.

Photobucket

.

.

Metafora

Monday, March 02, 2009 Posted by Azmah Nordin
Bagaimana hendak menggunakan metarofa dengan betul? Jawapannya mudah saja; Dgn mengelakkan klise dan metafora yg bercampur baur.

Apabila digunakan dengan betul, metafora boleh dijadikan alat fiksyen yg sgt berkesan. Ia adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan bahasa dan menghidupkan prosa anda dengan lebih baik. Juga seperti trengkas, hanya dengan beberapa patah perkataan, ia mampu menyalurkan gambaran atau makna cerita dengan serta-merta kepada pembaca.

Namun, seperti lain-lain peranti sastera, metafora boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak digunakan secara betul; membuatkan pembaca keliru, sekali gus menarik perhatian khalayak pembaca kepada lemahnya kemahiran penulisnya sendiri. Perangkap yang paling biasa untuk diperhatikan, apabila menggunakan metafora yang begitu biasa dan kerap digunakan orang lain. Ia dinamakan klise.

Pernyataan seperti `tenang sebelum ribut', `ibunda alam,' atau `dia jantan keparat', sudah terlalu kerap digunakan dan jika terus digunakan akan dianggap klise. Kecuali ia penting dan bersesuaian dgn karya anda, bagaimanapun, kiranya ia lebih elok jika dapat dielakkan sepenuhnya. Andainya anda tidak dapat mencipta metafora sendiri, kadang2 lebih baik terus tidak menggunakan apa2 metafora dan memilih unuk menggambarkannya dengan cara biasa dan biasa-biasa saja.

Metafora Campuran; lagi satu masalah yang biasa ditemui, adalah kecenderungan untuk mencampurkan metafora atau menggunakan metafora secara keterlaluan - lazimnya berpunca daripada terlalu mahu melakukan sesuatu yg luar biasa, ataupun melakukannya secara cuai atau membabi buta saja. Asal siap, misalnya. Hasilnya, ia membawa dua imej yang betul2 tidak tercapai dek akal;

Contohnya; keyboard kami akan mengajar mata fikir anda untuk dimainkan dengan telinga anda' Di sini, penulisnya cuba menggambarkan 2 metafora - malangnya, ia membawa kepada sesuatu yang tidak tercapai den otak para pembaca (mungkin oleh dirinya sendiri juga, bukan? Kerana; mata fikir tidak boleh memainkan apa-apa pun secara realiti, apatah lagi telinga!

Andainya anda pernah ada rasa ragu2 samada metafora yg akan anda gunakan nanti sesuai dan berjaya ataupun tidak - eloklah anda jgn gunakan langsung pada paragraf itu. Menggunakan metafora secara tidka kena tempatnya dan melulu saja, hanya akan membuatkan seorang penulis itu kelihatan lemah dan mengganggu kelancaran serta pemahaman pembaca. Padahal, tujuan utama penulis menulis adalah untuk berkomunikasi dan menyampaikan masej kepada pembaca?

Ada cara mudah untuk memperdekatkan cara pemikiran kita kepada apa2 saja metafora ataupun perumpamaan yang tercetus dalam pemikiran kita apabila berhadapan dgn sesuatu keadaan. Apa2 saja.. dan jangna bimbang apabila anda terfikirkan tentang sesuatu yang baru..begitu tercetus di fikiran, catitlah ke dalam buku nota anda sebagai bahan rujukan anda kelak. Sentiasalah melakukan latihan minda dengan mengaitkan pelbagai kegiatan harian anda, dgn metafora ataupun perumpamaan. Lebih kreatif dan lebih menyeronokkan. Lama kelamaan, minda anda akan menjadi biasa untuk berfikir secara metafora apabila anda berhadapan dengan pelbagai keadaan di dalam karya anda kelak.


Sebagai contoh;


`Saya adalah sebuah kamera dengan penutupnya tertutup, cukup pasif, merakam tapi bukan memikirkan. Merakam lelaki yang sedang mencukur jambang di jendela, dan wanita yang memakai kimono sedang mencuci rambutnya. Suatu hari nanti, semua ini harus berkembang, dicetak dengan berhati2, dan diatur. " Terjemahan bebas untuk karya Christopher Isherwood, The Berlin Stories.
'

Yang pasti, metafora dan perumpamaan bukan hanya membuatkan hasil karya kita lebih menarik, tapi ia juga membuatkan kita berfikir lebih mendalam tentang subjek yang kita angkat. Dalam lain perkataan, metafora bukan hanya barang perhiasan dalam karya kita; ia adalah cara kita berfikir.
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Metafora"

Post a Comment

featured-video