• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, May 16, 2009

Melayari Bahtera Digital (2); Bagaimana Saya Dpt Ilham?

Saturday, May 16, 2009 // by Azmah Nordin // // 7 comments


SYUMULL
(Saya baru tau hari ini, novel ini sdg diterjemahkan ke dlm bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara :) di samping 25 buah novel dr penulis lain, syukur Alhamdulillah)




Melalui novel Syumul, saya cuba memproses-kreatifkan latar dunia telekomunikasi. Mengungkapkan perasaan watak protoganisnya, Leonei (seorang feminis dari zaman silam yang seolah-olah dihantui cucunya lewat buku latihan usang yang ditulis ala diari dalam tulisan jawi). Cucunya, wanita korporat cemerlang itu juga menghadapi konflik gender apabila soal kewanitaan dianggap sebagai satu hambatan mencapai kejayaan dalam dunia korporat.

Makna persahabatan, kasih sayang sesama insan, manusia berinteraksi dengan
Tuhannya, manusia berinteraksi dengan alam dan manusia berinteraksi sesama manusia
turut cuba diutarakan lewal novel ini. llhamnya diperoleh semasa saya membeli
suratkhabar di kaki lima kedai buku, berhampiran beberapa kakitangan telekomunikasi
yang tercegat di tepi kenderaan syarikat mereka sambil berseloroh sesama sendiri. Salah seorang daripada mereka seakan merungut tentang radio perhubungan kereta syarikat yang tidak berfungsi dengan baik.

"Macam manalah kamu orang ni – membaik pulih hubungan telekomunikasi yg serba canggih, boleh – tapi membaiki radio perhubungan sendiri yang jauh lebih simple, tak boleh!”




Pekerja telekomunikasi yang seorang lagi hanya tersengih-sengih, mungkin
menyedari bahawa ada pendengar ketiga (saya la tu!) yang turut terdengar teguran sinis itu. Saya kenal lelaki itu. Dia sebenarnya, khabarnya, tidak mampu berkomunikasi sesama ahli keluarganya
sendiri. Suasana rumahya sepi sesepi di tanah perkuburan, jika bukan pada
musim hari lebaran.

Syumul! getus hati saya, didatangi ilham. Dan sama seperti proses kreatif penulisan
novel yang lain, kali ini saya meneliti dan menghayati kehidupan manusia
yang terlibat dalam dunia telekomunikasi pula. Watak-watak utama diambil daripada
watak-watak manusia di dunia realiti (dengan menukarkan nama dan jawatan mereka,
tentunya), dipindahkan ke dalam karva krealif Dan berdasarkan pembacaan yang bukan
sedikit, berusaha mengkaji dan memahami bahan ilmu/disiplin bantu hasil homework/fieldwork yang dilakukan, saya lalu mengetik keyboard komputer untuk memulakan proses kreatif penulisan novel Syumul.

Benar, pada ketika menulis manuskrip novel Syumul, pada hakikatnya, Malaysia memang belum lagi memiliki satelit sendiri. Tapi hati ini begitu teringin melihat ia menjadi kenyataan. Mungkin kerana itulah, lewat manuskrip Syumul, saya berusaha menggambarkan seolah-olah Negara kita benar-benar sedang dalam proses memiliki satelit sendiri yang projek berkumpulannya diketuai oleh wanita (cucu Leone). Setelah karya itu siap diproses, tidak kisahlah sama ada karya itu dianggap sebagai karya fiksyen sains oleh segelintir pengkritik berwibawa lagi dihormatgi, yang sempat menilainya. Yang penting, impian saya menjadi kenyataan. Tidak beberapa tahun selepas menghasilkan manuskrip novel Syumul, Malaysia terbukti mampu dan sudah pun memiliki satelit sendiri. Cuma nama satelitenya saja sedikit berbeza, iaitu Mesat :).. dalam Syumul, saya namakan MalSat.

Melewati proses kreatif penulisan novel Syumul adalah salah satu pengalaman yang menyeksakan, sungguh! Saya bukan saja terpaksa mempelajari akan erti sebenar Syumul, malah perlu menerokai kehidupan mayarakat dalam dunia telekomunikasi yang serba canggih lagi kompleks. Begitu rumit untuk saya menanggapi segalanya dalam masa yang singkat.


