• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, April 27, 2009

Impian Akuatik 3

Monday, April 27, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

TRUMPET MAUT

MEMANG sukar bagi Lequ, si ikan juara jantan
Harlequin tusk-wrasse itu untuk menentukan
tujuan sebenar meloloskan diri di sela-sela rumpai
yang menabiri jendelanya. Kini bunyi tiupan trumpet
daripada tikus-tikus laut semakin jarang didengari.
Kalau ada pun, ia sayup-sayup kedengaran. Seolah-
olah keadaan itu mengingatkan Lequ tentang masa
yang bergerak pantas.

Amat sulit dimengertikan mengapa ia harus
menyusahkan dirinya serta mendedahkan dirinya
dalam putaran arus gelombang yang membawa
petang menjadi teram-temaram senja, di luar sana; berpusar
-pusar kencang bersama-sama perkhabaran tentang malapetaka
yang maha dahsyat itu.



Padahal, hingga tercungap-cungap ia meniup
gelembung udara yang diperbuat daripada campuran
rerumpai terpilih itu, sebentar tadi. Gelembung khas
yang bagaikan kulit atau sisik keduanya itu, berupaya
nelindungi badannya daripada radiasi. Kemudian ia
keluar dari rumahnya yang selesa itu. Sesungguhnya ia tidak
mengerti mengapa ia harus merasa terhimpit
di dalam rumahnya sejak pulang dari Pusat Pengajiannya tadi.

Ada kalanya Lequ terasa seolah-olah semangat-
nya menggebu tidak menentu. Semangat itulah yang
secara tidak langsung mendorongnya bertindak se-
perti itu.

(Apabila menuruti kata hati ...)



Saya pergi sekejap sahaja! Sekejap sahaja!

tegasnya di dalam hati, dan merasa tersindir dan
kurang senang oleh suara dari otaknya. Tambahan pula, jika
tadi, ikan juvana betina angelfish itu mengambil berat
tentang keselamatannya, maka tibalah masanya bagi Lequ mem-
balas budi ikan angelfish itu. Begitulah harapan Lequ.
Saya akan pulang sebelum mereka bangun tidur.

Lequ mengeluh singkat, lalu mengerut kening.
Renangnya terhenti. Ada semacam perasaan bersalah
yang sempat menjalar dalam otot-ototnya; perasaan
bersalah yang mulanya terbit hanya sebesar zooplank-
ton yang tidak boleh dilihat kemudian membesar
menjadi jerung-jerung yang berkeliaran liar di permu-
kaan laut itu. Nudibranch yang dikurung di luar
rumah itu kelihatan berenang meliang-lintuk ke-
riangan dan menuju ke arahnya.

Lantas, Lequ mengepit sebahagian besar rumpai terpilih itu
di celah sebelah kiri sirip tepinya. Sebahagian yang tinggal
dalam mulutnya, segera dikunyah dan dijadikan gelembung
udara yang sederhana besar. Begitu nudibranch itu
sampai di sisinya, dihembuskan gelembung udara itu
ke arah haiwan akuatik peliharaan mereka itu. Serta-merta,
gelembung udara itu melekat dan melindungi
keseluruhan tubuh nudibranch. Macam kulit kedua
yang berkedut-kedut apabila ia bergerak. Haiwan
peliharaan mereka itu tergamam, kehairanan kerana
itulah pertarna kali ia merasa dirinya disaluti oleh
sesuatu yang asing. Puas ia meronta-ronta cuba
menanggalkan gelembung udara yang kini bagaikan
kulit keduanya itu, tetapi gagal. Air di hadapannya
berkocak-kocak. Kemudian, bagaikan tersinggung
dengan tindakan Lequ, nudibranch itu menarik muka
masam dan langsung bergegas lalu menghilang di
sebalik batu-batu karang.


(Merajuk)


Tak mengapalah, asal saja ia selamat, bisik
Lequ dalam hatinya. Tetapi, dengan tidak semena-mena, Lequ
tersenyum sekilas. Mujur juga ibunya, Quin dan Rass
masih terlentok dalam tidur yang lena di rumah itu.
Lagipun, ibunya yang sedang sarat itu, sejak mene-
rima perkhabaran tentang malapetaka tadi - bukan
boleh diramal-ramalkan perwatakannya lagi. Dalam
masa yang amat singkat, sikap ibunya berubah.
Macam sikap pemangsa yang bersedia menerkam
mangsanya. Ini membuatkan Lequ cemas dan bim-
bang memikirkannya.

Anehnya, dalam tidur itu pun wajah ibunya
memberengut-berengut, seperti sedang memarahi
sesekor ikan. Buih-buih udara melecut dari mulutnya
yang tertarik-tarik kaku. Seperti ibunya sedang ber-
mimpi, kedua-dua sirip tepinya mengusap-usap perutnya berulang
kali; mimpi ngeri.Yang pasti, andainya ibunya tahu yang Lequ
keluar senyap-senyap meninggalkan mereka, ibunya
akan menyoalsiasatnya macam menyoal siasat penjenayah berat. Atau
mungkin sahaja ibunya akan membuat ragam. Andainya ibunya meragam,
semua rancangan akan tergendala. Berbahaya itu! Terasa sekaJi
seolah-olah ibunya sengaja memasang duri-duri halimunan yang
meruncing tajam di sekelilingnya, bagi
mengelakkan daripada dihampiri oleh anak-anaknya.

(Ataupun sebaliknya)


Ya, mungkin sebaliknya ... getus hatinya, ke-
insafan. Mungkin duri-duri hah'munan itu terpasang
dengan sendirinya di sekeliling jasad ibunya; meng-
ancam untuk menusuk telur-teiur yang sedang bermu-
kim di dalam kandungan ibunya. Mungkin ibunya
juga merasa terhimpit kerana terpaksa melahirkan
telur-telurnya dalam suasana yang dipengaruhi ra-
diasi.

Namun begitu, Lequ bukan sengaja hendak
membelakangi ibunya. Bukan ia sengaja hendak
mengambil sebahagian kecil daripada rumpai terpilih
itu untuk dibawa bersamanya di dalam mulutnya. Biar-
pun rumpai itu boleh menghasilkan gelembung udara
untuk tiga empat ekor haiwan akuatik yang lain.
Sebenarnya, Lequ lebih suka berterus-terang. Tetapi ia tidak
mampu menjelaskan bagaimana terhimpitnya per-
nafasannya. Tidak diketemukan kata-kata tepat untuk
menjelaskan mengapa ia haru. ke rumah yang dihuni
oleh pemilik sebuah wjah yang sering bermain di fikirannya itu.
Sama seperti ia tidak mempunyai pilih-
an lain, kecuali melaksanakan hasratnya. Sungguh!

Dalam cemas dan bimbang yang teramat sangat
itu, Lequ menengadah dan memerhatikan permukaan
laut, nun jauh di atas sana. Ternyata, debu perang
hasil daripada serangan nuklear di antara dua perairan
besar yang akan mewarnai air laut belum sampai ke
wilayah itu. Tetapi, Lequ percaya, lambat-laun, laut di
persekitarannya akan berubah juga. Mungkin malape-
taka itu sudah semakin hampir kini, hatinya mende-
sis, sayu.

Lantas, ia menyoroti beberapa rumah jiran-
jirannya. Sebahagian daripada rumah di terumbu
karang bertingkat-tingkat itu dihuni oleh anak-anak
jirannya itu, yang juga teman-temannya di Pusat
Pengajian Menengah dan teman-teman adik-adiknya.
Kelihatan seperti ada cahaya dari dalam rumah yang
dihuni oleh keluarga Riyam, si ikan ayam laut, juvana
jantan yang seusia dengan Lequ itu. Juga terdengar
seperti keluhan Eli, si belut elektrik jantan yang
semusim tua daripadanya itu - dari rumah yang satu
lagi. Malah, biarpun tidak berada berhampiran dengan
Eli, Lequ dapat merasakan arus elektrik yang me-
mercik-mercik dari badan belut juvana jantan itu yang
sama menggerunkan dengan pertelingkahan keluarga
si singa laut yang tinggal di rumah di tingkat tiga itu.

Yang turut terdengar suara beberapa haiwan
akuatik lain yang terkelintar meraung kepiluan dari
beberapa rumah lain; suara mereka tenggelam timbul
lengan bunyi deruan arus gelombang yang menggila.
Lequ mengeluh panjang. Kemudian, matanya
liar memerhatikan suasana persekitarannya yang
kabut itu. Udara hangat menyengat. Kemudian ia
seolah-olah sempat memutari pandangannya di liku-
bucu Wilayah Impi yang kini diserkupi keseraman
senja yang suram itu. Seolah-olah ia dapat menyaksi-
kan seluruh penempatan awam yang pelbagai bentuk
rupa terbina daripada batu karang hingga ke lubang-
lubang gua bertingkat yang terbiar, bersama pagar
yang merupakan ganggang merimbun yang menem-
bok - menanjak melindungi ruang-ruang rumah yang
agak selesa itu.

Lequ bagaikan dapat melihat dengan jelas akan
kedudukan pelbagai kilang pemprosesan rumpai sar-
gasum untuk mendapatkan kantung udara bagi kegu-
naan haiwan akuatik yang kehilangan daya meng-
apung. la seperti dapat melihat kilang-kilang per-
usahaan padma danfukas yang dijadikan ubatan bagi
ikan yang berpenyakit kulit.

Dalam suasana yang berbalam-balam itu, Lequ
seolah-olah dapat Terlihat pelbagai bangunan penca-
kar permukaan laut yang sudah siap dan separa siap
atau dalam proses pembinaan yang berceratuk di sana
sini - yang dibina daripada kulit-kulit kepah, kulit
tiram, kulit teritip, kulit kupang. kulit siput timba,
kulit unam dan sebagainya. Juga kandang-kandang
tempat pemeliharaan zooplankton serta ladang-ladang
fitoplankton, yang giat diusahakan hasil bimbingan
para haiwan akuatik yang maha bijak pandai tentang
alam dan haiwan akuatik itu.

