• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, March 31, 2009

8 comments:

  1. salam

    1. bagaimanakah sifu menguasai ilmu penulisan kreatif?melalui bengkel< pengkhususan di universiti @ bacaan sendiri?
    2. Menukangi karya bukan kerja mudah,matlamat penulis ingin menyampaikan pemikiran dan mengajak pembaca bersama meneliti apa yang mahu disampaikan, bagaimana sifu mencipta karya yang jidup, dan benar2 kuat, yang boleh membawa pembaca ke alam pemikiran penulis?
    3-Pada pandangan sifu, perlukan pemulis hari ini menghadami karya sastera yang berat, spt chekov, naquib mahfuz, dll, sdgkan khalayak pembaca adalah bersifat umum, penghasilan karya yang berat boleh saja menyebabkan pemulis kehilangan pembaca, jadi bagaimana mahu meletakkan titik persamaan antara penulis dan pembaca?

    ReplyDelete
  2. Salam fatin :)

    1. bagaimanakah sifu menguasai ilmu penulisan kreatif?melalui bengkel< pengkhususan di universiti @ bacaan sendiri?

    jwp; Saya tak pernah masuk mana2 universiti, pendidikan saya sampai peringkat MCE saja. Dulu2, saya kerap juga menghadiri bengkel yg dianjurkan oleh pihak dbp. Ia lebih merupakan motivasi dan pengetahuan ttg ilmu penulisan secara teori. Bagaimana saya menguasai ilmu penulisan kreatif? saya byk sekali membaca. Malah sejak di sekolah rendah saya dah membaca novel, inggeris dan melayu. semua novel2 yg diulas oleh pihak pengkritik sebagai baik. Membaca sendiri, adalah seperti melabur saham dlm otak. Apabila kita membaca karya yg baik - tak semesti karya agung - lambat laun ia akan memberikan pulangan yg baik juga kpd kita.

    2. Menukangi karya bukan kerja mudah,matlamat penulis ingin menyampaikan pemikiran dan mengajak pembaca bersama meneliti apa yang mahu disampaikan, bagaimana sifu mencipta karya yang jidup, dan benar2 kuat, yang boleh membawa pembaca ke alam pemikiran penulis?

    jwn; Ini mudah saja. Yakni, apabila kita hendak menulis ttg satu2 watak, kita perlu tahu betul2 ttg psikologi, perasaan watak itu. Apabila kita tau, dgn mudah kita `masuk' ke dlm jiwa watak dan berfikir seperti watak itu (bukan berfikir seperti kita) mcm dlm cerpen Bercak itu, saya buat ttg dua lelaki homo yg menyebarkan virus komputer, sekali gus virus aids. Saya masuk ke dlm jiwa salah seorang drpd mereka, dan berfikir seperti mereka. Temanya berat, saya ringankan dgn kisah cinta sejenis.

    3-Pada pandangan sifu, perlukan pemulis hari ini menghadami karya sastera yang berat, spt chekov, naquib mahfuz, dll, sdgkan khalayak pembaca adalah bersifat umum, penghasilan karya yang berat boleh saja menyebabkan pemulis kehilangan pembaca, jadi bagaimana mahu meletakkan titik persamaan antara penulis dan pembaca?

    jwp; Mudah juga ini :) apabila berkarya, fikirkan apakah jika anda jadi pembacanya, anda akan suka tak pada karya itu kelak? Sbb, penulisan itu sendiri adalah satu bentuk komunikasi. apabila gagal berkomunikasi dgn pembaca, apalah gunanya penulisan itu kan? Apa2 pun, selagi kita mampu mengimbangi isi cerita yg serius, bernilai murni dgn nilai komersial (tarikan) di dalam karya, kita tiada masalah.

    Ttg penulis2 besar tu, saya tak pernah baca kerya mereka, kerana di tempat saya tinggal ni, tiada ada karya2 sebegitu.

    ReplyDelete
  3. Sifu, soalan saya ni jika ada yang bertindih atau sifu tidak mahu menjawab, abaikan saja ya.

    1. Apakah perkara yang biasanya mencetuskan idea pada diri sifu untuk dinovelkan? Atau soalan lainnya, bagaimanakah caranya sifu menjana idea untuk satu-satu cerita yang ditulis?

    2. Apakah perkara yang paling susah sifu rasakan dalam menghasilkan satu-satu novel? Memikirkan ceritanya, membina plot, membuat kesan dramatik, memastikan mesej sampai atau apa? Saya faham, perkara ini pastinya ini berlainan bagi setiap penulis.

    3. Apakah novel/karya kreatif yang sifu rasa terbaik pernah dihasilkan? Apakah keistimewaan novel itu?

    4. Apakah kepuasan yang sifu rasai sekarang, setelah terhasilnya karya-karya sifu yang sekian banyak itu?


    5. Bagaimana komitmen ahli keluarga dalam kerjaya sifu ini?

    6. Apakah perkara penting yg sifu paling suka sentuh lewat cerpen/novel?

    7. Sekiranya sewaktu menulis sifu berdepan masalah seperti yang biasa disebut orang writer’s block, apakah yng sifu lakukan?

