• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, December 30, 2009

Dari Sifu

Wednesday, December 30, 2009 // by Azmah Nordin // // 15 comments

Langkah Pertama.


(FYI; saya bimbing kelas ini, hanya mengikut cara saya menghasilkan karya selama ini) Yakni, dr segi praktikalnya - bukan teorinya. Semua wajib panggil saya Sifu, supaya saya boleh serius dgn anda dan supaya tiada peserta yg boleh manja lebih2 dgn saya.  

Jadi, bersungguh2lah, sbb sekali nama anda dipadam, ia tidak akan dikembalikan spy adil kpd peserta kelas yg serius memerlukannya.   Namun, andainya karya  anda menang apa2 hadiah drpd kelas bimbingan  Blog Sastera, saya berhak mendapat 15 peratus drpdnya, kerana akan byk idea  saya juga di dalamnya.  Bermakna, jika anda menang hadiah bernilai rm 100 - milik saya rm 15. begitulah seterusnya.


bagi yang berminat mengikuti kelas bimbingan tertutup (di blog lain), sila hubungi saya di;  azmahnordin@gmail.com (murah2 je)

  Profesional k...



Ok, jom kita hasilkan karya sastra bersama2.


1. Tetapkan; mau tulis novel atau cerpen? Sasaran usia khalayak pembacanya, pilih; 9 - 12, 13 - 16, 17 - 21, 22 - ke atas ... MESTI DOUBLE SPACING K

2.  Sila beri nama betul, usia dan jantina anda.   Perbezaan usia,  jantina akan menggambarkan perbezaan cara pemikiran, psikologi, perjuangan dan sebagainya. (tapi hanya sebuah dlm satu masa )  nama betul anda, kiranya adillah kan, saya bukan saja nama anda tahu, malah siap dengan gambar lagi.

3. Tema bebas (asal tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang fahaman agama, kaum, fahaman ideologi, politik dan seumpamanya - ok saja bagi saya... untuk kelas nil je, selepas anda mahir dan dah boleh berdikari, anda boleh tulis apa saja - asal ada PERJUANGAN/PENGORBANAN di dlmnya - utk mengangkat nilai2 murni supaya setiap karya lebih bererti. Nilai murni ini boleh dibincangkan bersama kelak)


 Sepanjang dibimbing di blog  sastera ini, semua peserta kelas bimbingan diibaratkan berada dlm perlindungan kepompong, bergelut memperkukuhkan diri. Begitu tiba masa, dari kepompong itu, lahirlah rama-rama yg indah berwarna-warni. setelah mengukuhkan diri dlm kepompong itu, adalah besar sekali harapan saya sebagai `ibu' utk melihat anak2 memberanikan diri utk mengembang sayap dan menerokai dunia yg luas terbentang dan tabah menghadapi pelbagai pancaroba.

Krn itu, saya yakin setelah  mendapat bimbingan sebuah (satu) novel, semua rama-rama yg terbit dari blog ini, boleh berdikari - kalau berasa tak boleh, bukan tak boleh sebenarnya. 

Yg lain2 tu, kita akan bincang di thread masing-masing. Peringatan; sekali anda sudah mengorak langkah menyertai kelas bimbingan saya ini - tiada undur lagi. Anda harus terus hasilkan karya, hingga sukses. :)

Dan, jika ada peserta baru mau menyertai kelas bimbingan ini, sila tulis nama anda di bawah ini, dan sekaligus di kotak `Jerit Apa Je' tu,  supaya saya dan pengurus2 blog senang nampak... nanti kami cuba masukkan ke dalam senarai peserta kelas bimbingan di bawah ini. InsyaAllah.

TAMBAHAN;

Saya pada sebelah malam, lazimnya baru masuk ke blog ini. Jadi, apabila anda post apa2 lewat kotak komen, anda perlu bersabar tunggu hingga saya (atau pengurus2 blog jika berkesempatan)  terbitkannya pada sebelah malam k :)   tp, anda sentiasa digalakkan mendapatkan tunjuk ajar adik beradik siber sekelas yg lain,  semasa ketiadaan saya.

Mmg saya menuntut dedikasi dan kerja keras  dr pihak peserta kelas bimbingan utk menentukan mutu karya, utk itu; JGN MUDAH PUTUS ASA ATAU MENYERAH KALAH K!  kalau setakat bermasalah mengepos karya pada ketika2nya,  ia hanya satu kesilapan teknikal dan tidak disengajakan,  beritau saya dan pengurus2 blog Sastera supaya kita atasinya bersama2.

Wednesday, December 23, 2009

Idea dan Plot Untuk Karya Kanak2?

Wednesday, December 23, 2009 // by Azmah Nordin // // 5 comments

(Sdr2,  ingin saya kongsikan entri kali ini ditujukan khas utk para peserta bengkel
yg berminat menghasilkan karya utk kanak2, terutama sekali utk Sdr Hamidi  :)
semoga ia dapat membantu )

Bagaimana Nak Dpt Idea dan Plot Utk Karya Kanak?


    Sebenarnya, jika kita cukup prihatin, cukup peka, cukup waspada dan
 berfikiran terbuka,  kita tak perlu pergi jauh pun untuk mendapatkan idea dan
 plot cerita. Kita hanya perlu memandang di sekeling kita,  idea dan plot-plot
 cerita sebenarnya sedang terkinja-kinja menggamit dan menanti untuk kita petik.
  Kadangkala, kita saja yg buat-buat tak nampak.




Perkara paling asas dlm plot yg boleh digunakan dlm pelbagai cara adalah;

1.      .  Seseorang mahukan sesuatu

2.      . Tapi dia tidak boleh memilikinya.

3.      . Dia berusaha untuk mendapatkannya.

4.       Atau dia gagal mendapatkannya, dan menerima kenyataan hidup tentang itu.


Bagaimana Mahu Mendapatkan Plot?

Kadang-kadang, daripada perbualan yg kita terdengar secara sepintas lalu juga,
boleh dijadikan isi cerita/idea.  Misalnya, `Jika awak  fikir  saya akan beritahu di mana 
harta karun itu disembunyikan,  awak memang lebih bodoh daripada yg saya fikir!’
 Atau  `Jeya tidak pernah suka budak lelaki itu, sebab dia muncung memanjang.’    


Malah, lirik lagu juga boleh mencadangkan plot cerita utk anda.
Misalnya (lagu kegemaran saya ni)  `Kupetik bintang-bintang...’ ; Dan, bayangkan
bagaimana seseorang itu mahu memetik bintang,  lps tu buat cerpen sains fiksyen.
 
Selain drpd itu, fikir dan bayangkan ini;  Apa yang kanak2 mahu, yg mereka
 tidak boleh dapat  atau macam mustahil saja untuk mereka raih di dunia realiti?
  Fikirkan satu cerita bagaimana anda memberikan apa yg mereka tak boleh
 dapat tu, dalam  cerpen anda. Kanak2 sgt gemar membaca karya2 yg mampu
mengisi kekosongan harapan mereka.


Antara Watak2 Menarik Diangkat Dlm Karya;  pergelutan jiwa kanak2  sebelum
meraih kejayaan.  Kanak2 yg ada matlamat hidup,  misalnya, mengatasi bukan
saja masalahnya, tp  mengatasi masalah org dewasa – jika tidak negara pun.


1.    .   Perjuangan anak jiran baru yang pandai melukis.