Dari Dalam Cermin





Dalam proses krealif penulisan novel Dari Dalam Cermin, saya cuba menampilkan
watak Riad, seorang jurutera awam yang bertugas di syarikat pembinaan milik bapa angkatnya. Lewat watak tak Riad, saya cuba memperihalkan jiwa, pemikiran, perasaan dan kehidupan seorang jurutera awam.

Sebagai watak representasi generasi muda suku kaum Murut yang meremehkan soal adat tempatan iaitu mansayau atau proses pemindahan penghuni rumah panjang yang dimusnahkan. Riad permintaan dan rayuan penduduk rumah panjang agar mereka tidak dihalau dari tapak bakal tempat projek Wisma Utama itu akan didirikan. Oleh kerana sering dibelengui oleh rasa terhutang budi terhadap bapa angkatnya yg tidak terhingga, Riad terdorong untuk membakar rumah-rumah panjang itu.

Akibat danpada perbuatannya itu. Riad berlarutan dihantui rasa bersalah pula. Riad berdailog dengan watak yang seiras tapi tidak serupa yang tampil pada permukaan cermin itu. Watak itu yg hanya bercawat itu, menari-nari di lansaran yg mcm spring. Dan kemudian, Riad mendapat berita lewat telefon bahawa bangunan Wisma Utama yang
didirikan di atas tapak kawasan rumah panjang tersebut, mempat ke dalam tanah dan
condong macam mahu menyembah bumi akibat banjir kilat.

Saya mendapat ilham ini apabila terdengar rintihan seorang rakan, presiden pertubuhan bukan kerajaan (Sabah) tentang cerita sebenar di sebalik berita ringkas yang tersiar di pelbagai media cetak. Tentang kebakaran vang sering bcrlaku di rumah-rumah panjang yang didirikan secara tanpa izin, di tanah-tanah milik kerajaan.

"Dia orang pergi upah itu orang untuk bakar itu rumah-rumah, malam-malam, waktu orang tengah tidur lagi. Mana ada peluang orang mau lari? Air pasang dalam, ombak kuat, titi penghubung antara rumah sudah marak...! "

Aduuuh! Hingga ke saat ini, membayangkan nasib malang yang menimpa penghuni-
penghuni rumah di tanah tanpa izin itu, saya dicengkam gelojak perasaan. Antara sedih yang bukan a1ang kepalang dan marah yang rnembuak ganas. Sedih di atas nasib mereka yang menjadi mangsa kebakaran (tua dan muda) yang hangus rentung. Marah pada
syarikat-syankat pembinaan yang begitu ghairah mendirikan bangunan puluhan tingkat
tanpa mempedulikan kebajikan masyarakat yang lemah.

Hendak melawan secara bersemuka, memang tidak mungkin. Mereka adalah dilindungi
oleh syarikat-syarikat binaan gergasi. Hanva ada satu cara yang boleh dilakukan, yakni dengan menggunakan bakat anugerah Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, saya luahkan bantahan/perjuangkan nasib mereka yang menjadi mangsa itu. Dengan tekad yang nekad, saya langsung membuat penyiasatan sendiri, mengenal-pasti watak-watak yang berkepentingan/budaya/niatnya. Nama watak-waiak asal dan kisah peribadi mereka, diubah ke nama dan kisah lain. Nahas. Malah, latarnya juga diubah.

Oleh waktu saya mengangkat budaya masyarakat Sabah dan bidang senibina, saya terpaksa berbelanja membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengannya, sebagai tambahan kepada artikel-artikel tentang profesyen senibina dan juru-ukur yang diperoiehi lewat intenet. Buku-buku dan artikel-artikel itu dibaca, dihayati dan difahami, seboleh mungkin, sesabar mungkin.

