.

Photobucket

.

.

Apa Itu Penulisan Kreatif?

Saturday, March 07, 2009 Posted by Azmah Nordin
Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Tapi apa itu Penulisan Kreatif?

Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis. I membebaskan kita daripada identiti massa yg kita lihat di sekeliling kita. Di mana akhirnya, penulis akan menulis bukan untuk menciptakan hero/watak utama tidak yang melanggar nilai2 murni sejagat, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri - untuk kelansungan hidup sebagai individu.

Penulisan, biar dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tapi berbaloi - anda akan mendapat keputasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai digarap. Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar, mencabar pada ketika-ketikanya, tp juga menyeronokkan.

Bagaimana Hendak Memulakannya?

Betulkah, seperti tanggapan ramai, bahawa jika seseorang itu sudah membaca banyak cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan kreatif?

Ada ramai juga yang percaya; oleh kerana kebanyakan daripada kita `petah di dalam minda' dan bukan buta huruf, maka tidak perlu ada tempoh percubaan jika kita mahu memahirkan diri dalam pertukangan penulisan kreatif. Ramai yang berfikir begitu, sehinggalah dia cuba menghasilkan novel pertamanya. Seperti sebuah perabot, mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari (merancang, mengenal pasti stye dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat, menggergaji-bentukkan, menukul-pakukan, membarnish-kilatkan dan sebagainya). Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri - sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?


Bagaimanapun, jika anda ingin sekali menghasilkan karya tanpa sebarang panduan daripada yg lebih mengetahui caranya, tak salah kiranya kalau mencuba; tapi janganlah terlalu kecewa, andainya usaha pertama anda tidak sebaik yang anda harapkan. Sama juga macam seorang tukang kayu yang mungkin mendapati kerusi pertama yang ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin kaki kerusi itu bergoyang2 atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah. Banyak buku2 yang cenderung membina penulis2 baru . Seeloknya anda baca buku2 itu dihasilkan oleh mereka yang benar2 giat menulis, samada cerpen ataupun novel, kerana anda mahukan pengalamannya sebagai seorang cerpenis dan novelis. Selain daripada mendapatkan tips daripada penulis2 berpengalaman - saya, misalnya.

Sebelum menghasilkan novel, saya cadangkan anda memulakan karya yang ringan sedikit. Menghasilkan cerpen dahulu. Apabila anda sudah menghasilkan cerpen, anda sebenarnya sudah boleh menulis novel. Untuk novel pertama dan kedua, elok juga anda memulakan dengan penulisan yang ringan sedikit juga. Misalnya, novel kanak-kanak dan remaja - sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Selepas siap (tak payah tunggu terbit, asal dapat kelulusan pun ok) saya yakin anda sudah punya cukup keberanian untuk mengorak lang dan menghasilkan novel dewasa pula. Untuk menghasilkan novel dewasa pertama - nanti kita boleh bincang, ok?

Namun, andainya anda akhirnya hanya termenung berjam-jam, menatap skrin komputer yg tidak memaparkan apa2 pada muka surat ms worda anda tu, kenapa tulis saja idea/cerita yang anda fikirkan hingga menggerakkan menghampiri komputer anda sebelumnya. Ini adalah sebagai satu latihan ringkas, mengarah kepada penulisan yang sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan tentang tata bahasanya, jalan ceritanya, watak2nya, suasananya ataupun mutu penulisannya (kerana anda belum lagi mahu menghantar manuskrip anda kepada pihak penerbit ketika ini kan?). Bila anda sudah dapat melihat idea atau ilham cerita anda di dalam bentuk `hitam/putih', ia akan memberikan anda semacam semangat untuk memikir-kembangkan cerita anda itu dalam bentuk novel.

Tips untuk penulis baru;

`Latihan ringkas' adalah untuk menguatkan `otot-otot' penulisan anda - dan jika anda kehabisan idea/ilham, elok jika anda berbincang dengan ahli keluarga dan handai tau dan meminta pandangan mereka. Mereka mungkin bukan penulis, tapi mereka mampu mungkin boleh berfikir dengan lebih logik kerana tidak dibebani oleh tuntutan penghasilan karya seperti anda. Cubalah, itu yg sering saya lakukan. Tidak semestinya, semua pandangan mereka anda terima. Mana yg bersesuai dgn jalan cerita anda, anda ambil. Mana yg tidak, diamkan saja. Sebagai membalas budi, ambil nama mereka sebagai antara watak2 baik dlm karya anda. Seperti yang saya sering lakukan.