2.       Perjuangan kanak2 genius berusia 11 tahun.

3.       Perjuangan kanak2 yang pandai menulis cerpen atau novel

4.      . Perjuangan anak pengurus atau pemilik restoran yg berminat dlm bidang tersebut

5.       . Perjuangan kanak2  dari angkasa lepas bertemu kanak2 di bumi

6.       . Perjuangan hidup kanak2  yang  hidup  merempat, tanpa tempat berlindung

  7.    . Perjuangan kanak2  bekerjasama dgn org berusia 90an dan  alam sekitar

 8.   . Perjuangan kanak2  berotak cemerlang  bersaing di sekolah bestari
    9.  Perjuangan kanak2 yg berbakat  sebagai seorang pemuzik

     10. Perjuangan hidup kanak2 yg suka berkhayal atau selalu masuk ke dunia fantasi,  utk
mengelak drpd menghadapi dunia kenyataan.

   11.  Perjuangan anak yg soleh yg menghadapi pelbagai cabaran dan godaan 
drpd kanak2 nakal.
  12. cerita2 rakyat yg diolah kembali dgn menyelitkan nilai2 murni.
  13. cerita kehidupan sehari2 dan bagaimana kanak2 bergelut dgn pergolakan
jiwa utk mengatasi masalahnya tanpa bantuan org dewasa.
14. cerita ttg kanak2 yg cepat matang dan insaf menghadapi kemelut ekonomi

keluarganya.
15. kanak2 OKU yg akhirnya berjaya mengatasi kelemahan diri dan mendapat rasa
hormat dan pengikhtirafan orang lain (kanak2 dan dewasa) yg memandang rendah terhadapnya
sebelum ini. 



Dan sebagainya.  Boleh juga cerita bintang sebenarnya, namun ia kurang mendapat
perhatian penerbit.  Kecuali jika anda menghasilkan cerpen satira utk dewasa.
  
Apa2 pun,  pastikan anda sentiasa menggambarkan kanak2 yg boleh berfikir sendiri 
di antara yg buruk dgn yang baik, cuma bergantung kpd kebijaksanaan mereka saja
utk memilih antara dua.  Elakkan berkhutbah dlm berkarya - terutama sekali utk kanak2, 
kerana ia seolah2 kita beranggapan mereka bodoh.  Juga berusahalah untuk 
menghasilkan satu karya yang lain drpd yang lain, supaya  ia lebih kelihatan asli,  dan 
mudah bagi pihak penerbit utk memilih dan menerbitkan karya kita k


Monday, November 23, 2009

Menerap Nilai Murni dan Kasih Sayang Insani Dlm Karya

Monday, November 23, 2009 // by Noraini Eslah // 3 comments

oleh: Ummu Anas

Pengunjung dan peserta blog sastera yang dimuliakan!

Izinkan saya membuka jaluran perbincangan yg agak lebar berkaitan tajuk yang tertera di atas; Menerap Nilai Murni dan Kasih-Sayang Insani dlm Karya. Secara peribadi saya sangat tergugah dengan isu yang sifu az cadangkan pada entri 'diskusi ilham' kali ini, kerana ia menjadi satu peringatan supaya saya teliti dalam mengolah novel yang saya sedang garap ketika ini...

Setiap seorang drpd kita,di awal2 mengikuti bimbingan novel atau cerpen dari sifu az sudah diperingatkan supaya cerita yang kita angkat mempunyai nilai perjuangan. Hal ini akan mengangkat mutu karya kita. Jika ditambah lagi dengan ilmu bantu lewat buku-buku ilmiah dan berbagai maklumat kajian yang diperolehi dari internet, juga akan lebih meningkatkan lagi mutu karya. Malahan mutu karya akan lebih melambung apabila kita terapkan nilai murni dan menghidupkan perasaan kasih sayang dalam setiap watak yang telah kita pilih. Paling penting watak utama; sebagai 'hero' dlm karya, mesti kita beri dia keunggulan dengan meletakkannya berkorban demi kepentingan sahabatnya. Ini juga bermakna, dia lebih mengutamakan sahabatnya berbanding diri sendiri dan akhirnya kedua-dua mereka akan sama2 beroleh kejayaan yang ingin dicapai...

Meskipun semua episod ini; nilai murni dan nilai kasih sayang insani sesuatu yang kita susun atur dalam karya, namun di dalam realiti ia merupakan nilai kemanusiaan yang benar-benar berlaku. Justru itu kerja tulis karya kita yang sedemikian merupakan satu usaha perjuangan yang bernilai tinggi demi membentuk insan dalam realiti menjadi sebaik mungkin melalui kisah yang diolah. Dalam masa yang sama menyempurnakan sebuah karya yang tinggi mutunya,...mungkin akan layak disebut sebagai karya berlian?!


Seterusnya, saya bukakan untuk peserta lain sama-sama membincang dan membahas isu ini, silakan...









Thursday, November 19, 2009

Tips Penyuntingan - sdra Zulina Hassan

Thursday, November 19, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel yang tekun dan gigih!

Di entri kali ini, saya dengan rasa gembira memaparkan satu lagi bahan sumbangan dari sdra zulina hassan yang kita kasihi untuk seisi blog kita ini. Ia sangat bermanfaat bagi membantu proses karya kita. Terima kasih sdra zulina, moga anda beroleh rahmat dan berkelapangan lagi di masa-masa akan datang.
-ummu anas.


Elipsis

Apakah yang dikatakan elipsis? Elipsis ialah tiga titik berturutan (...) bermaksud menggantikan sebahagian daripada satu ayat yang ditinggalkan/tidak mahu dipetik keseluruhannya. Penggunaan elipsis terhad pada bahagian ayat yang tidak hendak dilengkapkan.

Dalam penulisan karya kreatif, elipsis digunakan secara berseni pada tempat-tempat tertentu, bukan dengan sewenang-wenang atau sekehendak hati penulis sahaja.

Tanda elipsis juga digunakan bagi menggambarkan kalimat yang terputus-putus, atau bagi menunjukkan jeda dan keheningan yang agak lama dalam satu kalimah.

Cara menulis elipsis
Tanda elipsis ditulis dengan tiga titik (...), terpisah daripada kata sebelum dan selepasnya jika diletakkan di tengah-tengah ayat.
Sekiranya elipsis digunakan pada akhir kalimah, perlu ditambah noktah, tiga untuk penghilangan teks dan satu sebagai titik akhir.

Elipsis dan koma digunakan bagi ayat yang tidak selesai.

Elipsis tidak boleh diikuti oleh tanda seru atau tanda soal.

Contoh penggunaan elipsis

1. "Sayalah...." Husna berbisik.
2. "Ya ... ya, saya akan pulang segera.
3. "Apa yang sudah terjadi? Bukankah kamu..., kata-kata Samad terhenti.

Sunday, November 8, 2009

Artikel Mengenai Suntingan

Sunday, November 08, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel sastera yang dimuliakan,

Sukacita saya paparkan di sini sumbangan pertama dari sdra Ummunajah/Zulina Hassan yang saya yakin sgt berguna untuk panduan kita sepanjang menggarap karya masing-masing. Besar harapan saya sdra ummunajah akan meneruskan sumbangan sedemikian pada masa seterusnya.

Sumbangan ikhlas ini saya iringi ucapan terima kasih istimewa buat ummunajah, dari mula hingga akan datang...
- ummu anas.


