• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, February 18, 2009

Bengkel Penulisan Kreatif Online

Wednesday, February 18, 2009 // by Azmah Nordin // 17 comments

Apakah impian anda?


Ingin meluahkan apa yang bergelora dalam dada anda, dalam bentuk karya penulisan kreatif berbentuk novel atau cerpen? Ingin belajar menghasilkan karya sastera dan bukannya karya picisan? Ingin mempelajari bagaimana hendak menyusun ayat sehingga ia menjadi sebuah karangan yang indah lagi bermakna? Ingin menghasilkan karya yang boleh memberikan pulangan berbentuk royalti yang agak lumayan bagi perahan daya kreativiti dan otak anda?

Melalui laman blog ini, anda boleh memperolehi kemahiran itu, secara khusus dan individual. Anda juga boleh memperolehi pengalaman sebenar dari penulis yang telah berjaya, kemahiran, editing karya yang sudah berjaya disiapkan lewat bengkel online ini, nasihat, cadangan atau panduan khusus, dorongan dan dalam penghasilan karya sehingga anda capai apa yang anda impikan.

Gunakanlah kesempatan untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin, selagi bengkel ini masih ditawarkan secara percuma.


Salam,

Az

17 comments:

  1. salam. saya sangat berminat nak join bengkel ni. semoga Sifu Az sudi menerima saya sebagai anak murid dan memberi tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  2. Salam,sifu

    Saya amat berminat dlm bidang ini. Saya berharap
    dapat menjadi pelajar sifu dalam kategori cerpen.

    terima kasih
    balqissuraya

    ReplyDelete
  3. salam balqis :)

    Saya masukkan nama anda di bengkel cerpen dan nanti buat apa2 yg patut k

    ReplyDelete
  4. saya berminat nak sertai bengkel ini..apa yang harus saya buat?

    ReplyDelete
  5. maiyah :)

    saya buat satu thread utk anda di bawah Peserta Bengkel Cerpen tu k

    ReplyDelete
  6. Puan, bagi genre cerpen juga, kalau masih ada kekosongan, saya mohon izin menjadi murid...

    ReplyDelete
  7. najibah :)

    bengkel ni sentiasa ada kekosongan, selagi saya masih ada hayat. Jika ada kengkawan anda mau berbengkel juga, dtglah k... setelah anda berjaya menulis cerpen nanti, mungkin kita boleh bergerak ke arah penulisan novel pula k

    ReplyDelete
  8. Ok, mee :)

    saya masukkan nama anda juga, tp tlg jerit kat shout box tu dan beritau adan ada hantar posting k.. kalau tidak, saya tak nampak nanti..

    ReplyDelete
  9. menariknya..masih terbuka lagikah? Saya pun berminat..

    ReplyDelete
  10. salam puan,

    orang laut nak join ..boleh lagi ker??

    ReplyDelete
  11. Orang laut tu orang mana, pa'al? Orang semporna ka? Atau orang pulau bangi?

    ReplyDelete
  12. sifu,

    pa'al nak jd student sini jugak.please.. :-)

    ReplyDelete
  13. sifu..

    orang laut tu, bukan dr mana2 tempat spt yg sifu sebutkan,hehe... pa'al cuma pencinta lautan dan cuba bersyair tentang lautan dan alam.. jemputlah ke http://penaalam.blogspot.com. dan ikut pa'al berpuisi ttg lautan dan alam dalam pena alam :-)

    ReplyDelete
  14. pa'al :) saya dah pun ke blog anda, ya ternyata anda mmg seorang pencinta alam laut. Sebenarnya, anda sudah pun diterima sebagai student di sini, nama pun dah masuk di bawah Peserta Bengkel Novel tu, cuba pegi lihat.

    Sekarang, semuanya bergantung pada anda utk memulakannya k :)

    ReplyDelete