(Dan ... reaktor nuklear yang berada di pinggir
bandar itu7)


" ... reaktor nuklear itu ...," bisik Lequ tanpa
sedar. Lequ terlupa bahawa dirinya dan adik-adiknya
membesar hasil pendapatan ayahnya yang bekerja di
reaktor nuklear itu. Ayahnya salah seekor haiwan aku-
atik yang bertugas sebagai operator reaktor itu. Biar-
pun bukan reaktor tempat kerja bapanya yang men-
jadi punca malapetaka itu, sebaliknya reaktor di
perairan lain dan di wilayah lain lagi, tidak dapat
tidak ia tetap terkilan. Malah, keliru dengan tujuan
sebenar reaktor-reaktor itu didirikan. Suaranya berge-
tar bersama buih-buih udara yang meniti keluar di
celah-celah rerumpai terpilih, di mulutnya. "Reaktor
itu ... hasil ilham maha hebat daripada para ilmuan
yang ..."

(Ilmu yang digunakan unluk memusnahkan
segala kehidupan!)


Sejurus kemudian, tatkala Lequ cuba menente-
ramkan perasaannya sambil mentafsirkan risiko keka-
butan keremangan senja di kawasan terumbu karang
itu, ia membiarkan dirinya 'dihanyutkan' ke tingkat
empat rumah bertingkat-tingkat itu.
Sesekali, Lequ menghembuskan buih-buih udara
melalui rerumpai terpilih yang terkepit di celah
mulutnya. Sejurus, ia langsung menghentikan dirinya
daripada 'dihanyutkan' arus gelombang. Kecuali pada
penutup insang yang mengembang-kempis dan sirip
ekornya yang melibas-libas perlahan-lahan untuk
mengimbangi diri, tubuh Lequ terdiam kaku.
Terasa sangat betapa badai kabut di persekitarannya, turut
menerjang-nerjang dalam dadanya. Badan Lequ yang
kuat dan kekar terus mengapung di tepi salah sebuah
pintu rumah yang terdedah luas, di tingkat empat itu.
Arus gelombang berhembus keluar masuk di pintu
itu. Semacam bau aneh berkisar keluar dari ruang
rumah itu. Bau pelbagai jenis akar rerumpai laut. Bau
ubat!


Sekelip lintasan menjelma. Lequ teringatkan per-
bincangan seperti 'ikan dewasa' dengan Quin, adik-
nya si ikan Harlequin tusk-wrasse betina, di rumah
mereka itu tadi.

"Andainya debu perang yang mewarnai perairan
kita nanti, apakah Si Nudi akan mati?" tanya Quin
secara berbisik tadi. Ternyata ia amat berhati-hati
kerana tidak mahu mengejutkan ibunya yang sedang
nyenyak tidur.

"Ya," bisik Lequ kembali. la perlu berterus
terang, agar memudahkan adiknya menghadapi
kenyataan itu apabila ia berlaku. la sedar tentang per-
kara itu.

"Kasihan Si Nudiii ...," rintih Quin, kesayuan.
"Ah, kita pun tak mungkin boleh bertahan terus jika
begini, Bang Lequ. Kita perlu buat perancangan ..."

"Ada cadangan?" tanya Lequ. la sedar, betapa
perancangan tentang pemakanan mereka perlu diatur
segera. Makanan harus dicatu, kerana andainya debu
perang hasil ledakan nuklear itu menjengah wilayah
mereka, segala-gala yang terdedah di luar sana akan
tercemar radioaktif.

"Tak adalah ..."

"Kalau begitu, kita perlu berusaha menangani
masalah ini sebaik mungkin. Hidup dari hari ke hari,
danjangan terlalu memikirkan malapetaka itu!" Lequ
berkata dengan tegas walaupun hatinya sendiri ragu-
ragu.

"Bagaimana kalau kita dapatkan rerumpai yang
beracun ..." Quin membuat cadangan, di antara kede-
ngaran dengan tidak.

"Mahu bunuh diri? Mahu murtad?" pintas Lequ,
sambil mengertapkan taringnya atas bawah. Kata-kata
adik betinanya itu bagaikan bunyi tiupan 'trumpet
maut', dari dalam dirinya sendiri. Namun, Lequ tidak
tergamak. Lequ perlu memikirkan ibunya dan adik-
adiknya yang memerlukan kehadirannya, andainya
sesuatu yang buruk berlaku pada ayah mereka.

"Apa ertinya kalau kita terus hidup? Apa faedah-
nya, kalau segala-galanya sudah musnah nanti?" Quin
yang suka memberontak itu, mencabar.

"Jangan cakap macam tu!" tingkah Lequ, bim-
bang suara mereka mengganggu ibunya dan adik jan-
tannya yang sedang tidur.

Biarpun ia percaya, bahawa apa yang lebih buruk daripada
serangan nuklear - adalah kesannya; cara bagaimana hendak
meneruskan kelangsungan hidup. Kerana waktu itu, segala-
galanya akan musnah dan banyak haiwan akuatik yang akan diserang
penyakit radiasi. Tumbuhan, haiwan, zooplankton, udara, air dan
bermacam-macam lagi akan tercemar radioaktif. Begitulah yang dijelas-
kan oleh gurunya di Pusat Pengajian Menengah itu
kepada Lequ, suatu ketika yang lalu.

"Jangan fikirkan tentang kepentingan diri sendiri sahaja.
Fikirjuga tentang keluarga kita! Fikirkan juga tentang dosa ..."

Lequ mengeluh kasar dan menepis lamunannya
ke tepi. Kini, di luar pintu rumah di tingkat empat itu,
ia terus resah gelisah. Dikerlingnya desir arus gelom-
bang yang berkisar resah di antara pepohon rumpair
dengan penuh kepekaan. Di sana sini kelihatan
cahaya dari ikan-ikan lentera, ikan-ikan stomiatoid,
udang-udang sepai dan sebagainya yang bergemer-
lapan, menerangi laut dalam. Cahaya itu menyaksi-
kan Lequ yang teragak-agak di tepi pintu itu. Lequ
memang serba salah.

Buat apa aku mengelamun lama-lama di hadapan pintu rumah ini? tanya
hati Lequ, tiba-tiba. Kemudian, disedari juga, sekarang bukannya
masa untuk banyak tanya - tetapi untuk bertindak. Apa yang hen-
dak saya katakan kepadanya? Kenapa saya harus
terus ...

(Takut)

Tiada apa yang perlu saya takutkan! tingkah
Lequ, dengan perasaan yang membuak ganas.

(Huh, Konon!)

Hei, Tiada apa yang ...ah diamlah! Diamlah ...!
Begitu menyedari dirinya 'bertekak' dengan suara
yang terbit daripada dalam kepala sendiri, ia me-
ngeluh singkat. Lequ mengertapkan taringnya atas
bawah, dilambung gelombang dalam dirinya. Buih-
buih udara meletup-letup. sebelum sempat meniti
keluar dari mulutnya. Kemudian. ia menjenguk ke dalam
rumah yang terbuka luas pintunya itu.

(Apa lagi?}

Yalah, yalah, yalaaah ...! Lequ menggerutu
dalam hati. la terus memberi salam. Suara yang terbit
di sela-sela rerumpai terpilih yang terkepit di celah
mulutnya itu, kedengaran mengumam di antara garis-
garis arus gelombang. Tetapi tiada jawapan. la
mengulangi ucapan salamnya berkali-kali, sekali gus
merangka madah yang akan diucapkannya kepada
juvana betina itu kelak. Malangnya, sekali lagi ucap-
an salamnya tidak disambut oleh sesiapa.

Tiba-tiba Lequ merasakan dadanya bergelom-
bang tidak keruan. Deria rasanya dapat mengesan
kehadiran seekor ikan angelfish juvana betina, dari
dalam rumah itu. Tanpa sedar, didorong oleh naluri
ingin tahu yang kuat, dibebani oleh perasaan tang-
gungjawab yang amat berat, ia menjenguk ke dalam
rumah itu sekali lagi. la tersentak nafas.
Dari salah sebuah kamar di rumah itu, terdengar
desiran air laut yang semakin kuat. Perlahan-lahan,
dalam suasana yang berbalam-balam itu, muncul
sesungut halus dan sirip yang berwarna-warni bak
pelangi yang bergeparan indah dari kamar itu. Seekor
ikan angelfish juvana betina menjongolkan kepala-
nya, menatapi wajah Lequ dengan pandangan yang
lembut.

Entah mengapa, segala kata-kata yang telah
dirangka dalam kepalanya, untuk diucapkan kepada
juvana betina itu, lenyap dari ingatannya; macam
dilarikan arus gelombang. Ataupun macam dikejar pemangsa.
Sedetik itu, matanya melongo melihatkann ikan juvana betina
itu. Biarpun pucat. (pemilik wajah itu lebih ayu dan cantik
daripada dibayangkan apabila melihatnya dari jauh. Mulutnya
merah, mata bundarnya tampak kuyu. Lequ ingin menghafal wajah itu.
Lequ ingin menghafal segala keindahan di alam akuatik itu,
sebelum segala-galanya musnah ditelan radiasi. Mesti!

Kini, badannya teriambung-lambung dipuki
arus, sirip dorsalnya tertegak-tegak tidak menentu
ekornya terumbai-umbai, sisiknya terangkat-angkat
dan nafasnya terengah-rengah tidak keruan. Dadanya
berdebar cemas. Sesungguhnya, Lequ sendiri pun tidak tahu
apa yang hendak diucapkan selepas itu. la tidak tahu
bagaimana hendak menjelaskan tujuan sebenar akan 'lawatannya'
itu. la berasa malu.

Kenapa sebenarnya saya ke sini?
tanya hatinya tiba-tiba. Jika dikurniai sayap macam ikan terbang, mahu
saja ia terbang meninggalkan alam laut, saat itu juga.

(Ya, kenapa?)

Dikerling lagi ke arah juvana betina itu. Dengan
tidak semena-mena, darah menyirip ke wajah Lequ.
la tersipu malu pula. Terutama sekali apabila menye-
dari dirinya direnung tajam oleh juvana betina itu. la
merasakan seolah-olah rahsia hatinya terdedah untuk
tatapan juvana betina yang penuh misteri itu. la tidak
tahu bagaimana hendak melarikan pandangannya. la
tidak tahu yang harus diucapkan kepada juvana betina
itu.

( ... yang kulit dan sisiknya pucat macam ikan
mati itu!)


"Kenapa tercegat dalam udara yang mungkin
tercemar dengan debu perang itu?" ujar Dewi, si ikan
angelfish juvana betina itu. "Apakah awak memang
suka bermain dalam udara yang sudah tercemar
dengan radiasi? Seronok lebih, barangkali?"