    8. Bilakah waktu sifu menulis, iaitu waktu idea berlimpah-ruah?

    9. Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan satu-satu novel? Apakah novel yang sifu rasakan paling sukar dan ambil masa paling lama?

    10. Apakah ada cita-cita yang bidang penulisan novel yang belum tertunai?

    11. Apakah yang sifu harapkan apabila orang membaca novel sifu?

    12. Apakah yang sifu lakukan untuk memastikan karya sifu benar-benar mantap dan berpuas hati dengannya?

    13. Apakah kegembiraan yang sifu rasakan sepanjang melakukan kerjaya ini?

    14. Sebagai novelis popular, saya hairan melihat sifu lebih suka menyorok daripada perhatian media. Apakah ada sesuatu yang ingin sifu kongsikan bersama kami mengenainya ? :)

    ReplyDelete
  4. najah :) saya cuba jawab k;

    1. Apakah perkara yang biasanya mencetuskan idea pada diri sifu untuk dinovelkan? Atau soalan lainnya, bagaimanakah caranya sifu menjana idea untuk satu-satu cerita yang ditulis?

    a. Apa2 saja yg menyentuh perasaan - yg saya dgr, lihat, hidu dll, dan boleh buat saya macam nak menangis, mcm nak mengamuk, mcm nak bertinju, misalnya - akan, akan dgn mudah mencetuskan idea pada saya.

    b. Cara menjana idea, lazimnya, saya akan belajar utk mengetahui `lebih2' ttg perkara yg menyentuh perasaan saya. Semuanya berpandukan; siapa, mengapa, di mana, kenapa, bagaimana.

    2. Apakah perkara yang paling susah sifu rasakan dalam menghasilkan satu-satu novel? Memikirkan ceritanya, membina plot, membuat kesan dramatik, memastikan mesej sampai atau apa? Saya faham, perkara ini pastinya ini berlainan bagi setiap penulis.

    Apa yg paling susah sekali waktu menghasilkan novel ada dua bagi saya; 1, melawan mata yg pandai cepat letih dan mengantuk. 2. rasa penat yg melangkaui rasa penat jika saya membanting tulang sebagai buruh kontrak (barangkali..heheh). Itu je.

    3. Apakah novel/karya kreatif yang sifu rasa terbaik pernah dihasilkan? Apakah keistimewaan novel itu?

    a. karya terbaik? saya rasa, setiap penulis sama saja, akan merasakan semua karyanya terbaik, begitu selesai menyiapkannya. Tiada yg lebih, tiada yg kurang. Betul tak?

    b. Keistimewaannya? Setiap karya yg lahir dr hati mana2 penulis pun, adalah karya terbaik baginya, termasuk saya. Di situlah letaknya keunikan seseorang penulis, membezakan dirinya dgn penulis yg lain. Mana ada hati yg sama kan?

    4. Apakah kepuasan yang sifu rasai sekarang, setelah terhasilnya karya-karya sifu yang sekian banyak itu?

    Saya bertekad nak genapkan ke jumlah 100 buah, jika umur panjang, insya-Allah :)

    5. Bagaimana komitmen ahli keluarga dalam kerjaya sifu ini?

    Seluruh ahli keluarga sgt mendukung profesyen penulisan ini saya ini, Alhamdullilah. Tanpa sokongan padu mereka dari segala segi, saya tak mungkin berada di sini sekarang. Mereka memudahkan saya berkarya, dan kini ada antara mereka yg turut berkarya dan sudah menghasilkan novel juga.

    6. Apakah perkara penting yg sifu paling suka sentuh lewat cerpen/novel?

    7. Sekiranya sewaktu menulis sifu berdepan masalah seperti yang biasa disebut orang writer’s block, apakah yng sifu lakukan?

    Saya suka menyentuh tentang kasih sayang sesama insan. Utk mengangkat unsur-unsur murni begini, saya akan angkat pelbagai tema untuk mempelbagaikan cerita saya.

    Writer's blog? Oh, saya pernah tidak menghasilkan novel hampir 3 tahun. Kosong terus otak saya. Sampai saya bakar semua manuskrip2 saya yg lama, sbb saya dah tak tgk lagi, kerana ia hanya mengingatkan saya akan kehilang-upayaan saja saja. Setengah mati saya bergelut cuba menghasilkan karya lagi, tp gagal. Tp, entah mengapa, pada penghujung 3 tahun tu, tiba2 saya boleh menulis balik. Aneh kan?

    ReplyDelete
  5. smbungan;

    8. Bilakah waktu sifu menulis, iaitu waktu idea berlimpah-ruah?

    Jadual menulis; biasanya, setelah melakukan apa2 kerja yg wajib dan patut (termasuk makan nasi), saya akan mula menulis dr jam 9.00 pagi, hingga ke tengah hari, berhenti sebentar utk solat, dan terus sambung balik hingga siap apa yg saya aturkan, mesti disiapkan pada hari itu.

