• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, September 5, 2011

Sudut Pandangan; Bagaimana Nak Pilih?

Monday, September 05, 2011 // by Azmah Nordin // // 4 comments

Sudut pandangan adalah perspektif daripada arah mana cerita itu disampaikan. Kita mungkin akan memilih untuk menyampaikannya dari Sudut Pandangan;

Orang Pertama = Saya, aku atau kami.

Orang Kedua = Awak, engkau, kau.

Orang Ketiga = Dia, ia

Sudut pandangan di mana menggunakan `saya' atau `kami', menggambarkan penulisnya sebagai bahan atau watak dalam karya penulisan kreatif itu. Mungkin saja penulisnya (watak dlm karya itu) memilih untuk memegang watak kecil cuma, sebagai pemerhati kepada pelbagai aksi/drama di sekelilingnya, menyaksikan watak utama (hero dlm karya itu).

Sementara sudut pandangan Orang Pertama biasanya membenarkan khalayak pembaca berasa dekat dengan watak tertentu dalam karya itu (penulisnya), ia juga membatasi kpd satu perspektif itu saja. Pembaca hanya tahu apa yang watak ini tahu. Segelintir penulis, terutama sekali penulis baru, ada kecenderungan utk `trsangkut/terbuntu' apabila menggunakan kaedah sudut pandangan Orang Pertama ini. Lebih baik dan luas jangkauan penulisnya, jika menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga.


Sudut pandangan Orang Ketiga, menghadkan penulis pada pemikiran dan perasaan watak yang satu itu saja - kecuali anda cukup mahir dan mampu mempelbagaikan penggunaan sudut pandangan Orang Ketiga ini. Sudut pandangan Orang Ketiga memberikan lebih kebebasan dibandingkan dengan sudut pandangan Orang Pertama, tapi kurang daripada Sudut Pandangan Orang Ketiga yang Serba Tahu.

Jika anda baca novel Anna Karenina, di mana ia ditulis dari sudut Orang Ketiga yang Serba Tahu semuanya - ditulis orang pengarang yg serba tahu segalanya, membenarkan kita melihat dari sudut pandangan ramai watak, bukan hanya sudut pandangan Anna.

Sebagai penulis, anda perlu berfikir secara strategik untuk memilih sudut pandangan yang boleh memudahkan anda membina karektor anda dengan lebih berkesan. Saya sendiri lebih senang menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga dlm setiap karya saya, kerana rasanya ia kurang bersifat peribadi (dan agak mengganggu emosi) dan membolehkan saya lebih ruang utk berkreatif.

Walaupun sudut pandangan Orang Pertama boleh menjadi sangat kukuh (emosi, psikologi), sudut pandangan Orang Ketiga lebih versatile dan fleksibel. Orang Ketika membenarkan anda menciptakan sebuah jagatraya yang lebih kaya dan kompleks. Novel seperti Anna Karenina, misalnya, hanya boleh ditulis dari sudutpandangan Orang Ketiga.

Cuba Pelbagaikan Penggunaan Sudut Pandangan

Lazimnya, penulis baru lebih cenderung berkarya dari sudut pandangan Orang Pertama, samada kerana ia lebih mudah atau kerana memang meraka menghasilkan karya itu tentang diri sendiri. Biarpun cerita anda ialah tentang autobiographi anda sendiri pun, kenapa tak cuba menulis dari sudut pandangan Orang Ketiga? Ini akan membantu anda untuk tidak terikat secara emosional dan boleh membuat anda menulisnya dengan lebih berkesan lagi.

Andainya anda rasa `tersangkut/terbuntu/ fikiran dlam menghasilkan karya anda, kenapa tidak cuba berpindah ke sudut pandangan yang lebih fleksibel? Ini bermakna, berpindah dari sudut pandangan Orang Pertama kepada Orang Ketiga. Mungkin, sebagai penulis baru, anda akan merasa sangat tersiksa apabila terpaksa menulis semula karya anda dari sudut pandangan Orang Ketiga, tapi untuk penulis profesional, eksperimen seperti itu adalah salah satu bahagian dalam dunia penulisan kreatif. Menyeronokkan juga, percayalah :)




(sdr.2. seperti sebahagian drpd artikel dlm blog ini, ilmu sudut pandangan ini saya perolehi lewat sifu2 lain di internet dlm bahasa inggeris - dan saya gabungkan dgn ilmu dan pengalaman sendiri)

...

