.

Photobucket

.

.

Sastera Rakyat; Bagaimana Menghasilkannya

Monday, January 07, 2013 Posted by Azmah Nordin
Sdr2,

Seperti yang anda tahu, pada zaman dahulu kala, Sastera Rakyat disampaikan secara lisan Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyampaiannya. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang cucu. Dan sebagainya.

Ada orang yg beranggapan bahawa Sastera Rakyat adalah suatu bentuk escapism ke dlm dunia magis. Apakah karya bentuk ini yg ingin anda hasilkan?






(novel remaja Sastera Rakyat ni baru beberapa bulan terbit, baru sampai sehari pd saya.. boleh dibuat contoh, jika anda mau)



Yang pasti, Sastera Rakyat sering mengalami perubahan. Sastera Rakyat merupakan kepunyaan bersama. Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun penglipur lara yang kerjanya bercerira, beliau juga tidak mampu mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni Yang Empunya Cerita.

Ok, jika anda berminat menghasilkan (mengolah semula) karya Sastera Rakyat seperti ini, di sini saya turunkan beberapa petua penulisan kreatifnya, utk anda.

Katakanlah anda memilih untuk mengolah semula cerita Pak Pandir. Utk itu, anda buat sedikit penyelidikan di perpustakaan ataupun lewat ruang siber. Cari buku2 atau artikel2 ttg sastera rakyat yg ingin anda hasilkan. Selepas membaca dan menghayatinya, maka segeralah tutup buku itu, atau pulangkan saja ke perpustakaan kembali. Kemudian, biarkan cerita itu hidup dalam minda anda, buat seketika. Apabila anda betul2 boleh melihat gambaran cerita itu macam menonton wayang di mata fikir anda, bermakna anda sudah bersedia!

Sastera Rakyat boleh ditulis dengan byk cara. Biasanya, orang mulakan cerita rakyat dengan perkataan `Pada suatu masa dahulu...' atau `Pada zaman dahulu...' dan sebagainya. Kebanyakan Sastera Rakyak mengandungi mesej pengajaran dan teladan kepada pembaca di akhir cerita. Jadi, fikirkan, apa mesej yg ingin anda sampaikan dlm Sastera Rakyat anda nanti?

Bagaimanapun, sebelum memulakan karya anda, elok jika anda membuat draf atau `peta'nya dulu. Pastikan latar/setting (masa dan tempat) dan situasi penting/gentingnya. Senaraikan watak-watak dan hubungan mereka antara satu sama lain. Perhalusi komplikasi atau masalah yang meletuskan situasi penting/genting tadi. Juga, senaraikan perkembangan plot (jalan cerita) yg akan timbul, apabila masalah itu diatasi. Jgn lupa gambarkan rupa wajah dan keseluruhan perawakan diri watak2 utam aitu k..

Siapa watak utama dlm karya anda nanti? Utk pengetahuan anda, watak2 utama dalam cerita anda adalah manusia dan boleh mati. Mereka bertemu dengan kejadian/kuasa supernatural atau lembaga magis atau lembaga menakutkan, dan menggunakan objek magis, tetapi watak utama2 itu sendiri tidak mempunyai kuasa magis.

Bagaimana perwatakan mereka? Biasanya, watak2 baik, haruslah daripada orang yg boleh disamakan kehidupannya dengan manusia di alam nyata. Watak2 haruslah mempunyai nama yg mudah disebut dan senang diingat oleh pembaca, nama2 yg umum atau yang biasa-biasa saja. Perwatakan manusia, biasanya dirujuk kpd profesyen mereka, sosial status, kedudukan dlm masyarakat, atau hubungannya dgn watak2 lain dlm cerita anda; misalnya, putera, puteri, ratu, sultan, suami, isteri, anak-anak, orang tua, pedagang, tukang besi, petani dan sebagainya. Dan setiap watak yg anda wujudkan dlm cerita anda kelak, seharusnyalah ada fungsinya terdiri dan saling menyumbang utk kekuatan cerita anda kelak.