Artikel pertama ini, saya hendak sentuh mengenai penggunaan boleh dandapat. Boleh dikatakan setiap kali saya menyunting buku sama ada novel ataupun bukan novel, penulis kerap kali tidak dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Boleh bererti dengan izin, sedangkan dapat bererti ada kemampuan.

Contoh:

"Pintu itu tidak boleh dibuka."

Tidak boleh di sini bererti pintu itu tidak dibenarkan dibuka/tidak ada keizinan bagi membukanya. Barangkali pintu itu membawa ke satu laluan rahsia ataupun pintu itu hanya menjadi laluan orang tertentu sahaja.

Sekiranya pintu itu terkunci ataupun rosak, maka kita gunakan perkataan tidak dapat. Contoh: "Pintu itu tidak dapat dibuka kerana terkunci dari dalam."

Kita sebagai ibu bapa sering kali juga silap menggunakan kedua-dua perkataan ini ketika bercakap dengan anak-anak. Akibatnya, anak-anak juga silap dalam menggunakannya. Barangkali secara umum kesalahan ini tidak dianggap kesalahan besar/masih dapat diterima. Namun penggunaannya tidak tepat dan elok jika kita dapat membetulkannya. Seperti kata sifu bahasa, 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa'.

Sekian daripada saya. Sekiranya ada kesalahan tutur kata mahupun kesalahan dalam isi kandungan bahan ini, saya mohon maaf dan sama-samalah kita membetulkannya.

Terima kasih, wassalam

-zulinahassan

12 Petua Menulis Karya Utk Kanak2 dan Remaja

Sunday, November 08, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments


1.Macam menulis utk karya kreatif dewasa juga, mulalah dengan menggunakan formula  ¾  (tiga perempat)  daripada keseluruhan cerita (cerpen/novel),

1/4________2/4_________3/4___________4/4


dan ini,  yg selebihnya, dari 1/4 - 2/4 - anda buat imbas balik atau flash back. bila smpai ke 3/4 semula, bererti dah dekat nak habis cerpen. Jadi, tak byk lagikan, di situlah penyelesaiannya/klimaks.

2. Setiap cerita mesti memusatkan pada satu masalah/isu besar saja, namun isu2 sampingan yang masih berkaitan dgn isu/masalah utama itu, digalakkan.   Dlm setiap cerita, watak  utama tu harus mengatasi masalah itu sendiri.  Bantuan orang luar, sama ada pihak keluarga ataupun orang luar, sama sekali tidak digalakkan kerana ia menunjukkan kanak2 dan remaja itu lemah dan tak boleh berfikir sendiri.


3. Jgn sesekali beranggapan bahawa  buku cerita kanak2 yg pernah anda baca masa anda masih kanak2 dahulu,  sudah cukup baik utk kanak2 dan remaja zaman sekarang.  Kini, citarasa dan pemikiran kanak2 dan remaja jauuuuuh lebih advance dan mereka mahu membaca karya2 sastera yang  lebih canggih dan lebih mencabar.



4. Andainya anda rasa  cerita anda sudah meleret2 panjang (sehingga anda sendiri pun rasa bosan utk meneruskannya – apatah lagi utk disuruh membacanya!), itu bererti anda sedang diancam kesesatan plot;  utk itu, berhenti seketika,  dan ingat atau rujuk kembali pada tujuan asal anda menulis.   Misalnya, pada tema cerita anda, tentang apa yang ingin anda perkatakan. Tentu ada perjuangan/mesej yg ingin anda sampaikan lewat karya anda. Juga pada plot asalnya, dan bagaimana anda memilih untuk mempersembah-sampaikan cerita anda.   Lalu, edit atau cantaslah yang meleret-leret itu, ambil isi cerita, dan mulakan semula dengan lebih kreatif  lagi




  Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

5. `Tunjuk’, jangan `Beritahu’.  Caranya mudah saja, fikir-bayangkan anda sedang menonton satu babak dalam wayang gambar dalam minda anda, dan bagaimana wayang gambar itu hidup, berkembang dan bergerak ke hadapan, mengikut cerita  arahan anda sendiri.  Gambaran inilah yang anda tuliskan ke dlm bentuk karya kreatif dan apabila dibaca, pembaca akan merasakan seolah-olah dia seolah2 sedang menonton wayang gambar juga  lewat mindanya. 

Boleh saja anda menjelaskan sesuatu perkara itu secara langsung, tp permudahkan dan sedikit2 saja, jgn sampai  kelihatan seperti pengarang `masuk’ dalam karya sendiri. Jika ini berlaku,  dengan sendiri kelihatan pengarang tidak matang dan  mutu karya jatuh.
   
6. Pasang telinga utk buat  `dialog’  hidup.  Tentu tidak logik jika watak2 dlm karya anda bercakap secara skema atau keras kejung, bukan?  Manusia biasa akan bercakap dgn patah2 perkataan yg kadang2 terputus2 kerana dipotong oleh lawan bicara, kadang2 meledak2 marah, kadang2 merintih2 pilu – siap dgn mimic muka dan bahasa tubuh dan sebagainya.  Dan, mcm org dewasa juga, tak semestinya apa yg watak2 itu tuturkan, sama dgn apa yg mereka tindak-tanduk merea, bukan?   Ia lebih kurang sama dengan orang dewasa.  Paling mudah,  hampiri golongan kanak2 atau remaja yg ingin anda tonjolkan dlm karya anda, dan dengar bagaimana mereka bercakap sesame sendiri dan tulis dgn cara itu.  

7.  Gunakan bahasa2 yg segar  atau puitis,  untuk menggambarkan maksud anda dgn lebih tepat.  Tapi jangan terlalu berbelit2, asal dapat menggambarkan perasaan, sudah memadai.   Anda digalakkan membaca dan membaca dan membaca banyak2 karya2 kreatif  kanak2, remaja  dan dewasa, dan kemudian berkarya dan berkarya terus  utk mempertajamkan bakat dan memperolehi  kemahiran  gaya bahasa tersendiri begini.

8.Cari kelainan/keunikan untuk mengelak daripada sesuatu yg klise atau sesuatu yg sudah banyak kali ditulis oleh orang lain.  Caranya juga tidak sesukar mana,  jika anda berusaha lebih untuk mencipta perumpamaan2 atau perlambangan2 sendiri, utk mengangkat karya anda ke tahap mutu yang lebih tinggi. Ciptaan sendiri anda inilah yg meletakkan ia sebagai unik.

9.Jangan sekali2 memandang rendah terhadap golongan kanak2 dan remaja;  lawan keinginan anda untuk  berkutbah atau member nasihat secara langsung kepada mereka, biarpun lewat karya2 berunsur keagamaan.   Perkayakan karya anda dgn menggunakan bahasa2 indah dan kaya dgn perumpamaan, peribahasa dan sebagainya untuk menghormati mereka.  Gambarkan (mcm tengok wayang, bukan mcm dengar ceramah)  mesej cerita dgn kreatif,  berseni dan bijaksana,  dan mereka akan faham, lebih menghargai dan lebih menghormati anda di atas  usaha anda untuk tidak melulu  mengkritik atau mengutuk mereka seperti  yang dilakukan oleh segelintir pengarang2 lain.  Yg paling penting, mereka akan lebih mempercayai anda sebagai pengarang yg hamper sekali dgn jiwa mereka dengan tidak memperlakukan mereka seolah2 golongan terencat akal.
 
