• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, March 31, 2009

Interview Dgn Saya

Tuesday, March 31, 2009 // by Azmah Nordin // // 8 comments

Sdr2 sekalian; di sini saya buka pintu utk sdr soal apa2 saja kpd saya, yg berkaitan dgn penulisan kreatif dan bagaimana saya menghasilkan karya. Soal apa saja satu persatu, asal jgn yg sgt2 peribadi. Di sini saja, supaya boleh dikongsi bersama oleh pengunjung Sastera yg lain k :)

Soalan;

1.

2.

.

Wednesday, March 25, 2009

Memilih/Menggambarkan Persekitaran Cerita

Wednesday, March 25, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Lazimnya, persekitaran akan menyumbang kepada mood cerita, tak kisahlah di mana saja. Di pejabat yang semua komputernya diserang virus? di ladang kelapa sawit yang luas terbentang dibiaki biawak raksasa? Di kawasan perumahan di Gaza yang bagaikan padang jarak padang terkukur oleh pencerobohan Israil? Di dlm shuttle pesawat angkasa lepas yg berlaku perebutan kuasa di dlmnya? Dalam sebuah kampung yg menyimpan rahasia mengaibkan seluruh penduduk kampung, secara turun temurun? Atau apa2 sajalah; ia bukan saja harus mengaitkan situasi watak/persekitaran/masa cerita itu berlaku, tp ia juga mampu memberikan kesan akan ketulenan pengkaryaannya kpd khalayak pembaca.

Bagaimanapun, ia harus disampaikan secara tidak langsung. Sebagai contoh;



1. Situasi watak.

nak digabungkan dgn;

2. Masa

3. Tempat/setting (Kelas tuisyen di Pekan Singgahmata, gerai makan. Jaraknya. Masa.

4. Jarak.



Bagaimana kalau kita cuba sampaikan begini? (lebih kurang);


Setiap senja, selepas menghadiri tuisyen di Dewan Singgahmata yg sekilometer dari rumahnya, gadis itu segera membantu ibu di gerai makan yang terletak bertentangan dengan dewan itu.

Situasi watak = gadis yg pergi tuisyen, dan kemudian membantu ibunya. Senja = masa. Dewan Singgahmata dan gerai makan = persekitaran. Sekilometer - jarak.

Persekitaran yg tidak sesuai, dengan situasi watak, akan kelihatan janggal. Kecuali kalau anda memang sedang menulis tentang cerita sains fiksyen serba pelik - anda pasti tidak akan, misalnya, anda tak akan meletakkan satu watak ahli bomba sedang mencurah air di tengah2 lautan, bukan? Tugas ahli bomba utk memadamkan kebakaran, bukan utk menambah air pada air yg sudah selautan luas dan dlmnya itu, bukan?


Menggambarkan Sebuah Persekitaran


Cara menggambarkan persekitaran yg baik, adalah dgn cara tidak langsung. Menggambarkannya melalui tindakan, pemikiran, perasaan, penglihatan, pendengaran, deria rasa dan deria sentuh watak - lebih berkesan dan menarik daripada secara deskritif atau secara pemerian. Malah, mungkin membosankan.

Menunjukkan watak2 dlm aksi, selalu memberikan keperincian mood asas dan persekitaran yg diperlukan oleh pembaca. Menunjukkan watak2 melihat, menghidu, merasa dan menyentuh, akan membuatkan persekitarannay hidup di keseluruhan cerita. Saya turunkan sedikit sedutan dr novel Dari Dalam Cermin saya yg pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia;

Gerak langkahnya dipercepat, biarpun terasa daun kering pohon pari-pari mempari dan bunganya yang berjambak-jambak, berguguran dan ada yang melayah turun dan menyentuh kepalanya, seperti mencuba menyentuh alam kesedarannya yang dipacu sejuta nafas tersepit. Begitu dia meneruskan lariannya, menyusuri pinggir pantai Kuala Tempasuk di daerah Kota Belud itu, dia membulatkan tekadnya. Biarlah bulan sabit yang tinggi melewati puncak Kinabalu dengan cahaya cerah menerangi jagat raya itu menjadi saksinya. Dia akan bangkit mennatang keharuan, suatu janji pada diri sendiri yang bertolak daripada titik-titik derita.

"Pastiii...!"


Tp, contoh di atas adalah contoh utk novel dewasa. Utk novel kanak2/remaja, gaya bahasanya sama sekali tidak sesuai k...

Hanya gambarkan persekitaran yg perlu saja. Katakanlah anda ingin menggambarkan persekitaran sebuah kampung; maka tak perlulah anda menceritakan segala2 ceruk kampung itu, secara terperinci. Ini nanti mungkin akan menjadi penghalang kpd perkembangan perjalanan cerita atau plot anda. Jadi, jalan yg paling mudah adalah dgn menggambarkannya melalui perasaan watak itu, seperti sudutan Dari Dalam Cermin itu. Dgn cara ini, pembaca akan mendapat tanggapan terhadap keseluruhan persekitaran, tanpa terbenam ke dalam pemerian persekitaran yang keterlaluan.

Menggambarkan persekitaran lewat dialog juga boleh, tp hanya jika ia diperlukan dlm jalan cerita. Borak kosong hanya akan memperlahankan perjalanan cerita dan ini akan memualkan pembaca dan mematahkan keinginan pembaca untuk membaca terus. Lagi sedikit dialog, lagi baik. Lagi byk monolog lebih baik daripada dialog. Lebih dewasa gitu.

"Tumor,"Dr. Husaini, meneliti riak muka gadis yang duduk bertentangan dengannya, di pejabat itu.

"Tumor?"

"Pada saraf tunjang,"angguk Dr. Husaini, "Sekarang dia menjalani rawatan kemoterafi secara intensif."

"Astaghafirullah...!"


Dialog di atas itu, berkisar di pejabat Dr. Husaini. Bermakna apabila pembaca membaca sedutan dialog dari novel Dari Dalam Cermin. pembaca boleh mengagak bahawa perbincangan itu mengambil tempat sama ada di klinik ataupun di hospital.

Utk menguatkan persekitaran anda, gambarkan cuaca, fesyen pakaian, jenis kenderaan, telefon dan apa2 saja yg perlu. Gunakan deria anda. Rekod pengalaman-pengalaman anda. Tambah pengetahuan anda ttg persekitaran yg mau diangkat ke dalam karya anda nanti. Buat penyelidikan. Lawat tempt itu, samada melalui pembacaan, lewat internet, atau pergi sendiri ke tempat itu utk mendapatkan suasana persekitaran yg lebih meyakinkan - jika perlu. Baca buku2/risalah/majalah ttg pengembaraan yang berkaitan dengan karya anda; budaya, jenis makanannya dan cara org tempatannya bercakap dan sebagainya.

...

Sunday, March 22, 2009

Perkongsian Ilmu & Pengalaman Penulisan Dgn Ummu Anas :)

Sunday, March 22, 2009 // by Azmah Nordin // // 17 comments

Ummu anas :) anda boleh tulis apa saja kat sini, termasuk saling berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta bengkel  lain  dan para pengunjung blog kita, di sepanjang pengalaman anda menulis karya kreatif bersama kami di sini -   ttg pro and kontra menghasilkan karya kreatif, dugaan, cabaran dan rintangan yg terpaksa dihadapi dan dihadapi dgn jayanya. (tp, jgn puji2 saya k, nanti den tak publish, janji ni!  hehehe) setiap sumbanganmu, kami semua dahului dgn ucapan limpahan jutaan terima kasih dan sayang selalu :) :) :)

.

Friday, March 20, 2009

Mau Join Kelas Bimbingan Cerpen?

Friday, March 20, 2009 // by Azmah Nordin // 104 comments

Sdr2.

Ingin Belajar Kembangkan Idea Anda Menjadi Cerpen Sastera Bermutu Tinggi? Atau Anda Penulis Yg Ingin Naik Tarafkan Keupayaan Supaya Karya Anda Lebih Bermutu Tinggi? Inilah Tempatnya. Percuma Je... Jom Kita Daki Ke Puncak Gunung Demi Gunung Sastera

Andainya anda berminat menyertai bengkel cerpen online, sila turunkan nama anda di sini... Begitu dapat nama anda, saya akan bukakan satu thread khas utk seorang peserta, dan di sana saya akan cuba seboleh mungkin utk memberikan sepenuh perhatian kepada setiap seorang peserta. Kita boleh mulakan dengan apa cara pun... mungkin anda sudah pun ada cerpen, utk dibedah dan diperkukuhkan sebelum dihantar ke pihak penerbitan... mungkin anda hanya ada idea, tapi belum menulis apa2 kerana tidak pasti di manakah hendak dimulakan atau bagaimana hendak memulakan... dan sebagainya.


Untuk menyertai kelas bimbingan ini, mula2 sekali, hanya ada 2 perkara yg saya minta;


1. bersedialah untuk lebih terbuka menerima teguran dan berkesanggupan utk membuat pembaikan, jika diperlukan... walau hanya cerpen, kualiti sesebuah karya amat penting diutamakan, sebelum menghantarkannya ke pihak penerbit.

2. bersedia utk membantu sesama rakan bengkel dlm penulisan kreatif ini kelak.


Selagi belum ramai peserta, anda mungkin boleh mendapat perhatian yg lebih drpd saya, Sifu Az...Yakni, selagi saya masih ada hayat, InsyaAllah :)


(yg lain, anda dah jadi peserta baru baca Dari Sifu. Juga anda perlu ada akaun gmail (google mail) atau yg berkaitan utk menghantar posting kat blog ni k..)


TAMBAHAN;

Andainya anda tersangkut dlm perncarian ilham atau mencari bahan untuk cerpen anda nanti, sila berbincang dgn saya k :)

Thursday, March 19, 2009

Selangkah Demi Selangkah

Thursday, March 19, 2009 // by Azmah Nordin // // 8 comments

Sdr2.


Bagi yang belum lagi berjinak2 dlm penulisan kreatif berunsur sastera - tp yakin anda berbakat dan amat berminat untuk menghasilkan cerpen atau novel - barangkali kita boleh memulakannya selangkah demi selangkah seperti di bawah ini dahulu.

Tidak kisahlah kalau langkah itu dan tindak balas anda seperti tidak selari, dan saling tidak mempunyai hubung-kait antara satu sama lain. Kadangkala, hubungan yang seperti tidak logik, akan menimbulkan hasil karya yang lebih menarik dan asli.

Daripada latihan/bengkel penulisan kreatif lewat blogspot ini, tiada sesuatu yang benar atau salah dalam memulakan langkah dalam bidang penulisan. Jika ada sudah memulakan langkah pertama dengan menulis sesuatu pada mswords anda, bererti anda sudah berjaya.