Kalau zaman dahulu, Sastera Rakyat tidak kisah sama ada watak-watak itu mempunyai gelojak perasaan atau tekanan psikologi ataupun tidak. Orang tidak kisah apa yang si A telah buat ke atas si B, orang hanya nak tahu apa yg dilakukan oleh si B seterusnya. Tapi, utk menambahkan mutu dan daya tarikannya, kiranya lebih baik jika anda mampu memasukkan perasaan dalaman ini karya anda. Kerana, pembaca zaman sekarang - termasuk kanak2 dan remaja - sudah pandai menilai dan tidak mudah menerima segalanya bulat2 lagi, tanpa mempersoalkan akan kelogikan plot cerita anda kelak. Utk itu, pastikanlah watak2 utama mempunyai masalah yg lebih kurang sama dgn manusia biasa dan biarkan pembaca tidak sabar2 mahu menghabiskan bacaan, kerana ingin mengetahui sama ada berjaya atau tidak perjuangan watak2 tersebut.

Jika anda jadi pembaca, sudah tentu anda juga mahu `melihat' watak2 itu berjaya bukan? Kerana, sesungguhnya, itu jugalah keinginan anda utk diri sendiri; berjaya.



(gambar kat sebelah ni, tinggal separuh saja, akibat masalah scanner saya. Maaf)
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Response to "Sastera Rakyat; Bagaimana Menghasilkannya"

  1. Upenyu Said,

    Sifu, soalan saya,

    Bolehkan dalam pengkaryaan sastera rakyat, kita ciptan satu icon baru tapi masih menerapkan seperti apa yang sifu nyatakan di atas. apakaah itu juga boleh diterima sebagai sastera rakyat?

    Posted on May 6, 2009 at 11:57 AM

     
  2. Az Said,

    Upenyu :)

    Anda boleh mencipta icon baru, tp ada syarat; ia harus berdasarkan sastera rakyat Malaysia juga, yg mungkin anda dgr secara lisan tp belum ditulis dlm bentuk tulisan lagi. Harus mempunyai nilai murni, contoh dan teladanlah tu.. dan kalau boleh, adah semangat juang di dalamnya k :)

    Utk pengetahuan anda, Novel Puteri Delima itu belum pernah ditulis org secara kreatif, samada dlm bentuk novel mahupun cerpen.

    Saya dihubungi pihak dbp utk menghasilkan novel itu, berdasarkan kajian dibuat oleh beberapa pegawai yg memasuki kampung2 daerah pedalaman di Sabah. Saya ambil semua watak2nya, isi cerita, cipta suasana latarnya, wujudkan nilai2 perjuangan dan nilai2 murni di dalamnya dan olah balik semuanya untuk lahirkan novel tersebut :)

    Posted on May 6, 2009 at 7:20 PM

     
  3. saripahbakar Said,

    saya fikir kisah-kisah turun temurun yang diceritakan orang asli tentu mnarik jika ditulis semula secara kreatif

    Posted on May 6, 2009 at 9:52 PM

     
  4. Az Said,

    Saripahbakar,

    Tepat sekali pendapat anda itu, dan asal kita pastikan ia logik utk bacaan pembaca yg terdiri dr kalangan kanak2 dan remaja zaman sekarang yg sgt2 kritis sifat kan... :)

    Posted on May 6, 2009 at 10:54 PM

     
  5. adika Said,

    Adalah baik jika kesemua cerita rakyat di Malaysia dilukiskan dalam bentuk komik.Ambil contoh komik2 dai Hong Kong spt Pedang Setiawan,Alam Perwira dan sebgnya.Ia pasti lebih menarik pembaca utk mghayati cerita rakyat di negara kita.

    Posted on September 24, 2009 at 2:15 PM

     
  6. azmah nordin Said,

    Sdr Adika :) tepat sekali pendapat sdr tu, tepat sekali. begitu sedikit cerita rakyat yang kita temui di pasaran, padahal, kita byk sekali cerita rakyat yang menarik...

