• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, March 4, 2009

Gaya Penulisan Sendiri

Wednesday, March 04, 2009 // by Azmah Nordin // 2 comments

Membentuk Gaya Penulisan Anda Sendiri

Tanpa niat untuk melakukan sebarang penciplakan, anda perlu mendekati pengarang-pengarang yang anda gemari, mengutip idea tentang bagaimana gaya penulisan mereka dan bagaimana hendak mengubah-suaikan gaya penulisan mereka supaya bersesuaian dengan penulisan anda.

Ada penulis yg begitu terperinci apabila menggambarkan tentang sesuatu perkara atau suasana; misalnya, tentang mejayang diperbuat daripada jenis kayu apa, hembusan udara yang mereka hidu sewaktu mengunjungi Pasar Tamu atau Pasar Tani di pinggir bandar, atau betapa indahnya suasana biru hijau Banjaran Crocker yang diselimuti kabus pagi dan sebagainya. Namun, ada juga pengarang yang jarang-jarang menggambarkan segalanya secara terperinci dalam karya mereka. Jika ada pun hanya kerana ia perlu untuk melancarkan perjalanan plot karya mereka.

Apakah karya anda berdasarkan sudut pandangan orang ketiga atau orang pertama? Cari dan fikirkanlah dari sudut pandangan apa yang paling selesa dan muda anda terapkan dalam karya anda. Begitu anda dapat gaya anda itu, kekalkannya dalam karya tersebut. Kecuali anda memang mempunyai sebab tertentu untuk memasukkan gaya penulisan berbeza dlm satu karya, anda perlu berhati-hati supaya pembaca tidak keliru dengan jalan cerita anda. Lazimnya, konsistensi dalam gaya penulisan adalah penting untuk setiap pengarang.

Menyiapkan Karya Anda Dengan Gaya Penulisan Anda

Mungkin, apa yang paling utama dalam menyiapkan sesebuah karya, adalah ketabahan dan semangat juang yang teguh. Biar betapa sibuk pun jadual anda, anda terpaksa mengorbankan (mengorbankan kerana mungkin anda sudah berkeluarga, atau ada filem menarik di tv yg perlu dilupakan, atau ada kekasih yang menanti layanan yg perlu anda mohon pengertiannya seboleh mungkin dll...) beberapa jam daripada masa HARIAN anda untuk berkarya.

Dan, mungkin walau anda tidak berkarya setiap hari pun, sekurang-kurangnya anda boleh memikirkan tentang ilham yang tercetus dalam daya fikir anda. Yakni, sehingga cerita dan karekter yang anda bentuk akan kelihatan seperti betul-betul hidup di dalam mata fikir anda. Anda seperti boleh melihat wajah, pakaian, perasaan, gaya jalan, gaya bercakap, gaya bila gembira, gaya bila marah atau sedih dan sebagainya. Anda seperti dapat merasakan apa yang mereka rasakan, seolah-olah pergolakan jiwa mereka adalah pergolakan jiwa anda sendiri.

Anda boleh melakukan semua ini semasa anda berada dalam kereta, di dapur, di pejabat, waktu makan-makan di restoran, waktu berkelah, waktu berkamping dan sebagainya. Ini dipanggil proses pemeraman. Mengeram sambil menanti saat menetas. (Bagi saya pula, ini proses penghamilan bayi dalam rahim - hamil hingga saat melahirkan...semasa hamil itu, saya akan menjaga pemakanan dan kesihatan, serta saya belai-bisik-terapkan kasih sayang yg bukan alang kepalang kepadanya). Dan proses ini, tidak memerlukan anda menghadap typewriter mahupun komputer, bukan?

2 comments:

  1. Salam, Sifu :)

    Sifu,

    Apa pendapat Sifu tentang gaya bahasa yang menaik/berubah? misalnya dalam MKT yang kita kerjakan itu? Bolehkah gaya bahasa itu dikekalkan?

    Terima kasih, Sifu.

    :)

    ReplyDelete
  2. aranam :)

    Gaya bahasa dlm bab terakhir tu, sgt menarik :) hidup, ya kekalkan begitu, supaya org tau itulah aranam - biar tanpa melihat nama penulisnya, suatu hari nanti k... indah gitu.

    ReplyDelete