Jom kita cuba dengan teknik ini pula;


1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda.


2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).


4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.

5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.

6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.


7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya :)


Untuk itu, silalah melangkah...

Tuesday, March 17, 2009

Anugerah S.E.A Write Awards (hari terakhir)

Tuesday, March 17, 2009 // by Azmah Nordin // // 6 comments



(Jutaan terima kasih kepada mentor-mentor saya dari Dewan Bahasa dan Pustaka,  Universiti-universiti tempatan dan para penal  juri Anugerah  S.E.A. Write  yg sudi memilih saya menerima anugerah yg sgt berprestij ini.  Budi kalian, amat saya hargai dan akan saya kenangi hingga ke akhir hayat.  Hanya Tuhan  saja yg dapat membalas budi sdr2 kepada saya :))


(Inil dia S.E.A. Write Awards yg menjadi impian dan kebanggaan semua penulis Asia Tenggara)



(di Ukir di atas kepingan ais)




 (Aduh! kenapalah gementar semacam ni?  Ini baru raptai, kalau majlis tu betul2 berlangsung terus pengsan, bagaimana? hehehe... Alhamdulillah, dgn bantuan Lyn, Zaidah dan Ana Suhana, yg ditakuti itu tak berlaku.  Namun, atas syarat2 majlis/protokol yg dikenakan,  semasa membaca Ucapan Penerima Anugerah dan di sepanjang Putera dan Puteri Mahkota berada di situ, tiada satu gambar pun dibenarkan diambil.  Ah, secara kebetulan pula, kamera den rosak! gambar2 ini diambil oleh Sdr Zaidah dan Ana Suhana untuk den, terima kasih)

 (yg baju pink tu saya la, bersama2 pemenang2 lain yg juga sdg berlatih protokol rasmi diraja - dilatih sendiri oleh pihak penaja anugerah, diperhatikan oleh pemenang anugerah dari Singapura.  tgh batuk2 dan demam selsema yg teruk tu... uhuhuhuuu... nasib baik tak kena tahan di airport!)


(Susunan kerusi pemenang anugerah, para penaja anugerah yg semeja dengan Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Duli Yang Maha Mulia Puteri Srirasm- di atas pentas)




(Buku khas ttg saya yg dihasilkan khas oleh Sdr Zaidah Mohd. Rosley dan para karyawan Bahagian Perancang Bahasa dan Sastera,  di  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Terima kasih Zaidah :) krn telah bersusah payah mengangkat saya hingga kelihatan sedemikian rupa hebatnya, saya amat terharu, sungguh.  Dan terima kasih DBP :) saya sayang DBP selalu juga!)

Wan Salmah

Tuesday, March 17, 2009 // by Azmah Nordin // 109 comments

wan :)  seperti biasa, jika perlu,  baca `Dari Sifu' dulu, lepas tu paste la cerpen yg telah anda tulis tu, nanti saya periksa k

Monday, March 16, 2009

Novel Remaja; Apa Yg Paling Diminati?

Monday, March 16, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Apakah anda seorang penulis yang baik? Bagaimana hendak menjadi penulis yg terbaik - termasuk utk novel remaja? Sukar sangatkah? Perlu keluar byk belanjakah, Utk menghasilkannya?

Jom kita terokai bagaimana hendak mencari idea dan cara menghasilkan novel untuk remaja berusia 13 ke 15 tahun, dan apa yang paling menarik minat mereka utk membaca. Idea Penulisan Kreatif; Pembangunan Peribadi, Perhubungan Kekeluargaan, Kasih Sayang Sesama Insan, Pemilihan dan Peralihan.

Remaja belasan tahun, lazimnya mahu membaca novel yg ada kaitan dengan perasaan mereka, dan mahu melihat protagonisnya mampu mengatasi masalahnya sendirian - tanpa bantuan orang dewasa, secara langsung; misalnya, masalah hubungan antara mereka dan ibu bapa, adik beradik, masalah kekeluargaan, pencarian identiti dan jati diri, tekanan hidup; gangguan kaki buli dan sebagainya.Terutama sekali cerita-cerita yang mempunyai tema yg positif, mampu mencetuskan ispirasi, harapan dan dapat membantu pembaca mengatasi masalah peribadi mereka yang mungkin lebih kurang sama dengan masalah yang terpapar dlm novel tersebut.

Malah, cerita-cerita kembara dan fantasi juga mendapat tempat di hati para pembaca remaja. Mereka mencari watak utama (seperti manusia biasa di alam nyata) yg teguh semangatnya, yang sanggup berhadapan dengan apa jua rintangan yang mendatang; kerana ini mampu memberikan inspirasi kepada mereka utk mengatasi masalah mereka sendiri. Jadi, bagaimana menghasilkannya? Apabila anda menghasilkan karya, sebenarnya anda membentuk sebuah perkongsian dengan pembaca. Bukan hanya sekadar perkongsian kewangan - anda tulis dan mereka bayar untuk membacanya, tapi sesuatu yang jauh lebih dalam daripada itu. Ia seperti pertukaran suatu bentuk `tenaga'. Penulis terbaik, lazimnya, turut melibatkan emosi mereka semasa berkarya, dan pembaca akan mengutip perasaan yg disalurkan lewat karyanya.

Jadi, bagaimana anda tahu sama ada anda seorang penulis yg baik ataupun tidak?

Mana2 penulis pun, sama ada yg sudah mampan atau yang baru berjinak2 dengan penulisan kreatif, boleh tahu dengan sendirinya bahawa mereka penulis yg baik atau sebaliknya. Anda hanya perlu tanya diri anda sendiri; benar, proses kreatif itu sendiri sangat memenatkan, tp apakah anda pernah berasa terhibur - hingga mungkin tercetus semangat juang, keinsafan, kasih sayang sesama insan, seronok dan sebagainya - semasa mengembangkan cetusan idea yg bergelojak dalam jiwa, membentuk pelbagai watak dan perwatakan yg meyakinkan/logik, menciptakan pelbagai bentuk emosi yg akan berubah2 dari masa ke semasa, di sepanjang jalan cerita, plot demi plot yg mengejut-sentakkan perasaan dan mencabar minda, menggarap semuanya supaya kelihatan seperti menonton wayang secara minda, apabila dibaca kelak? Dan, jika disuruh membaca karya itu sendiri, begitu terbit, apakah anda rasa anda tetap akan berasa terhibur juga - seperti yg reaksi yg anda harap drpd pembaca novel anda? Itu saja yg perlu anda tanya kpd diri anda sendiri. Jika jawapan anda `Ya', terbukti anda adalah seorang penulis yang baik. Betul2 baik. Teramat sangat baiknya.


Permainan Penulisan


Terbukti sudah, hanya penulis yg mampu menghiburkan diri sendiri dengan karyanya setelah terbit sajalah, boleh dianggap sebagai penulis yang mampu menghiburkan pembacanya. Tapi, jika penulis itu berkarya sekadar utk memenuhi tugasan yg diberi Bos, dan karyanya lebih bersifat permukaan semata-mata, mendatar (tidak hidup) tanpa sebarang dorongan semangat juang (sbb bukan dtg dari hati sendiri), tanpa idea yg segar dan memberansangkan diri (krana tiada usaha utk menjana idea yg bukan pun miliknya sedari awal lagi) dan tanpa terapan nilai-nilai murni (sbb memang pun ceritanya tidak diyakini dgn seluruh jiwa dan raga), dengan sendiri, dengan sendiri, penulis itu boleh tau hasil karyanya akan lahir nanti bagaimana kesannya. Tidak baik. Sangat2 tidak baik. Teruk. Dahsyat!

Menjadikan Karya anda Teman Kpd Pembaca?


Bayangkan begini; seorang remaja masuk kedai buku. Antara ratusan atau ribuan buku, remajaj itu akhirnya memilih buku anda untuk dibeli dan dibaca. Apa maknanya, di sebalik pemilihan itu, jika tidak bertujuan utk berkomunikasi dengan anda, pengarangnya, secara tidak langsung? Semua pembaca novel pun sama; mencari karya yang boleh menghiburkan, sekaligus bijaksana, lucu, nakal dan boleh diperbahas-bincangkan secara matang sesama rakan pembaca. Dan, paling utama, mereka membaca karya anda utk berhubungan dengan minda anda, lewat karya. Mereka akan berasa rapat dengan pengarang, biarpun mungkin mereka tidak pernah bersua muka secara peribadi.

Pengaliran Emosi atau Tenaga;

Ok, katakanlah anda menghasilkan karya suspen. Watak utamanya gadis remaja berusia 15 tahun, yg bergaduh dgn ibunya dalam kereta, pada tengah malam. Kereta ibunya terlanggar pemisah jalan, dan kereta itu bergolek2 dan menjunam ke gaung yg tidak berapa dalam. Gadis itu tercampak keluar, sedangkan ibunya pengsan dan masih terperangkap di dalam kereta. Dia mungkin berjaya mengeluarkan ibunya drpd kereta itu, tp ibunya yang cedera parah, masih tidak sedarkan diri.

Telefon genggam gadis itu, terpelanting entah ke hutan belukar mana. Begitu juga dengan telefon genggam ibunya. Utk mendapatkan bantuan, gadis yg juga mungkin mengalami kecederaan dan berlumuran darah itu perlu menelusuri lembah yg gelap gelita. Dan, sebagai penulis, anda seharusnya mengizinkan diri anda `masuk' ke dalam jiwa gadis itu, mengalami apa yg dialami, melihat segalanya melalui matanya, merasa gelojak perasaan yg dirasainya. Sepatutnya, sambil anda membina plot demi plot, latar demi latar dll, dada anda terus berdebar kencang, sekencang dada watak utama yg anda bentuk itu. Begitu watak utama anda melonjak ketakutan apabila terserempak dengan anjing hutan liar, anda juga seharusnya turut melonjak secara dalaman oleh ketakutan yg sama seperti gadis itu - jika tidak pun terlonjak dari kerusi yg anda duduki di hadapan skrin konmputer anda. Rasa takut yang anda rasai semasa menggarap-gambarkan senario dlm cerita ini, diterjemahkan dlm perkataan yang pelbagai rentak pada mukasurat anda.