4 comments:

  1. salam sifu,
    agi idup agi ngelaban!
    pg ni sy dlm jadual ulangkaji sy, berkaitan subjek yg sy perlu garap lbih mndlm.

    mohon bantuan tunjukjelaskn kpd sy brkaitan pemilihan 'sudut pandangan'...

    ReplyDelete
  2. sifu pun maklum setakat ini sy sdg mmbiasakn brkarya mggunakan sudut pandangan ketiga 'serba tahu' utk kedua2 novel remaja sy.

    sy faham mmg sgt ssuai mggunakan sudut pndangan ketiga utk menghasilkan novel yg punya byk watak n perlu pnjang ceritanya.

    sdg sy fikirkan juga,
    utk mghasilkan novel kanak2 - sasaran 10-12 thn...mungkin ssuai mggunakan 'sudut pandangan prtama'=aku.
    sy fikir jika kanak-kanak ini ingin meluahkan konflik yg sdg dihadapinya, adalah lbih hidup n mudah difahami jika digunakan sudut pandangan prtama. kerana kanak2 tabiatnya suka mengadu...
    bagaimana pandanagn sifu?

    disebabkn sy biasa gunakan sudut pndangan ketiga utk watak remaja 16-18thn,jika dlm masa trdekat sy mncuba karya utk kanak2 pula, akn trkesan bentuk pnceritaan yg trlebih matang dari usia sasaran kanak2. rasanya sifu faham maksud sy ini...

    mgkin jika sy sudah mmbiasakn diri dgn byk karya d masa akn dtg...tidak timbul lg masalah gini. Ini sebagai prmulaan saja.

    dgn lain prkataan,masa ini sy sdg mncuba mghasilkan brbagai bentuk karya yg berbeza dlm satu masa. ada jadual tertentu. malah sy pisahkan dgn meja dan lokasi brbeza dlm rumah sy. mcm bbrapa kelas pnulisn kreatif pula..hehe.
    sy lakukan gini utk tingkatkn ksungguhn sy brkarya, supaya prkara yg lain2 di luar yg tak relevan tidak mmperdaya sy.hehe

    *brbalik kpd soal sudut pndangan pertama tadi, sy mohon pandangan sifu...
    wajarkah sy mncubanya sekarang, utk mngubah mood/kebiasaan sy mnjiwai watak remaja. klu dah mahir,tidaklah sy trpaksa guna disiplin seketat ini.

    sikit ini dulu,supaya tidak keliru...

    terima kasih sifu,
    muridmu yg sering kepoh n songel.

    ps;yg sy tulis hari ini, ada jadualnya utk diteruskn. homework bab5 novel kedua sy juga ada jadualnya...trmasuklah cuti n rehat yg sifu bri pun ada jadualnya...hehe. doakn sy tetap mnjaga disiplin.

    ReplyDelete
  3. ummu anas :) wah, bestnya ada tempat berkarya berbeza tk genre berbeza pula. ya, sekurang2nya, anda sudahpun menemukan cara memujuk diri utk terus berkarya... dlm berjuang dlm dunia penulisan, tak salah kita manjakan diri kita juga kan? agi idup agi ngelaban!

    ReplyDelete
  4. ummu anas :) sudah tentu anda boleh menggunakan sudut pandangan orang pertama utk karya kanak2. cuma skopnya agak terhad, namun boleh dibuat kerana jumlah mukasurat utk karya kanak2 hanya antara 120 hingga ke 150 mukasurat saja - tp bukan utk novel yg sudah masuk ke bab 5 ini k

    ReplyDelete