    Posted on September 24, 2009 at 7:55 PM

     
  7. kathy Said,

    saya ada satu pertanyaan, bila kita menulis cerita rakyat dan kita cipta satu icon ug baru, tidakkah akan menjadi satu issue nanti kita berhadapan dengan orang yang tahu tentang cerita rakyat tersebut dan kalau dia tanya, dlm cerita asal icon atau watak ini tidak muncul, bagaimana kita menjawab soalam mereka?

    Posted on April 8, 2010 at 1:45 PM

     
  8. Badariah Said,

    Salam sifu, saya sudah lama ada keinginan untuk menulis novel cerita rakyat. Minat saya lebih melonjak setelah memenangi satu pertandingan menulis cerita rakyat negeri sabah pada tahun lalu. Sekarang, saya ingin menulis cerita rakyat tentang seorang tokoh bangsa sungai iaitu Pak Musa. menurut cerita warisan yang saya dapat, Pak Musa ada kelebihan tersendiri seperti boleh menghilangkan diri sewaktu dikejar pihak penjajah. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya selitkan kelebihan luar biasa tokoh tersebut?

    Posted on August 4, 2010 at 10:31 AM

     
  9. Badariah Said,

    Sifu, bolehkah watak utama dalam sebuah novel sastera rakyat menggunakan watak bukan manusia? tetapi, cerita tersebut ada unsur-unsur perjuangan hidup seperti kehidupan alam nyata. sebagai contoh, cerita mitos batu sapi di sandakan, mengetengahkan tentang seekor sapi yang punya semangat menjaga keamanan dan ketenteraman kampung tuannya. Klimaksnya, berlaku pertembungan sapi dengan buaya yang ingin menceroboh kampung tersebut. Dengan kuasa Tuhan, sapi dan buaya telah terkena petir dan bertukar menjadi batu. Menurut cerita lisan lagi, sapi tersebut pernah menderhaka pada ibunya dan kini telah menerima padahnya sendiri.
    Mohon tunjuk ajar sifu....

    Posted on August 4, 2010 at 10:40 AM

     
  10. Kika Said,

    cerita rakyat disampaikan dan disebarkan secara lisan... menjadi milik kolektif bersama masyarakat.
    cerita rakyat ini terdapat pelbagai versi.. kerana sifatnya disampaikan secara lisan berlaku tokok tambah oleh si Penglipur lara ... dan cerita ini akan disampaikan dan disebarkan..hidup sekurang-kurangnya dua generasi..
    walaupun hadir dalam pelbagai versi namun bentuk luarannya sahaja yang berbeza tapi inti ceritanya tetap sama..

    Bagi saya...saya menyokong sesiapa sja yg menulis kembali cerita rakyat dengan pelbagai versi kerana dengan cara tersebut dapat memartabatkan lagi cerita rakyat...selain itu, membuka mata masyarakat dan global.. kerna setiap cerita tersebut adalah cerminan masyarakat...menggambarkan kehebatan nenek moyang kita yang menciptakan cerita rakyat...kerna disamping menghibur, terdapat pemikiran didalamnya yang penuh dengan unsur didaktik.. kepada masyarakat, pemerintah...
    Kita harus berbangga dengan cerita rakyat kita ini.... .

    Posted on August 22, 2010 at 1:31 AM

     
  11. Ummi Amirah Said,

    Assalamualaikum sifu.

    saya pernah memberitahu sifu tentang keinginan saya untuk cuba menulis novel cerita rakyat beberapa hari lepas. Bila saya membaca semula entri ni, saya rasa keliru. Watak yang saya maksudkan ialah watak yang pernah wujud dan ada pusaranya. Sehingga hari ini pusara beliau menjadi kunjungan masyarakat dekat dan jauh. Ada cerita yang menarik pada watak yang nak saya angkat ni. Soalan saya, bolehkah watak ini dijadikan watak utama novel cerita rakyat? Terima kasih sifu.