Jika anda dapat `masuk' ke dalam jiwa watak gadis itu, pembaca dengan mudah akan menangkap rasa takut anda, pada setiap butir perkataan yang anda susun sebegitu rupa - dah, nah dari situ, berlakulah suatu pengaliran emosi antara pengarang dan pembaca yang dipanggil `tenaga' yg disebut di atas tadi. Tapi, jika anda tidak mengizinkan diri anda untuk turut merasai semua ketakutan suasana yang anda gambarkan dalam cerita anda, tidak mengizinkan daya khayal anda yang terlepas bebas utk menerokai alam sekitarnya, secara tidak langsung anda sudah menghalang pengaliran `tenaga' daripada berlaku. Pembaca pasti merasa akan kekosongan atau kehilangan sesuatu daripada karya anda yg dibacanya (mungkin dibaca separuh jalan cuma). Berakibat drpd itu, mereka gagal menghubungkan diri mereka dgn karya anda. Secara tidak langsung, karya itu gagal.


Bebaskanlah Perasaan Anda Semasa Berkarya


Sebagai penulis, sewajarnyalah anda juga mampu mempunyai emosi seperti yg dimiliki oleh insan yg lain; misalnya, ketawa, menangis, riang, bimbang, takut, marah, berduka, kagum, terpegun kehairanan, jatuh cinta, benci, cemburu dan sebagainya. Semua perasaan ini penting, supaya anda boleh terapkan perasaan itu ke dalam jiwa watak2 dlm karya yg cuba anda hidupkan kelak. Caranya mudah saja; bertindak secara spontan. Tulisan yang kaya dengan `tenaga/emosi' adalah apabila penulisnya mengizinkan perasaannya mengalir bebas semasa melaksanakan proses penulisan kreatif.

Perasaan cuma; bukan perlu wang juga kan?

Saturday, March 14, 2009

S.E.A write Awards 2009 (Hari ke 2, ke 3 dan ke 4)

Saturday, March 14, 2009 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Seperti yg dijanjikan, di sini saya perturunkan sedikit catatan ttg pengalaman dan gambar2 saya yg sedang demam selsema dan batuk yg teruk, di sepanjang minggu S.E.A Write Awards yg amat mengesankan.  Pertama2 sekali ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terutama sekali kepada Sdr. Zaidah Ahmad Rosly  dan Sdr Ana Suhana, pegawai2 dr bahagian Unit Perancang Bahasa dan Sastera DBP, kerana telah bekerja keras dan menjaga saya dan anak saya dgn sgt2 baik dari permulaan perjalanan hingga ke saat saya kembali ke Kota Kinabalu, sepanjang saya di Bangkok.  Budi kedua2 gadis jelita yg sgt2 baik hati ini, amat saya hargai dan akan saya kenangi hingga ke akhir hayat saya. Saya sayang kamu berdua juga  :) percayalah)

Ucapan dlm bahasa Inggeris pula





First and foremost, please allow me to record my highest appreciation to His Royal Highness Crown Prince Maha Vajiralongkorn and Her Royal Highness Princess Srirasm for gratifying us with the privileged and honour of being in our midst in this ceremony. The dignified and distinguished Royal guests of honour, His Excellency ambassadors and officials, generous sponsors, fellow recipients of S.E.A Write Awards, secretariat officials and, ladies and gentlemen.

 

In this prestigious and beautiful ceremony, which is important and meaningful to all the prolific literary writers from ASEAN countries, I am indeed grateful and thank Allah the Almighty for granting me, His minuscule servant, this invaluable prestigious S.E.A. Write Awards.

I would like to take this opportunity to express my deepest gratitude to the Government of Thailand, my mentors from Dewan Bahasa dan Pustaka and from various universities in Malaysia, as well as to each individual involved in making this a reality for me to be in this eventful ceremony, to receive this honour which is beyond my wildest dream. It is indeed an unexpected honour, and I am indebted to all of you. May God bless you for doing me the great honour of being accepted as this year’s recipient of the S.E.A. Writes Awards.

I believe I am indebted to Dewan Bahasa dan Pustaka for their undying support and motivation. About twenty-two years ago, I came to Dewan Bahasa dan Pustaka firmly holding onto my family’s prayers and a desire to embark in creative literary writings. Dewan Bahasa dan Pustaka opened the door and guided me with proper trainings in creative writings through series of workshops organised for the aspiring young writers.

Through my participation in those workshops, I learned to realize that literature is a “diamond” - that transmit and shed lights radiantly to the readers. The beauty of the language, sound moral values, and the plots are all woven with a splendid creativity. In my humble opinion, literature is a “diamond” in which in its origin needed to be shaped and polished so we could appreciate its lustrous beauty. This glittering “diamond” (literature) will always shine into the emotion of the readers. In all, literature moulds and shapes the humankind.


Finally, in this wondrous ceremony, I gained new knowledge. If a literary work is a diamond, then the S.E.A. Write Awards is a “diamond award”! As one of the recipients of this “diamond award”, I am indeed one of the luckiest people on earth at this very moment, honestly!

Thank you.










(Gambar2 dlm bilik mandi hotel 7 bintang, Hotel Mandrin Oriental, tp oleh kerana demam selsema dan batuk2 teruk, saya tak dpt memanfaatkan semuanya. terutama sekali tub mandi tu... isk!)







(pemandangan dr dlm bilik hotel, Sungai Choa Phraya yg indah tp ganas arusnya)



(pemandangan semasa baru nak bersarapan, di Terrace Mandrin Oriental Hotel, selangkah dari Sungai Choa Phraya yg mengalir deras. Di belakang tu, boleh nampak perahu dan hotel2 lain di seberang sungai. Wah, ngerbang2 rambutku!)



(walau tak sihat, time makan pasti makan punya! sekali tengok bil, RM 280.00, dan itu baru satu kali bersarapan tu, nasib baik penaja yg bayar makan minum, pagi petang, siang malam, sepanjang minggu...kalau tidak, nahas! hehehe... )








(gambar permulaan Tour of Grand Palace & Royal Arts & Cultural Centre)




(bersama pemenang dari Thailand yg kacak bergaya, dikelilingi istana yg diperbuat sepenuhnya daripada emas daun dan di dalamnya dipenuhi dengan batu2 permata yg tak ternilai harganya - sebutir saja,sudah boleh membuatkan seseorang itu hidup sebagai billionaire tujuh keturunan, khabarnya)


(Apa yg buat panas semacam ni hah? Lirikan Mr Paul Theroux tu, ataupun cik abang sedang pegang tombak dan berwajah garang tu?)



(bersama isteri pemenang dari Laos dan isteri pemenang dari Vietnam)


(wah, boleh juga praktis jadi penjaga istana yg penuh dgn emas tulin dan intan permata ini, dr encik2 askar yg comel2  ni kan? )




(Baca sedutan daripada karya yang menang, novel Mega Nissa, dalam sesi di Istana Suan Pakkad)




(Bergambar sebelum menikmati pelbagai majlis Cocktail reception di Suan Pakkad Palace, yg dianjurkan oleh M.R. (Mom Racharawong') Sukhumbhand Paribatra, Pengerusi Chumbhot-Pantip Foundation)




(bersama2 Lyn, Hajah Norsiah, pemenang dari Brunei Darussalam, pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam :) saya rindu kamu semua sekarang tau!)


(para awardee dijamu dalam majlis coktail oleh pihak penaja anugerah, di Bank Bangkok dengan penuh gaya)



(menerima cenderamata drpd pihak Bang Bangkok pula)


Pada hari keempat, ronda2 dengan bas pelancong, melawat Ayuthaya siap dengan pemandu pelancongnya lagi; Bangsai Arts and Craft Center of HM Queen of Thai Sirikit of Thailand.  Sayangnya, pada detik inilah kamera kami buat hal.  Selepas melawat Ayuthaya, makan tengah hari di River Hotel, dan kemudian menyertai Afternoon Tea di rumah Mr Rex Morgan yg hebat bak sebuah muzium tak ternilai ukiran seni  (dan harganya, tentunya!)  yg terletak selangkah dari deruan Sungai Chao Phraya yg berarus deras - mengujakan, mendebarkan sekaligus menyeramkan!

Friday, March 13, 2009

Petua Penulisan Kreatif

Friday, March 13, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

1. Apa Yang Boleh Buat Anda Bahagia?

Fikirkan tentang objek, manusia, haiwan atau apa saja yang boleh membahagiakan anda. Menggunakan ini dalam karya boleh membantu anda membangkitkan daya kreativiti dalam karya anda sekarang dan karya-karya akan datang. Kerana kebahagian itu sendiri adalah suatu emosi yang sgt kuat, dan ia perlu digunakan untuk menghidupkan karya anda, apabila diperlukan.

2. Tulis Cerita Secara Terbalik?



Katakanlah dalam minda anda ada cerita yang hebat sekarang, tapi anda tak pasti bagaimana hendak memulakannya (mungkin anda ragu2 kerana tidak mahu menghasilkan karya sama dgn penulis2 lain), utk itu, tulislah cerita secara terbalik. Mulakanlah ceritanya di bahagian paling akhir... kemudian, dari sana, anda akan melakukan banyak imbas balik. Dengan cara yang betul, anda pasti akan mendapat satu hasil yg membanggakan!

3. Minda Yang Resah

Apabila anda dapati daya fikir anda selalu melayang liar tidak ketentuan, terutama sekali apabila anda teruja keseronokan ataupun semasa anda menghadapi tekanan hidup, memang sukar untuk anda duduk diam, menghadap skrin komputer berjam2 lamanya. Sebagai penulis atau bakal penulis, anda terpaksa mencari jalan utk menumpu perhatian kepada apa yang dikerjakan, kerana daya kreativiti tidak dpt berkembang mekar jika terlalu banyak gangguan.

Selain drpd riadah (Utk yg beragama Islam), elok juga jika anda boleh melakukan meditasi untuk mencari ketenangan dlm diri. Anda hanya perlu duduk di kusyen, menghela nafas dalam2 sebelum menghembuskannya keluar semula, berulang-kali. Dan cuba mengawal pergerakan daya fikir anda semula, sehingga anda mampu memilih apa yang anda perlu fikir, dan apa yang anda tolak ke tepi utk difikirkan di kemudian hari saja. Anda boleh berkata begini, "Ok, sekarang apa yang A akan buat, fikir, rasa, bertindak jika berhadapan dgn situasi ini...) Fokus.

4. Pengalaman Hidup

Penulisan Kreatif - tidak bermakna anda harus create (reka/cipta) semuanya. Anda boleh ambil cerita dr pengalaman anda sendiri sebagai permulaan, dan kemudian anda boleh pinjam pengalaman orang lain. Jangan ragu-ragu untuk menghasilkan karya tentang pengalaman hidup diri sendiri, selagi nawaitu ketika menghasilkan karya itu tetap murni, apabila dibaca orang. Yang pasti, kesengsaaraan hidup, tanpa perjuangan untuk mengatasinya - bukan sebuah karya kreatif yg positif atau membina.