Serta-merta Lequ tersentak nafas. Andaian-
andaian yang dibuat oleh juvana betina itu amat
kejam. Lequ tidak tahu mengapa juvana betina itu
harus marah-marah kepadanya. la tidak tahu, sesung-
guhnya!

"Sa ... saya hanya ingin memastikan awak sela-
mat di sini ..." Lequ membela diri. "Yalah, manalah
tahu ..."

"Oh!" Buat seketika terbayang penyesalan di
wajah juvana betina yang jelita itu. Tetapi seketika
cuma. "Kenapa pula saya tidak boleh selamat?"

"Bukan tak boleh ...," sela Lequ, tergagap-
gagap. Beberapa batang rerumpai terpilih itu terlepas
dari gigitan mulutnya dan terayun-ayun dibawa lari
arus gelombang. "Tapi ...ya, lihatlah. Mujur juga
debu perang itu belum sampai mewarnai perairan di
wilayah kita ini ... Pintu rumah ini masih terdedah
luas. Masih belum ditutup seperti seharusnya. Awak
sendiri pun tidak memakai gelembung udara pelin-
dung diri daripada ..."

(Apakah semua ayah haiwan akuatik yang
bekerja di reaktor nuklear itu, wahai Lequku
sayang^)

Serta-merta Lequ menutup mulutnya, menyedari akan ketelanjurannya.
Suasana bagai tergantung sejenak, sunyi sepi segala-gala baginya.
Hisy, bodohnya kau, bodoh aku, bodoooh...! Namun,
ia segera mengawal perasaan.

"Lebih baik awak berlindung dulu di rumah ini," ujar Dewi, si ikan
angelfish betina itu. “Kecualilah kalau awak memang suka
bertemu dengan pemangsa-pemangsa yang mungkin berkeliaran liar di
luar sana. Hmm, saya dengar banyak akuatik yang menjerit kerana
terserempak dengan mereka tadi ..."

Tanpa menunggu peiawaan yang kedua. dengan
perasaan gementar, Lequ terus bergegas memasuki
rumah itu.

Friday, April 17, 2009

Plot Dlm Penulisan Kreatif

Friday, April 17, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

Posting kali ini, sebagai menyambut pertanyaan sdr syed kita k :)


Apa itu Plot


Jawapannya mudah saja; plot adalah jalan cerita kpd cerita anda. Jadi, apa itu Cerita? Ia adalah tentang satu watak yg bermasalah. Setiap cerita ttg watak2 yg cuba mengatasi atau mengendalikan masalah/kerumitan/kemelut dlm hidup.

Watak2 yg hidup bahagia, yg hidup tenang selesa dlm lingkungan keluarga tercinta, dan sudah berjaya dalam mencapai matlamat hidupnya - bukanlah satu `bahan' yang baik utk diangkat sebagai sebuah karya kreatif. Orang yg kita baca, adalah org yg menghadapi masalah.


Pusat Masalah.


Hampir semua genre cerita, boleh dianggap sebagai berkisar pada satu pusat masalah (masalah pokok/utama) dan tentang masalah inilah menjadi isi ceritanya. Soalan2 yg biasanya akan berbangkit drpd masalah itu, misalnya, "Apakah misteri itu akan terlerai juga akhirnya? Apakah protagonis cerita itu akan selamat? Apakah perjuangan para pemberontak itu akan berjaya? Apakah penculik itu berjaya diberkas, akhirnya? "dan sebagainya.




Bermula dengan Kemelut


Apapun jenis karya yang akan anda tulis, samada novel mahupun cerpen - perlu wujud satu kemelut utk memulakan intronya atau para2 awal sebagai pengenalan keseluruhannya. Para pembaca akan mendapati setiap watak menghadapi pelbagai kemelut yg berpunca daripada satu masalah, pada para pertama, mukasurat pertama, bab pertama. Jikapun anda tak boleh menurunkan semua masalah itu dlm satu mukasurat atau satu bab, paling tidak harus sudah ada satu baris utk membuatkan para pembaca tertanya2 penuh suspen dan terpaksa membaca terus sehinggalah kemelut itu terlerai di akhirnya.

Andainya cerita itu diatur di sekitar satu masalah pusat, cerita anda berakhir apabila anda menyelesaikan kemelutnya. Jika cerita yg mempunyai satu masalah pusat, tapi mempunyai beberapa sub plot (plot sampingan) yg kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain, ia hanya berakhir setelah masalah terakhirnya dileraikan, atau apabila semua masalah itu dikenal pasti sebagai masalah penting utk diatasi. Selagi masalahnya belum diatasi, selagi itu jalan cerita atau plotnya perlu diteruskan.


Apakah sesebuah cerita Sains Fiksyen juga mempunyai masalah pusat?


Ok, sebuah cerita sains fiksyen hanya diangkat menjadi Sains fiksyen, apabila ia menghadapi watak2 yg bergelut dengan idea yg berkaitan dgn dunia sains, ataupun apabila masalah pusatnya berkisar sekitar dunia sains. Ini bermakna, apabila unsur-unsur sains itu dikeluarkan - samada melalui masalah pusatnya ataupun cara peleraiannya, dengan sendiri akan menyebabkan keseluruhan cerita akan `runtuh'. Dan sebagainya.

Mari kita tanyakan sekali lagi;
Apa itu Plot


Ia adalah; sebab dan akibat, ransangan dan tidak balas.
Plot adalah satu bentuk struktur yg mengandungi berbagai peristiwa dalam cerita itu, dan peristiwa itu saling berkait dengar rapatnya kpd satu masalah pusat.

Rangkaian Bersebab
Plot cerita atau jalan cerita adalah yg merangkaikan beberapa peristiwa, dan setiap satu peristiwa berpunca daripada peristiwa masalah sebelumnya yang berkaitan dgn masalah pusat.

Contoh mudah; masalah pusatnya, penderaan kanak2. Peristiwa2 yg berkait, mungkin; siapa yg mendera dan bagaimana? Siapa yg menyebabkan si pendera itu jadi pendera dan bagaimana dia mendera? Siapa yg tahu tentang penderaan itu dan bagaimana? Siapa dan bagaimana si pendera diberkas? Dan sebagainya. Semua saling berkaintan antara satu sama lain, dan dlm masa yg sama, setiap seorangnya mempunyai masalah peribadi tersendiri yg juga berkaitan dgn masalah pusat itu - penderaan.


Bagaimana Plot Berkembang?


Apabila cerita di dalamnya menjadi semakin dramatik atau makin dahsyat atau makin seperti tidak pernah terfikir oleh pembaca akan sebegitu rumit jadinya cerita itu. Sebelum masalah dlm cerita itu dileraikan, plot atau jalan cerita itu seharusnya meningkat dari satu tangga ke satu tangga ke atas - lebih dramatik, lebih rumit, atau lebih dahsyat - utk protagonisnya (watak utama). Biarpun mungkin keadaan protagonis itu dari masa ke semasa atau dari peringkat demi peringkat semakin membaik sprt dlm byk cerita `dr papa kedana menjadi kayaraya' - kuasa atau dugaan terhadap protaganis seharusnya semakin bertambah. Jika protagonis itu mengangkat kayu, watak antagonis (watak lawan) seharusnya mengangkat kapak. Jika protagonis mengangkat kapal, maka pihak antagonis seharusnya mengangkat senapang! Begitulah seterusnya.

Protagonis yg Aktif

Bukan hanya kerumitannya bertambah dari bab ke bab hingga tiba detik masalah pusat dileraikan, tapi kesukarannya juga harus ditambah berdasarkan kpd tindak balas positif dari watak protagonisnya. Watak2 dalam cerita anda seharusnya mempunyai peranan dlm memusnahkan kuasa atau pengaruh kejahatan di dalam karya anda. Setiap percubaan untuk meleraikan masalah, biarpun pada mulanya setiap percubaan itu selalu saja gagal, atau menambah masalah atau mencipta masalah baru dan sebagainya.


Watak Sebagai Plot


Dorongan, keinginan, matlamat. Oleh kerana plot bukan hanya terdiri daripada beberapa peristiwa, kemelut yg terbentuk dlm sesebuah perhubungan di antara pelbagai peristiwa juga, dianggap sebagai plot. Plot tidak boleh diasingkan daripada watak. Watak2 melakukan pelbagai perkara atas alasan2 tertentu, and alasan2 itu membentuk satu unsur plot yg sgt diperlukan. Setiap watak dlm cerita itu mempunyai keinginan terhadap sesuatu pd beberapa tahap yg berbeza, dan mempunyai matlamat di dalam fikiran masing2, di mana ia mungkin tiada kaitan langsung dengan masalah pusat dlm cerita itu. Biar apapun yang diinginkan dan apa matlamatnya, mereka membentuk dasar/asas untuk mendorong watak2 itu bertindak. Anda tentu mahu watak2 di dalam cerita anda bertindak berdasarkan keinginan atau matlamat hidup mereka, bukan berdasarkan keperluan plot secara permukaan cuma.


Konflik dgn Watak2 Lain


Satu punca kesukaran yang sangat kuat utk watak2 anda ialah apabila keperluan atau keinginan peribadi mereka, bertentangan dengan masalah pusat dlm cerita anda. Contohnya, seorang anggota tentera yg tak sabar2 mahu melangsungkan perkahwinan pada keesokan paginya, tentu berbelah bagi hatinya apabila dipanggil melakukan operasi di sempadan yg sedang diancam komunis atau di Pulau Sipadan yg diancam lanun. Tentulah tinkah lakunya berbeza dengan lelaki yang memang pun hidup senang lenang, suka berpoya-poya dan menikmati hidup sepenuhnya, seboleh mungkin, di mana saja dia suka, bukan? Meletakkan dua watak ini dlm satu tempat dan situasi tegang dan pasti dgn mudah dan cepatnya akan tercetusnya pertelingkahan antara mereka berdua. Bayangkan!


