• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, May 9, 2009

Proses Penulisan Kreatif; Melayari Bahtera Digital (1)

Saturday, May 09, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments



"Alangkah bertuahnya kalau saya boleh menulis novel berkualiti… satu pun jadilah, asal ada. Tapi, alangkah sukarnya proses penulisan novel!”



Begitulah luahan hati seorang wanita korparat lanjut usia, dengan rendah hati, lewat artikel di akhbar yang pernah saya baca suatu ketika dahulu. Pada mulanva, memang sukar memahamiya. Lewat artikel dan gambar yang disertakan dalam akhbar itu. jelas menggambarkan wanita itu bukan calang-calang orang. Wanita itu memiliki segalanya. Punya kerjaya cemerlang sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa. Naik jet, macam naik bas ke sana sini. Punya unit-unit kondominiun dan banglo-banglo bak istana kayangan yang bertaburan di pelbagai pusat peranginan di serata dunia. Punya deretan pelbagai kenderaan impot dan pelbagai jenama. Punya kuda peliharaan bagi memenuhi hobi bersukan kudanva. Punya suami dan anak-anak tercinta yang berjaya dalam bidang masing-masing, tapi masih beranggapan dirinya tidak cukup bertuah?

Bagaimana tu, ya?




Termenung saya memikirkannya Barangkali, apa yang koporat itu maksudkan adalah
tentang keinginannya untuk meninggalkan sesuatu lebih bererti, setelah ketiadaannya
kelak. Sesuatu yang berbentuk khazanah yang Iebih bermakna dan rakaman nurani yang
lebih murni kepada anak bangsa dan negara. Rupanya kerja memproses karya kreatif
novel bukan saja boleh dianggap sebagai suatu profesyen yang menarik. tapi setanding
dengan kerjaya yang lainnya - jika tidak ebih pun!

MEREALISAS1KAN IMAGINASI

Persoalannva, barangkali, bagaimanakah era teknologi maklumat dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dalam proses kreatif penulisan novel? Dan kini, setelah turut tenggelam timbul dalam suasana ekonomi negara yg sekejap tenang sekejap bergelora, dan kerap pula terseret atau terhimpit oleh masalah keperluan asas, contohnva barangan untuk proses penulisan seperti stem, envelop, kertas, ink computer yg bagaikan tidak tertangguh-tangguh untuk dinaik-lambungkan harganya oleh para pekedai, (itu tak termasuk bil elektrik, telefon, internet), apakah penulis masih
punya harapan unluk terus merealisasikan imaginasi dengan sempurna?

Bagaimana mahu berkreatif dengan tenteram, jika di sana sini pihak-pihak penerbit juga yang turut dilanda suasana ekonomi yang sekejap tenang dan sekajap bergelora seperti ini, hingga banyak mengistiharkan bahawa mereka akan mengurangkan/memotong jumlah penerbitan buku karya kreatif? Bagaimanakah hendak 'memelihara' ilham yang mercup tanpa waktu itu, agar tidak menggolek lari kegerunan (kerja mencatat ilham bukan suatu tabii vang lumrah bagi semua penulis), kalau tidak pun terus mengecut kelayuan, sebelum sempat dikembang-mantapkan dalam minda. Dan, yang paling penting, apa yang perlu dibuat agar semangat untuk berkarya - tidak diibaratkan bak daun-daun yang berguguran pada musim semi, atau macam saham yang bertumbangan dan ekonomi yang bagai sentiasa dilambung di atas titian gelora, hingga ada yg remuk-parah? Bagaimana
meladeni fakulti otak agar tidak turut terperangkap, terpulas-simpul-kusut hingga lunyai-da1am pusaran arus gelombang tsunami yg masih sekejap menyurut reda dan sekejap bergelora menggila itu kembali? Bagaimana?

BUKA PUSAT MAKLLMAT

Jika tidak terlalu terhimpit oleh gelombang ekonomi yg tidak menentu, proses kreatif penalisan novel dalam era teknologi mak'lumat ini, sesungguhnya amat mencabar lagi menyeronokkan, ia boleh digarap dengan lebih mudah, yakni dibandingkan dengan sebelumnya Contohnya, cukup dengan berkurung di dalam rumah, seseorang boleh tahu segala maklumat tentang sesebuah negara atau tokot-tokoh terkenal, perkembangan berita terkini, bahan2 yg boleh digunakan sebagai ilmu bantu utk novel anda dan sebagainya - berada di hujung jari-jemari, biarpun akhbar-akhbar tempatan belum menyiarkannya lagi. Dan dapat berhubungan pula ke seluruh dunia. Tinggal lekan dan buka pusat maklumat, itu saja.