10.Watak2 utama anda harus belajar sendiri untuk mendewasakan diri dan pemikirannya, di sepanjang karya tersebut. Watak2 tersebut akan mendapat `pencerahan’ dan pemahaman yg lebih mendaam, pada penghujung cerita.  Jika ini tidak berlaku, untuk apa mereka membaca karya anda? Dan untuk apa anda menulisnya?

11. Ulang kaji dan lakukan pengeditan sendiri, sehingga puas hati, baru hantar kepada pihak penerbit.  Karya2 yg  sudah terbit di pasaran, semuanya melalui proses yang sama;  diulang-baca dan diedit berulang kali oleh pengarangnya, sebelum dilakukan yg sama oleh pihak editor pula selepas itu.

12. Jangan mudah patah semangat.   Andainya karya anda ditolak/reject pun,  padahal anda sudah bertungkus lumus bersifu sana sini,  tidak bermakna karya anda tidak baik.  Mungkin saja ia bukan citarasa editor dan jenis karya  bagaimana  yg diperlukan oleh pihak penerbit tersebut. Untuk itu, tanyakan dahulu jenis karya yg mereka perlukan.  Dan jika anda berminat utk menerbitkan karya anda lewat penerbit tersebut, buatlah seperti yg diperlukan;  harus ada member dan menerima antara pengarang dan penerbit.   Jika tidak berminat, tabah terus dan cari penerbit lain.

Namun,  bagi karya yang bermutu tinggi, kiranya anda tiada masalah utk mendapat pasaran. Bagaimanapun,  seelok2nya jgnlah sekali2 menghasilkan karya utk remaja dan kanak2, jika dalam hati anda tidak pernah suka pd mereka, kerana hati anda dapat dibaca lewat karya anda.

Sunday, October 18, 2009

Puteri Rambang Rambunut; Norazlina Hussain

Sunday, October 18, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Sdr2 sekalian, buku bergambar kanak2 hasil karya Lyn ini juga hasil berbengkel dgn saya dan baru saja terbit di DBP tahun 2010 ini, tahniah Lyn! Gigh terus k :)

Dayang Talus; Norazlina Hussain

Sunday, October 18, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Sdr2 sekelian :) novel cerita rakyat Lyn ini juga dibengkelkan dgn saya dan telah diterbitkan oleh penerbitan DBP, tahniah Lyu! gigih terus k

Photobucket

Sunday, October 11, 2009

MENCARI AMIRA- Novel sulung blog sastera, karya sdra Zulina Hassan

Sunday, October 11, 2009 // by Noraini Eslah // 6 comments

Temu ramah bersama Zulina Hassan - menelusuri jejak kasih peserta awal blog sastera.
oleh: Ummu Anas.

Assalammualaikum sdra Zulina atau lebih mesra dgn panggilan ummu najah yg digunakan sepanjang berbengkel di blog sastera ini...,

Dgn rasa besar hati sy ingin merakamkan rasa sukacita kami seisi blog sastera di atas kesudian anda memberi izin untuk saya mulakan temuramah secara dlm talian ini.
Untuk makluman peserta yg masih baru di blog ini, sdra zulina adalah antara barisan pertama peserta blog ini..., sebelum sy sendiri turut serta. Kumpulan pertama tersebut sgt hebat! hanya dlm masa kurang dari 1/2 thn mereka telah mnghasilkan novel dan cerpen2 yg brmutu. Apa rahsianya?...mgkin akan kita ketahui lewat temuramah dgn sdra zulina...mari kita mulakan sekarang;





1. Harap dapat sdra zulina ceritakan secara ringkas bagaimana terdorong mngikut bengkel di blog sastera ini, antara lainnya sbb yg mmbawa perkenalan dgn sifu az...




2. Seingat sdra, ada berapa org peserta di peringkat awal tersebut dan bagaimana perjalanan bengkel sastera ketika itu?

3. Jika tidak keberatan, dapatkah sdra gambarkan semula bagaimana interaksi antara sesama peserta juga antara sifu dan peserta bengkel; adakah dirasakan wujud disiplin yang tinggi di kalangan semua pihak yg menjurus kpd sikap serius dlm brkarya?

4. Berbalik kepada novel sulung blog sastera - 'mencari amirah', hrp dpt sdra jelaskan sedikit sinopsisnya dan penerbitnya.

5. Selain dari novel tersebut, sy difahamkan anda juga ada mnghasilkan bbrapa karya lain sebelum dan selepas novel tersebut. Diharap juga dapat anda kongsikan maklumat berkaitan karya2 itu...

6. Turut difahamkan kini anda agak sibuk dgn kerja2 mg edit, hampir sepenuh masa...; masih adakah ruang untuk anda menyertai kami semula di blog sastera ini dalam waktu yg terdekat?

7. Akhir sekali, sy berharap anda sudi memberikan sepatah dua pesanan khas bagi peserta yang baru ikut serta di sini...

Sy sudahi temuramah ini dgn ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian sdra zulina meluangkan masa bertandang di blog sastera yang menjadi tempat bermulanya langkah-langkah kejayaan kita semua.

Sebelum pena diletakkan, sy ingin mengambil kesempatan ini mnjemput sama sifu Azmah Nordin memberikan sedikit sentuhan yang menambah indah padat berkesan temuramah ini,
silakan sifu...

Friday, October 2, 2009

Raja Sumayatin

Friday, October 02, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Sdr2, ini adalah novel pertama Uncle Huss,  :)


Sunday, September 27, 2009

Temuramah bersama dengan Ummu Anas...Satu Untaian Pengalaman

Sunday, September 27, 2009 // by Abdul Razak Bin Husin // 4 comments

Oleh : Abdul Razak bin Husin.


Kini, tiba pula giliran saya untuk menemuramah secara dalam talian bersama dengan Ummu Anas atau lebih mesra saya panggil Kak Ummu.

Saya amat berharap Kak Ummu sudi-sudilah menjawab soalan yang telah saya susun atur di bawah ini.




1. Bagaimana Kak Ummu boleh melayari laman blog Sastera ini serta menjadi peserta bengkel blog ini?

2. Cerpen pertama yang dibengkelkan di blog sastera ini. Bagaimana respons Kak Ummu apabila dikomen oleh Sifu Azmah Nordin serta tanggapan awal terhadap sifu.



3. Mohon Kak Ummu senaraikan cerpen yang telah dibengkelkan di blog sastera setakat ini. Jumlah cerpen yang telah dihantar atau bakal dihantar pada majalah/akhbar.

4. Proses kreatif penulisan cerpen "Gerimis Kasih" sehingga berjaya disempurnakan. Tarikh menghantar cerpen serta tempoh masa yang terpaksa ditunggu untuk disiarkan.

5. Pengalaman terindah Kak Ummu sebagai peserta bengkel /pengurus bengkel untuk dikongsi bersama-sama rakan sebengkel yang lain.

6. Cadangan daripada Kak Ummu untuk menyemarakkan laman blog sastera ini.

7. Harapan /cita-cita/angan-angan Kak Ummu dalam bidang penulisan cerpen dan novel pada masa akan datang.

8. Apakah nasihat Kak Ummu kepada rakan sebengkel dan pengurus-pengurus blog?

Sekian, terima kasih...


Thursday, September 24, 2009

GERIMIS KASIH

Thursday, September 24, 2009 // by Noraini Eslah // No comments

Peserta bengkel blog sastera dan pengunjung yang dimuliakan,
Di sini saya paparkan isi keseluruhan cerpen saya 'gerimis kasih' seperti yang telah disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita, september 2010.