Konflik Dgn Diri Sendiri


Mungkin, kesukaran yang paling hebat sekali yang boleh diterapkan dlm watak2 anda, yg paling memuaskan secara emosional apabila masalah pusat dileraikan kelak - adalah apabila watak2 saling mempunyai keinginan dan matlamat yang sama - terhadap sesuatu wanita/lelaki atau `benda' yg sama. Jika anda dpt gambarkan matlamat kedua2 watak itu di dalam cerita anda, dan membandingkan betapa pentingnya matlamat itu kpd mereka dr sudut mereka sendiri, watak2 itu akan sentiasa berada dlm ketegangan perasaan yg amat sangat.

Bayangkanlah keadaan perasaan anggota tentera di atas itu sebentar. Berikan dia sedikit kebahagiaan dgn membuatkan dia jadi wira di mana dia dihantar melakukan operasi. Beri anggota tentera yg diletakkan setempat dgn lelaki yg suka berpoya2 ini, peluang untuk melakukan sesuatu yg bererti dlm hidup; misalnya, menangkap musuh yg telah membunuh beberapa penghuni kampung. Apa tindakan anggota tentera ini ke atas musuh tadi? Apa pula tindakan lelaki yg suka berpoya2 tadi, ke atas musuh ini? Apakah cara pemikiran mereka sama? Apakah watak protagonis ini akan mencari keadilan ke atas mangsa yg terkorban dgn membalas dendam? Dll.


Bagaimana Plot Mencetus Suspen?


Ancaman yg telah dikenalpasti. Asas kpd saspen biasanya timbul apabila kita sudah tahu bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku. Para pembaca akan terpaksa tertanya-tanya atau meneka-neka apakah peristiwa penuh suspen yg akan berlaku seterusnya (yg berkaitan dgn jalan cerita)

Serangan mengejut lanun ke atas ke atas Pulau Sipadan, tidak menimbulkan suspen. Tapi, ia menimbulkan suspen jika ada prasangka atau debaran di dada yang mengatakan bahawa akan ada serangan2 yg sama, selanjutnya pada masa mendatang. Lazimnya, dalam cerita2 suspen berat, para pembaca diberikan klu atau maklumat yg tidak diberikan kpd watak2nya. Pembaca akan diberitahu bahawa pulau itu akan diserang lanun, dan kemudian diberi masa tentang bagaimana ia berlaku, ketika watak utama membuat rondaan di tepi pantai.


Cerita yg Tak Boleh Diteka Akan Penamatnya


Suspen boleh mati serta-merta, jika pembaca boleh meneka apa yg akan ditulis oleh pengarangnya, bagi mengeluarkan dari kemelut masalah yg dihadapinya. Kerana itu, ia amat sukar utk menghidupkan sesebuah suspen, terutama sekali apabila ia menyangkut nasib serta soal hidup mati satu2 watak dlm mana2 cerita bersiri.


Tiga Langkah dlm Pembinaan Plot



1. Cipta satu watak.

2. Beri watak itu satu masalah yg perlu ditangani.

3. Fikir dan bayangkan, paling tidak tiga cara bagaimana watak ini mengatasi masalah yg anda beri.

Dan, kemudian, mulalah berkarya.


Salam cakna :) Menurut kamus dewan, Cakna bererti prihati dlm bahasa sastera melayu lama.

...

Impian Akuatik 2

Friday, April 17, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments



 * * *

Sebaik sahaja berjaya memaksa adik-adiknya memasuki rumah mereka, Lequ,
si ikan Harlequin tusk-wrasse juvana jantan itu, beristighfar panjang. Suara
Rass, dan Quin, adik-adiknya itu dan suara ibu mereka yang riuh-rendah,
kedengaran sayup-sayup dari jauh; dari jauh. Dengan tercungap-cungap, dengan rasa
rusuh mencengkam, Lequ memejamkan matanya rapat-rapat. Namun, fikirannya
berusaha melihat  cahaya matahari yang menerobosi permukaan laut. la
cuba melihat rumpai air dan batu-batu karang yang berwarna warni, kawasan-
kawasan perumahan dan susuk-susuk tubuh penghuni akuatik itu. la bergetar
dan terpesona dengan gambaran yang berjaya digapainya itu. Semua keindahan itu
cuba diterapkan agardapat kekal dalam fikirannya, buat selama-lamanya.
la perlu mengingatinya.


Perlu ...!



Terbayang suasana di pusat pengajian menengahnya di gua besar, di pinggir bandar
Wilayah Impi'u, beberapa ketika tadi. Ketika itu, Lequ dan penuntut lain mengikuti
pelajaran tentang etika dan undang-undang keikanan, belajar tentang cara-cara menghin-
dari haiwan-haiwan akuatik yang tidak siuman yang mungkin bersedia menunggu dari
celah lekukan-lekukan batu karang untuk membaham sesiapa sahajayang lalu di depannya.
Sewaktu cikgunya sibuk menyampaikan ilmu, Lequ si ikan Harlequin tusk-wrasse juvana
jantan itu, teringatkan mimpinya; mimpi akan sebuah wajah ikan juvana betina yang
bersembunyi di celah-celah ganggang yang merimbun lebat, di bahagian teratas, di tingkat
empat di apartmen yang bertingkat-tingkat itu. Juvana betina yang terkurung sendirian itu,
memang sering dilihatnya dalam alam nyata; dilihat sepintas lalu. Dalam mimpinya, Lequ
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan memasuki tempat kurungan juvana betina
yang dirundung malang itu.

Tetapi, malangnya, belum apa-apa, Lequ terjaga dan mimpinya pun lenyap terus. la mengerling
ke luar jendela sejenak. Cahaya matahari yang menerobosi permukaan laut, nun jauh
di atas sana, terasa seperti sengaja hendak merebus jasad dan jiwanya. Cahaya matahari
itu menyentuh anak-anak kuih kuda laut yang sedang bertengger pada kelopak terumbu-terumbu
karang, berhampiran dengan ambang pintu gua. Seekor demi seekor anak kuda laut menyelam
antara rumpair liar sambil bergurau senda dan lalu berkumpul di bawah periindungan
kuda laut. Lequ terbayang adik-diknya yang masih  kecil. Adik-adiknya macam anak-anak kuda
laut juga, comel tetapi nakal.

Lequ termangu sejenak. Suara cikgunya masih  kedengaran di telinganya. Riak dan getaran
arus gelombang pagi yang berpusar-pusar di luar sana,  menderu-deru kencang bagaikan cuba
menyampaikan  sesuatu perutusan atau maklumat penting kepada  seluruh penghuni akuatik. Secara
mendadak, semacam suatu perasaan aneh meresap ke dalam dirinya. Tiba-tiba, cacing-cacing
trumpet laut mulai 'meniup trumpet' dengan nada yang mengandung ancaman. Semua penuntut,
guru dan kakitangan di pusat pengajian menengah itu bergegas ke arah terowong yang menuju ke
dewan perhimpunan yang terletak di bahagian gua lain. Setiba mereka di situ, Lequ dapati anak-anak
ikan dari Taman Didikan Anak-anak Ikan dan Pusat Pengajian Rendah yang bersebelahan turut
berkumpul di dewan itu. Termasuk Quin, adik betinanya yang berada diambang juvana dan baru
menjejaki Pusat Pengajian Menengah musim bersamanya itu. Juga kelihatan Rass, adik jantannya yang
berada di ambang juvana dan belajar di Pusat Pengajian Rendah itu.

Lequ mengeluh singkat. Semasa Lequ menghampiri adik-adiknya yang hanya terkinja-kinja kese-
ronokan itu, Puan Pengetua Pusat Pengajian Menengah sedang membuat pengumuman. Dia memberi-
tahu tentang ketibaan beberapa ekor ikan terbang di ambang gua, membawa perkhabaran tentang mala-
petaka itu.

"Mereka yang tinggal tidak jauh dari sini, bolehlah terus pulang," tegas Puan Pengetua, si landak laut
itu dengan cahaya matanya berkaca-kaca setajam duri landaknya. "Yang lain, tunggu sahaja di dewan ini ...
hingga diberitahu segala-galanya selamat."

Waktu itu, tanpa menunggu arahan ulangan,  Lequ membawa adik-adiknya meluru keluar, menuju
ke arah kawasan kediaman mereka yang agak jauh dari situ. Pada fikirannya hanya satu; ibunya yang
sarat hamil itu, sendirian di rumah. Namun Lequ mengarahkan adik-adiknya yang menganggap segala-
galanya adalah tersedia sebagai 'permainan' untuk mereka.  Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Lequ
sempat melihat keadaan Wilayah Impi itu yang huru-hara. Ikan-ikan pari dan ikan-ikan paus yang bertugas
sebagai 'kenderaan' tidak lagi mampu bertugas seperti biasa. Masing-masing memecut mencari tem-
pat periindungan. Haiwan-haiwan akuatik jantan betina, kelihatan mengganas di sana sini. Mereka 'me-
rompak' kedai-kedai yang menjual fitoplankton dan zoo plankton untuk disimpan sebagai makanan.
Tikus-tikus trumpet laut yang menurut perintah ikan-ikan hantu laut yang bertindak sebagai pengawal
keselamatan Wilayah Impi, terus-menerus 'meniup trumpet' mereka. Tikus-tikus laut itu berdecit-decit
langsing. Tetapi mereka gagal mengawal keadaan kelam-kabut itu. Di sana sini, para ikan daripada pel-
bagai spesies berkumpul dan memberi periindungan  kepada keluarga mereka, dengan menutup pintu-
pintu rumah masing-masing dengan batu-batu kecil ataupun rumpai laut.

"Cepat! Jangan buang masa lagi ...!"jerit Lequ kepada adik-adiknya yang ternganga memerhatikan
sesuatu yang luar biasa yang berlaku di kawasan itu tadi. Lequ menegang rahang, memikirkan dirinya
yang lebih besar dan panjang jika dibandingkan dengan adik-adiknya.

Quin, adik betinanya tersentak nafas. la bagaikan tersedar bangun dari mimpi ngeri, segera mengham-
piri Lequ - apabila mendapati mimpi ngeri itu menjadi kenyataan.

(Tetapi, tidak cukup besar dan panjang untuk menangani malapetaka itu, tentunya'.)

"Rass! Cepat! Kenapa berhenti, hah?" Lequ  cuba memintas suara yang terbit sinis dari dalam
kepalanya itu.

"Abang jahat! Abang jahat ...! Abang marah saya depan khalayak ramai ...!" rungut Rass, adik
jantannya yang nakal,  yang bagaikan terpukau dan  teringin menyertai mereka yang 'merompak' kedai-
kedai makanan itu. "Hmm, nanti saya adukan kepada ibu ...!"