Caranya juga cukup sederhana. Segala aktiviti yang lazim, mampu diiakukan lewat
internet. Menakjubkan, memang. Seorang pengguna penulis cukup menghubungi provider local lokal. Dan, terserah pada pengguna penulis untuk melayan bahtera digital semahunya. Kelik saja beberapa kalimat yang diperlukan; sekelip mata, penulis akan dapat menjaring pelbagai informasi/maklumat pada paparan skrin komputer yang bak telaga yang berwarna-warni. Melalui Webcam, forum dan sebagainya, seseorang penulis buleh berdiskusi tentang berbagai-bagai hal termasuk tentang proses kreatif penulisan novel, secara beramai-ramai dengan teman-teman siber. Tidak seperti sebelum
memasuki era teknologi maklumat, kini anda tidak perlu lagi terlalu kerap ke perpustakaan untuk membuat persediaan rapi, sebagai memulakan proses kreatif penulisan novel. Tapi memadailah dengan menghubungi World Wide Wen utk memperolehinya.

Hanya setelah rapi persediaannya’, maka barulah proses 'pengeraman' ilham boleh
anda laksanakan. Namun. dalam era teknologi maklumat ini, proses `pengeraman' pun
tidak lagi praktikal dilakukan secara berlama-lamaan. Kerana, dikhuatiri, anda akan
ketinggalan zaman di ruang siber – kecuali jika anda mahu menulis novel bertema sejarah.


KASIH SAYANG SESAMA INSAN


Persoalannya, antaranya (begitulah yang perlu difikir-timbangkan oleh anda, tentunya)
adalah bukanlah apa yang hendak ditulis, sebaliknya kenapa anda hendak menulisnya.
Apa matlamat atau nawaitu yang wajar digarapi di sebalik apa yang tersurat tapi tidak tersurat dalam karya itu nanti? Bagaimanapun, jauh di lubuk hati, sama seperti kebanyakan penulis lain, seharusnyalah, faktor utama anda menulis adalah kerana ingin menyalurkan `Kasih Sayang Sesama Insan’, tanpa mengira ras, asal usul keturunan, fahaman agama, ideologi dan sebagainya, menerusi setiap karya seboleh mungkin.

Lazimnya, dorongan untuk menghasilkan karya kreatif tercetus apabila ada sesuatu yg menyentuh atau menggores-lukakan perasaan anda. Contohnya, mungkin, apabila anda terlihat sesuatu peristiwa yang menyayat atau menyakitkan hati, terdengar cakapan orang lain yang penuh simbolik, terbaca sesuatu yang menakjubkan sama ada lewat artikel atau berita secara lisan atau yang diterbitkan oleh pelbagai media massa, termasuk lewat internet Di samping, anda juga seharusnnya begitu cenderung untuk mengikuti perkembangan semasa, contohnya, tentang pergolakan politik dalam dan luar negara, pembangunan insan dan agama, kemasyarakatan. kemanusiaan, kebudayaan dan sebagainya. Percayalah, waktu-waktu seperti inilah, lazimnya, ilham akan rnercup tiba bak paparan ilmu di skrin komputer dan boleh disalinkan ke dalam memori komputer atau dicetak untuk dirujuk-kembangkan isi ilmunya apabila diperlukan. Namun, jika terleka sedikit, ilham yang muncul sepantas kilat akan berubah bak munculan buih-buih sabun di udara - belumpun sempat diraih-gapaikan, ia sudah pun meletup pecah dan lenyap dari penglihatan. Jika terleka. Tapi, Jika tidak leka, barangkali berbagai-bagai cerita boleh diproses sebagai penulisan kreatif daripada tema berlatarkan sejarah hinggalah ke tema yang berlatarkan
sains fiksyen.

Dalam proses penciptaan, pertama-tama sekali, anda perlu berusaha membina keyakinan
dalam diri sendiri dulu. Pada zaman sekarang, lewat internet, kita sudah boleh dpt maklumat dengan mudah. Bagi yg tidak boleh berbahasa inggeris, anda boleh dapatkan kamus pelbagai bahasa secara percuma dan dengan mudah, seluruh blog tmpt yg anda mahu dapatkan ilmu/disiplin bantu yang releven dengan apa yang hendak tulis itu, dialih bahasakan ke bahasa Indonesia. Begitulah hebatnya apabila anda mampu melayari bahtera digital alam maya!

Sebelum anda mula duduk utk berkarya, anda perlu betul-betul memahami fahaman agama, latar budaya sesebuah masyarakat, psikologinya, falsafahnya, masalah dan sebagainya - yg ingin anda angkat-kembangkan dalm karya anda nanti. fahaman agarnanya dan sebagamya. Jika anda ingin mengungkap-tonjolkan pergolakan hidup mereka, anda perlu berhati-hati tentang ini, demi mengelakkan daripada tersinggung mana-mana golongan masyarakat.