Hanya melihat kembali pengalaman yg lalu, barulah kita boleh faham mengapa kita boleh berada di sini, ketika ini.


5. Kenali Format Penerbit

Belajar mengenali format penerbit di mana kita mahu hantar karya kita nanti. Cara mudah, anda pergi sendiri menemui para editor mana-mana penerbitan yang anda ingin lihat karya anda terbit. Sebaik2nya, biarlah dgn penerbit2 yg berwibawa dan telah terbukti boleh dipercayai. Tanyakan jenis karya yg bagaimana yg pihak penerbit itu perlukan. Novel dewasa? Novel Remaja? Novel Kanak2?

Anggaplah diri anda seorang ahli perniagaan seketika, dan apabila mahu menjual sesuatu kpd seseorang, tentulah anda perlu jual apa yg org itu mahu bukan? Dari segi kualitinya, citarasanya, warnanya, dan sebagainya. Ini semua boleh dipelajari, tp juga perlu dipatuhi demi kebaikan dua pihak - pihak anda dan pihak penerbit... memberi dan menerima... give and take.

Yang pasti, pihak penerbit tidak akan `beli' barangan yg kita `jual' - kalau ia tidak menepati citarasa/format mereka. dan kita tidak boleh paksa beli, apa yg orang tak `gunakan/makan'.


6. Simpan Matlamat Anda Dalam Buku Log.

Sedikit sebanyak, ia mampu membuatkan anda menurunkan matlamat anda dalam bentuk tulisan. Sebelum tidur malam, catat apa yg anda harapkan akan anda buat utk karya anda, pada keesokkan harinya. Catat juga samada anda berjaya atau tidak memenuhi harapan anda pada hari itu. Ini perlu dilakukan, apabila anda cuba menghasilkan beberapa projek dalam satu masa, ataupun anda menghasilkan novel yg panjang dan berat.


7. Novels vs. Cerpen


Betulkan kata orang; Cerpen adalah baby/bayi kpd novel? Mungkin juga tidak, dan mungkin juga ya. Mungkin ia juga bergantung kpd kemahiran dan keupayaan seseorang penulis samada mau mengembangkan cerpen menjadi novel, atau memendekkan novel menjadi cerpen. Perbezaan antara cerpen dengan novel; dlm cerpen, segala2nya perlu padat, dan jalan ceritanya singkat (1 + 2 gabungan peritiwa/cerita = 1 cerpen.. tp kalau mahir, boleh buat lebih byk gabungan lagi). Sementara novel pula, lebih banyak kebebasan, lebih fleksibel untuk berkreatif,lebih mendalam, lebih kompleks, lebih mencabar, rumit tpi sekaligus menyeronok-puaskan. Tapi tiada yg mustahil dan boleh buat, jika anda mau.


8. Memerharikan Orang lain

Jika anda mencari unsur-unsur yang lebih segar, cuba anda pergi ke tempat di mana orang ramai sering berkumpul... di taman permainan kanak2, sebagai contoh, atau di stesyen bas atau di gerai makan dll... dan kemudian, `pasang telinga'. Bawa buku nota, catat apa saja yang menarik rongga pernafasan, penglihatan, pendengaran anda dan sebagainya. menarik rongga pernasan anda = bau yg anda hidu. Pendengaran anda = perbualan menarik/aneh yg anda terdengar. Penglihatan anda = orang yg lalu lalang berhampiran anda, gaya jalan, gaya berckp, gaya/mimik muka apabila mereka gelak atau marah dan sebagainya. Bayangkan bagaimana org yg anda perhatikan itu menjalani hidupnya. Kadang2 menghasilkan karya berdasarkan org yg tidak pernah kita temui di alam realiti, adalah lebih menarik dan menyeronokkan.

9. Ikut Jejak Perwatakan

Memandangkan novel adalah besar/tebal dan banyak wataknya, elok juga jika anda mencatatkan setiap perwatakan (dalam dirinya, kesukaannya, gaya cakapnya dan lenggok bahasanya, pengalaman peribadinya, fahaman agama dan politiknya, psikologinya dll ttg watak-watak anda yg berbeza2 itu. Ini dapat membantu konsistensi anda hingga ke penamat cerita, dan anda tidak akan sesat dlm karya anda sendiri.

10. Menulis untuk Menulis Semula.

Apabila membuat draf permulaan untuk satu2 karya, tulis saja. Masukan emosinya (mungkin boleh emosi anda sendiri di sini, lebih tulin begitu bukan?) dan sebagainya di atas kertas atau di mswords anda. Kemudian, kita akan tulis semula, tambah-kembang-baik-pulihkan di sana sini, renovate mana yg patut dll. Kerana, sesebuah karya itu tidak tamat - selagi kita tidak puas!

...

Thursday, March 12, 2009

S.E.A write Awards 2009 (hari pertama)

Thursday, March 12, 2009 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Seperti yg dijanjikan, di sini saya perturunkan sedikit catatan ttg pengalaman dan gambar2 saya yg sedang demam selsema dan batuk yg teruk, di sepanjang minggu S.E.A Write Awards yg amat mengesankan. Pertama2 sekali ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terutama sekali kepada Sdr. Zaidah Ahmad Rosly dan Sdr Ana Suhana, pegawai2 dr bahagian Unit Perancang Bahasa dan Sastera DBP, kerana telah bekerja keras dan menjaga saya dan anak saya dgn sgt2 baik dari permulaan perjalanan hingga ke saat saya kembali ke Kota Kinabalu, sepanjang saya di Bangkok. Budi kedua2 gadis jelita yg sgt2 baik hati ini, amat saya hargai dan akan saya kenangi hingga ke akhir hayat saya. Saya sayang kamu berdua juga :) percayalah)

Ucapan Penerimaan SEA Write 2009 Awards


Menjunjung kasih buat Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Duli Yang Maha Mulia Puteri Srirasm yang sudi hadir di majlis yang gilang-gemilang ini. Yang dimuliakan keluarga diraja Thailand, yang dihormati para duta dan pegawai-pegawai kedutaan, para penaja, penerima S.E.A. Write Awards, pihak sekretariat dan hadirin sekalian.
 
Pada majlis yang indah permai dan penuh bermakna kepada semua penulis negara ASEAN ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa atas limpah kurnia-Nya kepada hamba-Nya dengan penganugerahan Anugerah S.E.A Write yang tidak ternilai lagi tinggi prestijnya ini kepada saya.




Pertama sekali, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Thailand, mentor-mentor saya di Dewan Bahasa dan Pustaka dan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, serta setiap individu yang terlibat sehingga membolehkan saya berada di majlis yang serba indah ini, untuk menerima penghormatan yang tidak pernah sekali pun berani saya impikan menjadi milik saya. Saya sangat menghargainya dan amat terharu, sungguh! Hanya Tuhan Yang Maha Kuasa sahaja yang dapat membalas budi baik saudara-saudara sekalian kepada saya.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, saya tidak mungkin berada di majlis yang hebat ini tanpa sokongan dan dorongan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira 22 tahun yang lalu, saya datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka hanya dengan berbekalkan doa keluarga dan segenggam semangat untuk menerjuni bidang penulisan kreatif. Dewan Bahasa dan Pustaka bukan sahaja membuka pintunya, malah memberikan saya bimbingan demi bimbingan melalui bengkel-bengkel penulisan kreatif yang mereka anjurkan.

Melalui penyertaan dalam bengkel-bengkel tersebut, saya mula menyedari bahawa sastera adalah seumpama berlian yang berkeupayaan memancarkan dan menyerakkan cahaya kehidupan kepada para pembacanya, terutama sekali melalui keindahan bahasa, keteguhan nilai-nilai murni dan plot-plot cerita yang di dalamnya dijalin dengan daya kreativiti yang tinggi. Bolehlah kita katakan sastera sebagai “penulisan berlian” yang sebenarnya seperti berlian juga yang perlu dicanai untuk dinikmati keindahan dan kilauan cahayanya. Diharapkan gemerlapan sastera ini akan terus menjadi perhiasan jiwa pembacanya, sekali gus mempunyai pelbagai kegunaan dalam pembentukan manusia dan kemanusiaan itu sendiri.

Akhir sekali, pada majlis yang gilang-gemilang ini, saya mempelajari sesuatu yang baru lagi. Jika sastera adalah penulisan berlian, maka Anugerah S.E.A. Write adalah anugerah berlian. Sebagai salah seorang penerima anugerah berlian ini, saya adalah antara insan yang paling bertuah pada saat ini, sungguh!

Sekian, terima kasih.



( Hari pertama;  sebaik saya dihantar utk berlepas ke Thailand, begitu menyedari saya adalah awardee dari Malaysia, saya sudah menerima layanan VVIP daripada pihak Thai Silk Airways, dlm segala segi. SEtiba saya di Bangkok, begitu pintu pesawat terbuka, sudah ada limousin menunggu di utk kenderaan dlm terminal lapangan terbang yg menanti kami, utk memintasi perjalanan lain2 VVIP bagi memudahkan kami melewati pihak imegrasion. Dan di luar pintu terminal, limousin serba mewah, sedia menanti utk memawa kami ke Mandrin Oriental Hotel, Bangkok dgn penuh gaya. Saya rasa mcm dlm mimpi indah saja.  Terima kasih DBP dan semua mentor  saya kerana memberikan saya peluang dari kaca mata VVIP :))


Saya sedang menjawab soalan drpd pihak wartawan dan peminat sastera dalam `Exclusive interview session with Mr. Paul Theroux'




(kat atas tu, gambar lelaki yg tinggi berdiri di sisi saya tu, pemenang dari Singapura, Chia Hwee Pheng, di sebelah kiri saya, pemenang dari Brunei Darussalam, Hajah Norsiah binti Haji Abdul Gapar, pemenang dari Indonesia, Floribertus Rahardi, pemenang dari Philipines, Abdon Jr Balde, pemenang dari Vietnam, Cao Duy Son, pemenang dari Laos, Khamseng Synonthong dan pemenang dari Thailand, Uthis Haemamool. Gambar yg duduk di hadapan itu adalah para penaja S.E.A. write Awards yg terdiri daripada Presiden2 Bank terkemuka di Thailand dan dari Royal Thai Silk Airlines)




(Semasa ditemuramah oleh gadis sekolah menengah di Bangkok)



(saya dibantu sepenuhnya oleh Sdr Zaidah Ahmad Rosly, termasuk apabila saya menghadapi kesukaran memahami pertuturan bahasa Melayu gadis beragama Islam ini)



(saya dan Lyn dalam perahu, menyeberangi Sungai Choa Phraya untuk ke majlis Baan Phraya, yg terletak bertentangan dgn hotel bertaraf 7 bintang tmpat kami menginap selama seminggu.