Kini, sekali lagi Lequ beristighfar panjang sambil menolak lamunannya jauh-jauh seketika. Lambat-
laun, ia yang menyandar di dinding rumahnya itu  mencelikkan matanya semula. Pertelingkahan antara
adik-adiknya yang enggan menurut kata ibunya, semakin menusuk pendengarannya. Lequ dipanggil
membantu ibunya menolak batu-batu kecil menutupi pintu rumah mereka, bagi menghalang rempuhan
gelombang ganas dan pemangsa liar. Jendela rumah itu tidak perlu ditutup dengan batu kerana tersedia
ditabiri oleh rumpai-rumpai laut yang lebat. Macam di jendela di tingkat empat itu ... bisik hati Lequ.
Hatinya tidak enak, tiba-tiba. Namun, Lequ kembali menumpukan perhatian kepada ganggang di
jendela rumahnya sendiri. Yang pasti, udara yang keluar masuk melalui jendela itu perlu ditapis dahulu.
Begitulah yang ayahnya jelaskannya kepadanya dahulu, sewaktu menunjukkan cara-cara menggunakan
rerumpai terpilih yang mereka tanam di bahagian belakang rumah itu. Rerumpai seperti itu jugalah
yang digunakan di reaktor nuklear, di tempat ayahnya bekerja itu. Lalu, tanpa berlengah, dipetik dan diku-
nyahnya batang beberapa rerumpai terpilih yang disediakan oleh ayahnya dan sejurus kemudian ditiupnya
dengan sekuat tenaganya hingga jadi macam gelembung udara yang besar. Gelembung udara yang lut
sinar itu dilekatkan di pintu dan jendela itu, sebagai penapis dan pelindung daripada air yang mungkin
sudah tercemar radioaktif di luar sana.

"Mengapa ibu tutup pintu rumah macam itu?"tanya Quin, adik betinanya yang cornel itu.

Dikerlingnya Rass, adik jantannya yang sedang bermain dengan seekor nudibramch yang berwarna
merah kuning keemasan itu. Nudibranch yang macamrupa satu kelopak bunga mawar itu adalah haiwan
peliharaan mereka, meliang-lintuk manja menarikan sebuah tarian indah. Rass, adik jantan Lequ terkekeh-
kekeh keseronokan.

"Gunakan akal kamu!" tingkah ibunya, kasar.

"Ka ... kalau ayah balik nanti ... macam  mana?" tanya Quin lagi, sambil memuncungkan
mulutnya.

"Ayah tahulah menjaga diri. Ayah bukan  anak ikan yang baru menetas, bukan?" Lequ pasti ibunya juga risau memikirkan ayahnya yang bekerja sebagai kakitangan bawahan direaktor nuklear yang membuat gelembung-gelembung udara raksasa yang diisi penuh dengan plutonium; gelembung udara itu mereka gelar bom nuklear. Bom
nuklear itu dicipta oleh ahli sains nuklear yang terdiri daripada sekumpulan haiwan akuatik yang maha bijak
pandai.


(Ah, bijak pandai konon! Hei, kalau taring tak setajam deria rasa dalam ilmu kehidupan keikanan,
buat apa?)

Serentak dengan itu, Lequ sedar. Rupa-rupanya, selama ini, ayahnya memang tahu akan bahaya tem-
pat kerjanya itu. Jika tidak, tidak mungkin dari dahulu  hingga sekarang, ayahnya sentiasa memastikan bekal-
an makanan yang terdiri daripada fitoplankton dan zooplankton disimpan dengan banyak dalam rumah
itu. Itu yang pasti.

"Keluarkan nudibranch itu dari sini!" perintah  ibunya yang ternyata masih belum dapat mengawal
perasaannya yang tertekan.

Mendengar arahan ibu mereka, Rass, adik jantannya meraung dan merangkul nudibranch itu dengan sirip
tepinya. Namun, Lequ mengerti mengapa, ibunya membuat arahan seperti itii. la sedar, nudibrunch itu
harus dikeluarkan daripada rumah mereka yang sempit itu. Kerana, kemungkinan makanan simpanan mereka tidak mencukupi jika dikongsi bersama haiwan peliharaan mereka itu.

(Mungkin nudibranch itu yang akan dijadikan makanan, akhirnya nanti!)

"Jangan bimbang tentang Nudi ..., dik. la tak apa-apa," pujuk Lequ, dan ia segera memindahkan sedikit
batu-batu kecil daripada pintu itu. Sambil menolak tubuh nudibranch yang meronta-ronta, ternyata sama-
sama keberatan meninggalkan adik-adiknya itu ke arah lubang kecil di pintu, ia menambah, "Ibu kita tak
mahu mengurung Nudi bersama  kita, dik. Kerana, ibu tahu, seekor nudibranch tidak suka kena kurung. Lagipun, kalau di luar sana, lebih mudah ia mendapatkan makanan. Banyak zooplankton yang dapat diperoleh di sana ... berbagai-bagai  jenis dan rasa ... untuknya."

"Saya pun suka makan zooplankton ...," kata Rass. adik jantannya yang nakal itu.

"Saya pun tak suka kena kurung ..." Quin, adik betinanya mula memberontak, seperti lazimnya. “Saya
pun nak bebas keluar macam …”

“Tiada siapa pun boleh keluar, hingga semuanya dipastikan selamat!” pintas ibunya, tetapi dengan tak
semena-mena, ia langsung meratap kehibaan. “Itulah ... ayah kamu ... dari dulu lagi aku dah ingatkan.
Tak selamat kalau bekerja di tempat seperti itu ... tak selamat ... tapi ..."

Sejurus kemudian, Lequ kembali menutup lubang pada pintu itu. Segala-gala di dalam rumah itu
menjadi kelam dan suram. Udaranya juga pengap.  Sesekali, sayup-sayup terdengar lagi bunyi 'tiupan
trumpet', jerit-pekik haiwan akuatik yang malang. Beberapa ketika kemudian, terasa sirip tepi seseekor
ikan menyentuh kepalanya. Biarpun tidak dapat melihat dengan jelas, deria rasa Lequ memberitahu
bahawa sirip yang menyentuh kepalanya itu adalah sirip Rass.

"Bang Lequ ... bilakah malapetaka ini akan berakhir?" tanya Quin, tiba-tiba. Suaranya bergetar
dalam air masin dalam rumah itu.

"Hisy, ia baru bermula!" Ibunya meningkah kasar. "Mengarut saja!"

"Apakah kita akan. ..." Suara Quin semakin  bergetar, bagaikan berjangkit dengan emosi ibunya.

"Ya, kita semua akan mati! Segala-galanya akan mati! Matiii ...!" ratap ibunya dengan ngongoi yang
panjang, sayu. Ibunya mengapuk perutnya yang sarat berisi telur itu dengan kedua-dua sirip tepinya.
"Bertenang, bu. Bertenang ...!" ujar Lequ dengan tegas.

"A ... apakah ayah kita juga sudah mati. Bang Lequ?" tanya Quin, mula mengesak kepiluan. la segera
menjauhi ibunya yang berkelakuan aneh dan luar biasa itu.

"Shhh ...! Jangan fikir yang bukan-bukan berdoa sahaja, agar ayah selamat. Agar segalanya selamat."
Lequ memujuk lagi. la sendiri rimas dengan perubahan sikap ibunya itu. "Biar apa pun yang berlaku, biar
buruk bagaimana sekalipun keadaannya, kita masih hidup bersama dalam rumah ini. Kita masih boleh bergantung antara satu lain ..."

  "Tetapi, kita tak suka pun antara satu sama lain!" getus Quin yang mengelak daripada sentuhan
sirip Lequ.

"Siapa kata?" soal Lequ, terkejut.

"Ah, macamlah saya tak tahulah!" tepis Quin, merajuk.

"Hah, kalau begitu, mengapa tidak mahu mulakan dari sekarang?" sampuk ibunya yang tiba-tiba mendingin dan bengis. "Kerana, itu saja yang kamu tiga yang ada sekarang!"

Bagaikan terpukul, Lequ dan Quin terdiam tiba-tiba. Lambat-lambat, Quin berenang ke sudut rumah dan
merebahkan perutnya di atas rumpair, di sisi adik jantannya yang baru tertidur lena tadi. Tetapi, sebaik
sahaja melihat ibunya sudah terlelap dalam tidur yang resah, sekali lagi Quin menghampiri Lequ. Buat
beberapa ketika pula mereka membincang secara serius, seperti ikan dewasa - perkhabaran tentang
malapetaka itu dan kesannya kepada mereka. Setelah letih, beberapa ketika kemudian, Quin kembali ke
sisi adiknya dan mengizinkan dirinya terlena dalam resah

Lequ mengeluh panjang. Terasa masa bergerak  terlalu lambat bagi Lequ. Dalam keadaan letih, me-
nanti malapetaka itu beredar pergi yang entah bila, Lequ terangguk-angguk di tepi pintu rumah yang ter-
tutup rapat dengan batu-batu kecil itu. Rumpair lebat yang meliang-liuk di jendela itu, mengizinkan sedikit
udara memasuki ruang rumah mereka.  Udara itu hangat menggigit membawa terang-benderang petang
menjadi taram-temaram senja. Lequ pula semakin lama semakin mengantuk. Sebelum Lequ terlena dalam
kerusuhan dan keletihan itu, ia terbayang sebuah wajah ikan juvana betina angelfish, di jendela tingkat
empat rumah bertingkat itu.  Suara ikan juvana betina angelfish yang bergema dalam pusaran arus
gelombang mengingatkannya tentang malapetaka itu tadi, masih tengiang-ngiangdalam kepalanya. Tiba-
tiba Lequ tersenyum.

Penyewa rumah baru itu ... ah! Getusnya.  Kemudian, terdengar suara tinggi rendah jiran-jiran
mereka di kawasan perumahan bertingkat-tingkat itu.  Terdengar suara anak-anak ikan merengek
kemanja-manjaan yang meniti di pusaran arus gelombang yang  terus resah di luar sana. Setelah Lequ terlena
dalam resah itu, ia bermimpi lagi akan wajah yang sama yang tersembunyi di sebalik rimbunan ganggang
yang lebat itu.