Sesungguhnya, setelah memasuki era maklumat mi, anda pasti dapati makin mudah memperolelu ilmu/disiplm bantu tentang pelbagai profesyen yang diperlukan untuk menggarap karya kreatif penulisan novel. Contohnya, tentang dunia Islam, perubatan, perundangan, perfileman, perhotelan, pengiklanan, pengkopratan dan sebagainya Saya hanya perlu mengetik beberapa kalimat pada keyboard komputer, menyelami ruang siber yang bak lautan dalam tidak terukur dalamnya; dipenuhi dengan
beraneka ilmu, berwarna-warni. Dan, berdasarkan bahan ilmu/disiplin bantu, seboleh mungkin, anda seharusnya akan berusaha menggarap tema cerita dan cuba mempersembahkan teknik penulisan yang berbeza daripada novel-novel sebelumnya.
ini penting dilakukan, kerana anda tidak mahu membosankan diri sendiri sewaktu dalam proses kreatif penulisan novel tersebut. Apatah lagi kepada pembaca, apabila diterbitkan nanti. Mata fikir anda harus mampu melihat makna budaya, objek-objek yang boleh difahami, watak-watak ciptaan yang dilengkapi dengan pengucapan, warna, mood perlakuan yang simbolik dan sebagainya - seolah-olah ia benar-benar hidup dalam alam realiti atau mcm tengok wayang gitu, sepanjang waktu melewati proses kreatif penulisan novel itu.

Detik-detik inilah, anda harus tanyakan pada diri sendiri, sesuaikah watak-watak itu dirudupkan dengan tema novel ini? Apakah imbas muka bersesuaian dengan jalan cerita? Tidakkah aksi dramatik utamanya nanti akan dianggap begitu klise dengan novel penulis lain? Selain daripada nada atau tona yang serius, wajarkah diselitkan sedikit unsur humor dan romantis dalam proses krealif karya itu? Ketika ini, seharusnya sudah banyak gambaran yang tertayang di kepala anda pada waktu itu, Namun andainya gambaran mi tidak boleh 'dilihat hidup-hidup' dalam mata fikir maka semasa proses kreatif penulisan novel, ini bermakna anda belum cukup bersedia. Puncanya mungkin kerana persediaan dari segi mental, fizikal dan keyakinan diri anda belum cukup mantap. Persediaannya dalam bentuk pembacaan, pemahaman, penghayatan dan bahan ilmu/disiplin bantu, belum cukup mendalam. Berurutan dengan itu, proses pengeraman ilham pun jadi tidak matang dan sebagainya. Jelasnya, memaksa diri berkarya tanpa persediaan vang sempurna, hanya akan menghasilkan karya vang kucar-kacir isi dan maknanya. Itu pasti mengecewakan diri sendiri, apatah lagi pihak penerbit dan pembaca!

Dalarn hal ini, anda perlu berhati-hati tentang perkara ini. Kerana itulah, setiap satu manuskrip yang siap diproses, tidak dihantar terus kecuali diperlukan cepat oleh pihak penerbit. Tapi ini tentulah jarang berlaku. Biasanya sebelurn manuskrip dihantar ke pihak penerbit, perlu cuba anda nilai-tasirkan sendiri akan isinya: Apakah cara pengungkapan dan permainan kata-katanya sudah mampu meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca? Dan retorika yang mampu mengindahkan sesebuah karya, dapatkah digarap dengan sebaik mungkin di dalam karya itu? Apakah simbol atau tambang yang cuba diutarakan tidak keterlaluan hingga berlaku perubahan makna? Hingga bukan saja sukar difahami, malah mengelirukan para pembaca kelak.

Fikirkanlah tentang semua itu, dan berusaha agar lebih berhati-hati;
setiap patah perkataan yang ditulis, setiap ilham yg diproses-salurkan melalui proses
penulisan itu, diibaratkan benih yang akan bertunas dalam pemikiran para pembaca. Jika benihnya sempurna, maka sempurnalah tanggungjawab anda terhadap mereka. Begitulah sebaliknya.

Namun, melalui bengkel online ini, saya ada utk menunjukkan anda `jalan’ yg betul k... Insya-Allah :)


2 comments:

  1. Sdr Azmah Nordin: Bagus pendekatan Sdr. Memotivasi tanpa terlalu ketara kesan mengajar. teruskan. saya menokong setiap yang baik dan bermanfaat. Wassalam.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  2. Sdr Marsli :)

    Terima kasih atas sokongan itu. :)

    Saya rasa, semua peserta bengkel online ni berbakat sebenarnya. Cuma mereka masih teraba2 mencari jalan yg betul supaya dpt melaksanakan `kerja' penulisan itu sendiri. Itu saja yg saya buat - tunjukkan jalan yg betul :) yg lain, mereka buat sendiri.

    Mudah saja bagi saya melakukannya, kerana saya sendiri sudah terlalu byk kali melalui `jalan' yg sama. Itulah.

    Wasallam :)

    ReplyDelete