• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, January 30, 2010

Simbol Dlm Karya Sastera

Saturday, January 30, 2010 // by Azmah Nordin // // 3 comments

water drops Pictures, Images and Photos

(Kat atas tu, adalah simbol dlm sastera. Bukan airnya yg menjadi simbol, tp setitik air itulah simbol apabila ia jatuh ke dlm air dan mencetuskan  gelombang atau riakan di sekelilingnya k ... cuba bayangkan dlm kehidupan manusia/makluk Tuhan pula...)

Seperti yang anda tahu, dlm sastera, simbol atau perlambangan digunakan utk memberi erti kepada penulisan - melangkaui apa yang digambarkan. Plot dan aksi yang mengambil tempat dalam sesebuah cerita, boleh dianggap sebagai berada pada satu tahap, sementara simbol/perlambangan dlm sesuatu perkara berada di tahap lain, dan ia boleh mengindahkan cerita yg sedia ada.

Simbol boleh mengambil tempat dengan mengambil tema dari cerita mewakili tahap fizikalnya. Contoh mudah; ombak yang bergelora di lautan, disamakan dengan sesebuah konflik atau gelojak perasaan. Ombak bergelora itu adalah simbol. (Aranam, Peserta Bengkel Novel ada gunakan simbol ini dlm karyanya :))



Lebih kurang sama dengan peredaran masa dari siang ke senja, atau dari musim kemarau ke musim tengkujuh, mungkin saja boleh dianggap sebagai satu simbol dari kebaikan kepada kejahatan, atau harapan kepada kekecewaan. Sebatang sungai dalam sesebuah babak/episod - boleh saja mewakili pengaliran kehidupan, dari kelahiran ke kematian. Bunga pula, tentu saja boleh menjadi simbol kepada keremajaan atau kecantikan.

Bukan semua dalam sesebuah cerita itu memerlukan simbol. Sebuah lanskap taman hanya sebuah lanskap taman - sehinggalah ia dikontraskan dengan pusat bandaraya yang hiruk-pikuk, di mana taman itu adalah simbol kpd keamanan, ketenangan dan tempat pelarian.

Jom kita lihat pada contoh lazim yg digunakan dalam sastera dan media lain, yg mana mungkin anda biasa dengannya.

Dalam novel Animal Farm, keseluruhan ceritanya ada simbol tentang kehatan komunisme, dengan watak-watak utama yg terdiri daripada haiwan itu, mewakili watak-watak utama dalam Revolusi Rusia. Keseluruhan novel itu boleh dibaca sebagai cerita kanak2, tapi apabila anda mulai menyedari akan kewujudan beberapa unsur dan watak-watak yg disimbolkan di dalam cerita itu, novel itu memberikan pengertian yg berbeza lagi. Kerana itu, novel ini menjadi begitu karya begitu klasik. Cerita seperti ini dipanggil allergory.

Filem Star Wars sendiri, pernah digambarkan sebagai simbol terhadap kepercayaan terhadap agama dan Tuhan, dalam menentang kejahatan.

Lagu I Hope You Dance oleh Lee Ann Womack pula, penuh dengan simbol. Lagu itu sama sekali bukan tentang menari. Tarian adalah simbol untuk memperolehi sebaik mungkin dari kehidupan. Apabila Ann Womack menyanyi lirik lagu, "I hope you never fear those mountains in the distance", the mountains itu adala imbol tentang ketakutan kita tentang masa depan, atau tentang halangan/rintangan yg perlu kita tempohi.

Dalam karya MacBeth oleh William Shakespeare pula, menggunakan darah betul dan darah yg imaginasi, sebagai simbol perasaan bersalah daripada McBeth dan Lady McBeth. Selain daripada itu, terdapat juga burung gagak yang mewakili bencana dlm karya itu.

Dalam novel2 Harry Potter oleh J. K. Rowling, juga boleh dilihat mengandungi byk simbol, walaupun cara menafsirnya sama byk dgn lembaga2 ganjil di dalamnya! Satu contoh mudah yg selalu digunakan oleh Rowling; ular yg mewakili kejahatan.

Menggunakan simbol dlm cerita yang anda tulis, boleh menjadi semudah memasukkan sesuatu persamaan tentang apa yang sedang berlaku dlm plot anda (sebagai contoh, ombak gelora, seperti yg disebut di atas) Tapi, sementara simbol jenis ini boleh menyatu dalam cerita anda, namun ia tidak begitu halus dan jika digunakan terlalu banyak, i aboleh membuatkan cerita anda baik menjadi klise.