Entah mengapa, ramai penulis baru mendapati bahawa mencuci pakaian, memasak, mengemas rumah, menonton tv, memotong rumput lalang lebih menarik, berbanding dengan apabila mereka terpaksa duduk berjam2 menghadap komputer dan dgn segala jerih payahnya cuba menyusun kata demi kata di dalam microsoft words page mereka! Dalam keadaan ini, anda hanya ada satu pilihan; paksa diri untuk melalui keraguan dini ini, setelah penulisan itu mulai memasuki ke mukasurat ke 2 dan seterusnya, ia akan semakin mudah bagi anda, percayalah. Cuba menulis setiap hari, biarpun ia hanya untuk 30 jam, sementara itu anda perlu mengembangkan watak dan plot cerita di dalam minda anda, terus-terusan.

Andainya sekali lagi idea anda terbantut di tengah jalan, bawa buku nota ke mana-mana saja anda pergi dan cuba kaitkan apa saja yang anda perhatikan, dengan cerita anda. Selain daripada pemerhatian, anda juga perlu memasang telinga; di setesyen bas, di restoran, di kafe, di pasaraya, di perhimpunan umum dan sebagainya. Melalui cara pemerhatian ini juga, anda akan mendapat menangkap bunyi dialog2 natural dan hebat (tercetuskan oleh keadaan tertentu atau bau yg dihidu), apabila dimasukkan ke dalam karya anda.

Kenal pasti akan detik bila anda paling kreatif. Untuk kebanyakan penulis, masanya adalah pada awal pagi sebelum pelbagai kegiatan asas perlu diberi perhatian dan ditunaikan. Ada juga akan lebih senang berkarya pada lewat malam, setelah semua ahli keluarganya masuk tidur. Ada pula tidak mengira masa untuk berkarya, asal telinga mereka boleh disumbat dengan irama muzik dari mp3. Jangan takut untuk membuat eksperimen!

Semasa mula berkarya, janganlah terlalu bimbang samada anda menulis dengan cara betul ataupun tidak. Semua penulis akan mengulang kaji dan mengedit manuskrip mereka, setiap kali semasa berkarya dan selepas berkarya. Amat jarang bagi mana2 penulis yang menulis pertama kali dan semuanya terus sempurna segalanya, tak perlu diperiksa-editkan jalan ceritanya, tata bahasanya, susunan ayatnya dan lain2 lagi.

Begitu selesai draf permulaannya, biarkan ia buat beberapa hari - kemdian datang balik kepadanya dalam keadaan kepala yang segar. Jika anda tahu di mana masalahnya dengan cerita anda tapi tidak pasti di manakah ia, minta bantuan ahli keluarga atau rakan penulis anda. Tidak ada rakan penulis yang tinggal berhampiran dengan rumah anda, anda boleh dapat rakan penulis melalui online. Saya ada juga bukan, InsyaAllah.

Kadangkala, para penulis juga akan berasa tertekan sehingga merasakan bahawa kerja penulisan kreatif adalah kerja paksaan dan mesti dibuat, dia mungkin ingin melengah-lengahkannya seboleh mungkin. Jika plot anda terlalu sukar diterima akal, watak-watak dalam karya anda akan meratap kebosanan dan anda yakini bahawa kanak-kanak boleh menghasilkan karya lebih baik daripada anda - rehatlah. Kemudian, bangun balik dan mulakan projek baru, sesuatu dibuat secara suka-suka saja. Tulis cerpen mini sebanyak 10 muka surat cuma. Dengan menyudahkan karya pendek begitu, boleh membantu membina semangat anda - jika karya panjang hanya membuntukan fikiran anda, buat ketika ini. Lambat-laun, dengan sendirinya anda akan tergerak untuk menghasilkan karya panjang (novel) pula, utk menyampaikan perjuangan anda dengan lebih bebas lagi.

Tips tambahan;

1. Sertai apa saja pertandingan penulisan kreatif. Bina nama. Apabila nama sudah tercipta di mana-mana, karya anda akan lebih mudah diterima oleh pihak penerbit.

2. Kunjungi website2 dan blogs penulis dan pelajari sebanyak mungkin ilmu daripada para penulis mampan tentang tips dan dunia penulisan kreatif.

3. Yakin diri anda boleh buat sebaik penulis lain - jika tidak lebih pun, tabah melalui banyak cabaran/dugaan, dan sedia untuk berkorban segala kepentingan diri, sementara karya dalam proses penulisan.


Jika ada yg tidak jelas, atau ingin tau tntang pengalaman saya sebagai penulis, sila tanya k...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Response to "Apa Itu Penulisan Kreatif?"

