• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, January 8, 2013

Buah Sastera; Jom Kita Berkebun!

Tuesday, January 08, 2013 // by Azmah Nordin // // 10 comments

Sdr2,

Percayalah, kita tak boleh ubah org lain, tp kita boleh ubah diri kita sendiri supaya lebih giat lagi berkarya.

--------------------------

Buah Sastera; Jom Kita Berkebun!





Ramai orang tau, di sebalik rasanya yang enak, buah2 juga mengandungi khasiat yg tinggi. Ia diperkaya dgn zat galian yg mempunyai nilai-nilai perubatan, dan mampu mengubati pelbagai penyakit. Kita ambil buah delima di atas sana, sebagai contoh. Isinya bukan sekadar merah cantik dan manis pula, tapi kulitnya yg mengandungi asid tannin, amat berkesan utk menghapuskan masalah pelbagai cacing dlm perut kanak2. Yakni, di samping airnya digunakan oleh orang2 ubat kumur di negara Iran dan Iraq, utk mengatasi masalah bau pernafasan.

Begitu juga dengan buah epal, strawberry, nenas, pisang, durian, manggis, tomato, cili dan sebagainya. Semuanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Jadi, apa perbezaannya antara buah2an ini dgn buah2an sastera? Masa tumbuh besarnya; ada yg memakan masa hanya dua tiga bulan sudah berbuah, dan dalam masa 2 - 3 bulan kemudian ia sudah mati dan perlu ditanam semula. Ada yang boleh hidup beratus2 tahun, misalnya pohon delima, durian dan sebagainya, boleh dinikmati turun-temurun, mungkin hingga ke akhir zaman. Wallahualam.

Nah, apa kaitannya buah2an dengan dunia sastera? Andainya pohon buah2an ditanam oleh para pekebun, dlm dunia sastera, sebagai penulis, andalah yang menanam pohon buah-buahan sasteranya. Dan, sebagai pohon karya pertama anda, tentulah anda telah memilih anak pokok dari baka (bahan cerita) yg terbaik, menanamnya di tanah (ilmu bantu) yg bersesuaian dan mencurahkan seluruh kasih sayang (menghidupkan watak2nya) dgn menyirami dan membajainya (menerapkan nilai2 murni) dgn betul, bukan?

Jadi, apa jenis pohon (karya) yg terbaik utk anda tanam? Yang mampu memberikan buah-buahan (hasil) kpd anda yg telah menekuninya, siang dan malam itu? Buah apa yg paling anda gemari? Ok, mungkin saja anda suka makan buah delima. Lazat, manis, cantik isinya dan sgt2 berkhasiat. Hingga, mungkin buah sastera dari pohon yg anda tanam ini, boleh sampai memenangi pelbagai anugera sastera - sebaik ia terbit. Tapi, bila ia akan terbit? Apakah anda sanggup tunggu ia sehingga terbit dulu, baru mahu menanam pohon buah yang lain?

Pohon delima! Wah, kalau tak silap saya, bertahun2 jugalah baru pohon delima ini mau menghasilkan buah - itupun, kalau ia berbuah! Jadi, bagaimana? Mau terus tunggu bertahun2 lamanya juga? Sampai bila? Dibuatnya pohon itu, hanya mampu membesar (terbit) dgn cantiknya, berbunga juga mcm pohon2 yg lain, tp tidak menghasilkan sebarang buah, nahas!

Cadangan saya; sementara anda menanti pohon (karya) anda terbit dan menghasilkan buah (royalti/honorarium/nama/pahala/kepuasan jiwa) kenapa tak tanam pohon-pohon lain dulu. Yakni, selain pohon delima, kenapa tak tanam juga pohon mangga, pohon kelapa, pohon pisang, pohon rambutan dan sebagainya? Semuanya pohon2 yg boleh menyumbangkan pelbagai khasiat kpd masyarakat. (lalang tak memerlukan bantuan anda utk ditanam bagai, ia sudah cukup kuat utk tumbuh dan hidup sendiri!) Jika bernasib baik, mungkin ia akan berbuah secara serentak dan bayangkan apa perasaan anda ketika itu!

