• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, May 1, 2009

Menerap Ilmu Dlm Menongkah Lumrah.

Friday, May 01, 2009 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(kat bwh ni adalah sedutan dr novel Menongkah Lumrah bertema dunia koperat dlm industri komputer, utk para peserta bengkel melihat bagaimana cara menyerapkan ilmu secara kreatif ke dalam karya mereka. Novel ini memenangi 3 hadiah berturut2; tempat pertama hadiah penulisan novel dewasa anjuran dbp sabah, hadiah sastera Sabah dan hadiah sastera Perdana. diharap ia dpt membantu)


SATU

MENATAP tampilan komputer, tidak ubah seperti melihat diri yang ingin sekali melolos keluar dari celah bintik-bintik grafik raster. Jasadnya kini terdedah antara paparan imbas dan alur elektron yang menyapui CRT. Lalu terlonta-lontalah dia dalam rangkaian yang berturut-turut itu. Hingga dia bermandi keringat, pada saat layar komputer itu memaparkan kelemahan dirinva, pada seluruh alam semesta. Dan, serta-merta pula dia tersengguk, diserbu -uatu kenyataan yang mengandungi hinaan.

(Mempunyai prasangka terhadap jantinamu? Sudah Tentu. Menganggap kekobaran semangat perjuanganmu terbit iripada kedunguanmu? Ya. Mengeksploit kelemahanmu? Tidak diragukan lagi!)



Sebelum ini, biar berada dalam keadaan segenting mana sekalipun, Zakiyyah tidak pernah menonjolkan kelemahan dirinya kerana kelemahan itu akan hanya menipiskan
semangatnya. Malah, andainya terbayang, biar sekelip lintasan pun dalam benaknya, dia akan cepat menggempurnya. "Bertenang!" Hatinya memujuk begitu, bemlang kali.
Kesan negatif yang cuba menapak, lalu mahu menguasai isi dalam dadanya; bertahan hanya untuk beberapa saat. Demikianlah pada perkiraannya, sehinggalah semangatnya
dirempuh oleh rempuhan yang maha dahsyat. Rempuhan daripada mereka yang mungkin dikenalinya itu - meluru daripada pelbagai sudut dan lalu bagai enjin wap
menggeiek terus semangatnya hingga menjadi leper. Seleper cakera liut.

"Yang pasti, dia sudah mati, Zakiyyah," ujar Tuan Besar atau T.B. itu.

"Tapi firma PBC ini, belum," sela Charles Curran Abdullah.

"Perlu dicari suatu penyelesaian." Peter Woo yang sedang berbisik-bisik dengan Kundangai itu turut menyibuk.

"Apa yang kami lakukan, demi kepentingan firma ini," tegas T.B. seraya mengeriing ke arah ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain. "Bagi mengelakkan berlakunya kekecohan."

"Maksud awak, demi kepentingan awak ... saudara semua di sini?" desis Zakiyyah, termengah-mengah mengawal perasaan yang membuak ganas. "Dan, sebab itu, mesyuarat ini diadakan di ruang pejabat awak, bukan? Peduli apa dengan orang yang baru menghembuskan nafas yang terakhir itu, bukan?" tekan Zakiyyah.

Dengan kata-kata yang sesinis itu, Zakiyyah menyoroti wajah ahli-ahli Lembaga Pengarah itu. Seorang demi seorang. Charles Curran Abdullah, Presiden Borneo
Trust & Loan, suami kepada adik sepupu Datuk Panglima Burhan; seratus peratus bergantung pada kelangsungan hidup firma PBC, sama seperti ketika pertama kali dia
membuat pelaburan dahulu. Kamarul Arfat, bertindak selaku rakan kongsi senior bagi pihak Arfat Associates Attorneys; pembentuk bayaran perkhidmatan yang mahal
dan penghapus kontrak-kontrak yang murah - duduk di sisi anaknya, Rafaei. Kundangai dan sepupunya Peter Woo Abdullah, suami kepada anak saudara Datuk Panglima
Burhan; pemilik Computing Tabulating Recording Company yang terkenal dengan sikap mereka yang tidak keberatan bermain dengan "virus komputer" - apabila tender-tender
tertentu terbuka untuk dijadikan rebutan. Dan T.B. yang segak bergaya mengukir senyuman dengan sinar mata yang dingin kepada Zakiyyah yang hanya beberapa tahun lebih muda daripadanya. Semuanva ialah Timbalan Presiden, bersama-sama Zakiyyah, di firma Panglima Burhan Computer itu.

"Zakivyah, tidak wajar jika terus emosional begitu!" tegas T.B. menegangkan rahangnya. "Kita tak mahu para pelanggan tergugat dengan kematiannya. Kerana itu, kita perlu mengawal kedudukan kewangan, alir tunai; keutamaan mesti diberikan untuk mewujudkan pasukan yang dinamik, rasional, cekap dan setia."

"Setia?" soal Zakiyyah, tergelak pahit. "Oh. kerana itulah kamu semua menghormat martabat individu yang baru mati itu, kan!" kata Zakiyyah, ada nada sinis dalam
tekanan suaranya.

Dengan api kemarahan yang menanjak ke ubun-nbunnya, bersama kepiluan yang amat pedih mercup di riak mukanya, Zakiyyah bergegas keluar dari bilik pejabat itu. Pintu pejabat itu dihempas sekuat hati. Berdentum dan berdengung di seluruh tingkat sepuluh bangunan firma HC itu.

Setiap mata di bahagian perkhidmatan setiausaha, longo, memerhatikan gerak langkah Zakiyyah. Setiap mereka yang ditemuinya di sepanjang laluannya dan yang sempat mengerling ke arahnya, semasa dia melewati pejabat-pejabat mereka; termangu-mangu. Lantas, tercipta suatu suasana sepi lagi dingin yang luar biasa, di tingkat
Terry Hillermanm, setiausaha sulit kepada T.B. yang berwajah ayu lagi lemah lembut orangnya itu, turut termangu di luar pintu pejabat. Biarpun masih berupaya
menjongketkan kedua-dua bibirnya yang merah asli itu, Terry yang berketurunan Serani itu tidak berupaya...


.......

sampai sini saja saya dpt copy, scanner saya brmasalahlah pula!

4 comments:

  1. Mampukah saya buat seperti ini suatu hari nanti?

    ReplyDelete
  2. najah,

    sudah tentu anda boleh :) apa yg anda lihat ini, adalah hasil pengalaman lebih kurang 20 tahun memerah otak dan keringat, bukan sehari dua, atau setahun dua..

    Apa yg anda buat setakat ini, lewat novel yg sedang diusahakan itu, lebih kurang sama dgn cara saya memulakannya dulu. Perbezaannya, saya tiada sifu. Tp, apabila dah ada sifu, bermakna anda seharusnya boleh buat 2 kali lebih baik dan 2 kali lebih cepat daripada saya tau.

    Sekali anda dah mengorak langkah dlm dunia penulisan, jgn berhenti lagi. Kumpul pengalaman hidup dan buat byk2 penulisan k..

    ReplyDelete
  3. wahh..maya
    bleh la hg jadik sifu aku nihhh...

    ReplyDelete
  4. Mas (den panggil hg mas je k, senang taip.. hehehe)

    Sudah tentu boleh, hg ada bakat, bahasa indah lagi. Beritau je hg nak ikut bengkel apa k :) samada cerpen ataupun novel, senang je tu, percayalah :)

    ReplyDelete