-ummu anas (n0raini eslah)


GERIMIS KASIH
Oleh: Noraini Eslah(Ummu Anas)

“Shafiq, buka pintu sekejap…” Ibu mengetuk pintu bilik Angah yang dikunci dari dalam. Begitulah tabiat Angah bila meradang dia akan mengunci diri di dalam bilik. Walaupun berkongsi bilik dengan Uda, dia tetap menyimpan kunci sendiri.

Mahu tidak mahu, Uda terpaksa meletakkan satu lagi kunci bilik di ruang tamu. Ini untuk memudahkan seisi rumah membuka bilik tersebut, jika lama terkunci. Panggilan ibu tidak sedikit pun diendahkan, tiada kedengaran bunyi menandakan pintu akan dibuka. 






Ibu tidak mampu menunggu lama. Kalau diikutkan kerenah anak seorang yang keras kepala ini, akan lewat pula ibu sampai di Ipoh. Sedangkan perjalanan akan diteruskan ke Pahang hari itu juga. Bagaikan perjalanan bas ekspress dua hala.

Demi kasih ibu yang tiada penghujungnya, ibu tetap melebarkan kasihnya kepada semua anak-anaknya. Tidak mengambil kira yang manja maupun yang kasar. Semuanya darah-daging ibu. Ibu ikhlaskan hati melayani kerenah mereka. Semata-mata mengharapkan perhatian Allah. Tercalar sungguh hati ibu. Pilu yang menusuk kalbu, semakin dalam menghiris perasaan ibu. Dengan pantas ibu masuk ke bilik. Mengemas bilik dan memasukkan sepasang pakaian untuk menginap satu malam di Bandar Pusat Jengka.
Terlebih dahulu perlu menghantar Uda ke UTP(Universiti Teknologi Petronas) di Tronoh, Perak. Kali ini ibu pergi diiringi Kak Long yang sudah cekap memandu untuk perjalanan jauh. Ibu tidak mahu menyusahkan ayah. Ibu faham kesibukan ayah menguruskan Pasar Mini Berjaya. Semasa memasukkan barang-barang Uda ke dalam bonet kereta, kepala ibu terasa sungguh berat. Pandangan mata berpinar-pinar. Bila menunduk terasa badan seperti ditolak. Ibu rasa macam hendak pitam. Ibu gagahi juga mengangkat barang-barang dengan pergerakkan yang diperlahankan. Sementara Kak Long dan Uda mengemas ruang tamu, ibu naik ke tingkat atas rumah mereka untuk memastikan Angah tahu ibu akan bertolak ke Ipoh.

“Ibu bertolak dulu Syafiq. Ayah balik nanti panaskan lauk dan nasi yang Kak Long sudah masak tadi.” Ibu memaklumkan dari luar pintu bilik dengan harapan Angah mendengar arahan ibu. Hati ibu berdarah disebabkan tabiat Angah yang tidak berubah walau sudah dewasa. Hanya memikirkan kepentingan dirinya sendiri sahaja. Hingga sanggup meremuk-redamkan persaan ibu…

Ayah berat mulut

Rimas sungguh perasaan ibu melihat anak bujang yang malas begitu. Berkali-kali ibu ajukan kepada ayah supaya ditegurkan tabiat Angah. Tapi ternyata ayah ‘berat mulut’. Ayah tidak suka menyuruh dan mengarah. Jika sukarela sendiri membantu ayah, pasti dihargai. Angah juga tidak manja dan mesra dengan ayah.

Sedari kecil sudah dihantar bersekolah aliran agama di Kelantan. Diserahkan sepenuhnya kepada pengawasan Pak Su yang merupakan ustaz. Juga atas cadangan ibu. Sebab Angah yang pendiam dan degil, serasi dengan Pak Su. Angah bagaikan menjadi anak Pak Su. Lebih-lebih lagi dia bersekolah di sekolah yang Pak Su mengajar. Begitu lama Angah berjauhan dari ibu, terasa sungguh rindu ibu. Besar harapan ibu ingin Angah pulang ke Johor Bahru, tempat kelahirannya. Lantas ibu mencadangkan Angah membantu perniagaan ayah atau menjadi guru sebuah sekolah menengah swasta di Kampung Maju Jaya, Senai.
Pengetua sekolah adalah saudara ‘dua pupu’ dengan ibu. Dia ada menelefon bertanya seandainya ibu ada kenalan yang sesuai dicadangkan mengajar di sekolahnya. Justru itu sewaktu ibu bersarapan sebelum bertolak menghantar Ucu, ibu bersuara kepada Angah. Memandangkan Angah mempunyai diploma dalam bidang Pengurusan Teknologi (Perakaunan). Ibu rasa lebih baik Angah membantu perniagaan keluarga atau mengajar di sekolah swasta. Tapi… bukan itu rancangan Angah.

“Ibu…, takkanlah kelulusan Angah ni patut diguna mengurus kedai runcit ayah. Atau cuma jadi guru kemahiran hidup di sekolah menengah swasta di Kampung Maju Jaya, Senai.” Rungut Angah sewaktu ibu memberi cadangan.

Sudah lebih enam bulan Angah menganggur di rumah. Tidak ada sebarang tawaran menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Maupun surat temuduga untuk sebarang pekerjaan. Rutin harian Angah penuh dengan berkurung di bilik membaca pelbagai novel remaja dan dewasa.

Apabila masuk waktu solat fardhu, akan berjemaah di masjid taman kediaman mereka sahaja. Juga membantu Pak imam mengajar anak-anak jiran mengaji. Protes Angah dipaparkan pula pada raut wajahnya yang masam mencuka dan jelingan tajam. Seakan-akan ‘naik darahnya’ mendengar cadangan ibu.

Hanya ada kelulusan diploma, lirikan mata Angah memandang ibu, sudah seperti tuan punya ladang yang sangat luas. Ibu hampir tidak percaya pada apa yang terpapar di depan mata. Terasa ngilu parut luka yang melintang di bawah perut ibu. Parut kesan pembedahan sewaktu melahirkan Angah. Jika anak patuh hajat ibu, tidaklah terasa sakit kesan melahirkan. Malah terasa sejuk perut ibu yang mengandung…Berkaca-kaca mata ibu, suam dan perit rasanya. Berkali-kali ibu beristighfar, menahan pedih di hati. Hati ibu tersentak. Seperti ada aliran arus pilu menyelinap ke ruang hati ibu. Sudahlah ayah sukar bermesra dengan anak-anak. Ini pula anak-anak yang ibu didik dengan kasih-sayang dan ramah mesra menyiat-nyiat perasaan ibu.

Berleka-leka yang disukai. Mendengar cadangan ibu bagai dikerah meredah hutan belantara. Bagaikan dipaksa menebas belukar. Sedangkan ibu mengharapkan anak yang dikasihi menjadi anak yang soleh. Memilih pekerjaan mulia. Mengajar atau berniaga.

Hujan air mata

Ketika bersolat sunat Dhuha, basah tempat sujud ibu dihujani airmata yang tumpah tanpa dapat dikawal derasnya. Sebaik menyudahkan solat dan memberi salam ke kanan dan ke kiri, ibu merebahkan badan di atas sejadah. Begitulah lazimnya ibu. Setiap kali menghantar Ucu pulang ke UiTM Pahang, cawangan Jengka. Pasti ibu berehat di bilik solat kolej kediaman siswi. Seusai solat sunat, ibu akan melelapkan mata. Dengan harapan jasadnya kembali segar sepanjang perjalanan pulang yang jauh. Lebih-lebih lagi kali ini, ibu terasa badannya sangat lemah. Rasa tidak terdaya untuk ibu naik ke aras tiga kolej kediaman siswi. Ditambah lagi jika mengangkat barang-barang Ucu, khuatir gejala semput ibu datang semula.