(saya, Lyn dan Ana Suhana, pegawai perancang Bahasa dan Sastera DBP dlm perahu)




Posted by Picasa

(gambar di atas ni, saya menerima `Honorarium' dan disyorkan supaya pergi shopping sakan semahunya. (Wah! Demam selsema dan batuk2 pun, sanggup pergi shopping sampai dinihari! Alangkah! hehehe...)


(tgh dlm proses ngurat Mr. Rex Morgan, jejaka kayaraya dan sgt baik hati dari Rex Morgan Foundation... hehehe)



(kat atas ni semasa diraikan dalam majlis Thai Dinner and Classical Dance Show, di Sala Rim Naam restaurant.)



(Sambil menjamu selera, sambil menonton persembahan kebudayaan Thai yg sangat lembut drpd penari2 jelitanya di restauran yg kelihatan seperti sebuah ruang dalam istana!)

Tuesday, March 10, 2009

Dari Sifu

Tuesday, March 10, 2009 // by Azmah Nordin // 1 comment

Langkah Pertama.


(FYI; saya bimbing kelas ini, hanya mengikut cara saya menghasilkan karya selama ini) Yakni, dr segi praktikalnya - bukan teorinya. Semua wajib panggil saya Sifu, supaya saya boleh serius dgn anda dan supaya tiada peserta yg boleh manja lebih2 dgn saya. Jadi, profesional k :) Dan apabila saya dah buatkan anda thread/ruang utk memudahkan anda berkarya dan berinteraksi dgn saya, bererti anda dan saya sudah ada PERJANJIAN untuk menghasilkan karya bermutu. Jika anda tak bersedia mengikat janji dgn saya, sila beritahu saya awal2, nama anda masih boleh didelete dr senarai peserta kelas di blog ini.

Ok, jom kita hasilkan karya sastra bersama2 :)


1. Perlu ada google akaun; gmail, kalau tiada, senang saja buat. pergi ke google mail, sign up; tak sampai lima minit, dah siap k


2. Sila beri nama betul anda, usia dan jantina; bagi memudahkan saya memilih pendekatan yg sesuai bagaimana hendak membantu anda. nama betul pula, kiranya adillah kan, sbb saya sendiri bukan hanya guna nama betul, tp siap siar gambar lagi kan

3. Tetapkan; mau tulis novel atau cerpen? Sasaran usia khalayak pembacanya, pilih; 10 - 12, 13 - 16, 17 - 21, 22 - ke atas ... Perbezaan usia, akan menggambarkan perbezaan cara pemikiran, psikologi, perjuangan dan sebagainya. (tapi hanya sebuah dlm satu masa k)


4. Tema bebas (asal tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang fahaman agama, kaum, fahaman ideologi, politik dan seumpamanya - ok saja bagi saya... untuk kelas je, selepas anda mahir dan dah boleh berdikari, anda boleh tulis apa saja - asal ada PERJUANGAN/PENGORBANAN di dlmnya - utk mengangkat nilai2 murni supaya setiap karya lebih bererti. Nilai murni ini boleh dibincangkan bersama kelak)

5. MESTI DOUBLE SPACING DAN MESTI GIGIH! DAN, BAGI YG DAH ADA NAMA SEBAGAI PESERTA DAN TAK AKTIF LEBIH SEBULAN, TANPA MEMAKLUMKAN KPD SAYA AKAN SBB2NYA, NAMA ANDA AKAN DIKELUARKAN DR  KELAS  INI.


5.Setiap orang diberi peluang  menghasilkan 5 (lima) buah cerpen sehingga menjadikan hasil karya bermutu tinggi, selepas itu, setiap orang dikenakan bayaran RM 50 (boleh minta discount, jika perlu k, jgn bimbang) utk setiap cerpen yg dikerjakan bersama saya di sini secara terbuka - tp, jika mahu masuk pertandingan penulisan, di mana kerja keras diperlukan drpd kedua pihak anda dan saya, dan ia tidak percuma lagi dan tidak dihasilkan secara terbuka di blog ini k


Yg lain2 tu, kita akan bincang di thread masing-masing. Peringatan; sekali anda sudah mengorak langkah menyertai kelas  saya ini - tiada undur lagi. kerana kegagalan anda adalah kegagalan saya, dan tiada siapa yg suka gagal kan. Anda harus terus hasilkan karya, hingga sukses. :)

Dan, jika ada peserta baru mau menyertai  kelas ini, sila tulis nama anda di bawah ini, supaya saya senang nampak... nanti saya cuba masukkan ke dalam senarai peserta kelas bimbingan di bawah ini. InsyaAllah.

 setiap kali anda hantar posting, sila tulis nama anda di bawah ini dan beritau saya di shoutbox supaya `Jerit Apa Saja K..' tu , supaya saya senang nampak...tak terlepas pandang dan tak terlupa akan kewujudan posting anda tu k.. jika saya terlepas pandang, ingatkan saya berkali2, dan jgn merajuk k

Plot Asas

Tuesday, March 10, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Seperti kebanyakan orang, andainya anda juga beranggapan bahawa bagi `penulis tulen', plot datang dengan mudah, macam bergoleknya batu permata raksasa dari atas bukit dan terus terhenti di hadapan anda - maka, silalah buang tanggapan seperti itu, jauh-jauh dengan segera.

Biarpun mungkin ada segelintir penulis yang dilahirkan semulajadi mampu menyerap atau menyusun plot dengan mudah, ramai lagi penulis lain yg terpaksa mempelajari tentang unsur-unsur plot dan mengkaji dengan sepenuh perhatian tentang bagaimana penulis-penulis lain membina naratif mereka dengan jayanya.

Ia bukan sesuatu yang ajaib atau magis. Unsur-unsur sesebuah cerita boleh dikaji dan dipelajari. Malah, anda sudahpun mempelajarinya di kelas-kelas Bahasa Melayu dan Sastera, semenjak di sekolah menengah rendah lagi (kalau saya tidak silap). Tak salah kiranya anda membuat kajian semula semua yg pernah anda pelajari, perspektif atau sudut pandang seorang penulis - bukan sebagai pelajar.

Ia mungkin kedengaran mudah, tapi tanpanya, kemahiran anda sebagai seorang penulis, keupayaan anda membebaskan daya fikir anda membayangkan watak-watak yang seperti nyata dan boleh dipercayai, kemampuan membentuk diolog logik dan boleh diguna oleh manusia realiti, dengan bahasa yang indah - akan menjadi sia-sia belaka.

Dalam setiap karya, mesti ada watak utamanya, bukan? Watak utama inilah yg akan menjadi antara penggerak kepada keseluruhan cerita. Watak utama inilah dinamakan protagonis. Sebagai protagonis dalam sesebuah karya, tentulah dia panberhadapan dengan sebuah konflik dalam hidupnya - mungkin dengan watak lain, masyarakat, alam semulajadi, dirinya sendiri dan gabungan daripada semua ini, dan kemudiannya melalui pelbagai perubahan sebagai penyelesainya.

`Konflik' ini juga dikenali sebagai `Satu Persoalan Besar' dalam hidup watak utama anda itu. Persoalan yang hanya terjawab pada penghujung cerita.

Misalnya;

1, a. Apa yang berlaku kepada King Lear apabila dia membahagi-bahagikan empirenya dan menjauhkan diri daripada anak gadisnya yang setia dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya?

1,b. Apakah Elizabeth Bennet dalam novel Pride and Prejudice hasil karya Jane Austen, akhirnya berkahwin kerana cinta, atau apakah dia dan saudara perempuannya akhirnya mengahwini lelaki berada untuk menyelamatkan masalah kewangan keluarga yang memalukan?

Perubahan bagaimana yang mampu dicetuskan oleh sesebuah konflik ini?

2,a. Ternyata Elizabeth Bennet menyedari akan bahaya apabila mengiziknan prasangka menggangui pertimbangannya.

2,b. King Lear merasa rendah hati dan belajar mengenali antara kejujuran dan kedangkalan.acquires humility and learns to recognize superficiality and sincerity.

2,c. Ternyata. pada penghujung cerita, kedua-duanya menjadi semakin bijak, biarpun Lear terpaksa membayar harga yang mahal untuknya.

Unsur-unsur Plot

Sesebuah cerita, biasanya akan melalui pelbagai peristiwa penting - dari permulaan cerita, sehinggalah persoalan yang dibawa oleh cerita itu dijawab dengan memuaskan. Cara memperkenalkan watak, suasana persekitaran, dan kepada pusat konfliknya.

Untuk mempastikan agar plot sentiasa kuat, pastikan anda sentiasa libatkan protoganis atau watak utama anda dilibatkan sejak seawal mungkin. Ini untuk mengelakkan para pembaca zaman sekarang daripada hilang arah dan mungkin terus sesat minatnya ke arah lain, jika protoganisnya hanya muncul di mukasurat 5 atau 10 ke atas.

Juga, seboleh mungkin, wujudkanlah unsur2 suspen, supaya para pembaca tidak tertanya-tanya mengapakan mereka membuang masa membaca karya anda. Macam kita tengok wayang juga. Perlu ada thrill atau keseronokan semasa menonton atau membaca. Buat mereka sukar hendak melepaskan buku anda, jika belum habis di baca. Yang paling mudah, letakkan diri anda di tempat pihak pembaca - dan bayangkan anda membaca karya orang lain, yang cara penulisan, plot dan sebagainya, saling tak tumpah seperti anda. Apa perasaan anda ketika itu?

Monday, March 9, 2009

Peserta Bengkel Cerpen Online

Monday, March 09, 2009 // by Azmah Nordin // 2 comments

Sdr2.


Andainya anda berminat menyertai bengkel cerpen online, sila turunkan nama anda di sini... Begitu dapat nama anda, saya akan bukakan satu thread khas utk seorang peserta, dan di sana saya akan cuba seboleh mungkin utk memberikan sepenuh perhatian kepada setiap seorang peserta. Kita boleh mulakan dengan apa cara pun... mungkin anda sudah pun ada cerpen, utk dibedah dan diperkukuhkan sebelum dihantar ke pihak penerbitan... mungkin anda hanya ada idea, tapi belum menulis apa2 kerana tidak pasti di manakah hendak dimulakan atau bagaimana hendak memulakan... dan sebagainya.


Untuk menyertai bengkel ini, hanya ada 2 perkara yg saya minta;


1. bersedialah untuk lebih terbuka menerima teguran dan berkesanggupan utk membuat pembaikan, jika diperlukan... walau hanya cerpen, kualiti sesebuah karya amat penting diutamakan, sebelum menghantarkannya ke pihak penerbit.