(Terkurung sendirian ... mengurung dm sendirian?)

Lequ tersentak dari tidurnya. Kemudian, tercetus suatu keinginan yang amat kuat untuknya ke rumah di
tingkat empat itu; untuk bertemu dengan pemilik wajah yang bermain dalam tidur dan jaganya. Tidak
dapat tidak, mesti ...! la membulat tekad, tiba-tiba.

Sunday, April 12, 2009

Memulakan Novel Misteri Pertama Anda?

Sunday, April 12, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

Wah, anda dah ada idea yang hebat utk sebuah novel misteri! Tak sabar2 lagi anda hendak memulakannya. Kalau boleh, sekarang juga anda mahu duduk di depan komputer dan menurunkan karya anda, sepantas mungkin, sebaik mungkin, seboleh mungkin!

Namun, sebelum memulakan Bab Pertama yang penuh dengan perbagai tekanan, kekecewaan, pembaikan - tidak termasuk lagi berjam-jam yang perlu habiskan di hadapan komputer anda, ada 4 langkah yg perlu anda lakukan dahulu.



1. Dgn kes Penipuan Kolar Putih dlm sebuah syarikat komputer yang menjadi pusat segala aktiviti, buatkan satu garisan masa/waktu. Tandakan/tunjukan di mana setiap watak-watak anda patut berada, pada masa/waktu yang ditentukan. Ini boleh membantu anda mencipta saksi atau alibinya nanti. Ia boleh membantu anda mengelak daripada meletakkan watak yang sama di dua tempat yg berbeza dalam satu masa. Pastikan idea anda jelas di mana bermulanya cerita anda dan berapa lama masa yg ia ambil dari bab 1ke bab terakhir. Sesuatu aksi akan lebih hebat kesannya, jika ia mengambil masa antara masa/waktu yg anda tetapkan itu.

2. Buat draf; tulis sedikit tentang perawakan, perwatakan, latar sejarah watak2 yg akan anda angkat ke dalam novel anda - tak kisahlah ia watak2 protoganis atau antagonis. Sebagai novel pertama, eloklah tidak terlalu ramai wataknya, kerana nanti anda (dan saya!) sesat ke dlm plot2 yg anda cipta nanti. Watak2nya harus terbahagi kpd tiga;

a. mangsa,

b. penyiasat (boleh saja watak heroin/hero yg bertugas di syarikat itu - atau detektif pun boleh.

c. saksi.

Setiap kali anda menambah watak, buat draf tentang mereka. Ambil masa utk memilih nama untuk watak2 anda. Menggunakan nama sementara pun ok, nanti belakang hari, jika ada sudah menemukan nama yg lebih sesuai utk jalan cerita itu, mudah saja anda tukar. Saya andaikan semua menggunakan mikrosoft words di sini kan...Apa2 pun, nama yg bersesuaian, mampu menyumbangkan sesuatu yg bermakna pada cerita anda. Lagi baik, yg senang anda ingat dan taip.

Antara yg perlu dalam draf yg bakal anda tulis kelak, adalah seperti berikut;


* bentuk fizikal watak-watak anda. Wajah. Mimik muka lazim. Gerak tubuh lazim.

* Usia

* Jantina

* Aspirasi/cita2/harapan

* peranan watak2 ini dlm cerita anda. Pro dan kontranya.

Mengenali watak-watak anda, kesukaan atau ketidak-sukaan mereka, kekecewaan/kepahitan masa silam mereka, dan paling tidak satu kes trauma masa kanak2 mereka, sedikit sebanyak menyumbang terhadap perjalanan plot anda kelak - yg tidak akan anda jangka2kan, begitu plot2 anda berkembang dari satu mukasurat ke satu mukasurat seterusnya. Sebagai tambahan; jika anda boleh memberikan satu `rahsia peribadi' (yg berkaitan dgn cerita) kpd setiap seorang watak-watak penting, laluannya semakin jelas dilihat dan boleh dikenal pasti melalui gaya mereka yg mungkin mencurigakan dan dpt dibezakan di antara yang `bersalah' dgn yang `tidak bersalah' dlm karya anda nanti.

3. pilih-gambarkan latar/setting2 yg anda mahu masukkan ke dalam karya anda nanti. Harus disampaikan secara tidak langsung, dan harus tetap berkaitan dgn jalan cerita dalam karya anda kelak.

4. Simpan semua draf anda tentang watak2 dan latar2 ini, dalam satu fail lain, dlm mikrosoft word di komputer anda. Ini bagi memudahkan anda melakukan rujukan, kemudiannya, jika perlu. Dari semasa ke semasa, mungkin anda mahu menyusun semula dan mengembangkan informasi yg telah anda tulis sebelumnya.



Jika ada soalan, sila tanya :)

Saturday, April 11, 2009

Apa Itu Bahasa Kiasan?

Saturday, April 11, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

Apabila kita menggambarkan sesuatu dengan membandingkannya dengan sesuatu yg lain, anda sebenarnya menggunakan bahasa kiasan. Apa saja bahasa yang melangkaui makna harfiah/sebenarnya di sebalik perkataannya dgn tujuan utk melengkapi/memberikan sesuatu kesan dalaman yg lebih segar pada sesebuah idea atau subjek.

Apabila digunakan secara berhati-hati dan tepat, teknik penulisan ini (bahasa kiasan) boleh menjadi alat yg kuat menyampaikan maksud anda kpd pembaca, dengan penuh legan, dengan menambahkan gaya yg bertenaga dan hebat ke dlm penulisan anda.

Jom kita perhatikan jenis2 bahasa kiasan yang sering digunakan, sebagai alat boleh
mengindahkan karya penulisan kreatif;



* Perumpamaan/Perbandingan

Alat ini menggambarkan bagaimana satu `benda' mempunyai persamaan dengan `benda' yang lagi satu. Pembaca boleh muda mengenali sebuah perumpamaan atau perbandingan, kerana ia selalu digunakan dengan penggunaan perkataan `bagai', `seperti', `macam' dan sebagainya.


Misalnya;


1. Putih seperti kapas.

2. Pantas macam kilat.



Metafora


Metafora juga lebih kurang dengan perumpamaan/perbandingan - bezanya,kualiti atau aksi yang digunakan, sama sekali berbeza dengan subjek persoalannya.

Misalnya.


1. Dia bermandikan wang ringgit.

2. Perlukah diperah limau pada hatiku yg sudah luka parah?


Oxymoron


Ia digunakan sebagai istilah yang bertentangan, utk menegas-tekan-titik-beratkan sesuatu.

Misalnya;

1. `Jelas' sekali, ceramahnya sangat membingungkan. = `jelas' bertentangan dgn `kebingungan' .

2. Pada `dasarnya', buku itu mmg sgt `tinggi' mutunya.


The Synecdoche.


Ia merujuk kpd penggunaan sebahagian daripada sesuatu untuk merujuk kpd keseluruhannya. Is sering digunakan dlm perbualan harian, untuk menambahkan kemesraan/kehangatan kpd karya penulisan anda.

Misalnya;

1. "Hancur lebur sudah hati saya."

2. "Hutang dia keliling pinggang!"

3. "Jangan pula awak telan cakap dia bulat2.)


Peringatan Penting; penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan bila perlu saja, untuk mengelakkan daripada mengurang-cairkan kesannya. Lagi satu, tidak kurang penting; apabila anda dah nak berkarya, jgn sekali2 memikirkan ttg istilah2 penulisan kreatif seperti di atas ni. Kerana ini hanya akan membingungkan anda juga nanti. Ia sekadar utk kita kongsi bersama saja.

Wednesday, April 8, 2009

Novel Bersiri; Impian Akuatik

Wednesday, April 08, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments


( Saya ingin kongsikan novel remaja ini dgn para pengunjung yg tak dpt membelinya dan peserta Bengkel Online di blog ini. Terutama sekali buat Pa'al yg amat meminati dunia dlm laut dalam :) dan melihat bagaimana saya terapkan ilmu dunia laut di dlmnya. Ia akan saya siarkan secara berperingkat2, sebahagian demi sebahagian, hingga akhir, Insya-Allah.  Sinopsis; meneroka kehidupan akuatik,  pelbagai  jenis penghidupan laut yg negaranya merupakan terumbu karang. Penghuninya menghadapi undang2 alam, pemusnahan keturunan, pencerobohan manusia, pencemaran alam dan sebagainya.)


SEBUAH PERKHABARAN NGERI





DEWI, si ikan angelfish juvana betina itu, sedikit
pun tidak berasa ragu tentang malapetaka maha dahsyat
yang akan menimpa mereka. Malapetaka
yang berpunca daripada pertelingkahan dua kuasa di dasar laut yang dingin
itu, bukan rahsia lagi. Beberapa gegaran dan ledakan yang telah dilaporkan
berlaku di terurnbu-terumbu karang, di bukit bebatuan, di dasar laut dari
perairan kedua-dua kuasa besar yang berperang itu, dijangkakan akan turut
melibatkan wilayah yang berhampiran. Namun, Dewi kurang
bagaimana letupan demi letupan itu boleh berlaku;
letupan yang memusnahkan dan meleburkan terumbu karang dan hidupan
lain yang ada di dasar laut.



Berita buruk itu dibawa oleh beberapa ikan terbang yang bertugas sebagai pembawa maklumat. Ikan-ikan terbang yang mewakili wilayah masing-masing memang boleh dipercayai. Mereka pasti tentang itu, biarpun permukaan laut sekejap tenang dan sekejap bergelora. nun jauh di atas sana. Ke tangan
Ke tangan yang palsu! desis hatinya.


(Seperti suasana dalam hidupmu juga, bukan?)

|Dewi menghembus kasar buih-buih udara melalui mulutnya, sekali gus cuba menepis suara
secara mendadak terbit daripada dalam kepalanya.
Yang pasti, arus gelombang dengan leluasa menelurusi
di sela-sela terumbu karang kawasan kediaman ikan yang berpendapatan rendah, di persekitarannya. Kemudian pula, gemersik dedaun ganggang
lebat yang patah terkulai, jeritan bantahan haiwan akuatik yang lain tenggelam sewaktu bertempiaran berenang untuk untuk berlindung di rumah masing-masing; terus merempuh ganas di garis derianya dan merebak ke jiwa dan kepalanya.