    Sehari, saya pastikan mesti berkarya tidak lebih drpd 10 - 15 mukasurat (belum bersih ni). Sambil saya berkarya, sambil saya pasangkan mp3 di telinga saya, utk mendengar lagu rancak2 dgn paluan gendangnya, supaya saya tak mengantuk sgt waktu berkarya. Biasanya, saya suka dgr lagu hindustan.. hehehe..

    9. Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan satu-satu novel? Apakah novel yang sifu rasakan paling sukar dan ambil masa paling lama?

    1. Ada novel yg makan masa berbulan2, ada novel yg pernah memakan masa satu minggu saja. Misalnya, novel Timulak Kapal Perang yg terpilih sebagai buku teks komsas (tahun depan dah bukan buku saya lagi), saya ambil masa seminggu utk menghasilkannya. Saya tulis, siang malam ke subuh, selama seminggu.

    Saya baru mula belajar menulis waktu itu, dan faham2lah, semangat saya membara2 nak siapkan sebaik mungkin. Bila saya masukkan novel tu dlm pertandingan, tiba2 saya diberitahu saya mendapat hadiah utama! alangkah. Tp, saya kena bayar juga, utk kerja gila2 saya tu. Seminggu saya berkarya, 2 minggu saya jatuh sakit, tak bangun2 dari atas katil.

    2. Novel dewasalah yg memakan masa yg paling lama bagi saya, antara 4 - 6 bulan. Mengumpul bahan lagi, sekaligus, mencari ilham bagaimana mahu menghasilkan novel yg lain drpd yg lain lagi. Kemudian, dr satu novel ke satu novel, sentiasa seperti ada hambatan psikologi supaya saya buat sesuatu yg lebih baik drpd yg saya pernah hasilkan sebelumnya.

    Novel dewasa terbaru saya sekarang, sudah hampir enam bulan sekarang, belum siap2 edit, jadi macam mana?

    10. Apakah ada cita-cita yang bidang penulisan novel yang belum tertunai?

    Cita2? Saya ingin melihat ramai lagi org menghasilkan novel, kerana saya percaya, setiap org ada bakatnya, cuma mereka tak tahu bagaimana hendak memulakannya saja. Dunia penulisan novel, bagi saya, sesungguhnya, bukan utk segelintir penulis mampan (elit?) saja :)

    11. Apakah yang sifu harapkan apabila orang membaca novel sifu?

    Terhibur. Merasa disayangi. Merasa bahawa mereka bukan sendiri lagi dan kemelut hidup mereka (yg mungkin lebih kurang sama dgn cerita novel saya tu) turut dikongsi bersama dgn saya dan pembaca lain. Memperoleh kekuatan semangat utk membuat sebaik watak2 utama dlm novel saya tu. Itu je.

    12. Apakah yang sifu lakukan untuk memastikan karya sifu benar-benar mantap dan berpuas hati dengannya?

    Edit berulang kali (utk novel dewasa) sebelum menghantar kpd pihak penerbit. Minta ahli keluarga baca, dan komen. Perbaiki, biarpun hampir mengalir air mata sbb kena kritik.

    13. Apakah kegembiraan yang sifu rasakan sepanjang melakukan kerjaya ini?

    Kegembiraan? apa ya? Dapat melakukan sesuatu yg bermakna dlm hidup, sebelum saya meninggal dunia?

    14. Sebagai novelis popular, saya hairan melihat sifu lebih suka menyorok daripada perhatian media. Apakah ada sesuatu yang ingin sifu kongsikan bersama kami mengenainya ? :)

    Menyorok? hehehe.. saya tak menyorok, sebenarnya. Cuma, saya sgt2 menghargai privasi saya bersama keluarga, sahabat2 alam siber dan kesendirian saya. Itu adalah sifat semulajadi/nature saya dilahirkan begini, bukan disengajakan. Ahli keluarga saya pun mcm saya juga; amat sgt menghargai privacy kami.

    Lagipun, dlm dunia penulisan, kiranya, yg penting karyanya dan bukan saya, kan?

    ReplyDelete
  6. ni soalan yg tertinggal;

    6. Apakah perkara penting yg sifu paling suka sentuh lewat cerpen/novel?

    Kasih sayang sesama insan; itu paling penting utk saya sentuh. Di samping, apabila saya berpeluang bereksperimen ketika menghidupkan karya saya. Makin saya suka, apabila eksperimen saya itu, dipandang begitu positif oleh pihak pembaca dan pengkritik.

    Tiada pujian yg lebih mahal lagi, bagi seorang penulis, daripada karyanya dibaca, dihayati dan dihargai oleh orang lain.

    ReplyDelete
  7. salam..
    saya ni baru nak berkecimpung dalam bidang ni asas tu ada skit jer dan perlu dilatih dan diasah..disini saya ingin bertanya beberapa soalan..

    1-Saya masih mencari juga mana pihak penerbit dan pencetak yang sesuai.

    2-Biasanya berapa lamakah pihak penerbit dan pencetak utk menerbitkan sesebuah karya kita

    3-Apakah perbezaan penerbit dan pencetak dalam menerbitkan karya kita hantar..dan bagaimana dengan royalti dikira..

    sekian.terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Saya juga mempunyai soalan yang sama dengan Ateef.

    ReplyDelete