• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, April 17, 2009

Plot Dlm Penulisan Kreatif

Friday, April 17, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

Posting kali ini, sebagai menyambut pertanyaan sdr syed kita k :)


Apa itu Plot


Jawapannya mudah saja; plot adalah jalan cerita kpd cerita anda. Jadi, apa itu Cerita? Ia adalah tentang satu watak yg bermasalah. Setiap cerita ttg watak2 yg cuba mengatasi atau mengendalikan masalah/kerumitan/kemelut dlm hidup.

Watak2 yg hidup bahagia, yg hidup tenang selesa dlm lingkungan keluarga tercinta, dan sudah berjaya dalam mencapai matlamat hidupnya - bukanlah satu `bahan' yang baik utk diangkat sebagai sebuah karya kreatif. Orang yg kita baca, adalah org yg menghadapi masalah.


Pusat Masalah.


Hampir semua genre cerita, boleh dianggap sebagai berkisar pada satu pusat masalah (masalah pokok/utama) dan tentang masalah inilah menjadi isi ceritanya. Soalan2 yg biasanya akan berbangkit drpd masalah itu, misalnya, "Apakah misteri itu akan terlerai juga akhirnya? Apakah protagonis cerita itu akan selamat? Apakah perjuangan para pemberontak itu akan berjaya? Apakah penculik itu berjaya diberkas, akhirnya? "dan sebagainya.




Bermula dengan Kemelut


Apapun jenis karya yang akan anda tulis, samada novel mahupun cerpen - perlu wujud satu kemelut utk memulakan intronya atau para2 awal sebagai pengenalan keseluruhannya. Para pembaca akan mendapati setiap watak menghadapi pelbagai kemelut yg berpunca daripada satu masalah, pada para pertama, mukasurat pertama, bab pertama. Jikapun anda tak boleh menurunkan semua masalah itu dlm satu mukasurat atau satu bab, paling tidak harus sudah ada satu baris utk membuatkan para pembaca tertanya2 penuh suspen dan terpaksa membaca terus sehinggalah kemelut itu terlerai di akhirnya.

Andainya cerita itu diatur di sekitar satu masalah pusat, cerita anda berakhir apabila anda menyelesaikan kemelutnya. Jika cerita yg mempunyai satu masalah pusat, tapi mempunyai beberapa sub plot (plot sampingan) yg kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain, ia hanya berakhir setelah masalah terakhirnya dileraikan, atau apabila semua masalah itu dikenal pasti sebagai masalah penting utk diatasi. Selagi masalahnya belum diatasi, selagi itu jalan cerita atau plotnya perlu diteruskan.


Apakah sesebuah cerita Sains Fiksyen juga mempunyai masalah pusat?


Ok, sebuah cerita sains fiksyen hanya diangkat menjadi Sains fiksyen, apabila ia menghadapi watak2 yg bergelut dengan idea yg berkaitan dgn dunia sains, ataupun apabila masalah pusatnya berkisar sekitar dunia sains. Ini bermakna, apabila unsur-unsur sains itu dikeluarkan - samada melalui masalah pusatnya ataupun cara peleraiannya, dengan sendiri akan menyebabkan keseluruhan cerita akan `runtuh'. Dan sebagainya.

Mari kita tanyakan sekali lagi;
Apa itu Plot


Ia adalah; sebab dan akibat, ransangan dan tidak balas.
Plot adalah satu bentuk struktur yg mengandungi berbagai peristiwa dalam cerita itu, dan peristiwa itu saling berkait dengar rapatnya kpd satu masalah pusat.

Rangkaian Bersebab
Plot cerita atau jalan cerita adalah yg merangkaikan beberapa peristiwa, dan setiap satu peristiwa berpunca daripada peristiwa masalah sebelumnya yang berkaitan dgn masalah pusat.

Contoh mudah; masalah pusatnya, penderaan kanak2. Peristiwa2 yg berkait, mungkin; siapa yg mendera dan bagaimana? Siapa yg menyebabkan si pendera itu jadi pendera dan bagaimana dia mendera? Siapa yg tahu tentang penderaan itu dan bagaimana? Siapa dan bagaimana si pendera diberkas? Dan sebagainya. Semua saling berkaintan antara satu sama lain, dan dlm masa yg sama, setiap seorangnya mempunyai masalah peribadi tersendiri yg juga berkaitan dgn masalah pusat itu - penderaan.


Bagaimana Plot Berkembang?


Apabila cerita di dalamnya menjadi semakin dramatik atau makin dahsyat atau makin seperti tidak pernah terfikir oleh pembaca akan sebegitu rumit jadinya cerita itu. Sebelum masalah dlm cerita itu dileraikan, plot atau jalan cerita itu seharusnya meningkat dari satu tangga ke satu tangga ke atas - lebih dramatik, lebih rumit, atau lebih dahsyat - utk protagonisnya (watak utama). Biarpun mungkin keadaan protagonis itu dari masa ke semasa atau dari peringkat demi peringkat semakin membaik sprt dlm byk cerita `dr papa kedana menjadi kayaraya' - kuasa atau dugaan terhadap protaganis seharusnya semakin bertambah. Jika protagonis itu mengangkat kayu, watak antagonis (watak lawan) seharusnya mengangkat kapak. Jika protagonis mengangkat kapal, maka pihak antagonis seharusnya mengangkat senapang! Begitulah seterusnya.