    Posted on December 24, 2012 at 4:23 PM

     
  12. Ummi Amirah Said,

    Sifu, cerita rakyat ni mesti ke diketahui oleh kebanyakan orang/masyarakat? kalau sekadar satu kawasan kecil je boleh ke dianggap cerita rakyat? (cerita rakyat kurang popular?) - tak ramai yang tahu terutamanya tentulah generasi muda. Ada had masa ke untuk kita anggap sesuatu tu cerita rakyat? kalau 100 tahun paling minima, macamana sifu? saya bertanya sebab kampung saya ada cerita lama, tetapi sayangnya ramai yang dah tak ada untuk rujukan. Umur kampung saya dlm 100 tahun gitu. Terima kasih sifu.

    Posted on December 24, 2012 at 4:35 PM

     
  13. Azmah Nordin Said,

    mazzuin :)

    berkemungkinan besar, cerita yg ingin anda garap adalah cerita sejarah, bukan cerita rakyat (cuba rujuk entri Bagaimana menghasilkan cerita rakyat' yg baru saya akan naik balik tu.

    ya, saya masih ingat ttg cerita yg anda nak jadikan novel tu. kita boleh teruskan dgn cerita tu, tp oleh kerana ia cerita benar, maka ia adalah sesuatu yg sgt sensitif sifatnya, kecuali jika anda mendapat kebenaran bertulsi drpd waris arwah yg masih hidup, ini utk mengelakkan berlaku sebarang konstraversial di belakang hari, misalnya, dipertikaikan akan kesahihannya, disaman dan sebagainya.

    ini berbeza sekali dgn novel sejarah campur cerita rakyat yg nisha hasilkan, ini erana nisha mengambil susur galur sendiri untuk bercerita kembali secara kreatif. jadi, secara tak langsung, nisha memang pun dah dapat keizinan ahli kelaurga waris sbb dia sendiri pun waris kepada arwah kan?

    ttg apakah cerita rakyat perlu diketahui ramai? sama sekali tidak perlu, tp seboleh mungkin, biarlah ia wujud dan kemudian anda kembangkan ia mengikut versi anda sendiri, sama ada plot, watak2 dan nama mereka, nama tempat, penamat cerita dan sebagainya; pendek kata, cerita rakyat yg anda olah itu, adalah karya anda seratus peratus - biarpun anda tulis ttg bawang putih bawah merah sekalipun, asal berbeza.

    sebaiknya tidak ditulis cerita rakyat yg tak popular, kerana jika ditulis yg popular, nanti akan ada pula perbandingan pembaca karya mana yg lebih baik, sama ada anda atau penulis asalnya. lagipun, kita nak elakkan klise.

    100 tahun? tak perlu buat sebarang tarikh, kalau nak buat cerita rakyat. tp, kalau nak tulis cerita sejarah, ya, ini perlu lengkap dgn butir2 peribadi watak utama dan sebagainya, dan keizinan waris yg masih hidup, sgt diperlukan.

    yg pasti, cerita tu, mesti berlatarkan kisah silam yg tiada sebarang kemudahan, sprt kereta, eletrik, dan sebagainya. semuanya masih serba kuno. dan, cerita yg paling suka dibaca adalah yg mengisahkan ttg seorang perawan, bukan kisah tentang orang tua. jika nak buat ttg watak yg makamnya anda temui itu, tentulah kisah orang dewasa, dan ini terpaksa anda fikirkan mcm mana nak buat supaya watak utamanya watak remaja, sbb ini yg menarik perhatian pembaca dan penerbit. jika nak buat cerita ttg pejuang yg dah berusia juga masih boleh, tp mesti sebagai watak sampingan. bermakna, perlu ada watak remaja yg terliabt dgn orang tua tu. mcm cerita sakinah dgn ibunya - cerita ibu dilihat dr sudut pandangan sakinah gitu.

    boleh juga buat kisah remaja lelaki, tapi lebih menarik ttg perjuangan hidup remaja perempuan zaman dulu. fikirkan k

    itu je kan mazzuin :) gigih terus k

    Posted on December 28, 2012 at 10:33 PM

     

Post a Comment

featured-video