Sekali gus cuba memasuki dan memahami pergolakan pergolakan jiwa dan emosi watak utama (juga watal sampingan). Cuba membaca psikologinya, menanggapi pemikirannya dan sebagainya. Selanjutnya, dengan penuh yakin saya pun memulakan proses kreatif penulisan novel tersebut. Di samping Riad, watak Suli turut dihidup sebagai mewakili pihak yang dimangsai. Suli dicengkam bara dendam yang juga tidak kunjung padam, berturut tahun lamanya.

Menongkah Lumrah




Melalui novel Menongkah Lumrah yang juga melalui proses kreatif homework/fieldwork yang sama seperti novel-novel sebelumnya, saya mengutarakan watak protoganisnya, Zakiyah dalam persaingan, keupayaan, kemampuan serta konflik gender. Watak Zakiyah saya ceritakan mengalami kecaman dan cemuhan terhadap kedudukannya dalam Lembaga Pengarah Syarikat Panglima Burhan Computer (PBC) bersama Ahli-ahli I.embaga Pengarah yg kesemuanya lelaki. Ahli-ahli Lembaga Pengarah lain saling bersaing sesama
sendiri dan juga dengan Zakiyah untnk menduduki kerusi Presiden mereka yang menjadi rebutan, sebaik saja Datuk Panglima Burhan, meninggal dunia.
Novel ini juga amat seronok diproses kerana sedikit scbanyak la memperkatakan tentang
hak asasi rnanusia dan perjuangan hak keadilan dan kesaksamaan wanita.


KESiMPULAN

Saya dapati, proses persediaan mental yg memakan masa yang lama (berbulan-bulan,
bahkan suatu ketika nanti, mungkm holeh iadi bertahun-tahun). Sedangkan proses
penulisan kreatif sebenarnya (atas kertas hanya mengambil masa antara dua, tiga atau
empat bulan saja (novel dewasa). Barangkali ini, boleh juga disamakan macam proses menghamilkan bayi yg memakan masa sampai 9 bulan lebih, sedangkan melahirkan bayi kea lam nyata hanay mengambil masa beberapa minit/jam/hari saja. Macam melahirkan bayi, biar masanya singkat, detik melahirkan karya kreatif (sebagai manuskrip) itulah detik yg paling sakit, bagi seorang penulis, lazimya. Dan, jika detik yagn paling indah bagi seroang ibu adalah ketika menyambut kelahiran bayinya, bagi seorang penulis juga, detik yang paling indah adalah detik karyanya telah tersiar atau terbit.

Dan, begitu kembali mengingati akan seorang wanita korporat yang meluakan keinginan utk menulis novel tapi menghadapi kesukaran dlm proses penulisan kreatif novel impiannya itu, sesungguhnya, membuatkan saya berasa bahawa setiap penulis adalah insane bertuah, yg dilimpahi_Nya dengan bakat alam yg melimpah-ruah. Dan sebagai mensyukuri_Nya, bakat alam itu sewajarnyalah digunakan seboleh mungkin, juga dengan niat/nawaitu semurni mungkin :) agar dapat dimanfaatkan bersama-sama para pembaca.

Nanti, senang-senang, saya akan tulis lagi ttg bagaimana saya dpt ilham utk novel yg lain juga k, :) Insya-Allah.

7 comments:

  1. maya, kenapa karya2 hg susah benar nk cari kt sini???!!!

    ReplyDelete
  2. atreyuuuu :) ...!


    kat sini tu, kat mana? Sebenarnya, den tak tau la, atreyu. Kat dbp kl ada kot, kat sabah pun, byk yg takde, diorang bilang dah habis.. so cmner?

    ReplyDelete
  3. bg la aku free satu siap otograf..ehehehehe...
    (-_-)

    ReplyDelete
  4. atreyu :) nanti, kalau ditakdirkan kita berjumpa di mana2, den bagi k .. hehehe

    ReplyDelete
  5. Menghasilkan novel, memang jelas satu keperitan yang nyata. Kerana itu saya belum sedia. Selesa sahaja dengan cerpen. Lagi pun setakat ini masih belum nampak tema yang agak besar untuk dipindahkan ke novel. Mungkin satu hari nanti.

    Terima kasih sifu kerana berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  6. sifu,

    pa'al kat kk ni. pa'al pun nak satu. hehehe...

    ReplyDelete