• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, July 29, 2009

Satira; Menyembunyikan Kritikan Secara Berseloroh

Wednesday, July 29, 2009 // by Azmah Nordin // 5 comments

Apakah anda berminat menghasilkan karya satira? Utk pengetauan anda, ramai pelakon dan penulis komedi profesional, beranggapan bahawa satira adalah satu bentuk humor yg paling tinggi dan canggih. Ini kerana satira bukan sekadar gurauan kosong; ia adalah sebuah komentar terhadap isu semasa, suasana politik Berkurun2 lamanya, para penghumor berbakat telah menggunakan satira utk menyampaikan mesej terhadap sesuatu isu atau perkara yang tidak menyenangkan, dlm sesebuah masyarakat. Malah, satira yg ditulis-hasilkan dengan baik, telah terbukti menjadi begitu berpengaruh, sehingga mampu membuat banyak perubahan pembangunan masyarakat.


Ok, Apa itu Satira?




Satira adalah sejenis karya sastera atau satu bentuk seni lain yang menggabungkan antara kritik dan humor, dlm mencari perhatian terhadap sesuatu isu, masalah atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Satira digunakan utk menghighlightkan masalah ini, dgn harapan ia dapat dibaik-pulihkan dgn sewajarnya. Satira yang baik, bukan hanya menghiburkan, ia juga mengajak dengan penonton utk memikirkan tentang masalah/isu yang mungkin mereka langsung tak terfikirkan sebelumnya. Sekaligus memberikan semacam cetusan inspirasi kepada para penonton utk mencari perubahan yg boleh menjawab kepada persoalan yg ditimbulkan lewat satira itu.

Terdapat byk jenis satira dan setiap satunya berbeza2. Begitupun, ia ttp mempunyai satu konsep sama.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menulis Satira

Kenal pasti apa yg ingin anda laksanakan; sama seperti menghasilkan karya2 kreatif lain, menghasilkan satira juga harus dgn satu mesej telah tertera dlm otak kita dulu. Dan, jika mahu melihat karya satira anda berjaya, anda harus mengenal-pasti dan memilih masalah/isu yg ingin anda ketengahkan dan bagaimana anda ingim melihat ia diperbaiki, sebelum mula berkarya. Biarpun, mungkin di sepanjang `perjalanan' menghasilkan karya sastera ini, idea akan berkembang dan berubah-ubah, tp, matlamat/perjuangan kenapa anda menghasilkan karya ini harus ditetapkan sebelum berkarya lagi.

Kenal pasti khalayak pembaca anda; Mengenal pasti siapa yang akan membaca karya satira anda, adalah sgt2 penting dlm menentukan kejayaan karya satira anda. Jelasnya, apa yang mungkin difikirkan lucu oleh seorang mantan pengarah pendidikan, tidak sama dengan apa yang dianggap lucu oleh sekmumpulan mahasiswa. Begitulah seterusnya. Apa yang dianggap lucu bagi seorang suami, tidak sama dengan apa yg dianggap lucu oleh seorang isteri. Ataupun, apa yang lucu bagi seorang ahli politik, tidak sama dgn apa yang dianggap lucu oleh seorang rakyat. Apa yg dianggap lucu oleh seorang pesakit, tidak sama dgn apa yg dianggap lucu oleh seorang doktor pakar. Begitulah seterusnya.

Anda perlu menghasilkan karya satira bersesuaian dengan perbezaan ini, utk mempastikan bahan anda berjaya. Bak kata orang, `"the customer is always right." Ini digunakan untuk penulisan satira juga. Satira anda hanya dianggap lucu dan berjaya, jika orang yang membacanya memikirkan ia sedemikian.

Mengenal pasti batasan/had; byk sekali masalah ini berlaku dlm dunia satira. Satira yg melangkaui batas, bukan hanya patut dianggap karya yg buruk, tp ia sebagai satu objek yg boleh merosakkan. Misalnya, satira yang mempersendakan agama atau pemimpin2 agama Islam dan sebagainya - yg mana boleh menyinggung-bangkitkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia. Jgn sekali2 melangkaui batas, semasa menghasilkan karya satera. Memang sukar utk membezakan antara satira yg baik dgn satira yg melampau - krn benang pemisah antaranya terlalu halus hingga bagaikan halimunan. Jika tidak yakin, lebih baik anda terus dgn karya kreatif yg konservatif saja dahulu - utk mengelakkan drpd melakukan sesuatu yg tidak sengaja dilangkaui.


