• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, July 9, 2009

Membentuk Watak

Thursday, July 09, 2009 // by Azmah Nordin // // 1 comment

Membentuk Watak Dalam Karya Anda


Bagaimana kita hendak menentukan watak utama yg sesuai kita masukkan ke dlm karya kita, sama ada cerpen ataupun novel? Cara saya, lazimnnya, saya akan mengambil watak daripada manusia yg betul2 saya kenal dlm dunia realiti (selalu pula saya gabungkan dgn perwatakan saya sendiri), tp saya pastikan menggunakan nama dan lokasi/suasana yg berbeza daripada alam realiti... ini utk mengelakkan daripada saya menyinggung perasaan (jika dia terbaca) sekaligus mengelakkan daripada saya disaman malu oleh beliau. Kita boleh saja ambil perwatakan A dalam dunia realiti tapi jalan ceritanya haruslah mengikut jalan cerita X dlm dunia realiti. Atau, anda cipta saja jalan ceritanya, berbeza dgn jalan cerita watak yg anda pilih itu... lebih menyeronokkan begitu, bukan? Lagipun, kita bukan melaporkan berita, kita menghidangkan karya kreatif - jadi, creat lah, okay.



Selain daripada watak utama, kita juga perlu bina watak2 lain yg melingkungi hidup watak utama itu... misalnya, ahli keluarga, saudara mara, handai taulan - juga musuh, tentunya bukan? Begitu dibina, anda perlu mengangkat-serlahkan perwatakan mereka kepada tahap semaksima mungkin. Tiupkan nyawa, semangat juga, gejolak perasaan, kekuatan dan kelemahan - ke dalam watak2 itu, sehingga mereka boleh berfikir sendiri secara individu. Begitu watak2 itu sudah terbentuk seperti manusia bernyawa biasa, watak2 itu haruslah mengikut arus plot dan saling membantu memperkuatkan cerita dalam perwatakan masing2.

Sebagai permulaan, eloklah anda mengambil watak yg paling hampir dengan diri anda, yakni diri anda sendiri - atau diri orang yg bertentangan dengan perwatakan anda, lebarkah peranan mereka. Bereksperimenlah, pasti menyeronokkan dan mencabar, pasti. Beri watak wanita/lelaki anda bertukar menjadi watak lawan jantina, dan lihat bagaimana watak itu hidup dan memainkan peranannya sendiri.

Satu lagi cara untuk membentuk watak ialah dengan menggunakan deria penglihatan dan pendengaran anda. Lihat dunia lingkungan anda, terutama sekali di tempat2 terbuka (macam yg Sasterawan Negara A. Samad Said lakukan). Perhatikan perilaku orang ramai di sekitar anda, caragaya mereka berkomunikasi, caragaya mereka menangani anak2 mereka, keluarga mereka, kekasih mereka, teman sekerja mereka dan sebagainya. Dari situ, ada akan menyaksikan perbezaan yg sangat halus dan sangat sedikit, misalnya pada bunyi, makna, perasaan, warna, rupa dan sebagainya. Itu sudah boleh banyak membantu memberikan ilham untuk anda berkarya. Elok juga jika anda membawa satu buku nota, ke mana saja anda pergi untuk mencatatkan apa saja yag menarik perhatian anda (saya sendiri belum lagi buat begini, kerana buku nota saya dlm kepala saya saja) Dan yang paling menarik dengan kegiatan ini, secara tidak langsung anda sebenarnya sudah pun memulakan karya anda.

Juga, jangan lupa tentang cara pemakaian, budaya hidup masyarakatnya, fahaman agamanya, ideologinya dan sebagainya yang selalu saja memantulkan sikap watak2 tersebut. Ini penting, kerana ini yang membezakan antara novel dengan cerpen. Novel lebih terperinci, sementara cerpen padat dan singkat segala2nya. Ramai penulis berkarya cara ini... kalau setakat pakaian, fahaman agama dan ideologi, boleh dipelajari lewat internet dan buku2 non-kreatif. Utk mengenal manusia sebenarnya, kita perlu pelajari dari manusia juga akhirnya. Andainya anda jenis penulis yg pemalu dan tidak banyak bergaul (kebanyakan penulis begini) anda boleh saja mempelajarinya dengan membaca novel2 bermutu orang lain dan baca juga buku2 psikologi yang banyak boleh dipinjam dari perpustakaan anda. Cuba kaitkan kisah2 menarik yg anda baca, dengan watak2 yg anda bina dan gambarkan ia sebagai personaliti mereka yg kukuh.

Jika anda ada apa2 soalan, jangan malu2 tanya k...

1 comment:

  1. terima kasih di atas perkongsian maklumat. Ia amat membantu saya.

    ReplyDelete