.

Photobucket

.

.

Proses Penulisan Kreatif

Wednesday, February 18, 2009 Posted by Azmah Nordin
Cerita Apa?


Menghasilkan novel, seharusnya merupakan sesuatu yg menyeronokkan, biarpun agak sukar. Biarpun terdapat pelbagai panduan di sepanjang anda cuba menghasilkan karya, pada dasarnya semua pun bergantung pada anda juga.

Menghasilkan sebuah novel; tidak seperti menangani sebuah jentera mesin, misalnya, atau masak rendang ayam – ia bukan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Tiada satu pun piawai untuk menentukan cara bagaimana hendak melakuannya, juga samada apa yang buat itu yg terbaik ataupun tidak. Juga, tak bermakna sekali anda telah menghasilkan karya terbaik, tidak bermakna karya-karya anda yang seterusnya akan sebaik yang pertama. Yang pasti, hampir keseluruhan proses penulisan kreatif itu sendiri penuh dengan misteri, dan selalunya tanpa syarat.

Tapi, itu tidak bermakna sebarang panduan penulisan itu tidak bermakna atau mempunyai nilai sama sekali. Malah, ia sama sekali di sebaliknya. Mempunyai keinginan menghasilkan karya penulisan kreatif, terutama sekali apabila anda belu ada satu pun karya novel yang telah dicetak, sama seperti anda sedang mengidam untuk makan sesuatu yang sukar diperolehi, padahal anda belum pun hamil! Mujur juga, bukan anda seorang saja yang menghadapi masalah ini, kerana ramai lagi yang penderita yang menghadapi masalah yg sana di luar sana.

Setelah lebih 20 tahun saya menceburi bidang penulisan kreatif, dengan lebih 52 buah buku (novel dan 3 antologi cerpen persendirian) yang sudah diterbitkan oleh DBP, banyak membantu mematangkan saya dalam dunia ini.

Ada John Irving; menulis novel, tanpa mengetahui akan penamatnya, adalah orang dungu dan pekak. Sebuah novel, katanya lagi, menceritakan sesuatu yang sudah berlaku dan untuk itu anda tidak boleh saja-saja mencipta sesuatu yang lain, di sepanjang penulisan novel tersebut.
Oh, betulkah? Soal saya, ketika membaca komennya. Nasib baik saya tidak membaca komen beliau tentang perkara itu, sebelum saya menghasilkan novel-novel saya. Bagaimanapun, saya rasa, setiap orang, mempunyai caranya yang tersendiri bagaimana hendak menghasilkan karya kreatifnya. Termasuk John Irving.

Kemudian, menurut El Doctorow pula; “Seseorang penulis perlu ada suara hati sendiri yang bergelora di dalam dadanya untuk mendorong dia untuk menyiapkan sesuatu karya dan berkarya terus. Ia adalah satu rahsia terpendam setiap penulis, bahawa bahasa mendahului niat. Saya tidak memulakan dengan apa-apa perancangan.” (sebenarnya, inilah juga cara saya menghasilkan karya saya) Bukankah pendapat El Doctorow itu, sangat bertentangan dengan John Irving?

Namun, setelah difikir-fikirkan semula, mungkin apa yang meeka maksudkan sama saja; bentuk dan gaya penulisan sesebuah novel itu ditentukan oleh pemikiran yang sebelumnya, cara bagaimana sesuatu bahan cerita didekati dan diangkat dalam sesebuah karya, kiranya tidak kurang penting juga. Malah, mungkin lebih penting daripada bahan cerita itu sendiri.

Proses penulisan kreatif memang sangat sukar. Ibaratkan seorang wanita hamil; dia terpaksa melalui proses kehamilan 9 bulan 10 hari biasanya. Dari seorang wanita ke seorang wanita lain, melalui proses kehamilan itu dengan cara yang berbeza; ada yang muntah-muntah, migrain, mengidam makanan aneh-aneh atau yang terlarang dan sebagainya, di sepanjang waktu kehamilan. Begitu juga dengan penulis; juga menghadapi pelbagai masalah semasa dalam proses penulisan kreatifnya – bukan sekadar 9 bulan bulan dan 10 hari saja, mungkin bertahun-tahun yang menekan dan kadang-kadang mengecewakan; itu tidak termasuk diserang `writers block’ tiba-tiba, saat tengah berkarya! Kemudian, mungkin dengan tidak sengaja, apabila anda mula menulis, ada pula ahli keluarga yang berasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh anda. Itu tidak termasuk dengan pengorbanan demi pengorbanan yang perlu dilakukan, terutama sekali bagi penulis yang baru menjinakkan diri dlm dunia penulisan kreatif ini. Misalnya, jika sebelum ini, sebaik pulang kerja dan menunaikan solat, masak, makan dll - anda tidak boleh duduk santai sambil menonton tv atau menghantar posting di mana-mana forum seperti biasa. Sebaliknya, masa yang mungkin hanya 2 jam itu, anda gunakan sepenuhnya untuk ditumpukan kepada karya anda. Tidak perlu tulis banyak-banyak dalam satu masa, 5 muka surat sahari sudah memadai.


(nanti, kita boleh bincang tentang teknik penulisan ini, jika anda berminat.)


Yang pasti, hanya dengan keazaman yang teguh, kesabaran yang bukan alang kepalang dan percaya pada apa perjuangan/mesej yang ingin kita sampaikan lewat karya itu saja, yang boleh mempastikan sesebuah karya kreatif boleh siap dengan sempurnanya.
You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Response to "Proses Penulisan Kreatif"

Post a Comment

featured-video