Protagonis yg Aktif

Bukan hanya kerumitannya bertambah dari bab ke bab hingga tiba detik masalah pusat dileraikan, tapi kesukarannya juga harus ditambah berdasarkan kpd tindak balas positif dari watak protagonisnya. Watak2 dalam cerita anda seharusnya mempunyai peranan dlm memusnahkan kuasa atau pengaruh kejahatan di dalam karya anda. Setiap percubaan untuk meleraikan masalah, biarpun pada mulanya setiap percubaan itu selalu saja gagal, atau menambah masalah atau mencipta masalah baru dan sebagainya.


Watak Sebagai Plot


Dorongan, keinginan, matlamat. Oleh kerana plot bukan hanya terdiri daripada beberapa peristiwa, kemelut yg terbentuk dlm sesebuah perhubungan di antara pelbagai peristiwa juga, dianggap sebagai plot. Plot tidak boleh diasingkan daripada watak. Watak2 melakukan pelbagai perkara atas alasan2 tertentu, and alasan2 itu membentuk satu unsur plot yg sgt diperlukan. Setiap watak dlm cerita itu mempunyai keinginan terhadap sesuatu pd beberapa tahap yg berbeza, dan mempunyai matlamat di dalam fikiran masing2, di mana ia mungkin tiada kaitan langsung dengan masalah pusat dlm cerita itu. Biar apapun yang diinginkan dan apa matlamatnya, mereka membentuk dasar/asas untuk mendorong watak2 itu bertindak. Anda tentu mahu watak2 di dalam cerita anda bertindak berdasarkan keinginan atau matlamat hidup mereka, bukan berdasarkan keperluan plot secara permukaan cuma.


Konflik dgn Watak2 Lain


Satu punca kesukaran yang sangat kuat utk watak2 anda ialah apabila keperluan atau keinginan peribadi mereka, bertentangan dengan masalah pusat dlm cerita anda. Contohnya, seorang anggota tentera yg tak sabar2 mahu melangsungkan perkahwinan pada keesokan paginya, tentu berbelah bagi hatinya apabila dipanggil melakukan operasi di sempadan yg sedang diancam komunis atau di Pulau Sipadan yg diancam lanun. Tentulah tinkah lakunya berbeza dengan lelaki yang memang pun hidup senang lenang, suka berpoya-poya dan menikmati hidup sepenuhnya, seboleh mungkin, di mana saja dia suka, bukan? Meletakkan dua watak ini dlm satu tempat dan situasi tegang dan pasti dgn mudah dan cepatnya akan tercetusnya pertelingkahan antara mereka berdua. Bayangkan!


Konflik Dgn Diri Sendiri


Mungkin, kesukaran yang paling hebat sekali yang boleh diterapkan dlm watak2 anda, yg paling memuaskan secara emosional apabila masalah pusat dileraikan kelak - adalah apabila watak2 saling mempunyai keinginan dan matlamat yang sama - terhadap sesuatu wanita/lelaki atau `benda' yg sama. Jika anda dpt gambarkan matlamat kedua2 watak itu di dalam cerita anda, dan membandingkan betapa pentingnya matlamat itu kpd mereka dr sudut mereka sendiri, watak2 itu akan sentiasa berada dlm ketegangan perasaan yg amat sangat.

Bayangkanlah keadaan perasaan anggota tentera di atas itu sebentar. Berikan dia sedikit kebahagiaan dgn membuatkan dia jadi wira di mana dia dihantar melakukan operasi. Beri anggota tentera yg diletakkan setempat dgn lelaki yg suka berpoya2 ini, peluang untuk melakukan sesuatu yg bererti dlm hidup; misalnya, menangkap musuh yg telah membunuh beberapa penghuni kampung. Apa tindakan anggota tentera ini ke atas musuh tadi? Apa pula tindakan lelaki yg suka berpoya2 tadi, ke atas musuh ini? Apakah cara pemikiran mereka sama? Apakah watak protagonis ini akan mencari keadilan ke atas mangsa yg terkorban dgn membalas dendam? Dll.


Bagaimana Plot Mencetus Suspen?


Ancaman yg telah dikenalpasti. Asas kpd saspen biasanya timbul apabila kita sudah tahu bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku. Para pembaca akan terpaksa tertanya-tanya atau meneka-neka apakah peristiwa penuh suspen yg akan berlaku seterusnya (yg berkaitan dgn jalan cerita)

Serangan mengejut lanun ke atas ke atas Pulau Sipadan, tidak menimbulkan suspen. Tapi, ia menimbulkan suspen jika ada prasangka atau debaran di dada yang mengatakan bahawa akan ada serangan2 yg sama, selanjutnya pada masa mendatang. Lazimnya, dalam cerita2 suspen berat, para pembaca diberikan klu atau maklumat yg tidak diberikan kpd watak2nya. Pembaca akan diberitahu bahawa pulau itu akan diserang lanun, dan kemudian diberi masa tentang bagaimana ia berlaku, ketika watak utama membuat rondaan di tepi pantai.


Cerita yg Tak Boleh Diteka Akan Penamatnya


Suspen boleh mati serta-merta, jika pembaca boleh meneka apa yg akan ditulis oleh pengarangnya, bagi mengeluarkan dari kemelut masalah yg dihadapinya. Kerana itu, ia amat sukar utk menghidupkan sesebuah suspen, terutama sekali apabila ia menyangkut nasib serta soal hidup mati satu2 watak dlm mana2 cerita bersiri.


Tiga Langkah dlm Pembinaan Plot



1. Cipta satu watak.

2. Beri watak itu satu masalah yg perlu ditangani.

3. Fikir dan bayangkan, paling tidak tiga cara bagaimana watak ini mengatasi masalah yg anda beri.

Dan, kemudian, mulalah berkarya.


Salam cakna :) Menurut kamus dewan, Cakna bererti prihati dlm bahasa sastera melayu lama.

...

0 comments:

Post a Comment