2. bersedia utk membantu sesama rakan bengkel dlm penulisan kreatif ini kelak.


Selagi belum ramai peserta, anda mungkin boleh mendapat perhatian yg lebih drpd saya, Sifu Az...Yakni, selagi saya masih ada hayat, InsyaAllah :)

Dan, bengkel ini PERCUMA/FREE saja. Layanannya sama rata kpd setiap peserta, tiada hubungan peribadi secara email atau hp, kerana saya jarang jengah emel saya dan selalu `silent' kan hp saya, so tak bermakna apa2 kalau saya beripun. Di sini lagi anda baik, kerana boleh dpt berhubung dgn saya secara peribadi, berbanding di dunia realiti. Siapa saja boleh, tanpa mengira usia - tanpa mengira di negara mana anda berada. Yg penting, anda memang mau berusaha ke arahnya.

Nama Anda di sini, utk saya sediakan thread khas utk sdr2, secara individu;


1.....


2......



(anda perlu ada akaun gmail (google mail) atau yg berkaitan utk menghantar posting kat blog ni k..)


TAMBAHAN;

Andainya anda tersangkut dlm perncarian ilham atau mencari bahan untuk cerpen anda nanti, sila berbincang dgn saya. Jgn segan2 atau takut2, saya tak gigit orang...

Dan, andainya saya tak sengaja terlepas pandang akan nama anda, pls pls plsss... jerit kat shout box itu hingga saya nampak k...

Sunday, March 8, 2009

Proses Penulisan Kreatif; Melayari Bahtera Digital

Sunday, March 08, 2009 // by Azmah Nordin // No comments



"Alangkah bertuahnya kalau saya boleh menulis novel berkualiti… satu pun jadilah, asal ada. Tapi, alangkah sukarnya proses penulisan novel!”


Begitulah luahan hati seorang wanita korporat lanjut usia, dengan rendah hati, lewat artikel di akhabar yang pernah saya baca suatu ketika dahnlu. Pada mulanva, memang sukar memahamiya. Lewat artikel dan gambar yang disertakan dalam akhbar itu. jelas menggambarkan wanita itu bukan calang-calang orang. Wanita itu memiliki segalanya. Punya kerjaya cemerlang sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa. Naik jet, macam naik has ke sana sini. Punya unil-unit kondominiun dan banglo-banglo bak istana kayangan yang bertaburan di pelbagai pusat peranginan di serata dunia. Punya deretan pelbagai kenderaan impot dan pelbagai jenama. Punya kuda peliharaan bagi memenuhi hobi bersukan kudanva. Punya suami anak-anak tercinta yang berjaya dalam bidang masing-inasing, tapi masih beranggapan dirinya tidak cukup bertuah?

Bagaimana tu, ya?




Termenung saya memikirkannya Barangkali, apa yang koporat itu maksudkan adalah
tentang keinginannya untuk meninggalkan sesuatu lebih bererti, setelah ketiadaannya
kelak. Sesuatu yang berbentuk khazanah yang Iebih bermakna dan rakaman nurani yang
lebih murni kepada anak bangsa dan negara. Rupanya kerja memproses karya kreatif
novel bukan saja boleh dianggap sebagai suatu profesyen yang menarik. tapi setanding
dengan kerjaya yang lainnya - jika tidak ebih pun!

MEREALISAS1KAN IMAGINASI

Persoalannva, barangkali, bagaimanakah era teknologi maklumat dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dalam proses kreatif penulisan novel? Dan kini, setelah turut tenggelam timbul dalam suasana ekonomi negara yg sekejap tenang sekejap bergelora, dan kerap pula terseret atau terhimpit oleh masalah keperluan asas, contohnva barangan untuk proses penulisan seperti stem, envelop, kertas, ink computer yg bagaikan tidak tertangguh-tangguh untuk dinaik-lambungkan harganya oleh para pekedai, (itu tak termasuk bil elektrik, telefon, internet), apakah penulis masih
punya harapan unluk terus merealisasikan imaginasi dengan sempurna?

Bagaimana mahu berkreatif dengan tenteram, jika di sana sini pihak-pihak penerbit juga yang turut dilanda suasana ekonomi yang sekejap tenang dan sekajap bergelora seperti ini, hingga banyak mengistiharkan bahawa mereka akan mengurangkan/memotong jumlah penerbitan buku karya kreatif? Bagaimanakah hendak 'memelihara' ilham yang mercup tanpa waktu itu, agar tidak menggolek lari kegerunan (kerja mencatat ilham bukan suatu tabii vang lumrah bagi semua penulis), kalau tidak pun terus mengecut kelayuan, sebelum sempat dikembang-mantapkan dalam minda. Dan, yang paling penting, apa yang perlu dibuat agar semangat untuk berkarya - tidak diibaratkan bak daun-daun yang berguguran pada musim semi, atau macam saham yang bertumbangan dan ekonomi yang bagai sentiasa dilambung di atas titian gelora, hingga ada yg remuk-parah? Bagaimana
meladeni fakulti otak agar tidak turut terperangkap, terpulas-simpul-kusut hingga lunyai-da1am pusaran arus gelombang tsunami yg masih sekejap menyurut reda dan sekejap bergelora menggila itu kembali? Bagaimana?

BUKA PUSAT MAKLLMAT

Jika tidak terlalu terhimpit oleh gelombang ekonomi yg tidak menentu, proses kreatif penalisan novel dalam era teknologi mak'lumat ini, sesungguhnya amat mencabar lagi menyeronokkan, ia boleh digarap dengan lebih mudah, yakni dibandingkan dengan sebelumnya Contohnya, cukup dengan berkurung di dalam rumah, seseorang boleh tahu segala maklumat tentang sesebuah negara atau tokot-tokoh terkenal, perkembangan berita terkini, bahan2 yg boleh digunakan sebagai ilmu bantu utk novel anda dan sebagainya - berada di hujung jari-jemari, biarpun akhbar-akhbar tempatan belum menyiarkannya lagi. Dan dapat berhubungan pula ke seluruh dunia. Tinggal lekan dan buka pusat maklumat, itu saja.

Caranya juga cukup sederhana. Segala aktiviti yang lazim, mampu diiakukan lewat
internet. Menakjubkan, memang. Seorang pengguna penulis cukup menghubungi provider local lokal. Dan, terserah pada pengguna penulis untuk melayan bahtera digital semahunya. Kelik saja beberapa kalimat yang diperlukan; sekelip mata, penulis akan dapat menjaring pelbagai informasi/maklumat pada paparan skrin komputer yang bak telaga yang berwarna-warni. Melalui Webcam, forum dan sebagainya, seseorang penulis buleh berdiskusi tentang berbagai-bagai hal termasuk tentang proses kreatif penulisan novel, secara beramai-ramai dengan teman-teman siber. Tidak seperti sebelum
memasuki era teknologi maklumat, kini anda tidak perlu lagi terlalu kerap ke perpustakaan untuk membuat persediaan rapi, sebagai memulakan proses kreatif penulisan novel. Tapi memadailah dengan menghubungi World Wide Wen utk memperolehinya.

Hanya setelah rapi persediaannya’, maka barulah proses 'pengeraman' ilham boleh
anda laksanakan. Namun. dalam era teknologi maklumat ini, proses `pengeraman' pun
tidak lagi praktikal dilakukan secara berlama-lamaan. Kerana, dikhuatiri, anda akan
ketinggalan zaman di ruang siber – kecuali jika anda mahu menulis novel bertema sejarah.


KASIH SAYANG SESAMA INSAN


Persoalannya, antaranya (begitulah yang perlu difikir-timbangkan oleh anda, tentunya)
adalah bukanlah apa yang hendak ditulis, sebaliknya kenapa anda hendak menulisnya.
Apa matlamat atau nawaitu yang wajar digarapi di sebalik apa yang tersurat tapi tidak tersurat dalam karya itu nanti? Bagaimanapun, jauh di lubuk hati, sama seperti kebanyakan penulis lain, seharusnyalah, faktor utama anda menulis adalah kerana ingin menyalurkan `Kasih Sayang Sesama Insan’, tanpa mengira ras, asal usul keturunan, fahaman agama, ideologi dan sebagainya, menerusi setiap karya seboleh mungkin.

Lazimnya, dorongan untuk menghasilkan karya kreatif tercetus apabila ada sesuatu yg menyentuh atau menggores-lukakan perasaan anda. Contohnya, mungkin, apabila anda terlihat sesuatu peristiwa yang menyayat atau menyakitkan hati, terdengar cakapan orang lain yang penuh simbolik, terbaca sesuatu yang menakjubkan sama ada lewat artikel atau berita secara lisan atau yang diterbitkan oleh pelbagai media massa, termasuk lewat internet Di samping, anda juga seharusnnya begitu cenderung untuk mengikuti perkembangan semasa, contohnya, tentang pergolakan politik dalam dan luar negara, pembangunan insan dan agama, kemasyarakatan. kemanusiaan, kebudayaan dan sebagainya. Percayalah, waktu-waktu seperti inilah, lazimnya, ilham akan rnercup tiba bak paparan ilmu di skrin komputer dan boleh disalinkan ke dalam memori komputer atau dicetak untuk dirujuk-kembangkan isi ilmunya apabila diperlukan. Namun, jika terleka sedikit, ilham yang muncul sepantas kilat akan berubah bak munculan buih-buih sabun di udara - belumpun sempat diraih-gapaikan, ia sudah pun meletup pecah dan lenyap dari penglihatan. Jika terleka. Tapi, Jika tidak leka, barangkali berbagai-bagai cerita boleh diproses sebagai penulisan kreatif daripada tema berlatarkan sejarah hinggalah ke tema yang berlatarkan
sains fiksyen.

Dalam proses penciptaan, pertama-tama sekali, anda perlu berusaha membina keyakinan
dalam diri sendiri dulu. Pada zaman sekarang, lewat internet, kita sudah boleh dpt maklumat dengan mudah. Bagi yg tidak boleh berbahasa inggeris, anda boleh dapatkan kamus pelbagai bahasa secara percuma dan dengan mudah, seluruh blog tmpt yg anda mahu dapatkan ilmu/disiplin bantu yang releven dengan apa yang hendak tulis itu, dialih bahasakan ke bahasa Indonesia. Begitulah hebatnya apabila anda mampu melayari bahtera digital alam maya!

Sebelum anda mula duduk utk berkarya, anda perlu betul-betul memahami fahaman agama, latar budaya sesebuah masyarakat, psikologinya, falsafahnya, masalah dan sebagainya - yg ingin anda angkat-kembangkan dalm karya anda nanti. fahaman agarnanya dan sebagamya. Jika anda ingin mengungkap-tonjolkan pergolakan hidup mereka, anda perlu berhati-hati tentang ini, demi mengelakkan daripada tersinggung mana-mana golongan masyarakat.