Pendekatan yang lebih baik, adalah dengan merancang jenis simbol apa yg anda ingin gunakan pada masa akan datang, supaya ia menjadi sebati sebagai sebagai karya anda, bukan sebaliknya hanya ditambah tokok saja. tanpa makna. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang bagaimana seorang lelaki tua menderita penyakit kanser dan hanya mempunyai beberapa bulan saja untuk hidup, anda mungkin akan mengambil latar cerita itu pada musim kemarau di sebuah perkampungan petani, dan kemudian berakhir mengakhir cerita anda pada musim tengkujuh di sebuah perkampungan nelayan. Yakni, untuk memberikan kesan kpd persekitaran cerita anda. Bermula dgn angin yg seperti mati, bumi yg kering kontang, cuaca yang panas terik. Kemudian, berakhir dgn laut yg bergelora dan langit pun menangis; simbol kpd kematian seorang manusia.

Dan sebagainya.


3 comments:

  1. sifu, sy tertarik dgn apa yg sifu bicarakan kali ini. Kebetulan sy sedang memikirkan simbol yg sesuai bagi novel ke2 sy.

    Adakah simbol yg ingin kita kaitkan dgn crita kita mesti unsur yg dipetik dari alam, eg. bulan, mentari ,angin ,embun, pelangi dan sebagainya. Bagaimana dgn anggota badan, bolehkah dijadikan simbol. Misalnya hati. Jika organ hati sihat tidak ada penyakit yg idapi, anggota tubuh yg lagi juga keseluruhan diri org itu akan terserlah sihat. Begitu juga hati yg diertikan sebagai jiwa/kalbu jika baik tiada hasad dengki, akan pula mempengaruhi watak org itu, menjadi baik atau sebaliknya. Sy beranggapan, jika sy memilih hati sebagai simbol bg nnovel ke2 sy, dari bab 1 lg sy cuba kaitkan peristiwa yg dilalui watak hero ada kaitan n sebab-musabab keadaan hatinya ketika itu...
    Begitu juga pd setiap bab akan sy cipta keadaan yg berlaku kpd watak2 lain juga dipengaruhi oleh hati, samaada hati yg organ maupun hati yg brmaksud kalbu.

    Mohon pandangan sifu terhadap apa yg sy faham ini. sy harap sy dpt memahami secara betul perkara berkaitan simbol yg sepatutnya. Juga tidak silap dlm membuat pentafsiran. Jika sy silap faham kesannya pd karya sy besar...akan wujud karya yg kabur n rendah mutunya.

    Juga sy hajat sifu kritik sikit prlambangan /simbol yg wujud pd novel pertama saya-Satu. Bagaimana pd pandangan sifu...adakah sy telah dpt menonjolkan simbol yg sesuai?

    Sedikit ulasan yg sy hajatkan ini sekadar utk menambahbaikan karya sy yg ke2 pula. Tidaklah sy menulis hanya untuk asal siap saja. Biarlah yg terbaik. Seperti juga yg sifu sukai.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. ummu anas :)

    oleh krn saya baru balik dr perjalanan yg jauuuuh, jd saya pergi pd topik perbincangan kita k; drpd tulisan anda kat atas tu, terbukti anda sebenarnya mmg sgt memahami apa itu simbol. Simbol boleh apa saja, asal ada makna kpd keseluruhan cerita. mcm dlm Satu, novel anda mengangkat semangat satu malaysia, semangat satu hati dlm hubungan kekeluargaan dan semuanya anda wujudkan sejernih sebitir embun pagi. nah, itu menarik sakali kan.

    saya suka idea anda nak angkat `hati' sbagai smbol utk novel kedua dan kiranya mmg bersesuai sekali dgn jln cerita yg mengaitkan ttg organ hati yg diserang hepatatis b dan manusia yg mempunyai hati/nurani/kalbu yg berpenyakit; simbol yg kuat itu. dr bab pertama lagi kita sudah nampak bayangan penyakit hati organ dan nurani ini kan?

    tepat sekali hasrat di hati anda tu, ummu anas :) setiap karya baru yg kita buat, seharusnyalah lebih baik drpda yg terdahulu. ia mcm kita naik darjah juga, makin lama makin tinggi, makin lama makin kompleks lagi daya kreatif, teknik penulisan dan gaya bahasa kita :)

    ttg wujud karya kabur, sbenarnya, ia bergantung pda usia sasaran. jika terlalu kompleks, ia lebih sesuai dgn karya utk dewasa/umum, jadi apa yg telah anda buat tu dah betullah.ia tak mungkin sampai boleh merendahkan mutu karya, cuma sedikit tidak logik saja. maka, di situlah gunanya editing (atau bak kata anda sendiri; disolek-indahkan) karya yg dah siap kan.. asal jgn kelam kabut hantar pd edtor dah, sbb mana tau tiba2 kita ada idea baru yg perlu ditambah k

    ok ummu anas, den terlalu penaaaaat ni, kota kinabalu sgt panas.. mau pengsan den oleh tekanan cuacanya, tp di bongawan udaranya sejuk dan buat den ngantuk bangat2 dah sekarang... hehehe...

    ReplyDelete
  3. wah, byk la pulak kan kat atas tu.. hehehe

    ReplyDelete