpunca daripada pelbagai perkara/peristiwa yg berlaku berturut tahun lamanya, dan suhu daripada gelojak perasaan itulah yg mendorong penulis utk menghasilkan karya berlian.

Tarikan berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Tarikan karya berlian sebagai karya berharga terletak kepada keteguhan mutunya dan ciri-ciri optiknya. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan digilap menjadi bentuk banyak sudut bagi meningkatkan kualiti yang menarik ini. Karya berlian yg digunakan sebagai bahan pembelajaran, dibedah-siasat oleh para pengulas dan pengkritik berwibawa, yg mana secara tidak langsung sebenarnya turut menggilapnya, secara tidak langsung. Kekerasan berlian membenarkan ia digilap dengan baik dan tahan calar (hanya berlian lain mampu mencalarkan berlian), memberikan kilauan yang baik. Kekuatan karya berlian membenarkan ia digilap dgn baik dan tahan `calar' (hanya sastera berlian lain yg boleh mengalahkan sastera berlian), memberikan pandangan yang baik.

Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan mata penggerudi atau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Sementara dlm kegunaan `pengilangan jati diri manusia dan kemanusiaan' telah dikaitkan dgn kekuatan nilai2 murni; ciri-ciri ini menjadikan sastera sebagai bahan terbagai bagi `perkakasan memotong dan pelicin secara halus - lebih kurang sama seperti menggunakan mata gergaji dan penggerudian atau serbuk berlian halimunan, sebagai bahan geseran (abrasive).


Bagaimana berlian itu terbentuk? Menurut kajian sains, karbon yang menghasilkan berlian ini dtg daripada batu pra-wujud di permukaan atas bumi. Perubahan cuaca pada permukaan atas bumi, memaksakan atom karbon masuk lebih dalam dan mencair, sebelum kembali menjadi batu baru, setelah TEKANAN cuacanya berkurangan. Andainya, selain daripada keadaan seperti TEKANAN dan kimianya bertepatan, maka atom karbon dalam batu yang mencair seperti kristal akan membentuk berlian kristal.

Tiada gerenti bahawa atom karbon ini akan berubah menjadi berlian. Jika TEKANAN suhunya mendadak turun naik tidak menentu, pasti saja berlian kristal ini akan mencair dan meresap terus ke dalam perut bumi. Walau ia akhirnya terbentuk juga, ia mungkin memakan masa ribuan tahun untuk berlian itu di mana-mana di permukaan bumi.

Jadi pula dengan Sastera; Karya Berlian ini terbentuk? Jawapannya juga mudah; Menurut pengalaman saya sendiri, bahan/idea cerita yang boleh diangkat sebagai karya Sastera ini, juga mungkin saja datang daripada apa yg sudah wujud di muka bumi ini (di sekitar anda). Perubahan pemikiran dan penelitan anda terhadap bahan yg diambil, juga akan memaksa anda melihatnya dari secara lebih mendalam (kaji), Tapi, andanya kesungguhan anda yg terpaksa menerima pelbagai TEKANAN juga itu, turun naik tidak menentu, bahan/idea cerita boleh saja mencair dan mungkin akan meresap terus ke dalam perut bumi (atau ghaib begitu saja dari minda anda).

Walau bahan/idea itu mungkin dapat dihasilkan juga akhirnya sebagai karya sastera, ia mungkin memakan masa bertahun2 kemudiannya untuk siap - dan mungkin ditulis oleh penulis lain, dan bukan anda sendiri.

Apakah anda perlu gentar pada pelbagai TEKANAN (fizikal/psikologi) , semasa menghasilkan karya berlian? Apakah anda mahu karya berlian itu, yg idea asalnya adalah milik anda, dihasilkan oleh penulis lain? Hanya anda saja yg boleh jawab kan? :)

3 comments:

  1. salam sifu,
    Begitu indah berlian yang diangkat sebagai simbol artikel ini...begitu indah juga artikel ini.Terkedu, termangu, terpinga2 dan banyak lagi ter...yang membawa maksud tidak terkata/terucap malah terdiam seribu bahasa bila sifu paparkan ransangan yang begitu simbolik tentang karya sastera.

    Jauh di sudut hati saya...tersangat dalam ke dasarnya, saya semai azam moga satu hari nanti...masih beroleh keupayaan...walau sudah mencecah manis seventy dpt berkongsi berkarya bersama sifu...tak kiralah di level mana pun. moga benar2 terjadi. Juga moga darinya akan terpancar sinar misali yang mensejahterakan insan lain.

    Apa pandangan sifu?...kejayaan mesti dimulakan dengan impian!...

    Ayuh adik2! moga nanti akhirnya kita mampu untuk tersenyum seperti sifu tersenyum hari ini...menatap karya yang memberi kepuasan dan nilai murni.Ayuh bergerak!

    ReplyDelete
  2. ummu anas :)

    terima kasih utk pujian tu. berlian mmg indah, begitu juga karya berlian, tp artikel saya tu taklah seindah karya berlian; sbb ia lebih merupakan cabaran kpd para penulis utk menjadikan diri sebagai penulis berlian yg punya daya tahan pada sebarang tekanan, dgn semangat yg tak mudah dimusnahkan dlm berkarya dan sebagainya. gaya bahasanya biasa2 je supaya mudah difahami sbb makna di sebalik simbol berlian tu sendiri dah kompleks kan.. hehehe..

    apakah anda akan masih beroleh keupayaan walau sudah seventy upwards bersama2 saya? Insya-Allah, Agi idup, agi itu kita bersama2 ngelaban ummu anas :) wah, bestnya logo saya tu!

    setuju, kejayaan harus dimulakan dgn impian. impian diterjemahkan dlm bentuk perlaksanaan dgn sepenuh semangat juang dan pengorbanan kenikmatan hidup sampingan (menonton program kegemaran di tv misalnya) yg pasti, tanpa impian, manusia itu kosong je

    ReplyDelete
  3. Oh ya, dalam skala kekerasan mohs kekerasan berlian (diamond) itu 10 lho, paling keras. tulisannya bagus sekali. terima kasih sudah singgah di blog saya dulu.
    http://annelis.wordpress.com/2008/11/16/rafilus/

    ReplyDelete