Sesungguhnya, setelah memasuki era maklumat mi, anda pasti dapati makin mudah memperolelu ilmu/disiplm bantu tentang pelbagai profesyen yang diperlukan untuk menggarap karya kreatif penulisan novel. Contohnya, tentang dunia Islam, perubatan, perundangan, perfileman, perhotelan, pengiklanan, pengkopratan dan sebagainya Saya hanya perlu mengetik beberapa kalimat pada keyboard komputer, menyelami ruang siber yang bak lautan dalam tidak terukur dalamnya; dipenuhi dengan
beraneka ilmu, berwarna-warni. Dan, berdasarkan bahan ilmu/disiplin bantu, seboleh mungkin, anda seharusnya akan berusaha menggarap tema cerita dan cuba mempersembahkan teknik penulisan yang berbeza daripada novel-novel sebelumnya.
ini penting dilakukan, kerana anda tidak mahu membosankan diri sendiri sewaktu dalam proses kreatif penulisan novel tersebut. Apatah lagi kepada pembaca, apabila diterbitkan nanti. Mata fikir anda harus mampu melihat makna budaya, objek-objek yang boleh difahami, watak-watak ciptaan yang dilengkapi dengan pengucapan, warna, mood perlakuan yang simbolik dan sebagainya - seolah-olah ia benar-benar hidup dalam alam realiti atau mcm tengok wayang gitu, sepanjang waktu melewati proses kreatif penulisan novel itu.

Detik-detik inilah, anda harus tanyakan pada diri sendiri, sesuaikah watak-watak itu dirudupkan dengan tema novel ini? Apakah imbas muka bersesuaian dengan jalan cerita? Tidakkah aksi dramatik utamanya nanti akan dianggap begitu klise dengan novel penulis lain? Selain daripada nada atau tona yang serius, wajarkah diselitkan sedikit unsur humor dan romantis dalam proses krealif karya itu? Ketika ini, seharusnya sudah banyak gambaran yang tertayang di kepala anda pada waktu itu, Namun andainya gambaran mi tidak boleh 'dilihat hidup-hidup' dalam mata fikir maka semasa proses kreatif penulisan novel, ini bermakna anda belum cukup bersedia. Puncanya mungkin kerana persediaan dari segi mental, fizikal dan keyakinan diri anda belum cukup mantap. Persediaannya dalam bentuk pembacaan, pemahaman, penghayatan dan bahan ilmu/disiplin bantu, belum cukup mendalam. Berurutan dengan itu, proses pengeraman ilham pun jadi tidak matang dan sebagainya. Jelasnya, memaksa diri berkarya tanpa persediaan vang sempurna, hanya akan menghasilkan karya vang kucar-kacir isi dan maknanya. Itu pasti mengecewakan diri sendiri, apatah lagi pihak penerbit dan pembaca!

Dalarn hal ini, anda perlu berhati-hati tentang perkara ini. Kerana itulah, setiap satu manuskrip yang siap diproses, tidak dihantar terus kecuali diperlukan cepat oleh pihak penerbit. Tapi ini tentulah jarang berlaku. Biasanya sebelurn manuskrip dihantar ke pihak penerbit, perlu cuba anda nilai-tasirkan sendiri akan isinya: Apakah cara pengungkapan dan permainan kata-katanya sudah mampu meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca? Dan retorika yang mampu mengindahkan sesebuah karya, dapatkah digarap dengan sebaik mungkin di dalam karya itu? Apakah simbol atau tambang yang cuba diutarakan tidak keterlaluan hingga berlaku perubahan makna? Hingga bukan saja sukar difahami, malah mengelirukan para pembaca kelak.

Fikirkanlah tentang semua itu, dan berusaha agar lebih berhati-hati;
setiap patah perkataan yang ditulis, setiap ilham yg diproses-salurkan melalui proses
penulisan itu, diibaratkan benih yang akan bertunas dalam pemikiran para pembaca. Jika benihnya sempurna, maka sempurnalah tanggungjawab anda terhadap mereka. Begitulah sebaliknya.

Namun, melalui bengkel online ini, saya ada utk menunjukkan anda `jalan’ yg betul k... Insya-Allah :)


Saturday, March 7, 2009

Apa Itu Penulisan Kreatif?

Saturday, March 07, 2009 // by Azmah Nordin // 9 comments

Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Tapi apa itu Penulisan Kreatif?

Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis. I membebaskan kita daripada identiti massa yg kita lihat di sekeliling kita. Di mana akhirnya, penulis akan menulis bukan untuk menciptakan hero/watak utama tidak yang melanggar nilai2 murni sejagat, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri - untuk kelansungan hidup sebagai individu.

Penulisan, biar dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tapi berbaloi - anda akan mendapat keputasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai digarap. Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar, mencabar pada ketika-ketikanya, tp juga menyeronokkan.

Bagaimana Hendak Memulakannya?

Betulkah, seperti tanggapan ramai, bahawa jika seseorang itu sudah membaca banyak cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan kreatif?

Ada ramai juga yang percaya; oleh kerana kebanyakan daripada kita `petah di dalam minda' dan bukan buta huruf, maka tidak perlu ada tempoh percubaan jika kita mahu memahirkan diri dalam pertukangan penulisan kreatif. Ramai yang berfikir begitu, sehinggalah dia cuba menghasilkan novel pertamanya. Seperti sebuah perabot, mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari (merancang, mengenal pasti stye dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat, menggergaji-bentukkan, menukul-pakukan, membarnish-kilatkan dan sebagainya). Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri - sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?


Bagaimanapun, jika anda ingin sekali menghasilkan karya tanpa sebarang panduan daripada yg lebih mengetahui caranya, tak salah kiranya kalau mencuba; tapi janganlah terlalu kecewa, andainya usaha pertama anda tidak sebaik yang anda harapkan. Sama juga macam seorang tukang kayu yang mungkin mendapati kerusi pertama yang ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin kaki kerusi itu bergoyang2 atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah. Banyak buku2 yang cenderung membina penulis2 baru . Seeloknya anda baca buku2 itu dihasilkan oleh mereka yang benar2 giat menulis, samada cerpen ataupun novel, kerana anda mahukan pengalamannya sebagai seorang cerpenis dan novelis. Selain daripada mendapatkan tips daripada penulis2 berpengalaman - saya, misalnya.

Sebelum menghasilkan novel, saya cadangkan anda memulakan karya yang ringan sedikit. Menghasilkan cerpen dahulu. Apabila anda sudah menghasilkan cerpen, anda sebenarnya sudah boleh menulis novel. Untuk novel pertama dan kedua, elok juga anda memulakan dengan penulisan yang ringan sedikit juga. Misalnya, novel kanak-kanak dan remaja - sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Selepas siap (tak payah tunggu terbit, asal dapat kelulusan pun ok) saya yakin anda sudah punya cukup keberanian untuk mengorak lang dan menghasilkan novel dewasa pula. Untuk menghasilkan novel dewasa pertama - nanti kita boleh bincang, ok?

Namun, andainya anda akhirnya hanya termenung berjam-jam, menatap skrin komputer yg tidak memaparkan apa2 pada muka surat ms worda anda tu, kenapa tulis saja idea/cerita yang anda fikirkan hingga menggerakkan menghampiri komputer anda sebelumnya. Ini adalah sebagai satu latihan ringkas, mengarah kepada penulisan yang sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan tentang tata bahasanya, jalan ceritanya, watak2nya, suasananya ataupun mutu penulisannya (kerana anda belum lagi mahu menghantar manuskrip anda kepada pihak penerbit ketika ini kan?). Bila anda sudah dapat melihat idea atau ilham cerita anda di dalam bentuk `hitam/putih', ia akan memberikan anda semacam semangat untuk memikir-kembangkan cerita anda itu dalam bentuk novel.

Tips untuk penulis baru;

`Latihan ringkas' adalah untuk menguatkan `otot-otot' penulisan anda - dan jika anda kehabisan idea/ilham, elok jika anda berbincang dengan ahli keluarga dan handai tau dan meminta pandangan mereka. Mereka mungkin bukan penulis, tapi mereka mampu mungkin boleh berfikir dengan lebih logik kerana tidak dibebani oleh tuntutan penghasilan karya seperti anda. Cubalah, itu yg sering saya lakukan. Tidak semestinya, semua pandangan mereka anda terima. Mana yg bersesuai dgn jalan cerita anda, anda ambil. Mana yg tidak, diamkan saja. Sebagai membalas budi, ambil nama mereka sebagai antara watak2 baik dlm karya anda. Seperti yang saya sering lakukan.


Entah mengapa, ramai penulis baru mendapati bahawa mencuci pakaian, memasak, mengemas rumah, menonton tv, memotong rumput lalang lebih menarik, berbanding dengan apabila mereka terpaksa duduk berjam2 menghadap komputer dan dgn segala jerih payahnya cuba menyusun kata demi kata di dalam microsoft words page mereka! Dalam keadaan ini, anda hanya ada satu pilihan; paksa diri untuk melalui keraguan dini ini, setelah penulisan itu mulai memasuki ke mukasurat ke 2 dan seterusnya, ia akan semakin mudah bagi anda, percayalah. Cuba menulis setiap hari, biarpun ia hanya untuk 30 jam, sementara itu anda perlu mengembangkan watak dan plot cerita di dalam minda anda, terus-terusan.

Andainya sekali lagi idea anda terbantut di tengah jalan, bawa buku nota ke mana-mana saja anda pergi dan cuba kaitkan apa saja yang anda perhatikan, dengan cerita anda. Selain daripada pemerhatian, anda juga perlu memasang telinga; di setesyen bas, di restoran, di kafe, di pasaraya, di perhimpunan umum dan sebagainya. Melalui cara pemerhatian ini juga, anda akan mendapat menangkap bunyi dialog2 natural dan hebat (tercetuskan oleh keadaan tertentu atau bau yg dihidu), apabila dimasukkan ke dalam karya anda.

Kenal pasti akan detik bila anda paling kreatif. Untuk kebanyakan penulis, masanya adalah pada awal pagi sebelum pelbagai kegiatan asas perlu diberi perhatian dan ditunaikan. Ada juga akan lebih senang berkarya pada lewat malam, setelah semua ahli keluarganya masuk tidur. Ada pula tidak mengira masa untuk berkarya, asal telinga mereka boleh disumbat dengan irama muzik dari mp3. Jangan takut untuk membuat eksperimen!