Semasa Ucu mendaftar semester satu dahulu, ibu diserang semput kerana terlalu letih menguruskan keperluan Ucu. Dua hari ibu berehat di Temerloh semata-mata untuk memastikan kesihatannya memuaskan.

Selepas itu ibu pergi ke KTD(Kolej Teknologi Darul Naim) di Kelantan untuk menziarahi Angah yang berada di semester akhir pengajiannya. Begitulah ibu, sedapatnya dia meluangkan masa memberi sokongan moral yang kuat kepada anak-anak tersayang. Meskipun kesihatannya sendiri sering terganggu.

Namun kali ini jasad ibu benar-benar lelah. Diasak jiwa yang resah. Hati juga berkecamuk. Tidak dapat ibu bendung dengan berdiam diri. Telah ibu curahkan dalam rukuk dan sujud. Terungkai luruh dalam derai airmata. Deras membanjiri sejadah. Tekanan yang terperangkap di kepala telah dilepaskan. Kesugulan di hati telah diluahkan. Terasa ringan dan lapang jiwa. Ibu melelapkan mata buat melepaskan lelah dari kamar hati… Jelas wajah Angah di depan mata ibu. Muka bundar dengan dahi lebar. Mata hitam galak seperti bercelak. Hidung sederhana mancung. Rambut ikal hitam berkilat. Berkulit kuning langsat tanpa jerawat di pipi.

Pandangan mata redup dan mudah tersenyum. Wajah itulah dulu yang sering mengubat rindu ibu kepada adik kesayangannya yang telah meninggal dunia. Wajah Angah memang seiras wajah adik tengah kesayangan ibu. Di mata ibu kedua-dua mereka banyak persamaan. Sebagai ‘patah tumbuh hilang berganti’. Kini mengapa wajah itu melukai hati ibu...?

Melapah-cincang lumatkan harapan ibu. Tidak berwatak sebenar seperti adik tengah ibu. Juga tidak ramah dan pengasih seperti Pak Su, adik bongsu ibu. Ibu cuma ada dua orang adik lelaki. Mereka telah kematian bapa sedari kecil. Sewaktu Pak Su di darjah enam, ibu mereka pula meninggal dunia bersama adik tengah ibu. Disambar ombak ganas sewaktu menyertai rombongan berkelah.
Semenjak itu ibu dan Pak Su sangat rapat. Susah-senang mereka tanggung bersama. Hinggalah Pak Su sudah berumah tangga, dia masih rapat dengan ibu. Banyak membantu ibu mendidik anak-anaknya. Tambahan pula Pak Su mudah mesra dengan anak-anak remaja.

Bantuan Pak Su

Wajah Kak Long dan Angah menerpa silih berganti. Sekejap jelas, sekejap samar. Ibu menenyeh-nenyeh matanya. Terasa bahu ibu ditepuk lembut dan lengan ibu diusap-usap. Sedikit demi sedikit, terserlah pandangan mata ibu. Jelas semula.

“Ibu masih penat?”. Lembut sapaan dari wajah manis berlesung pipit di kedua-dua pipi dan bertahi lalat di penjuru kanan bibir bawah. Wajah ayu mendamai jiwa, anak gadis harapan ibu.

Kak Long memang banyak membantu ibu menguruskan adik-adik. Juga menjadi teman setia ibu berkongsi sebarang masalah. Sedih dan gembira mereka lalui bersama. Sakit pening ibu pun banyak yang Kak Long bantu uruskan. Beruntung ibu mempunyai anak perempuan yang ringan tulang.

Begitulah juga yang ibu harapkan terhadap Angah. Lebih-lebih lagi Angah merupakan anak lelaki tertua. Sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adiknya. Angah yang diharapkan meneruskan perniagaan keluarga. Tetapi Angah tidak sedikit pun menunjukkan minat berniaga. Dengan ayah sendiri pun jarang sekali Angah berbual mesra.
Angah lebih rapat dengan Pak Su. Malah lebih taatkan Pak Su berbanding ayah sendiri. Apa saja yang Pak su suruh, Angah patuhi. Karena sikap Angah yang begitu, semalam sewaktu dalam perjalanan menghantar Uda dan Ucu ke kolej, segera ibu menelefon Pak Su. Meminta Pak Su memujuk Angah mengubah tabiat malasnya. Sudah habis ikhtiar ibu. Kerana itu ibu sangat mengharapkan sokongan moral dari Pak Su yang mengerti permasalahan ibu.

“Eh…Shafiqah…Lama ibu tertidur tadi? Kepala ibu masih pening dan berdenyut-denyut.” Ibu bangun perlahan-lahan sambil memegang kepalanya. Entah mengapa dada ibu juga terasa sengal dan berdebar-debar. Nafasnya pula pendek-pendek. Seperti akan diserang semput rasanya. Bertambah risau ibu.

“Tidak lama sangat pun. Tapi tadi Pak Su dan Angah ada menelefon…”.Pantas tangan Kak Long mmembantu ibu melipat telekung dan sejadah.


Belum sempat Kak Long menghabiskan kata-katanya, ibu menyampuk; “Pak Su dan Angah menelefon? Ibu tak perasan tadi…”

“Ya. Mula-mula Angah, kemudian Pak Su pula…” Kak Long memberi tahu, mereka menelefon sewaktu ibu tertidur.

“Alhamdulillah.” Terpacul kata-kata syukur ibu. Resah gelisah hati ibu telah Allah leraikan…

Pak Su mengajak Angah mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Chepa tempat Mak Su mengajar. Seorang guru Bahasa Inggeris diperlukan. Sekolah itu ada dua guru Bahasa Inggeris. Seorang daripadanya telah pulang bertugas ke Sabah. Seorang lagi ialah Mak Su sendiri. Mak su pula dijangka akan mulai cuti bersalin awal Februari. Sedangkan sesi persekolahan akan bermula tiga minggu saja lagi.
 
“Mak Su telah mencadangkan nama Angah untuk menjadi guru sementara. Jika sesuai dan serasi bolehlah selanjutnya Angah fikirkan untuk menyambung pelajaran di bidang perguruan. Sebab itulah Pak Su segera menelefon Angah dan Ibu”,ujar Kak Long panjang lebar.

“Angah dicadangkan menjadi guru Bahasa Inggeris? Setujukah dia?” Berkerut dahi ibu mendengar penjelasan apa yang telah berlaku semasa ibu tertidur tadi.

“Kata Angah, dia berminat juga. Hendak cuba dahulu. Sebab ada peluang sambung belajar”. Kak Long cuba menjelaskan dengan tenang supaya ibu tidak salah faham. Semalam Angah menolak cadangan ibu. Hari ini Angah menerima pula cadangan Pak Su dan Mak Su.

“Ibu izinkan Angah menerima cadangan Pak Su?” Kak Long cuba mendapatkan kepastiaan dari ibu.