Sama seperti sejak ia dan ibunya baru berpindah ke ke kawasan perumahan terumbu karang bertingkat- tingkat di lereng bukit berbatuan tu, setelah
dibenarkan keluar daripada hospital haiwan
akibat demam panas, beberapa musim yang lalu; ia
terus resah gelisah dalam rumahnya. Seperti lazimnya, setiap hari sebaik-baik sahaja ibunya keluar ke
tempat kerja, Dewi akan menghabiskan masanya di
kamarnya itu. Cuma pada hari-hari untuk mendapatkan rawatan lanjut sahaja, ibunya membawanya
keluar dari rumah itu. Untuk keluar seperti juvana
lain tidak mungkin, kerana sejak jatuh sakit dahulu, dia tidak berani mendedahkan dirinya pada keac
persekitaran yang tidak menentu di luar sana.

"Kembali ke rumah masing-masing! Cari perlindungan segera! Jangan membiarkan diri terdedah dalam arus yang membawa air laut yang tercemar radioaktif, di luar rumah kamu! Berbahaya!" Begitulah jeritan beberapa ikan terbang itu, sebentar tadi. Jeritan yang bergema melalui pusaran arus laut yang
menggila, melaung-laungkan perutusan mereka, ke Wilayah Impi, sebelum beredar ke wilayah lain pula.

Radioaktif? Berbahaya? Malapetaka? tanya
Dewi dalam hatinya. Dewi semakin keliru dan tidak
mengerti akan maksud jeritan beberapa haiwan akuatik lain yang bertempiaran melarikan diri.

"Se ... serangan nuklear ...! Serangan nuk ...
Perang Dunia Ketiga berlaku ... nuklear ... serang-
an! ..." Jerit salah satu daripada dua haiwan akuatik
itu. Sedetik itu, ia terbelahak batuk. "Cepat ... cari
tempat perlindungan!"

"Apa itu serangan nuklear?" tanya seekor ikan
yang kebetulan baru bangun dari tidur, waktu menje-
ngahkan kepalanya yang berbintik-bintik itu dari
celah lubang kecil.

"Benarkah apa yang berlaku?" soal seseekor
lagi.

"Jangan tanya soalan bodoh!" tingkah yang lain.

Dewi yang hanya menjadi pemerhati dari dalam
kamar di rumahnya, tercengang-cengang kehairanan.
Waktu itu, lalu, semua haiwan akuatik di sepanjang
laluan ikan-ikan terbang itu dan yang sempat men-
dengar perutusan mereka, bercempera menyembunyi-
kan diri masing-masing di celah-celah batu karang di
sekitar mereka. Tanpa mengira siapa pemiliknya.
Kerana bingung dan keliru, sewaktu bergegas itu, ada yang terpisah daripada isteri atau suami, adik-adik
atau anak-anak yang berenang ke arah yang berlainan. Ada yang tersilap arah renang dan terus menjadi
habuan haiwan-haiwan pemangsa yang sibuk
mengambil kesempatan daripada kekecohan itu.

Dan dalam kamarnya, Dewi menjerit dalarn hati,
menyaksikan segala-galanya. Dewi terkejut apabila
terpaksa menghadapi kenyataan itu. Serta-merta, dia terbayangkan ibunya yang masih belum pulang
tempat kerjanya. Serta-merta dia bersedu keharuan.
Tetapi dia tahu siapa ibunya. Ibunya bukan calang-
calang ikan angelfish. Ibunya pandai mengatur masa
dan membawa diri. Ibunya pandai bermandiri
dan Dewi bangga dengan hakikat itu. Ibunya hebat.
terbukti semasa mereka ditinggalkan begitu saja
oleh ayahnya dahulu.

Namun, biar apa pun, Dewi terus menanti dengan debar. la terus menanti di situ, seperti biasa. Menanti kepulangan ibunya, biarpun waktu pulang
dari kerja belum tiba. Juga menanti mereka melewati
rumahnya, di luar sana. Terutama sekali, menanti
seekor Harlequin tusk-wrasse, juvana jantan yang
teramat istimewa itu.

Kini, dijangkaukan pandangannya ke permukaan
laut itu lagi. Kadangkala kelihatan jelas bayarng-bayang beberapa haiwan dua kaki yang bergerak
atas kapal itu. Bayang-bayang itu, lazimnya, akan
menjulurkan sesuatu yang lebih halus daripada sesungut
obor-obor dan memanjang ke dasar laut.
biasanya terdapat seekor bangkai ikan kecil ataupun
cacing yang tampak terkuit-kuit. Bagaikan meng-
gamit selera, sekali gus menggamit nyawanya.

"Itu umpan namanya, nak - ada malapetaka di
sebaliknya." Ibunya pernah memberitahu kepadanya
begitu, suatu ketika dahulu. "Jangan mudah terpan-
cing. Berbahaya!"

Entah siapa yang memancing dan entah siapa
yang terpancing kali ini. Kami, haiwan-haiwan aku-
atik yang tidak berdosa, turut menjadi mangsa!
rungut hatinya kekesalan.

Arus resah yang membawa perkhabaran tentang
malapetaka itu, kian lama kian galak menerpa. Dan
arus itu mengingatkan Dewi pada risiko radiasi radio-
aktif yang akan diterima andainya ia tidak segera
mencari perlindungan. Mungkin dagingnya akan hancur hingga tinggal tulang kerangka sahaja. Mungkin tulang kerangkanyajuga turut lebur. Tambah parah, ia mungkin terkena penyakit pada kulitnya yang pucat
bagai ikan yang telah menjadi bangkai. Atau penyakit
dalaman yang berpanjangan dalam tubuh kerempeng-
nya. Penyakit ini mungkin diwarisi oleh anak cucu-
nya. Jelas nanti menyusahkan ibunya sahaja - atau-
pun, mungkin ia akan ditinggalkan terus. Macam
ayahnya dahulu, meninggalkannya!

Temyata deruan arus semakin kencang, sekencang gelodak hatinya yang mendesis-desis lalu dihim-
bau lewat insangnya. Pandangan resahnya di suatu
kawasan pusat bandar, sayup-sayup di kejauhan.
Lazimnya, sesekali ia boleh melihat haiwan-haiwan akuatik berenang berkeluk-keluk, melawan arus.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai spesies ber
keliaran liar, bagaikan tenggelam punca, memberi
laluan kepada beberapa paus raksasa yang membawa
beberapa penumpang yang mampu melancong dan
ikan-ikan kenamaan di dalam mulutnya. Paus raksasa
itu menuJu ke tempat penginapan eksklusif, di
terumbu-terumbu karang bertingkat yang beraneka
wama di puncak bukit terjal ataupun di gua-gua di
lereng bukit di pusat bandar. Tetapi, tidak pada hari
ini.

Mungkin paus-paus itu terperangkap di perairan
yang terkena ledakan ... nuklear itu, getus hatinya. Mungkin, ayahku pernah menumpang salah se-
ekor pans raksasa itu - untuk meninggalkan kami
dulu. Hatinya pernah berbisik begitu, suatu ketika
dahulu. Tetapi itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Seka-
rang ia tidak kisah pun. Saya ada ibu.


(... setakat ini ... barangkali!)

Serta-merta ia menarik muka masam. Begitupun, tanpa memikirkan keselamatan dirinya, Dewi
yang mengapung itu terus bertahan di tepi jendela.
Terasa telah bermusim-musim ia menggoyang-
goyangkan sirip dorsal dan ekornya yang berjumbai-
jumbai. Penutup insangnya mengembang kempis.
Bibimya yang pucat tertarik-tarik kaku pada mukanya
yang berbentuk tirus. Matanya sebiru laut dalam,
berbinar-binar resah. Kulitnya yang sepatutnya indah
bak pelangi berwarna warni, pudar warnanya. Sisik-
nya berwarna mutiara putih, kelihatan kian pucat lesi.

Perototannya rasanya kian meregang. la merasa amat
terhimpit. Bagaimanapun, Dewi terus menanti di jendela
itu. Dewi tahu, tidak dapat tidak, mereka terpaksa
melewati lorong sempit di hadapan rumahnya, untuk
menuju ke rumah masing-masing di hujung terumbu
karang itu. Kalau mereka sudah pun melewatinya,
pasti ia melihatnya. Pasti ia dapat memberi amaran
tentang malapetaka yang datang melanda seluruh
penghuni alam akuatik itu. Biarpun, hingga ke detik
ini, ia belum tahu bagaimana hendak menyampaikan
berita malang itu kepada mereka. Terutama sekali,
apabila sebelum ini, mereka belum pernah bertegur
sapa. Apatah lagi bertemu empat mata!

"Entah-entah, mereka tak pergi pun ke pusat
pengajian menengah itu!" bisiknya di dalam hati.


{Entah-entah, mereka sudah jadi mangsa malapetaka itu!)

Dewi tersentak nafas. la dicengkam rasa takut
yang amat sangat. Namun, sebelum ia benar-benar
putus semangat, tiba-tiba muncul seekor ikan juvana
jantan di selekoh menghala ke arah kawasan peru-
mahan bertingkat-tingkat itu. Ikan juvana jantan Har-
lequin tusk-wrasse itu berbelang-belang kuning hijau
dengan petak-petak merah di tubuhnya yang tegap
perkasa. Juvana jantan itu kelihatan seperti semusim
dua lebih tua daripada Dewi sendiri, ataupun mungkin
seusia. Juvana jantan yang berenang pantas itu, sese-
kali berpaling dan berkata sesuatu dengan nada marah
kepada seekor ikan betina yang berada di ambang juvana dan seekor ikan jantan kecil yang sespesies
dan sewarna dengannya. Kadang-kadang, ia menyondol-nyondol pengiring-pengiring kecilnya yang
asyik bergurau senda sesama sendiri itu. Juvana jantan itu bertindak bagaikan pengawal keselamatan
kepada pengiring-pengiringnya. Ataupun sebagai pendera. Anehnya, pengiring-pengiringnya pura-pura
tidak kisah. Mereka terus berenang meliang-lintuk
keriangan, menyongsong arus di belakang juvana jan
tan itu.