Semasa mula berkarya, janganlah terlalu bimbang samada anda menulis dengan cara betul ataupun tidak. Semua penulis akan mengulang kaji dan mengedit manuskrip mereka, setiap kali semasa berkarya dan selepas berkarya. Amat jarang bagi mana2 penulis yang menulis pertama kali dan semuanya terus sempurna segalanya, tak perlu diperiksa-editkan jalan ceritanya, tata bahasanya, susunan ayatnya dan lain2 lagi.

Begitu selesai draf permulaannya, biarkan ia buat beberapa hari - kemdian datang balik kepadanya dalam keadaan kepala yang segar. Jika anda tahu di mana masalahnya dengan cerita anda tapi tidak pasti di manakah ia, minta bantuan ahli keluarga atau rakan penulis anda. Tidak ada rakan penulis yang tinggal berhampiran dengan rumah anda, anda boleh dapat rakan penulis melalui online. Saya ada juga bukan, InsyaAllah.

Kadangkala, para penulis juga akan berasa tertekan sehingga merasakan bahawa kerja penulisan kreatif adalah kerja paksaan dan mesti dibuat, dia mungkin ingin melengah-lengahkannya seboleh mungkin. Jika plot anda terlalu sukar diterima akal, watak-watak dalam karya anda akan meratap kebosanan dan anda yakini bahawa kanak-kanak boleh menghasilkan karya lebih baik daripada anda - rehatlah. Kemudian, bangun balik dan mulakan projek baru, sesuatu dibuat secara suka-suka saja. Tulis cerpen mini sebanyak 10 muka surat cuma. Dengan menyudahkan karya pendek begitu, boleh membantu membina semangat anda - jika karya panjang hanya membuntukan fikiran anda, buat ketika ini. Lambat-laun, dengan sendirinya anda akan tergerak untuk menghasilkan karya panjang (novel) pula, utk menyampaikan perjuangan anda dengan lebih bebas lagi.

Tips tambahan;

1. Sertai apa saja pertandingan penulisan kreatif. Bina nama. Apabila nama sudah tercipta di mana-mana, karya anda akan lebih mudah diterima oleh pihak penerbit.

2. Kunjungi website2 dan blogs penulis dan pelajari sebanyak mungkin ilmu daripada para penulis mampan tentang tips dan dunia penulisan kreatif.

3. Yakin diri anda boleh buat sebaik penulis lain - jika tidak lebih pun, tabah melalui banyak cabaran/dugaan, dan sedia untuk berkorban segala kepentingan diri, sementara karya dalam proses penulisan.


Jika ada yg tidak jelas, atau ingin tau tntang pengalaman saya sebagai penulis, sila tanya k...

Wednesday, March 4, 2009

Gaya Penulisan Sendiri

Wednesday, March 04, 2009 // by Azmah Nordin // 2 comments

Membentuk Gaya Penulisan Anda Sendiri

Tanpa niat untuk melakukan sebarang penciplakan, anda perlu mendekati pengarang-pengarang yang anda gemari, mengutip idea tentang bagaimana gaya penulisan mereka dan bagaimana hendak mengubah-suaikan gaya penulisan mereka supaya bersesuaian dengan penulisan anda.

Ada penulis yg begitu terperinci apabila menggambarkan tentang sesuatu perkara atau suasana; misalnya, tentang mejayang diperbuat daripada jenis kayu apa, hembusan udara yang mereka hidu sewaktu mengunjungi Pasar Tamu atau Pasar Tani di pinggir bandar, atau betapa indahnya suasana biru hijau Banjaran Crocker yang diselimuti kabus pagi dan sebagainya. Namun, ada juga pengarang yang jarang-jarang menggambarkan segalanya secara terperinci dalam karya mereka. Jika ada pun hanya kerana ia perlu untuk melancarkan perjalanan plot karya mereka.

Apakah karya anda berdasarkan sudut pandangan orang ketiga atau orang pertama? Cari dan fikirkanlah dari sudut pandangan apa yang paling selesa dan muda anda terapkan dalam karya anda. Begitu anda dapat gaya anda itu, kekalkannya dalam karya tersebut. Kecuali anda memang mempunyai sebab tertentu untuk memasukkan gaya penulisan berbeza dlm satu karya, anda perlu berhati-hati supaya pembaca tidak keliru dengan jalan cerita anda. Lazimnya, konsistensi dalam gaya penulisan adalah penting untuk setiap pengarang.

Menyiapkan Karya Anda Dengan Gaya Penulisan Anda

Mungkin, apa yang paling utama dalam menyiapkan sesebuah karya, adalah ketabahan dan semangat juang yang teguh. Biar betapa sibuk pun jadual anda, anda terpaksa mengorbankan (mengorbankan kerana mungkin anda sudah berkeluarga, atau ada filem menarik di tv yg perlu dilupakan, atau ada kekasih yang menanti layanan yg perlu anda mohon pengertiannya seboleh mungkin dll...) beberapa jam daripada masa HARIAN anda untuk berkarya.

Dan, mungkin walau anda tidak berkarya setiap hari pun, sekurang-kurangnya anda boleh memikirkan tentang ilham yang tercetus dalam daya fikir anda. Yakni, sehingga cerita dan karekter yang anda bentuk akan kelihatan seperti betul-betul hidup di dalam mata fikir anda. Anda seperti boleh melihat wajah, pakaian, perasaan, gaya jalan, gaya bercakap, gaya bila gembira, gaya bila marah atau sedih dan sebagainya. Anda seperti dapat merasakan apa yang mereka rasakan, seolah-olah pergolakan jiwa mereka adalah pergolakan jiwa anda sendiri.

Anda boleh melakukan semua ini semasa anda berada dalam kereta, di dapur, di pejabat, waktu makan-makan di restoran, waktu berkelah, waktu berkamping dan sebagainya. Ini dipanggil proses pemeraman. Mengeram sambil menanti saat menetas. (Bagi saya pula, ini proses penghamilan bayi dalam rahim - hamil hingga saat melahirkan...semasa hamil itu, saya akan menjaga pemakanan dan kesihatan, serta saya belai-bisik-terapkan kasih sayang yg bukan alang kepalang kepadanya). Dan proses ini, tidak memerlukan anda menghadap typewriter mahupun komputer, bukan?

Monday, March 2, 2009

Metafora

Monday, March 02, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Bagaimana hendak menggunakan metarofa dengan betul? Jawapannya mudah saja; Dgn mengelakkan klise dan metafora yg bercampur baur.

Apabila digunakan dengan betul, metafora boleh dijadikan alat fiksyen yg sgt berkesan. Ia adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan bahasa dan menghidupkan prosa anda dengan lebih baik. Juga seperti trengkas, hanya dengan beberapa patah perkataan, ia mampu menyalurkan gambaran atau makna cerita dengan serta-merta kepada pembaca.

Namun, seperti lain-lain peranti sastera, metafora boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak digunakan secara betul; membuatkan pembaca keliru, sekali gus menarik perhatian khalayak pembaca kepada lemahnya kemahiran penulisnya sendiri. Perangkap yang paling biasa untuk diperhatikan, apabila menggunakan metafora yang begitu biasa dan kerap digunakan orang lain. Ia dinamakan klise.

Pernyataan seperti `tenang sebelum ribut', `ibunda alam,' atau `dia jantan keparat', sudah terlalu kerap digunakan dan jika terus digunakan akan dianggap klise. Kecuali ia penting dan bersesuaian dgn karya anda, bagaimanapun, kiranya ia lebih elok jika dapat dielakkan sepenuhnya. Andainya anda tidak dapat mencipta metafora sendiri, kadang2 lebih baik terus tidak menggunakan apa2 metafora dan memilih unuk menggambarkannya dengan cara biasa dan biasa-biasa saja.

Metafora Campuran; lagi satu masalah yang biasa ditemui, adalah kecenderungan untuk mencampurkan metafora atau menggunakan metafora secara keterlaluan - lazimnya berpunca daripada terlalu mahu melakukan sesuatu yg luar biasa, ataupun melakukannya secara cuai atau membabi buta saja. Asal siap, misalnya. Hasilnya, ia membawa dua imej yang betul2 tidak tercapai dek akal;

Contohnya; keyboard kami akan mengajar mata fikir anda untuk dimainkan dengan telinga anda' Di sini, penulisnya cuba menggambarkan 2 metafora - malangnya, ia membawa kepada sesuatu yang tidak tercapai den otak para pembaca (mungkin oleh dirinya sendiri juga, bukan? Kerana; mata fikir tidak boleh memainkan apa-apa pun secara realiti, apatah lagi telinga!

Andainya anda pernah ada rasa ragu2 samada metafora yg akan anda gunakan nanti sesuai dan berjaya ataupun tidak - eloklah anda jgn gunakan langsung pada paragraf itu. Menggunakan metafora secara tidka kena tempatnya dan melulu saja, hanya akan membuatkan seorang penulis itu kelihatan lemah dan mengganggu kelancaran serta pemahaman pembaca. Padahal, tujuan utama penulis menulis adalah untuk berkomunikasi dan menyampaikan masej kepada pembaca?

Ada cara mudah untuk memperdekatkan cara pemikiran kita kepada apa2 saja metafora ataupun perumpamaan yang tercetus dalam pemikiran kita apabila berhadapan dgn sesuatu keadaan. Apa2 saja.. dan jangna bimbang apabila anda terfikirkan tentang sesuatu yang baru..begitu tercetus di fikiran, catitlah ke dalam buku nota anda sebagai bahan rujukan anda kelak. Sentiasalah melakukan latihan minda dengan mengaitkan pelbagai kegiatan harian anda, dgn metafora ataupun perumpamaan. Lebih kreatif dan lebih menyeronokkan. Lama kelamaan, minda anda akan menjadi biasa untuk berfikir secara metafora apabila anda berhadapan dengan pelbagai keadaan di dalam karya anda kelak.


Sebagai contoh;


`Saya adalah sebuah kamera dengan penutupnya tertutup, cukup pasif, merakam tapi bukan memikirkan. Merakam lelaki yang sedang mencukur jambang di jendela, dan wanita yang memakai kimono sedang mencuci rambutnya. Suatu hari nanti, semua ini harus berkembang, dicetak dengan berhati2, dan diatur. " Terjemahan bebas untuk karya Christopher Isherwood, The Berlin Stories.
'

Yang pasti, metafora dan perumpamaan bukan hanya membuatkan hasil karya kita lebih menarik, tapi ia juga membuatkan kita berfikir lebih mendalam tentang subjek yang kita angkat. Dalam lain perkataan, metafora bukan hanya barang perhiasan dalam karya kita; ia adalah cara kita berfikir.