Rasanya kalau Pak Su yang cadangkan ibu tidak membantah. Tambahan pula Pak Su satu-satunya adik yang ibu masih ada di dunia ini. Selama ini pun, ibu dan ayah telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Pak Su membimbing anak-beradik Kak Long.
Cuma Kak Long dan Uda yang jarang mengunjungi keluarga Pak Su. Mereka lebih senang membantu ayah dan ibu di Pasar Mini Berjaya di pekan Ulu Tiram. Pasar mini ini ayah warisi dari ibu bapanya kerana dia anak tunggal.

Sentiasa ibu nyatakan kepada anak-anak, ayah berharap salah seorang anaknya berminat mengembangkan perniagaan keluarga. Tetapi Angah seperti acuh tak acuh sahaja. Dia lebih berminat untuk menyambung pelajaran. Juga seperti mencari jalan untuk terus berjauhan dari ayah. Tambah bingung ibu.

“Ibu setuju saja jika Angah sudah buat keputusan dengan niat yang baik. Jadi guru memang baik, satu tugas mulia”.Terasa terlerai kekusutan di kotak fikiran ibu. Dada ibu yang terasa sesak dan sebak tiba-tiba terasa lapang dan tenang.

Di sudut hati ibu berdoa;  ‘Ya Allah, Engkau jadikanlah anak-anakku penenang hati dan penyejuk pandangan. Jadikanlah mereka sebaik-baik manusia yang membawa kebaikkan kepada manusia lain’.

Perlahan-lahan daun pintu bilik sembahyang Kolej Kediaman Siswi A terbuka. Wajah bujur sirih Ucu muncul mencari ibu dan Kak Long. Kelihatan riak muram di wajah lembut anak manja ibu. Begitulah biasanya apabila akan ibu tinggalkan di asrama, wajah manja itu sentiasa menagih simpati. Ibu rela Ucu menuntut di daerah yang jauh, berlatih untuk hidup lebih matang. Anak bongsu maupun anak sulung, tetap akan memikul tanggungjawab yang sama di hadapan Allah. Sebagai anak soleh dan solehah yang taat Allah dan patuh kepada ibu-bapa. Juga melakar jasa sepanjang hayat. Tiga beranak itu berjalan beriringan ke kereta Proton Saga berwarna biru muda metalik, model terbaru. Kereta sulung Kak Long yang Allah rezekikan berkat kegigihannya membantu perniagaan ayah.

Tidak Allah sia-siakan setiap kepatuhan kepada kedua ibu-bapa. Pasti beroleh ganjaran baik selagi di dunia lagi. Begitu juga sekiranya melakukan kedurhakaan terhadap ibu-bapa juga Allah segerakan mudaratnya selagi di dunia lagi. Hal itu yang sangat ibu khuatiri berlaku terhadap anak-anaknya. Ibu sangat khuatir Angah terlepas pandang hal ini. Telah juga ibu bincangkan dengan Pak Su hal ini.

Tentu sebagai ustaz, Pak Su ada cara yang sesuai untuk merungkaikannya. Besar sungguh harapan ibu, iginkan Angah menjadi anak yang soleh. Namun kini kerisauan itu telah terlerai. Syukur ibu punya seorang adik yang ikhlas membantu. Pak Su faham penanggungan ibu.

Ibu mahukan anak lelakinya melakar contoh yang baik untuk adik-adiknya. Juga menjadi anak soleh yang menyejukkan pandangan dan menteramkan hati kedua ibu-bapa. Kini hati ibu berbunga harap. Angah akan menyertai barisan pendidik yang berperanan mencorakan warna masyarakat masa hadapan… Gerimis halus mengiringi langkah ibu yang perlahan, tapi mantap. Menyelinap ke dasar hati yang berbunga harap. Mekar seiring persetujuan Angah menerima cadangan Pak Su. 

***
Begitulah isi cerpen tersebut, syukur hasil edit sifu Az utk cerpen pertama sy yg dibengkelkan di sini hanya 99% di edit oleh pihak majalah Mingguan Wanita, hanya pd susunan paragraf dan hanya beberapa patah prkataan yg diganti. Terima kasih juga kpd pihak majalah Mingguan wanita yg telah bermurah hati menyiarkan cerpen sulung sy dari bengkel sastera ini.-noraini eslah.


Gerimis Kasih; karya Sdr Ummu Anas

Thursday, September 24, 2009 // by Azmah Nordin // 5 comments

Sdr2, sekali lagi, dgn sgt2 bangganya, saya siarkan gambar cerpen `Gerimis Hati', karya Sdr Ummu Anas  (nama sebenarnya Noraini Eslah)   kita yg dibengkelkan di blog Sastera, terbitan Majalah Mingguan Wanita, September 2010. Tahniah  Ummu Anas :) gigih terus k






Monday, September 21, 2009

Penulis Muda, Cabaran & Idealisme

Monday, September 21, 2009 // by Azmah Nordin // 2 comments

(sdr2 sekalian :) semoga artikel saya yang telah terbit dlm majalah WADAH, edisi Jan 2012 ini, dpt memberi manfaat utk kita bersama.)

 Seringkali saya terdengar pelbagai pertanyaan dan keluhan penulis muda, antaranya; (a) bagaimanakan mahu mencari kekuatan untuk menyiapkan sesebuah karya? (b) Kenapa karya mereka yang digarap dengan begitu sempurna dari segi teknik penulisan dan gaya bahasa, ditolak bulat-bulat, sedangkan karya penulis mampan terus diburu oleh penerbit tersebut? Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda?  

Agak lama saya memikirkan bagaimana hendak menjawab soalan penulis-penulis muda ini. Sekali gus memikirkan apakah saya perlu turut berpolemik tentang posisi dan takrif penulis muda itu lagi ataupun tidak. Kerana semua orang sudah tahu bahawa penulis muda itu tidak mengira usia tetapi lebih fokus kepada usia kepengarangannya dalam bidang kreatif atau penulisan. Kalau seorang penulis itu sudah menulis dan menghasilkan beberapa buku contohnya, kita tidak boleh melabelkan beliau sebagai penulis muda walaupun usianya muda belia, tapi umur kepengarangannya sudah semakin matang.

 Dalam erti kata yang lain, penulis yang berusia muda ini, jika dalam penghasilan buku, sudah ditakdirkan lebih dahulu `makan garam’ daripada penulis yang berusia lanjut tetap baru mulai berjinak-jinak dengan dunia kepenulisan ini. Biar dalam usia apa pun, menghasilkan karya kreatif bukan suatu kerja yang mudah, itu yang pasti. Saya lalu kembali kepada persoalan (a) daripada penulis-penulis muda tadi. Sebagai jawapan, kiranya elok saya perturunkan semula 10 petuanya di sini; 

1. Tentukan masa untuk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tanggungjawab apabila masa solat tiba. Begitulah tanggungjawab memenuhi waktu menulis. Masa yang sesuai yang dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (macam yang saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yang anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dengan kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan untuk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sangat-sangat cinta...? 

2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dengan sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.

 3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) tetap sama.

 4. Jangan tergugat melihat skrin computer anda yang kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir tentang salah ejaan, salah tata bahasa dll lain-lain, kerana itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yang penting ceritanya dulu, biar mengalir macam sungai. Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/memilukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dengan imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku. Gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan cerita, untuk memulakannya.

 5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yang anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dalam tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jangan ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya. 

6. Jangan berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ke dalam jiwa watak-watak utama yang menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak-watak tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak-watak utama anda dengan mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dalam proses penciptaan kreatif anda nanti.

 7. Berkaryalah tentang sesuatu yang anda suka, ini untuk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.

 8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat-ayat anda. Mana yang tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda. . 

