• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, March 10, 2009

Plot Asas

Tuesday, March 10, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Seperti kebanyakan orang, andainya anda juga beranggapan bahawa bagi `penulis tulen', plot datang dengan mudah, macam bergoleknya batu permata raksasa dari atas bukit dan terus terhenti di hadapan anda - maka, silalah buang tanggapan seperti itu, jauh-jauh dengan segera.

Biarpun mungkin ada segelintir penulis yang dilahirkan semulajadi mampu menyerap atau menyusun plot dengan mudah, ramai lagi penulis lain yg terpaksa mempelajari tentang unsur-unsur plot dan mengkaji dengan sepenuh perhatian tentang bagaimana penulis-penulis lain membina naratif mereka dengan jayanya.

Ia bukan sesuatu yang ajaib atau magis. Unsur-unsur sesebuah cerita boleh dikaji dan dipelajari. Malah, anda sudahpun mempelajarinya di kelas-kelas Bahasa Melayu dan Sastera, semenjak di sekolah menengah rendah lagi (kalau saya tidak silap). Tak salah kiranya anda membuat kajian semula semua yg pernah anda pelajari, perspektif atau sudut pandang seorang penulis - bukan sebagai pelajar.

Ia mungkin kedengaran mudah, tapi tanpanya, kemahiran anda sebagai seorang penulis, keupayaan anda membebaskan daya fikir anda membayangkan watak-watak yang seperti nyata dan boleh dipercayai, kemampuan membentuk diolog logik dan boleh diguna oleh manusia realiti, dengan bahasa yang indah - akan menjadi sia-sia belaka.

Dalam setiap karya, mesti ada watak utamanya, bukan? Watak utama inilah yg akan menjadi antara penggerak kepada keseluruhan cerita. Watak utama inilah dinamakan protagonis. Sebagai protagonis dalam sesebuah karya, tentulah dia panberhadapan dengan sebuah konflik dalam hidupnya - mungkin dengan watak lain, masyarakat, alam semulajadi, dirinya sendiri dan gabungan daripada semua ini, dan kemudiannya melalui pelbagai perubahan sebagai penyelesainya.

`Konflik' ini juga dikenali sebagai `Satu Persoalan Besar' dalam hidup watak utama anda itu. Persoalan yang hanya terjawab pada penghujung cerita.

Misalnya;

1, a. Apa yang berlaku kepada King Lear apabila dia membahagi-bahagikan empirenya dan menjauhkan diri daripada anak gadisnya yang setia dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya?

1,b. Apakah Elizabeth Bennet dalam novel Pride and Prejudice hasil karya Jane Austen, akhirnya berkahwin kerana cinta, atau apakah dia dan saudara perempuannya akhirnya mengahwini lelaki berada untuk menyelamatkan masalah kewangan keluarga yang memalukan?

Perubahan bagaimana yang mampu dicetuskan oleh sesebuah konflik ini?

2,a. Ternyata Elizabeth Bennet menyedari akan bahaya apabila mengiziknan prasangka menggangui pertimbangannya.

2,b. King Lear merasa rendah hati dan belajar mengenali antara kejujuran dan kedangkalan.acquires humility and learns to recognize superficiality and sincerity.

2,c. Ternyata. pada penghujung cerita, kedua-duanya menjadi semakin bijak, biarpun Lear terpaksa membayar harga yang mahal untuknya.

Unsur-unsur Plot

Sesebuah cerita, biasanya akan melalui pelbagai peristiwa penting - dari permulaan cerita, sehinggalah persoalan yang dibawa oleh cerita itu dijawab dengan memuaskan. Cara memperkenalkan watak, suasana persekitaran, dan kepada pusat konfliknya.

Untuk mempastikan agar plot sentiasa kuat, pastikan anda sentiasa libatkan protoganis atau watak utama anda dilibatkan sejak seawal mungkin. Ini untuk mengelakkan para pembaca zaman sekarang daripada hilang arah dan mungkin terus sesat minatnya ke arah lain, jika protoganisnya hanya muncul di mukasurat 5 atau 10 ke atas.

Juga, seboleh mungkin, wujudkanlah unsur2 suspen, supaya para pembaca tidak tertanya-tanya mengapakan mereka membuang masa membaca karya anda. Macam kita tengok wayang juga. Perlu ada thrill atau keseronokan semasa menonton atau membaca. Buat mereka sukar hendak melepaskan buku anda, jika belum habis di baca. Yang paling mudah, letakkan diri anda di tempat pihak pembaca - dan bayangkan anda membaca karya orang lain, yang cara penulisan, plot dan sebagainya, saling tak tumpah seperti anda. Apa perasaan anda ketika itu?

0 comments:

Post a Comment