  1. Siti Said,

    a'kum.
    saya sebenarnya sudah lama nak jadi penulis seperti penulis2 kesayangan saya.saya dah cuba menulis sebuah cerita yang panjang tapi sampai sekrang saya masih belum dpt menyudahkannya. bila saya baca entry ini, barulah saya faham. penulisan kreatif bukanlah sesuatu yg mudah...perlu ada latihan yg berpanjangan. terima kasih atas tip dan nasihat di atas.

    Posted on June 8, 2010 at 9:32 AM

     
  2. Azmah Nordin Said,

    siti :) jika berminat berbengkel online kat sini, beritahu k

    Posted on June 8, 2010 at 10:09 PM

     
  3. siti hafiza Said,

    assalam k.azmah,
    saya amat berminat untuk menjadi penulis.
    soalan saya,
    1. Bagaimanakah caranya untuk kita menghantar karya (contoh cerpen/puisi)untuk diterbitkan (majalah/akhbar)?
    2. saya berminat untuk menyertai bengkel online spt yg saya baca di blog akak. mcm mana utk sertainya?
    tk

    Posted on April 8, 2011 at 10:48 AM

     
  4. Amri Sajuki Said,

    Assalamualaikum Pn. Azmah,
    Saya ada menyimpan niat untuk menjadi seorang penulis. Saya ingin tahu, dalam senarai edisi karya-karya anda yang dipaparkan di ruangan ini, adakah semuanya laris di pasaran? Adakah kita sebagai penulis, perlu menghasilkan banyak karya supaya dapat menjana kesinambungan penerbitan? Jawapan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

    Posted on May 11, 2011 at 9:19 AM

     
  5. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam Sdr Amri Sajuki :)

    utk menjawab soalan anda dgn tepat, saya siarkan kembali 2 buah entri yg saya tulis sejak sekian lama tu. bacalah, jika ada apa2 soalan lagi, boleh terus soal di thread entri tu dan beritau bahawa anda ada buat posting di thread itu - di shoutbox `jerit apa je' tu, agar saya tak terlepas pandang tulisan anda.

    dr anda; apakah ia laris di pasaran?

    jwpn saya; ada antaranya yg dicetak berulang kali dan anda antaranya yang tenggelam begitu saja. namun, itu bukan keutamaan bagi kita menulis kan?

    dr anda; perlu menghasilkan byk karya supaya dpt emnjana kesinambungan penerbitan?

    jwpn saya; kesinambungan penerbitan? kalau saya tak tulis, org lain tulis. dan ia sama sekali bukan utk menjana kesinambungan penerbitan, sebaliknya utk jati diri sendiri dlm menggapai cita2 peribadi.

    dan jika anda ada niat utk menjadi penulis, jgn disimpan saja, sebaliknya, tulislah. dan di blog ini adalah tempat yg paling sesuai jika anda nak belajar menulis cerpen dan novel.

    jgn lupa baca entri2 tu, gigih terus k

    Posted on May 11, 2011 at 3:51 PM

     
  6. Green4Lives Said,

    assalamualaikum k.azmah :)
    saya nak bertanya...
    kalau menjadi penulis...adakah ianya senang?? Saya tahu akak ada kata ada dugaannya, boleh ke akak berikan contoh dugaan tu??
    Satu lagi akak...saya sebenarnya minat menulis tetapi kadangkala tu ada rasa macam susah kalau menjadi seorang penulis. Saya...dari sekolah rendah sehingga sekarang, dari pandangan saya, bahagian yg saya kuat kebiasaannya pendidikan seni atau penulisan... Saya nak tahu pendapat akak sebagai seorang penulis. Selain menjadi penulis novelis mahupun cerpen, ada tak pekerjaan yg bersesuaian dgn sebarang bidang penulisan??? (tidak termasuk pekerjaan kewartawanan)
    Saya sekarang dah 20 & baru habis STPM, tapi result tu betul2 average... saya risau kalau x dpt msk U dgn pilihan hati saya... Saya sekarang buntu...

    Posted on April 2, 2013 at 2:38 PM

     
  7. Roda, Aku dan 79 Said,

    salam, saya berminat untuk memahami asas penting seperti teknik pengolahan ayat dan struktur ayat yang kreatif bagi menghasilkan penulisan yang mampu memberikan kepuasan kepada saya dan juga pembaca hasil karya saya, adakah tips2 berguna yang dapat saya praktikkan, tq boleh juga kiranya emelkan ebook ataupun nota dalam bentuk softcopy ke luahan@gmail.com. tq Pn. Azimah Nordin

    Posted on September 29, 2013 at 4:54 PM

     
  8. ABANGsayang Said,

    Bagaimana sy blh dptkn sebuah novel remaja..hasil tulisan penulis dgn kadar segera?

    Posted on March 13, 2014 at 9:44 PM

     

Post a Comment

featured-video