9.Jangan ragu-ragu meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku-ragu secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dengan si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan? Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan? 

10. Hanya anda yang boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yang memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. 

Yang paling baik, adalah dengan menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir. Untuk persoalan b); Kenapakah karya yang setengah mati mereka garap dengan begitu sempurna teknik dan gaya penulisannya, ditolak bulat-bulat oleh pihak penerbitan, sebaik siap dinilai? Sekali lagi saya termenung panjang memikirkannya. Ya, kenapa karya yang ditulis proses penciptaannya, boleh ditolak mentah-mentah oleh pihak penerbit?

 Segera saya kembali ke zaman silam, 20 tahun yang lalu, semasa saya masih di tahap penulis muda.. Waktu itu, sama macam penulis muda sekarang, saya juga selalu penuh dengan gelojak, selalu saja andrenalin terpacu bukan alang kepalang, semangat juga meluap-luap untuk bangkit dan memperjuangkan nasib mereka yang saya anggap teraniaya oleh pihak-pihak tertentu - lewat penulisan. Apa yang buat semangat juang saya hidup dengan sebegitu rupa, sebenarnya?

 Sekelip lintasan menjelma. Segera saya ingat; Perjuangan! Dan setiap perjuangan itu tentulah berpaksikan kepada sebuah idealisme atau sebuah cita-cita besar pengarangnya! Bukankah itu yang dilakukan oleh setiap pengarang-pengarang Berjaya dan besar, selama ini? Yang pasti, sama ada sedar mahupun tidak, dalam kehidupan setiap insan – biar dalam bidang apa pun yang diceburi - mempunyai idealism atau sebuah cita-cita besar yang perlu dicapai sebagai tujuan hidupnya. Berniaga, berpolitik, hidup bermasyarakat, berbangsa yang berbudaya dan malah berkarya juga harus memiliki semangat idealisme yang jitu. Ini kerana mereka tidak sudi kewujudan mereka yang hanya sekali di dunia ini hanya sekadar pak turut semata-mata. Ini soal energi positif yang kita gelar idealism. Ini soal harga diri.. 

Hanya dengan dengan idealisme, seseorang pengarang akan memiliki prinsip hidup dan keteguhan diri untuk menegakkan idealisme itu dalam kehidupan sehari-hari. Hidup (yang dipersembahkan lewat karya) tanpa idealisme bak lauk pauk tanpa garam, tawar, dan hambar rasanya. Seorang pengarang tanpa idealism yang disalurkan lewat karyanya, ibaratkan sebuah mesin yang bergerak setiap saat, hanya untuk melaksanakan tugasan harian secara rutin – tanpa sebarang makna, sama ada kepada dirinya ataupun kepada masyarakat lingkungan, bangsa mahupun negara. 
Di jiwa para pengarang yang mempunyai idealisme, lazimnya membuak-buak dengan semangat untuk melakukan perubahan dan pembaharuan lewat karya mereka. Berbeza dengan pengarang yang biasa-biasa, pengarang idealis lazimnya adalah seorang yang gigih mengasah bakat tanpa henti, bercita-cita besar dan tinggi, rajin belajar dan terus belajar memperbaiki kelemahan diri dan memperkukuhkan keupayaan dirinya dalam cara mempersembahkan perjuangan lewat karya penulisan kreatifnya, dengan agar mesej yang mengandung harapan untuk melihat pembaharuan dan perubahan, sampai kepada khalayak pembaca. (mungkin kita boleh bicara tentang idealisme ini, dengan lebih terperinci, dalam lain artikel) Jadi, kenapa karya yang begitu baik dari sudut proses penciptaannya dan sempurna pula dari sudut idealismenya, juga ditolak mentah-mentah oleh penerbit alas an tidak boleh jual? 

Barangkali, sebagai pengarang, kita perlu melihat dari sudut penerbit juga. Perlu sedar sepenuhnya bahawa buku adalah industri, bukan sekadar romantisme menuangkan seluruh gelojak perasaan dan buah fikiran yang meledak-ledak itu, ke dalam karya kita. Dan sebagai sebuah industri, sudah tentu pihak penerbit akan berfikir dari sudut perniagaan; bukan semata-mata dari segi pulangan keuntungan yang berlipat ganda, tapi dari sudut perundangan andainya karya kita yang mereka terbitkan kelak, menyentuh isu-isu sensitive dan menerbitkan kemarahan pihak-pihak tertentu.

 Wah, apakah itu bermakna seorang pengarang perlu korbankan idealism, semata-mata untuk melihat karya kita terbit di penerbitan tersebut? Sama sekali tidak. Pengarang tersebut harus berpegang teguh pada idealismenya. Cuma cara mempersembahkan mesej kita itu saja, yang perlu diperhalusi. Bukankah penulis penulis karya kreatif sastera? Berkreatiflah secara sastera. Banyak cara untuk mengatasinya, misalnya, dengan menulis cerpen atau novel satira. Secara tidak langsung, tiada seorang pun boleh menuduh atau mendakwa kononnya kita `menyerang’ peribadi sesiapa ingin kita `lawan.. Siapa makan cili, dia terasa pedas sendiri. Andainya dibaca oleh peribadi berkenaan pun, dia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang ataupun penerbit yang menerbitkan karyanya, kerana ia sama sekali tidak menyebut tentang nama peribadi, jawatan, jabatan, kaum, negeri asal peribadi berkenaan dengan jelas.

 Malah, jika dia cuba mengambil tindakan undang-undang pun, bermakna dia sengaja membuka pekung di dadanya sendiri – sebab bukan semua orang tahu akan perbuatan jeliknya bukan? Dan untuk soalan (c) (d) Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda? Jawapannya mudah saja; sebelum penulis mampan itu menjadi penulis mampan, dia terlebih dahulu melalui detik-detik getir yang dilalui oleh setiap penulis muda sekarang. Dia belajar daripada kesilapan, dan berusaha memperbaiki diri dalam proses penciptaannya agar memenuhi piawaian pihak penerbit. Dia belajar memahami bahawa antara pihak penerbitan (terutama sekali para editor) hubungannya perlu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan. Dia belajar bahawa tiada sesuatu pun yang mudah diperolehi - berbaloi atau tahan lama. Kerja keras, termasuk memaksa diri untuk terus berkarya terus adalah antara ramuan untuk menjadi seorang pengarang mampan. 

Jadi, sekarang tiada lagi cabaran maha berat lagi menggerunkan penulis muda, bukan? Pasti anda pernah mendengar pepatah dalam bahasaInggeris; `publish or perish’, `publish’, bermakna karya anda diterbitkan oleh pelbagai pihak media massa untuk dibaca, dihayati dan dinikmati khalayak pembaca, atau `perish’, yang bermakna akan hilang begitu saja, tanpa diterbitkan. Andainya karya anda diterbitkan dibaca khalayak pembaca, bermakna anda sudah pun berjaya berkongsi idealisme dan menyampaikan mesej yang anda perjuangkan itu. Terserah kepada pembacalah untuk meneruskan perjuangan itu. Anda sudah laksanakan tanggungjawab di bahagian anda. Selagi anda menghasilkan karya dengan nawaitu yang murni (menegakkan keadilan, memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya dan sebagainya), selagi itu hayat kepengarangan anda akan berpanjangan hingga ke penghujung usianya, insya Allah.

 Untuk itu, menulislah dan gigih terus k!