• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, March 19, 2009

Selangkah Demi Selangkah

Thursday, March 19, 2009 // by Azmah Nordin // // 8 comments

Sdr2.


Bagi yang belum lagi berjinak2 dlm penulisan kreatif berunsur sastera - tp yakin anda berbakat dan amat berminat untuk menghasilkan cerpen atau novel - barangkali kita boleh memulakannya selangkah demi selangkah seperti di bawah ini dahulu.

Tidak kisahlah kalau langkah itu dan tindak balas anda seperti tidak selari, dan saling tidak mempunyai hubung-kait antara satu sama lain. Kadangkala, hubungan yang seperti tidak logik, akan menimbulkan hasil karya yang lebih menarik dan asli.

Daripada latihan/bengkel penulisan kreatif lewat blogspot ini, tiada sesuatu yang benar atau salah dalam memulakan langkah dalam bidang penulisan. Jika ada sudah memulakan langkah pertama dengan menulis sesuatu pada mswords anda, bererti anda sudah berjaya.


Jom kita cuba dengan teknik ini pula;


1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda.


2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).


4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.

5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.

6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.


7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya :)


Untuk itu, silalah melangkah...

8 comments:

  1. terima kasih ya mas, atas kunjungannya.
    blog yang bagus.
    great.!!!!:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Terima kasih sdr Azmah kerana telah melawat blog saya. Suka melihat blog sdr yang punya pelbagai info berguna buat saya. Tetapi buat pengetahuan sdr, blog saya yang sebenarnya telah berpindah ke nnashuhaa.blogspot.com Senang-senang, datanglah melawat.

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah...amat menarik sekali buku-buku tuan. Saya amat berminat untuk menceburi penulisan kretif..sudi membimbing saya

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusallam sdr Bakri :) terima kasih kerana sudi membalas kunjungan saya. Ya, saya akan dtg ke blogspot anda yg baru tu :)

    Dan, utk mengikut bengkel, anda perlu beritau saya anda nak sertai bengkel apa, novel atau pun cerpen k

    ReplyDelete
  5. Salam. Puan Azmah adalah novelis yang saya amat kagumi. Boleh kah puan hasilkan novel berlandaskan budaya seliu-liu yang menjadi landskap perpaduan etnik Bajau menerusi amalan saling membantu dan bekerjasama.

    ReplyDelete
  6. Sdr Azrone :)

    Saranan anda sgt menarik, jika saya boleh dptkan bahan mentahnya (budaya seliu-liu, termasuk puisi rakyatnya) saya pasti akan mengangkatnya menjadi bahan novel saya yg akan dtg.

    Utk pengetahuan sdr. novel remaja terbaru saya, mengangkat seorang gadis suku kaum Bajau Laut, sebagai heroinnya. Puteri Delima. Tp, setakat ini, saya belum nampak lagi ia terjual di Sabah, barangkali.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih dan semoga kita boleh bekerjasama. Semoga terus berjaya. Nanti saya cari novel tu bila ke KL nanti, Insya-Allah. Untuk karya seni saya, layari http://azrone.blogspot.com

    ReplyDelete