Entah mengapa, apabila Dewi melihat dan
mengenali juvana jantan itu, dada Dewi tiba-tiba
berdebar-debar. Semakin lama, juvana jantan dan
pengiring-pengiringnya yang mungkin sahaja adik-
adiknya itu, semakin hampir dengan rumahnya. Hati
Deui semakin gementar, di antara ingin memberitahu tentang mala petaka itu dan rasa serba tidak kena yang mencengkam diriya. Tetapi. Dewi sedar, ia perlu memberitahu mereka. Tetapi ia malu.
Kini Juvana Jantan Harlequin tusk-wrasse dan
penginng-pengiringnya itu sedang berenang pantas
melewati rumahnya. Dewi semakin serba salah, lalu
menyelak pokok ganggang lebat dan cuba menyam-
paikan maklumat tentang malapetaka itu kepada
mereka.

"Err ... saudara ...," ujar Dewi yang suaranya
tenggelam timbul di antara pusaran arus gelombang
yang menggila. Namun, entah mengapa, pergerakan
juvana jantan itu terhenti lantas Dewi segera menyembunyikan diri di dalam kamarnya.

Juvana jantan Harlequin tusk-wrasse itu memu-
singkan badannya ke arah jendela itu. la mengerut
kening. Pengiring-pengiringnya terus berenang
terkinja-kinja, tanpa menghiraukan juvana jantan itu.
Namun, sejenak kemudian, ia menggelengkan kepala-
nya sebelum terus berenang.

Sekali lagi Dewi memberanikan diri dan meng-
intip ke arah mereka, melalui pokok ganggang yang
tumbuh lebat di luar jendelanya itu. Dadanya berde-
bar tidak menentu. Nafasnya sesak tidak menentu.
Penutup insangnya mengembang kempis bagaikan ia
baru sahaja selesai menyertai pertandingan lumba
renang yang amat jauh. Dewi memang sedar, tidak
boleh tidak, maklumat tentang malapetaka itu perlu
disampaikan kepada mereka. Tetapi, ia tidak tahu
bagaimana hendak menyampaikannya tanpa menun-
jukkan dirinya sendiri.

Kini, juvana jantan Harlequin tusk-wrasse itu
sudah berada agak jauh daripadanya. Dan pengiring-
pengiringnya sibuk bermain dengan seekor anak nudi-
branch yang amat cantik warnanya, berhampiran
dengan rumah mereka. Dalam udara yang menggigit
tajam, juvana jantan itu kelihatan semakin resah geli-
sah.

Mungkin ia sudah tahu tentang malapetaka itu,
desis hati Dewi, yang menenangkan fikirannya supaya
tidak perlu bersusah payah memberitahu juvana jan-
lan itu.

(Mungkin juga si jejaka idaman ifu tidak tahu,
bukan?)

Dewi mengeluh singkat. Sekali lagi ia mengintip
juvana jantan yang meliar mata memerhatikan kiri
kanan atas dan bawah di persekitarannya itu. Resah
gelisah. Berbeza daripada pengiring-pengiringnya
yang bermain dengan anak nudibranch yang kelihat
seperti obor-obor.

Saya perlu memberitahu mereka! desis hatinya,
tetapi ia masih bersembunyi di dalam kamarnya.


(Atau ... biar saja mereka menjadi mangsa
malapetaka itu, bukan hasil ciptaanmu?)

Tidak, tidaaak ...! rintih hatinya, keresahan
Saya tak mahu mereka menjadi mangsa ...!
Serta-merta juvana jantan itu berenang meluru menghampiri kediaman Dewi. Sekali lagi Dewi
menyembunyikan dirinya. Sejurus kemudian, bagaikan
baru menyedari akan suasana perubahan sekitarnya, juvana jantan itu meliar mata memandang persekitarannya dan ke permukaan laut, nun jauh di atas
sana. Sedetik itu, matanya terbelalak. Tanpa berfikir
ngah, juvana jantan itu meluru ke tempat kediamaan
nya sendiri sambil menjerit, dan mendorong peniring-pengiring kecilnya dengan muncungnya mengarahkan mereka pulang.

Dewi memerhatikan mereka berenang memasuki
kediaman masing-masing lenyap daripada penglihatannya, sambil tersenyum sayu, Terasa sepi segala
galanya. Dan dengan tak semena-mena pula. Dewi tersendu keharuan.


"Ibuuu ...," rintihnya, tanpa sedar. "Pulang-

lah ..., bu ... jangan tinggalkan Dewi keseorangan
buuu ..."

Pada ketika itu juga gelombang berpusar-pusar
menempiaskan arusnya yang ganas ke arah Dewi,
seperti cuba menyentuh dan membelai jiwanya yang
kelukaan - Dewi menangis teresak-esak.

*   *   *

Tuesday, April 7, 2009

Karya Peserta Bengkel Yg Tlh Terbit

Tuesday, April 07, 2009 // by Azmah Nordin // 2 comments



Dgn amat bangganya, saya menyiarkan imej dari cerpen Sebuah Pondok-pondok oleh Upenyu, karya peserta Bengkel Cerpen Online kita yg tersiar dlm Mingguan Wanita penerbitan Karangkraf. Tahniah Upenyu :) Ini adalah karya pertama dari Bengkel Cerpen yg tersiar di media massa.

Thursday, April 2, 2009

Definasi; Gaya Penulisan

Thursday, April 02, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

GAYA, kepada penulis karya kreatif - adalah berdasarkan kepada cara anda menulis - bukan kepada ttg apa yang anda tulis, biarpun kedua-duanya saling berkaitan. Ia terhasil daripada perkara2 seperti; pemilihan perkataan, nada suara, dan sintaksis. Ia adalah suara yang pembaca `dengar' , apabila mereka membaca karya anda.

Secara naturalnya, gaya penulisan anda akan berubah-ubah, berdasarkan subjek dan sudut pandangan. Bagaimanapun, apabila kita bercakap tentang membina Gaya Penulisan, sama seperti personaliti anda, asasnya sudah ada di dalam diri anda - di hati anda.



Atau, cara lebih mudah lagi utk memahaminya, Gaya Penulisan anda adalah cara bagaimana anda ekspres diri, dan ia berkembang secara natural mengikut peredaran masa, digabungkan dengan personaliti anda, apa yang anda pilih untuk dibaca, dan cara anda membuat keputusan dalam sedar, semasa anda menulis.

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk membina Gaya Penulisan anda? Terlalu memikirkan tentang Gaya - juga boleh membantut-kakukan proses penulisan anda, tapi mungkin ada beberapa kelaziman gaya asas yang boleh anda fikirkan, untuk mula menulis;

Membaca Utk Membina Gaya Penulisan Anda.


Membaca, sama macam melabur saham di dalam otak kita. Jadi, bacalah secara menggila2 dan sebyk mungkin boleh. Karya-karya satera adalah guru yg paling baik. Tapi jangan bimbang bahawa genre fiksyen, atau apa pun jenis prosa, akan mencemarkan Gaya Penulisan anda. Saya kecil2 dulu, suka baca karya Enid Blyton; kisah-kisah pengembaraan yang menyemarakkan perasaan. Kemudian, saya bergerak dan melangkah setapak demi setapak lagi, sampai sekarang, saya terus memabaca dan membaca apa saja karya2 yg berkualiti.

Tulis


Tiada yg baik, selain daripada terus menulis sebanyak mungkin dan seboleh mungkin. Semasa anda berkarya, jgn terlalu memikirkan tentang penerbitan; memang perlu difikirkan, tapi kemudian saja - yakni, setelah karya anda siap ditulis. Dan jangan bimbang jika anda rasa apa yang telah anda tulis tidak begitu baik atau memberansangkan. Menulislah kerana anda mmg suka menulis, dan yakinilah bahawa lambat-laun anda akan mendapatkan Gaya Penulisan anda sendiri - jika anda menulis dari hati.

Gunakan Ayat Yang Kedengaran Natural Kpd Anda


Walaupun anda seharusnya menambah-luaskan perbendaharaan anda, gunakan perkataan yang anda biasa gunakan seharian. Jika anda hanya menggunakan perkataan dengan niat utk membuat pembaca mengkagumi anda, ia mungkin terdorong utk menyalah-gunakanya. Malah, ia mungkin dianggap sabagai bahasa bombastik dan ini lebih memalukan, tentunya. Menggunakan bahasa puitis sgt2 digalakkan sebenarnya, dengan syarat, anda tau menggunakannya dan faham apa yang anda tulis - supaya pembaca juga faham apa yang anda tulis kelak. Ini penting.


Elakkan daripada klise.


Memang sukar untuk mengidari klise sepenuhnya, terutama sekali apabila anda terpaksa bergelut untuk menciptakan suatu ayat yang ada seni dan original, metafora dan ekspresi. Untuk itu, fikir dua kali sebelum mengambil jalan mudah dengan mengambil apa-apa yang sudah sedia ada - kecuali jika ditulis yg lain akan kedenaran tidak logik pula. Tapi, yang paling baik, ciptakan sesuatu yg baru yang bersesuaian dgn jalan cerita karya anda. Kerana, kerja penulis adalah mencipta - jadi, ciptalah k...

Biar Tepat

Ayat yang jelas, terperinci akan membuatkan gambaran ttg sesuatu tempat, suasana, benda dan sebagainya jika berjaya diterapkan, akan membuatkan tulisan anda hidup. Jika perlu, buat sedikit penyelidikan. Pasti seronok jika tahu nama2, tempat dan sebagainya yang boleh digunakan dlm karya anda. Membuat ayat seperti, `Wanita tua itu duduk dijendela sambil minum secawan teh dan sepiring kuih keria,' tentulah lebih menarik drpd anda menulis `Wanita tua itu duduk di tepi jendela sambil minum dan makan sesuatu'

Baaimanapun, ketepatan bukanlah sekadar untuk melakukan pengisian terhadap ayat yang hendak diubah suai. Ia adalah sesuatu tentang bagaimana hendak memilih kata kerja dan kata kerja yang terbaik, tertepat.

Beri Perhatian Lebih Kpd Pemilihan Perkataan

Sebagai penulis, anda juga perlu membuat pilihan tentang perkara berkaitan dengan bahasa kiasan, sambil anda memikirkan tentang Gaya Penulisan. Rujuk beberapa istilah sastera asas, misalnya metafora (bagaimana mencipta metafora), perumpamaan atau perbandingan, dan ironi. Mengenali istilah2 sastera dan menggunakannya, boleh membantu membina Gaya Penulisan anda.


...