Peringatan Penting Buat Penulis Satira



Seperti yg semua tahu, satira boleh digunakan sebagai alat yg sangat utk membawa perubahan. Satira yg dihasilkan dgn baik, boleh membawa perubahan yg positif dlm masyarakat - perubahan yg tidak boleh dilaksanakan melalui penggunaan senjata api ataupun keganasan. Begitupun, satira juga boleh membawa kesan negatif dan mencetuskan pelbagai perubahan yg merosakkan - malah, ada yg hingga kehilangan nyawa. Untuk itu, gunakanlah kebijaksanaan dan berhati2lah apabila anda ingin menggunakan satira sebagai bahan penulisan anda.

Sebagai cadangan;

Kenapa anda tak tulis Cerita Ibarat, yang sebahagiannya mengisahkan ttg moral, dan sindiran sinis. Cerita Ibarat seperti Arnah dan Kura2 cukup menarik. Begitu juga cerita ibarat seperti `Guliver Travels'...

...

5 comments:

  1. haaa...Tn Hj FT selalu bt karya2 sebegini dlm blog beliau..

    ReplyDelete
  2. atreyuuu...!

    den tunggu2, dtg juga hg akhirnya :) Tuah Haji FT tu sapa? Faisal Tehrani ke? wah, dah jadi haji dia ya :) :) kirim salam saya dr kak azmah utk dia k

    ReplyDelete
  3. Baru dibaca.. tadi. Hebat huraian panjang lebar tu. 'Shit' karya Shahnon yang pernah saya baca. tapi sekerat jalan saja... terlalu keras pada pandangan peribadi saya, ya

    ReplyDelete
  4. Sinopsis Cerpen

    Tajuk: Kak Long, Maafkan Mama!


    Cerpen mengisahkan igauan ngeri yang dilalui oleh seorang ibu bernama Hayati apabila secara tidak sengaja telah melanggar kucing kesayangan anak perempuannya, Nazihah. Ketika itu Hayati dalam keadaan tergesa-gesa untuk menjemput Nazihah dari kelas tuisyennya. Kematian Chot terpaksa dirahsiakan daripada pengetahun Nazihah yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Rendah kerana takut emosi anaknya terganggu. Lagipun Nazihah akan menduduki peperiksaannya keesokan harinya.
    Malahan adik beradiknya juga diminta supaya merahsiakan kematian Chot. Pada awal-awal lagi Hayati kurang bersetuju dengan hasrat Nazihah untuk memelihara kucing yang dijumpai di kantin sekolahnya.


    Kehadiran Chot dalam keluarga tersebut kurang disenangi oleh Hayati kerana Chot selalu menimbulkan kekecohan dalam keluarga mereka. Chot seekor kucing yang dipelihara oleh Nazihah ketika Chot berusia 2 bulan lagi.Chot seekor kucing yang tidak pandai menguruskan diri. Chot tidak pandai membuang najis malah sering membuang najisnya di sudut ruang tamu rumah mereka. Takut dimarahi oleh ibunya, Nazihah akan bangun seawal lima pagi untuk membuang najis Chot. Chot juga cerewet dengan pemakanannya. Chot hanya memakan ikan mentah yang dipotong kecil-kecil. Kehadiran Chot menambahkan perbelanjaan keluarga mereka yang agak sederhana.


    Nazihah diberitahu oleh Hayati bahawa Chot sudah mula mencari pasangannya dan tidak balik ke rumah lagi. Nazihah berusaha mencari Chot dan suatu hari Hayati diberitahu oleh Nazihah bahawa dia ternampak Chot sedang berkeliaran di sebuah rumah kosong di belakang rumah mereka. Hayati mulai cemas malahan sejak itu hampir setiap malam dia diganggu oleh suara kucing yang seakan suara Chot dan suara itu kedengaran seperti berada di ruang tamu rumahnya.


    Cerita ini berakhir apabila Nazihah telah dilanggar motosikal kerana mengejar Chot yang lari ke rumah kosong berkenaan.

    ReplyDelete
  5. Pertanyaan daripada saya:

    Di manakah saya ingin memulakan cerpen saya dengan menggunakan kaedah ¾ daripada keseluruhan cerita?

    Saya ingin memulakan cerita ini dengan menggunakan latar di hospital, tempat Nazihah dirawat di hospital. Ketika itu Hayati sedang termenung dan mengimbau peristiwa lalu. Bagaimana pandangan sifu?


    Sudut pandangan yang paling sesuai? Saya ingin menulis cerpen dewasa dan menggunakan sudut pandangan Hayati. Saya juga berhasrat untuk menghantar cerpen ini kepada editor Dewan Sastera.

    ReplyDelete