Sebagai permulaan, selain daripada menanam pohon delima, misalnya, kenapa tak tanam pohon yg cepat berbuah, seperti pohon tomato, pohon cili, pohon ubi kayu atau apa2 seumpamanya (cerpen) yg cepat membesar dan mendatangkan hasilnya, sebagai latihan agar anda dpt memahirkan diri anda dlm dunia perkebunan sastera ini. Tanam dan terus tanam, selagi anda masih ada tenaga dan bakat. Berjuanglah tanpa henti, selagi mampu.


Yang pasti, apabila anda berkebun dengan niat utk menyumbangkan yg bermakna dlm dunia perkebunan sastera, yakni, dengan nawaitu yg bersih tentunya, ia pasti akan mendatangkan hasil yang baik juga. Kerana, saya yakini, Tuhan Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang.

Lagi byk anda membaca karya2 yg baik dan menulis, sebenarnya, lagi baik gaya penulisan anda, percayalah :)

(Sebelum saya terlupa; karya sastera kita juga boleh dianggap sebagai anak yg lahir dari darah daging kita sendiri; memang sukar melahirkannya, tapi apabila dihamili dgn cara betul, dan begitu lahir diberikan pendidikan dgn penuh kasih sayang, anak itu akan mendewasa dan menjadi anak yg baik juga akhirnya. Begitulah seterusnya :)

Mudah2an, suatu hari nanti, saya dpt jemput anda ke Sastera dgn Sifu (ciptaan aranam utk saya tu) pula k :) InsyaAllah.

10 comments:

  1. aranam :)

    Saya juga terharu dgn Sastera dgn Sifu tu.

    ReplyDelete
  2. Sifuuuu... Aranammm...! Apa anda berdua bicarakan tentang Sastera dengan Sifu? Sy tak faham.. tak maulah berdua2 je nanti kami jelous tau!
    Tapi... kalau tak nak kongsi pun takpe.. :(

    ReplyDelete
  3. najahhhh :)

    Bukan berahsia, cuma, aranam telah ciptakan saya sebuah blog yg ada privasi. Nanti, kalau novel anda dah dekat nak selesai, bab terakhir akan kita adakan bengkelnnya di Sastera dgn Sifu, supaya org tak boleh ciplak. Kalau nak ciplak pun tak guna, novel belum selesai. Tu je... cian, najah.. hehehe.. suspen!

    ReplyDelete
  4. Najah...aduh, jangan salah sangka begitu dong... :)

    Belum ada apa-apa pun di sana, masih kosong lagi. Benar seperti kata Sifu, tiba masanya kita akan berkumpul di sana nanti...sahabat sesifuku sekalian... termasuk Najah juga.

    Ceria-ceria selalu Najah... :)

    ReplyDelete
  5. Salam Sifu dan Aranam... :)

    Ha ha ha...! Oh, baru lah sya faham. Kalau cakap tergantung2 macam tu, manalah saya faham, kan? Bijak Aranam, cipta blog untuk kite-kite je... Saya suka idea anda.

    ReplyDelete
  6. najah :)

    nanti beri saya alamat k... nama anda sudah ada di sana... nanti ingatkan saya masukkan nama fatin juga.. saya takut terlupa pula..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ini, para guru sekalian. Sangat bermanfaat. Saya suka!

    ReplyDelete
  8. Saya sangat terharu, terkesan, terkasima. Amat betul perbandingan yang sifu buat ini. Ah, di manakah saya saat ini?

    ReplyDelete
  9. abufarwizah :)

    anda adalah antara anak didik saya yg sgt2 berbakat besar, di situlah anda seperti yg telah Tuhan Yang Maha Kuasa tetapkan melalui bakat yg dianugerahi-Nya, percayalah. sekarang, anda hanya paksa diri, dan gigih terus mengasah bakat itu k

    ReplyDelete